Pages

Friday, 31 January 2025

Kazakhstan Almaty Part 4 : Music Instrument Museum & Military History Museum - Panfilov Park

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Panfilov Park ini tidaklah begitu besar. Namun terdapat banyak tempat yang boleh kita lawati di dalam kawasan Park ini. Ada beberapa tempat historical yang sudah melebihi 100 tahun yang patut kita lihat. Especially beberapa building peninggalan Kesatuan Soviet yang ada di dalam park dan kawasan sekitar.

Di hadapan Memorial of Glory ni ada satu kawasan yang cukup luas which aku assume adalah tempat assemble pegawai tentera atau kerajaan ketika zaman Era Soviet. Dan di sini terdapat dua buah muzium yang keduanya adalah bangunan bersejarah yang unik. Music Insturment Museum dan Military HIstory Museum.

Kazakh Museum of Folk Musical Instruments.
Kazakh Museum of Folk Musical Instruments - Sebuah bangunan kayu lama yang cantik dan unik mempunyai atap berwarna hijau. Dibina pada tahun 1908 oleh The Famous Old Russian Architect A.P. Zenkov. Terletak kurang 50 meter di hadapan Memorial of Glory. Dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 petang setiap hari kecuali tutup pada setiap hari Isnin.

Sangat sangat recommended untuk masuk muzium ini. Something new to see.
Tak minat sejarah dan tak minat muzik pun pasti akan teruja bila masuk muzium ini.
Mempunyai koleksi hampir 1000 peralatan muzik yang digunakan oleh masyarakat Kazakhstan dari seawal kurun ke-17 lagi. Bangunan ini pada mulanya digunakan sebagai House of Officer sehingglah pada tahun 1980 ia telah ditukar menjadi sebuah muzium. Bayaran masuk adalah 1,500 Tenge bersamaan RM12.80.

Dan pada pendapat aku sangatlah berbaloi untuk masuk ke sini. Masa yang diperlukan lebih 30 minit untuk melihat semua sudut di dalam muzium ini. But kalau suka sejarah dan muzik u all akan spend 2 hours sebab ada banyak fakta menarik untuk di baca. Aku tak berpeluang sangat nak baca semua sebab ada the kids yang dah boring.

Military History Museum of The Defense Ministry of Kazakhstan.
Military History Museum of The Defense Ministry of Kazakhstan - Sebuah bangunan yang unik dan mempunyai seni bina Russia. Dibuka pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang kecuali 4.00 petang pada hari Sabtu. Dan tutup pada hari Ahad dan Isnin. Bangunan ini telah diisytiharkan sebagai monumen seni bina yang mempunyai kepentingan negara pada tahun 1991.

Banyak maklumat dan pendedahan tentang USSR yang kita tak pernah tahu.
Banyak bacaan berkenaan sejarah Peperangan Dunia Kedua.
Selama ini kita banyak dapat info dari pihak barat tentang Perang Dunia. 
Something good to know a story from Soviet side of history. But not much English to read.
Tak banyak sangat info berkenaan Military History Museum ini yang akan dapat di google. Dan apa function asal bangunan ini dibina. Nampak structer memang seperti bangunan military dengan logo USSR yang besar di atas tu.

Mungkin disebabkan itu ia dijadikan sebagai Military History Museum. Dan bangunan ini telah dibina di antara dari penghujung 1960an dan awal 1970-an ketika era Kesatuan Soviet sebelum kemerdekaan Kazakhstan pada tahun 1991.

Alhamdulillah kami dapat cover hampir kesemua point attraction di park ini.
Keseluruhan Panfilov Park ini memang luas tapi sangatlah seronok dan tenang jer suasana. Mungkin aku datang pada waktu winter maka tak la ramai orang yang datang melepak di sini. Dan di sini terdapat banyak monument yang bersejarah dibina termasuklah semua nama-nama askar mereka yang mati ketika era peperangan.

