Pulang dari Kok Tobe Hill kami tidak menggunakan Cable Car atau any other transport. Kami memilih untuk berjalan kaki turun ke bawah sebab nak menikmati lagi view pemandangan yang indah tersaji di setiap saat kaki melangkah.
Lagi pun masa kami datang bersama E-Hailing Yandex pagi tadi, kelihatan ada sebuah masjid yang cantik just sebelum sampai entrance di kaki bukit Kok Tobe ini. Alang-alang dah sampaikan kita singgah la sekejap.
![]() |
Our Second mosque visit in Almaty City - Al Hamid Mosque. |
Memangkan sekarang ini masih lagi waktu Duha. Maka aku mengarahkan the kids untuk bersolat Duha terlebih dahulu sebelum pulang ke apartment. Sebab balik nanti pun confirm semua akan tertidur kepenatan. Dan jarak di antara entrance Kok Tobe ke masjid ini cuma 150 meter sahaja.
Ketika kami sampai dan masuk ke dalam. Kelihatan hanya ada 2 atau 3 orang sahaja yang berada di dalam dan kawasan sekitar masjid. Selepas mengambil wudhu dan bersolat kami berehat seketika nak recharge tenaga dek kepenatan berjalan jauh. Masa ni Athira dengan Aidel dah terlelap bersama disebalik tiang masjid.
![]() |
Jumlah masjid di Almaty ni agak rare. Bila terjumpa satu dia jadi macam excited sikit :D |
![]() |
Ok jom masuk dalam. Dan macam biasa tempat wudhu & tandas berada di luar masjid. |
Dikenali sebagai One of The Youngest Mosque in Southern Almaty City. Masjid yang memiliki 5 khubah berwarna emas dan satu menara ini boleh memuatkan sehingga 2000 jemaah dalam satu satu masa. Dan masjid yang bermazhab Sunni ini memiliki ruang khas untuk jemaah muslimat.
Telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2011. Decoration interior design di dalam masjid ini sangatlah cantik dengan ukiran corak culture central asia. Ada iras-iras seperti masjid di Iran. Tema light blue dengan putih memang menyejukan pandangan mata. Boleh tiru tema untuk deco rumah raya tahun ni hihi.
![]() |
Corak dan ukiran di dalam masjid ini memang sangat cantik. |
![]() |
Terdapat pokok pasu di setiap tingkap masjid ini. Mungkin sebab sekarang ini tengah musim winter maka mereka bawa semua pokok masuk ke dalam masjid. |
![]() |
Tema warna light blue dengan white soft cream dalam masjid ini memang cantik. |
Antara keunikan seni bina masjid ini adalah pintu masjid yang diperbuat dari crystal chandelier yang di import dari Saudi Arabia. Dan paling menarik terdapat Kiswah iaitu kain sutera hitam bercorak benang emas yang pernah digunakan pada dinding Kaabah ada dipamerkan di sini - Info Visit Almaty.
![]() |
Alhamdulillah selesai semua urusan moh ler kita gerak dan sebelum balik kita selfie dulu dengan staff pemuda masjid yang banyak membantu ini. |
Selesai urusan di masjid kami kemudian memilih untuk menaiki bas untuk pulang ke apartment. Wife tanya berani ke naik bas kang takut nanti dia pi ntah ke mana. Aku jawap kita tengok map la mana bas tu tuju. Agak-agak dah dekat nanti kita turun la dari bas. Kalau sesat kita order yandex jer la balik ke Apartment.
![]() |
Maka naiklah kami semua ke dalam bas menuju ke Almaty City dari Kok Tobe ini. |
Terus wife aku cakap "Kat Malaysia nak bawa the kids pergi masjid pun fikir 100 kali, Ini kan nak bawa pi masjid kat negara orang". Aku pun cakap tak cuba tak tahu dan mana la tahu kalau dekat sini the kids behave sikit ker hihi.
![]() |
Gambar dari google sebab aku datang waktu malam mostly gambar tak berapa clear. |
![]() |
Alhamdulillah hajat kami tertunai untuk bersolat taraweh di Baiken Mosque. |
![]() |
Yang aku faham cuma ke mana arah tandas musliman dan muslimat :D |
![]() |
Sangatlah cantik dan unik dengan keindahan di bahagian dalam Masjid Baiken ini. |
Waktu datang kami dapat Pemandu Yandex yang baik sangat selepas tahu kami nak ke masjid untuk solat taraweh dan charge kami hanya KZT1,200.00 sahaja. Dan dia kata "Please make dua for me, One day i also want to pray". Dia macam terkejut sebab kami nak ke masjid untuk solat siap gigih angkut semua 4 orang anak sekali.
![]() |
![]() |
Gambar diambil setelah selesai Solat Taraweh sebanyak 8 rakaat. |
Seperti yang kita tahu Kazakhstan berada lama di bawah jajahan komunis ketika pemerintahan era soviet yang berakhir pada tahun 1991. Dan kesannya ramai orang yang beragama islam atas nama sahaja. Tidak berpuasa dan tidak solat itu adalah perkara yang bukan luar biasa di sini.
Masjid yang mempunyai 4 menara dengan ketinggian 6 tingkat ini telah dibuka kepada orang ramai pada 5 Disember 2014 ketika waktu solat jumaat. Dengan keluasanan 6,000 sq meter ia boleh memuatkan seramai 3,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Dan ruangan untuk muslimat solat berada di tingkat atas.
Bersambung Kazakhstan Almaty Part 10 : Final (Under Construction)
cantik betul masjid2 ni...memang teringin nak ke almaty cuma now tix flight memang mahal laaa
ReplyDelete