Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Hari terakhir kami di Bishkek lebih kepada santai-santai sahaja dan hanya ke Osh Bazaar sahaja untuk makan tengah hari dan juga membeli bekalan untuk perjalanan yang jauh ke Tashkent malam nanti. Banyak meluangkan masa di apartment supaya the kids dapat rehat secukupnya. Dan dengan harapan tak la meragam dalam perjalanan bas malam nanti.
 |
Subuh terakhir kami di Bandar Bishkek pada hari kedua raya aidilfitri. |
Seawal pagi kami telah repacking bag backpack dan luggage serta mengemas rumah. Tak sanggup nak tinggalkan rumah kalau ada part yang kotor. Sebab owner terlalu baik pada kami. Masa sampai first day di Bishkek pun dia jugalah yang telah memesan dan membayarkan e-hailing Yandex kami untuk ke apartment beliau.
 |
Alhamdulillah selesai mengemas apartment sebelum check out. Owner baik dan banyak membantu, kita pun senang hati ikhlas nak menjaga. |
 |
Semua blanket kita lipat dan simpan semula dan kutip semua sampah. |
Dan apabila mengetahui bas kami bertolak jam 6.00 petang, owner telah mengizinkan untuk kami check out jam 5.00 petang. Sebab bus station hanya 15 minit atau 3 km perjalanan menaiki kereta. Owner kata kesian pada the kids akan kesejukan dan akan menunggu lama di bus station nanti kalau check out 12.00 tengah hari.
Dan pukul 11.30 pagi kami keluar menuju ke Osh Bazar tanpa membawa sebarang beg. Kalau ikutkan plan asal selepas check out pukul 12.00 tengah hari, angkut semua beg pergi lunch di Osh Bazaar dan kemudian terus menuju ke bus station sebab Osh Bazaar dah half way ke Western Bus Station (1.6km sahaja).
 |
Alhamdulillah sampai di Osh Bazaar. Kali ini masuk ikut entrance belakang. |
 |
Menanti tempat duduk yang kosong dah kelaparan nak makan tengah hari. |
 |
Beli ayam ayam goreng crispy, nugget dengan pai daging. Dah lebih seminggu di central asia ni tahu la kacca tu kaunter hihii :D |
Dan kali ini kami masuk ikut pintu entrance yang terletak di belakang bazaar. Dan di sini kelihatan banyak gerai peniaga kecil menjual makanan, roti, buah dan sayuran. Dan kami terus duduk di salah satu meja makan yang telah disediakan.
Dan ketika ingin membeli makanan di kaunter ada seorang pemuda telah membantu aku order makanan sebab cashier tu tak boleh langsung speaking English. Aku telah berbual dengan pemuda tersebut menggunakan bahasa arab walau bahasa arab aku dah ke laut sebab lama dan jarang sangat digunakan hahaa.
 |
Syukur dibantu pemuda Kyrgyzstan ketika membeli makanan. |
Pemuda Kyrgyzstan ini adalah salah seorang pelajar tajaan kerajaan Kuwait untuk belajar di salah satu university di Kuwait (no wonder lah fasih berbahasa arab). Selesai makan kami masuk ke main hall Osh Bazaar dan membeli apa yang patut sambil merayau di area yang tidak kami kunjungi sebelum ini. Antaranya section yang menjual susu dan cheese.
 |
Di bahagian belakang Osh Bazaar kelihatan lebih ramai orang dan barang lebih murah. |
 |
Sayur semua segar. Seronok membeli dan memasak di apartment selama tinggal di Bishkek. |
 |
Makcik ni menjual segala jenis cheese. ada yg murah ada yang tak sedap hahaha.. tak best :D |
 |
Kami membeli potongan kecil hampir setiap jenis cheese nak merasa huhuu. |
 |
Ada yang macam half way nak jadi cheese. Mana yang nampak elok kita cuba lah hihi :D |
Di bahagian belakang Osh Bazaar ini lebih kepada kawasan B40 aku umpamakan. Berbanding di bahagian main entrance di hadapan. Walau di sini nampak keadaan para peniaga yang tidak tersusun dan agak tidak bersih dengan ramai yang menjual dengan hanya membawa bakul dan ada yang membentangkan kain.
Tapi bagi aku amatlah seronok sebab boleh join the local dalam membeli dan pastinya harga di sini lebih murah. Tak sama keadaan jika di Malaysia sebab kalau yang jual di luar tu mostly warga asing macam Pasar Borong Selayang tu. Tapi di sini yang berniaga tu semua orang tempatan. Umpama keadaan di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.
 |
Balik dari Osh Bazaar kami decide untuk berjalan kaki half way. Saja nak lihat kawasan sekeliling dan life masyarakat tempatan pada hari kedua raya. |
 |
Bila bandar bersih walau tak maju. Memang seronok berjalan apatah lagi selamat. |
Selesai di Osh Bazaar kami pulang ke apartment dan jam menunjukan pukul 2.30 petang. The kids sempat main air panas dalam bathtub lagi dan kemudian siapkan mereka dengan pakaian nak check out. Wife and the kids sempat lagi tertidur dengan nyenyak dalam sejam. Dan aku? Memang kena berjaga la kang tertinggalkan bas susah pula.
Tepat pukul 4.45 petang kami check out dan hanya perlu tinggalkan kad di dalam apartment. Booking Yandex yang pertama kena reject sebab terlalu ramai katanya. Dan kali kedua sambil tersenyum driver tu kata masuklah sebab tak jauh pun bus station. Kami sampai di bus station sebelum jam 5.15 dan terus menuju ke bas yang telah sedia menunggu.
 |
Perjalanan terakhir kami dari apartment ke Bishkek Western Bus Terminal. |
 |
Pemandu Yandex kami yang baik hati. Suka berborak walau english so so. Tapi tak kesah la kan.. asalkan faham dan dapat berkomunikasi sambil ketawa :D |
Sempat membeli dimsum di bus station sebab takut sangat the kids kelaparan. Ye lah perjalanan selama 12 jam atau lebih bergantung keadaan jalan dan trafik. Dan paling worse keadaan di border yang mungkin sekejap atau boleh jadi lama.
Bas akan melalui Kazakhstan untuk menuju ke Uzbekistan walaupun Kyrgyzstan dan Uzbekistan adalah jiran bersebelahan. Maknanya kami kena turun sebanyak 4 kali untuk cop passport. Dan keadaan yang paling mendebarkan adalah kami sekeluarga di tahan hampir sejam oleh pihak askar di border Kazakhstan selepas melepasi immigration Kyrgyzstan.