Kalau suka bergambar tu memang wajib ke sini. Park ini pun dah cukup cantik dengan banyak pokok-pokok yang tak wujud atau jarang ada di Malaysia. Hampir setiap pelusuk park ini kami berjalan sampai tak sedar kami sedang berpuasa.

Terdapat statue besar beliau di Astana, Kazakhstan.
Soviet General Ivan Panfilov - Command of The 316th Rifle Division. 
Pegawai pemerintah yang mempertahankan Moscow dari serangan Nazi.
Ingat lagi di entry yang lepas aku ada kata kenapa park ini dinamakan dengan nama Panfilov. Di sini terdapat satu patung statue monument seorang General Soviet dan nama beliau adalah General Ivan Panfilov. Park ini telah dinamakan dengan nama beliau kerena memperingati jasa beliau ketika Perang Dunia II dahulu. 

Ada lebih 20 tempat di bekas jajahan USSR telah menamakan sesuatu tempat atau jalan mahu pun puncak gunung dengan nama beliau. Dari St Petersburg, Rusia sehinggalah ke Kazakhstan dan Kyrgyzstan ada nama beliau. Meninggal pada usia 48 tahun pada 18 November 1941 akibat terkena letupan bom moktar.

Selesai di Panfilov Park ini moh ler kita balik ke apartment. The kids pun dah mula lapar. 
Semasa berjalan keluar dari park the kids dah mula mengadu kelaparan maka kami decide nak singgah ke cafe and bakery yang kami nampak tadi semasa perjalanan ke park. Yang sebenarnya mak ayah dia pun excited nak masuk juga. Mana la tahu boleh lepak selepas berbuka atau taraweh malam nanti.

Kami sebut Halal dan mereka pun sebut halal sambil tunjuk tanda bagus dengan senyuman.
Alhamdulillah buka jer pintu kedai ini dah terasa warm maka kami pun cepat-cepat masuk sebab kesejukan yang membeku di luar dengan suhu masih lagi di bawah +5 degree. Para pekerja di dalam pun tidak memakai sweater.

Masa ni si Ateera macam dah exhausted sangat sebab sejuk plus lapar. Half way tadi dia dah minta duduk dalam stroller dengan si Afnan. Afnan pula memang kena letak dalam stroller sebab kalau biar berjalan slow sangat :D

Suka dengan design kayu dalam kedai ini. Kami pilih duduk dekat dengan heater.
Rambang mata dibuatnya. Memang dalam hati nak itu ini untuk berbuka nanti.
By the way any pastry from yesterday mereka akan jual dengan harga sangat murah.
By the way bila masuk dalam kedai semua pekerja macam lihat kami dengan muka yang agak pelik. Sebab aku rasa diorang baru jer buka kedai dan kami orang pertama yang masuk dan another thing is tak ada seorang pun yang boleh berbahasa english. Dan for sure diorang pelik kami ni bangsa apa. :D

Masa ni anak-anak memang behave betul tak macam kebiasaan masuk kedai makan. Sebab semua dah exhausted dan kesejukan. Elok jer duduk kat kerusi tak perlu nak suruh menjeling bagai macam selalu hahaa. Lepas park the kids with the stroller, kami ke kaunter nak order makanan. Maka bermula sesi bahasa itik dan ayam.

Antara empat orang anak si ateera ni nampak macam dah kalah dengan cuaca sejuk.
Affan dengan Afnan masih bertenaga macam tak ada rasa penat langsung.
Kami cakap English tapi cashier tu reply dalam bahasa Kazakhs atau Russia, kami pun tak tahu. Dari berkata-kata, menulis dan isyarat tangan semua kami guna tapi syukur alhamdulillah kami semua ketawa bersama. Semua staff di sini baik dan sangatlah membantu.

