Pages

Monday, 13 April 2026

Bulgaria Part 6 : Mencari Makanan Halal Di Central Market Hall

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bulgaria Part 5 : Bertemu Traveler Melayu - Visit St Alexander Nevsky

Bangun seawal pagi namun tiada rutin harian seperti biasa. Tiada anak nak disiapkan untuk dihantar ke sekolah. Tak perlu buat breakfast untuk anak-anak. Rasa tenang tapi terlalu sunyi - itulah sympton kerinduan anak-anak di rumah 😂.

Terus aku bersiap-siap untuk solat subuh di Banya Bashi Mosque sebab dah tak rasa mengantuk. Terasa pula mudah nak ke masjid kalau kat rumah bukan main berat dan liat nak pergi solat subuh di masjid 😅 huhuu.

Ivan Vazov National Theatre juga adalah antara bangunan bersejarah.
Briswalk pagi-pagi di Bandar Sofia sambil mencari makanan halal.
Balik dari solat subuh aku bancuh coffee 3in1 dalam tumbler dan berjalan keluar dari hotel menuju ke Patriarchal Cathedral Saint Alexander Nevsky. Walau semalam dah datang tapi saja datang lagi nak tengok suasana pagi hari di sini.

Sekadar merakam keindahan suasana yang mungkin tiada lagi peluang kedua untuk ke sini. Selesai melayan perasaan aku berjalan pulang tapi menggunakan jalan jauh melalui Knyaz Alexender Dondukov Boulevard. Di sini terletaknya banyak bangunan kerajaan yang telah dibina dari era pemerintahan communist dan ia diguna pakai sehinggalah sekarang.

Independence Square berada di atas Ancient Serdica Cultural Complex.
Bangunan National Assembly of Bulgaria.
Warna putih itu adalah bangunan Council of Minister of Bulgaria.
Antara bangunan di sini adalah Council of Minister of Bulgaria, National Assembly of Bulgaria, Presidential Palace of Republic of Bulgaria dan Minister of Education & Science of Bulgaria. Dan ditengah-tengah ini terletaknya Independence Square of Bulgaria yang mana dibawahnya terdapat Ancient Serdica Cultural Complex yang aku post dalam Part 3.

Kedudukan Rotunda Church yang berada di tengah complex Presidential Palace.
Di sini juga terdapat satu Anceint Orthodox Rotunda Church dikenali sebagai Saint George. Telah dibina sekitar kurun ke-4 Masihi. Dan yang menariknya ialah walau pembangunan di sekeliling telah naik namun struktur gereja ini masih dijaga baik. Terletak di tengah-tengah compound Presidential Palace. Pernah dijadikan sebagai masjid ketika era Ottomaniyah.

Anceint Orthodox Rotunda Church yang telah dibina seawal kurun ke-4 Masihi.
Dan secara tak langsung aku berkesempatan melihat changing guard ceremony di hadapan Presidential Palace. Walau tak semegah di Buckingham Palace di London tapi is still something interesting to be watch. Pertukaran berlaku setiap satu jam dan ceremony besar akan berlaku pada setiap hari Rabu pertama dalam setiap bulan pada pukul 12.00 tengah hari.

Ingat tak boleh ambil gambar sebelah guard tu rupanya boleh.
Sebab tengok orang lain ambil gambar sebelah sebelah National Guard ni.
Jom la kita layan sekejap Changing Guard Ceremony ini.
Jauh pulak aku berjalan pagi ini, asal niat nak cari stock makanan sebab ration yang dibawa macam tak cukup nak bertahan sampai balik ke Istanbul semula. Dari area Presidential Palace sehingga ke Independence Square aku memulakan langkah pulang ke arah hotel. Kang lagi jauh, lagi banyak aku discover tempat menarik, hilang pulak motif nak cari makan.

National Archeological Museum of the Bulgarian Academy of Sciences.
Terletak berhadapan seberang jalan dengan Presidential Palace.
Maka berjalanlah aku ke The Central Sofia Market Hall yang terletak di Marie Louise Boulevard atau di hadapan Banya Bashi Mosque. Sebuah bangunan yang telah dibina pada tahun 1911 juga dikenali sebagai The Market Hall. Mula dibina pada 1907 oleh Naum Torbov seorang architecture tempatan yang terkenal.

The Central Sofia Market Hall.
Pada 100 tahun dahulu ketika baru dibuka ia menempatkan lebih dari 170 kedai dan sekarang ia hanya mempunya satu pasaraya yang besar sahaja. Maka aku masuk ke dalam dengan harapan ada la beberapa makanan halal yang terjual. Dan betul sangkaan aku sebab Bulgaria ini berjiran dengan Turkiye maka banyak makanan Turkiye yang dijual di sini.

Keadaan di dalam The Central Sofia Market Hall.
Antara cookies dan chocolate yang ada tanda Bulgarian Halal Authorities.
Walaupun nilai duit di sini lebih tinggi dari Ringgit Malaysia tapi harga di sini jauh lebih murah. Aku ambil beberapa biji buah oren, epal dan pear, 2 kotak biskut, 1 buku roti, 1 botol jus buah dan sepotong keju. Total lebih kurang BGN15.00 atau bersamaan RM35.00. Rasa murah tak? Bagi aku murah sebab kalau dilihat minimum gaji orang-orang di sini.

Gaji minimum di Bulgaria adalah BGN1,300.00 bersamaan RM3,100.00. Tapi kalau boleh spend untuk beli barang keperluan di bawah BGN50.00 untuk seorang bujang maka sudah dikira sangat murah. Ada yang nak pindah duduk sini ke? 😁.

Mencari roti buku benda paling mudah di makan dan cepat kenyang.
Dan semestinya makanan yang paling murah hahahaa .. 😁
Dah pilih roti kat gambar atas sekali nampak roti yang tengah promo ni 😁.
Indo Mee juga ada dijual banyak di sini dengan tanda Halal.
Kenapa la mi segera Malaysia yang banyak brand tu tak boleh ada di sini.
Masa aku masuk pasaraya di sini mata melihat mana makanan yang halal dan mana yang murah atau tengah promo. Agak terkejut banyak makanan yang tengah promo tu ada tanda halal. Termasuklah beberapa makanan berunsurkan ayam dan daging. Disebabkan ada yang bahan-bahan atau produk itu sendiri diimport dari Turkiye.

Ada juga salami halal yang diimport dari Turkiye.
Tak semua tanda Halal itu ada di depan produk maka kena rajin la untuk membelek semua produk yang kita nampak menarik untuk dibeli. Namun apa yang perasan kalau nama produk tu ada tulisan Turkiye 90% mesti ada tanda halal or else boleh juga untuk memilih makanan vegan.

Penat membeli beberapa stok makanan dan aku terus berjalan pulang ke hotel. Dari subuh tadi dah keluar sampai sekarang dah hampir tengah hari. Balik tu ingat nak minta guna kettle di kaunter. Sekali tengok makcik racist tu ada. Terbantut niat dan terus naik bilik dan tidur 😅.

Bersambung Bulgaria Part 7 : (Final Part Under Construction)

1 comment:

  1. Cappy tu jus fevret saya masa ke Georgia tahun lepas. Cappy berperisa peach. Sini mcm tak de Cappy

    ReplyDelete