Rezeki anak-anak dapat makan croissant, donut, sandwich dengan isi daging ayam salai. Dan minum hot chocolate dan hot tea. Kesian pulak tengok the kids nampak sangat kebulur. Habis bagi sarapan pada the kids kami pun berjalan balik ke apartment dan semua tertidur tak sampai 5 minit.

Wednesday, 29 January 2025

Kazakhstan Almaty Part 3 : Ascension Cathedral - 28 Panfilov Guardsmen Park

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kazakhstan Almaty Part 2 : Almaty Arbat Apartment - Best Location & Friendly Owner

Ketika sampai di apartment malam tadi dan selesai urusan dengan owner, jam telah menujukan pukul 10.30 malam. Lepas selesai mandi dan uruskan anak-anak. Terus aku cakap dengan wife nak keluar sekejap untuk cari makanan buat makan sahur nanti. 

Alhamdulillah tidaklah susah dengan hanya berjalan kurang 400 meter kelihatan banyak kedai runcit dan banyak restoran halal yang masih buka di sepanjang Kunaev Street ini. Aku membeli susu segar paket, roti, jus buah, beras dan satu salami daging yang bertanda halal. Pada mulanya tak sure daging atau ayam tapi ada tanda halal kita beli jer lah.

Simpang empat antara Gogol Street dan Kunaev Street sebelum masuk ke Panfilov Park.
Berjalan kaki sejauh 250 meter dengan suhu +1 degree menuju ke Panfilov Park.
Lebih kurang setengah kemudian barulah aku pulang dan kelihatan wife menarik nafas lega dan berkata "Gelisah saya dibuatnya, sebab kalau jadi apa-apa pada awak tiada siapa yang tahu". Aku hanya sekadar memberi senyuman sambil berkata "Insyallah okay, kan bulan puasa ni". Dalam hati lupa ke husband you ni backpackers hardcore hahaha.

Ascension Cathedral - The Second Tallest Wooden Church in The World.
Alhamdulillah waktu bersahur kami makan nasi dengan lauk instant. Selepas solat subuh kejut the kids untuk bersiap-siap nak berjalan di are Panfilov Park. Disebabkan malam tadi hujan maka pagi ini cuaca drop +1 degree dan jatuh minus dalam beberapa waktu. Walau jalan masih basah the kids dah excited nak keluar berjalan.

Kami berjalan sejauh 250 meter dan sampai di simpang empat sebelum masuk ke area park. Dan terlihat sebuah kedai bakery and cafe di sini tapi disebabkan masih awal ia masih belum dibuka. Maka aku dengan wife decide nanti on the way balik boleh bagi the kids makan di sini. Lepas penat mesti lapar dan balik nanti boleh terus tidur.

Kalau bukan musin winter akan penuh dengan bunga di hadapan church ini.
Dikatakan pada permulaan binaan church kayu ini tidak menggunakan sebatang paku pun.
Selain musim winter area lapang ini akan ada ramai orang berjualan.
Dan kami meneruskan perjalanan menuju destinsi pertama iaitu Ascension Cathedral. Elok sampai tiba-tiba hujan renyai maka bertuduhlah kami sekejap di sini. Russian Orthodox Church ini juga dikenali dengan nama Zenkov CathedralSiap dibina pada tahun 1907 dengan ketinggian 56 meter dan menjadi The Second Tallest Wooden Church in The World.

Dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kecuali Ahad dibuka seawal dari jam 6.00 pagi. Pernah dijadikan sebagai Central State Museum oleh Kazakh Soviet Socialist Republic dari tahun 1930 sehingga 1940. 

Pada Mei 1995 kuasa pegangan bangunan ini telah diserah semula kepada Russian Orthodox Church Authority. Pada Jun 2005 National Bank of Kazakhstan telah menggunakan Ascension Cathedral ini sebagai ukiran pada duit syiling 500 Tenge bagi mempromosi kefahaman dan budaya kepada rakyat Kazakhstan. 

Berjalan dari Ascension Cathedral ke Memorial of Glory di Panfilov Park.
Mak ayah berpuasa maka kita jalan tenang-tenang. Cuaca sejuk tak la rasa penat sangat.
Selesai hujan renyai kami pun mula pusing satu cathedral ini. Teruja juga sebab first time tengok church berseni bina orthodox ni. Nak masuk tak boleh sebab pagi ni macam ada sesi sembahyang kalau tak silap. Dan the kids pun ada sekali so tak perlu la nak masuk amik gambar di dalam.

Dari info bacaan di internet jika selain musim winter akan ada orang berjualan di kawasan lapang sebelah cathedral ini. Dan ada banyak mainan untuk kanak-kanak bermainan disediakan. But somehow park ini kawasan orang bawa anjing berjalan-jalan. Syukur datang waktu winter maka kuranglah manusia bersiar-siar apatah lagi yang membawa anjing.

28 Panfilov Guardsmen Park (Memorial of Glory)
Memperingati askar Kesatuan Soviet yang meninggal ketika Pertempuran Moscow.
Dan kemudian kami berjalan ke arah 28 Panfilov Guardsmen Park yang terletak 50 meter ke arah belakang church. Dikenali juga dengan nama Memorial of Glory. Walau jalan ketika ini basah dek hujan renyai yang turun tadi but the kids still enjoy the walk dalam kesejukan. 

Dibina bagi memperingati 28 askar dari unit infantri Alma-Ata Tentera Merah yang dilaporkan meninggal dunia semasa Perang Dunia II dalam Pertempuran Moscow. Mereka diingati kerana berjuang bermati-matian bagi menangguhkan kemaraan Jerman ke ibu kota Soviet di Moscow semasa Operasi Barbarossa.

Terdapat api yang menyala semenjak memorial ini dibuka sehinggalah sekarang.
Mempeingati tahun 1941 sehingga 1945 adalah tahun berlakunya Perang Dunia Kedua.
Affan adalah orang paling excited sebab dia memang suka anything about army.
Pada 22 Jun 1941 Adolf Hitler telah melancarkan Operasi Barbarossa. Kempen pencerobohan Kesatuan Soviet atau USSR. Ia adalah permulaan kempen yang pada akhirnya meletusnya Perang Dunia Kedua secara besar-besaran. Hitler menganggap Kesatuan Soviet sebagai musuh semulajadinya walau pada ketika itu Kesatuan Soviet tidak memberi sebarang tindak balas atas penjajah German ke atas Poland.

Selama lebih setahun lamanya dari musim bunga 1941 sehingga musim sejuk 1942, Pihak Nazi telah membuat perancangan secara rahsia bagi menyerang Kesatuan Soviet. Lebih 5 juta Tentera Nazi telah menyerang Kesatuan Soviet disepanjang perbatasan 1,800 batu iaitu dari Laut Baltic sehinggalah ke sempadan Poland - Ukraine.

Ada satu lagi monument tapi tak faham sebab tak ada tulisan yang boleh difahami.
The kids yang minta untuk bergambar di semua tempat. Kita layan jer lah :D
So apa kena mengena park ini dengan Kesatuan Soviet dan Operasi Barbarossa? Ini kerana Kazakhstan berada di bawah Kesatuan Soviet sebelum merdeka pada tahun 1991 selepas kejatuhan USSR. Oleh itu seramai 28 orang askar dari Almaty, Kazakhstan ini telah berjuang dibawah Tentera Red Army ketika mempertahankan Moscow semasa Operasi Barbarossa.

Mereka telah terkorban ketika menangguhkan kemaraan Tentera Nazi ke arah Moscow yang mana sehingga akhirnya pihak Nazi tidak berjaya menyerang atau menaklukh Moscow sehinggalah habis Perang Dunia Kedua. Dan penyerangan ke arah Kesatuan Soviet membuka ruang di arah timur untuk  pihak pakatan menyerang.

Suasana ketika snow di Ascension Cathedral di malam hari - Sumber Google.
Insyallah next time jika ada rezeki nak mai waktu snow - Sumber Google.
Okla cukup la aku tulis sedikit info mengenai Panfilov Park ini. Kalau buka buku sejarah SPM insyallah ada banyak cerita lagi cerita Perang Dunia II ini. Tapi kenapa nama park ini Panfilov? Insyallah aku akan tulis di next entry akan datang. 

Ketika search info semasa menulis entry ini aku terjumpa gambar-gambar suasana ketika salji turun dengan lebat di Panfilov Park ini. Ya Allah menakjubkan dan cantiknya. Moga suatu hari nanti boleh repeat semula ke Almaty sebab nak explore more place in Almaty especially their country side. Maybe repeat without the kids hihii :D

Monday, 27 January 2025

Kazakhstan Almaty Part 2 : Almaty Arbat Apartment - Best Location & Friendly Owner

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kazakhstan Almaty Part 1 : Bebuka Selepas 17 Jam Berpuasa Di Dalam 10 Jam Flight AirAisa Dari KUL

Selepas menukar duit di money changer dan membeli simcard kami terus book our transport by e-hailing App Yandex Go. Sama jer penggunaannya seperti GRAB atau UBER. Tapi disebabkan Kazakhstan ini negara pro Russia maka mereka banyak menggunakan perkhidmatan dan barangan dari Rusia berbanding western country yang lain.

Baju pink tu owner apartment kami yang sangat baik hati. Bergambar pada hari terakhir selepas check out dan owner membantu kami order Yandex ke bus station.
Inilah bangunan apartment yang kami sewa. Very convenient :D

Jarak dari airport ke apartment yang telah aku tempat adalah sejauh 14 km. Dan bayaran Yandex adalah sebanyak KZT1,720.00 bersamaan RM14.58. Agak murah mungkin harga yang aku dapat ini adalah selepas waktu pick hour sebab dah lebih pukul 8.00 malam.

Oh ya di Almaty International Airport ini ada free wifi. Masa sampai aku terus WhatsApp owner apartment. Dan dia membantu aku dari awal sehinggalah sampai ke apartment. Beliau juga memberi lokasi yang tepat pada aku untuk pin dalam Yandex. Dan turut bercakap dengan pemandu sehingga kami sekeluarga selamat sampai di hadapan beliau.

Almaty International Airport berada di dalam bandar. Hanya 14km ke apartment.
Kenderaan app e-hailing Yandex yang kami naik dari airport.
Pemandangan dari balkoni apartment kami. Masa ni suhu +1/-0.
Owner seorang wanita tempatan dan bila tengok wife aku pakai tudung dia tanya "Are you Muslim?'' Aku pun jawap "Yes". Dan dia pun bagitahu dia pun muslim dan ada dua orang anak perempuan tapi jarang pakai scarf sambil menunjuk ke kepada wife aku. Dan memang jarang sangat nampak orang tempatan pakai tudung.

Sepanjang masa berwhatsapp dengan owner ini dia menggunakan bahasa english namun bila berjumpa dia sangatlah kurang fasih bercakap ada la few word yang mudah beliau bercakap. Selebihnya kami menaip whatsapp walau berdepan hiihii.. Dia kata boleh menulis tapi cakap english tu very week sangat.



Aircond juga disediakan untuk pengunjung yang datang pada musim summer.
One Bedroom Apartment ini telah dibooking seawal sebulan setengah menggunakan www.agoda.com dan harga yang aku dapat adalah RM160.00 untuk satu malam. Sebuah apartment kecil dengan satu bilik tidur yang mempunyai satu katil queen dan satu katil single. Satu bilik air/mandi beserta sebuah bathtub dan mempunyai water heater yang cukup baik.

Alhamdulillah satu Single Bed dan satu Queen Bed. Cukup buat kami anak beranak.
Sebelah bilik ada balkoni yg panjang sampai ke tingkap dapur.
Nasib la buka cartoon the kids tak kesah walau tak faham anything.
Dan satu ruangan dapur beserta meja makan. Dilengkapi dengan washing machine, fridge, kettle, iron, hair dryer dan 2 buah heater di dapur dan juga di bilik tidur. Peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau, senduk, pinggan, mangkuk dan cawan juga disediakan dengan cukup. Coffee, Tea & Sugar disediakan cukup untuk sepanjang kami berada di sini.

Dapat beli beras putih dengan sosej daging untuk masak juadah berbuka pertama.
Menu berbuka hari pertama di bumi Kazakhstan.
Sosej Daging, Garlic Bread, Kari Sardin Instant, Nasi Putih dan Kicap.
Dan yang penting apartment ini cukup bersih, lengkap dan mempunyai balkoni yang luas berserta penyidai pakaian. Cuma pakaian yang kami basuh lambat kering disebebkan sejuk winter dengan ketiadaan sinaran matahari sangat walau di siang hari. Maka aku decide untuk letak pakaian di atas heater. Alhamdulillah tak sampai setengah jam dah kering.

Stocking 🧦 dan gloves 🧤 memang kena sentiasa basuh dan jemur atas heater bagi cepat kering.
Luaran bangunan apartment ni tidaklah nampak seperti friendly tourist. Macam area kawasan gengster mafia rusia dalam movie but tidak sebenarnya. Mungkin sebab bangunan nampak old school but alhamdulillah kejiranan agak baik dan ramai yang menegur kami walau tidak boleh berbahasa english, sekadar angkat tangan dengan senyum dan ungkapan "Hi".

Di hadapan pintu pagar sebelum masuk ke apartment.
Di hadapan pintu masuk apartment ada taman permainan kanak-kanak. Unit apartment ini terletak di tingkat 3, boleh naik lift atau menggunakan tangga. Kami diberi kunci untuk masuk ke pintu utama bangunan dan pintu rumah. Agak privasi dengan hanya 3 buah rumah sahaja di setiap floor. Dan sampah perlu dibuang di rumah sampah di luar bangunan.

Zhibek Zoly Metro Station hanya 250 meter sahaja dari apartment.
Terdapat sebuah supermarket yang besar berdekatan apartment
Ascention Cathedral 200 meter dari apartment.

Dan another reason kenapa aku memilih apartment ini sebab ia berada di tengah-tengah kepada most attraction di Almaty. Arbat G Almaty tempat shopping open air berada di belakang bangunan sahaja. Ascension Cathedral 200 meter, Zhibek Zoly Metro Station 200 meter, Astana Square, Green Bazaar dan Almaty Central Mosque 1km meter.

Monument of Glory 300 meter dari Apartment.
Almaty G Arbat Street Shopping Mall. Hanya di sebalik bangunan apartment sahaja.

Dan 650 meter ada sebuah Supermarket besar "Cynepmapkemi" ntah aku pun tak tahu apa namanya tapi itulah yang tertulis dihadapannya. Cafe, kedai serbaneka dan bakery ada banyak di sekeliling area apartment ini. Dan restoran halal juga ada berpuluh di sepanjang Kunaev Street di sebelah kiri apartment dan Gogol Street di bahagian depan.

Khulasahnya memang seronok stay di sini, terasa seperti rakyat tempatan. Insyallah kalau diberi peluang lagi pasti aku akan repeat untuk stay di sini lagi. Dan aku sangat recommended kalau korang nak cari tempat yang harga marhain dan selesa serta walking distance to the most of attraction places. Boleh seacrh Almaty Arbat Apartment di Agoda.

Bersambung Kazakhstan Almaty Part 3 : Ascension Cathedral - 28 Panfilov Guardsmen Park (Memorial of Glory)