Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Lagi dua hari sahaja sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah. Kami sekeluarga telah pun memulakan langkah menuju destinasi kedua di Central Asia ini. Dengan perasaan yang masih berbelah bagi sama ada nak proceed atau tidak menuju ke Bishkek, Kyrgyzstan ini. Sebab tak pernah lagi bawa the kids cross border by land selain di Malaysia.
 |
Arriving at Sayran Bus Station |
 |
Our apartment host sedang booking kan Yandex Go ke Sayran Bus Station. |
Selepas check out dari apartment kami, owner telah membantu kami untuk orderkan Yandex menuju ke Bus Station yang betul bagi memudahkan kami mendapatkan bas menuju ke Kyrgyzstan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan ketika ini dan rasa sedih nak berpisah dengan owner yang baik dan banyak membantu ini.
Perjalanan mengambil masa kurang 15 minit untuk sampai di Sayran Bus Station. Dan dari bus station ini kita boleh ke pelbagai negara termasuk China dan Afghanistan. Macam menarik la pulak this part hihi. Untuk ke Bishkek aku hanya menyebut perkataan Bishkek di kaunter.
Antara yang menakutkan apabila kereta boleh berada di tengah-tengah simpang 4 besar untuk belok ke kiri ketika kereta dari arah depan sedang bergerak lurus. Lain betul sistem di sini.
 |
Dah sampai jom masuk cari tiket bas ke Bishkek, Kyrgyzstan. |
 |
Kebanyakan bas menuju ke beberapa destinasi ke arah dalam negara China. |
Dan kemudian staff kaunter berkenaan mengarahkan aku untuk ke arah kaunter paling hujung dalam bahasa Kazakhs yang aku tak faham. Dan kemudian aku difahamkan dengan bantuan dari traveler lain yang boleh berbahasa english. Hanya ada satu kaunter yang menjual tiket ke Bishkek dan hanya satu bas sahaja yang akan berlepas ke Bishkek setiap hari.
 |
Tempat bas parking setelah sampai dari destinasi masing-masing. Dari China, Tajikistan, Kyrgyzstan, Rusia dan Afghanistan. |
Dan bas akan bertolak pada jam 2.00 petang yang mana sekarang ada lagi 45 minit. Masa ini berdoa sangat moga cukup la tiket untuk kami 6 beranak. Dan ketika beli tiket di kaunter bas masih lagi separuh kosong dan kami diberi pilihan untuk memilih seat yang mana kami mahu.
 |
Arah anak panah tu satu-satunya kaunter untuk beli tiket ke Bishkek. |
 |
Kacca / Kaunter - Nak beli tiket terus ke Tashkent, Uzbekistan pun boleh. |
 |
Selepas beli tiket bas, kita akan melepasi gate ini untuk ke Departure. |
 |
Hanya yang ada valid tiket bas sahaja boleh masuk ke arah departure ini. |
Dan kami hanya perlu membayar untuk 2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak. Untuk Affan dan Afnan pegawai di kaunter bagitau tak perlu beli tiket sebab terlalu kecil. Okla setiap dua seat kami akan duduk bertiga 1 dewasa dengan 2 kanak-kanak. Harga tiket bas KZT 3,000 bersamaan RM27.00 seorang adalah cukup murah bagi aku.
Selepas membeli tiket barulah lega dan kami mula merayau-rayau di sekitar Sairan Bas Station ini. Ada beberapa restoran halal kalau nak makan atau layan teh mangkuk. Dan pada ketika ini kami bertemu dengan beberapa private teksi yang juga menawarkan perkhidmatan ke border dengan lebih cepat. Dan pasti dengan harga yang agak mahal.
 |
Terdapat sebuah restoran halal bersebelah gate tadi. Boleh makan sebelum naik bas. |
Ok di sini aku dapat beberapa info yang mungkin berguna untuk korang nanti. Satu jika tak dapat tiket bas atau terlepas bas anda still boleh ke border dengan private teksi. Boleh naik seorang diri atau boleh naik yang penuh kereta. Macam kena tunggu sedikit bagi penuh 4 orang penumpang untuk ke border.
 |
Hanya 20 minit sebelum berlepas. Barulah semua penumpang dipanggil untuk masuk ke dalam bas. |
 |
Bismillah - tepat jam 2.00 petang bas mula bergerak meninggalkan Sayran Bus Station. |
 |
Alhamdulillah dah naik bas barulah lega rasa hati. Masa ni berdoa sangat moga-moga anak semua tak meragam. |
Maka apa kelebihan naik private teksi ini. Walau ia mahal tapi aku rasa berbaloi sebab mereka boleh berhenti di mana sahaja yang kita nak. Dan perjalanan hanya mengambil masa 1 jam lebih sahaja untuk ke border. Dan perlu tahu pemandangan countryside menuju ke border sangat-sangatlah cantik dan memukau mata memandang.
 |
Pemandangan dalam perjalanan menuju ke Border Kazakhstan - Kyrgyzstan. |
Yang mana kalau naik bas kita hanya mampu melihat dari tingkap bas. Kalau korang suka horse riding maka naiklah private teksi sebab boleh berhenti di mana-mana perkampungan untuk melakukan aktiviti horse riding di kawasan pergunungan seluas mata memandang. Because of this insyallah aku akan repeat lagi trip Almaty.
 |
Bas berhenti sekali sahaja di sini dalam perjalanan ke border. Kalau nak ke tandas inilah masanya. |
 |
Oh ya.. Inilah rupa bas kami. Simple jer kan. Driver bagus bawa pun tak pernah lebih 100km/j. |
 |
Antara makanan yang ada di RNR ini. Terliur tengok huhuu. Tapi tak sure sejauh mana ia halal. |
Perjalanan bas mengambil hampir 4 jam untuk sampai di border dan di border bas akan mengambil masa yang agak terlalu lama untuk melepasi border. Aku menunggu bas hampir sejam selepas selesai urusan passport & immigration untuk kami 6 beranak. Sehingga masuk waktu berbuka. Dari cerah sampai gelap menunggu bas dengan sejuk winter lagi.
 |
Selepas hampir 4 jam. Akhirnya kami selamat tiba di border Kazakhstan. |
 |
Dari sini kita kena turun dan berjalan kaki dengan membawa semua beg dan luggage. |
 |
Masa ni kami dan lepas immigration Kazakhstan dan menuju ke Border Kyrgyzstan. |
Maka di sini sekali lagi ramai pemandu teksi menawarkan perkhidmatan untuk di bawa ke Bishkek yang terletak hanya 20 km dari Az Zhol Border Control. Boleh dikatakan separuh dari penumpang bas give up nak tunggu bas dan mereka kebanyakan menaiki share teksi (Mashrukah) ke Bishkek. Dan kami masih setia menunggu bas sebab tak rushing apa pun.
Boleh tonton sedikit ulasan aku ketika menyeberangi border antara dua negara.
So itulah kekurangan apabila kita menaiki bas ke Bishkek dari Almaty. Perlu menempuh masa yang lama berbanding menggunakan teksi yang hanya memakan masa kurang 2 jam sahaja. Bagi yang tak rushing boleh la naik bas dan enjoy the view of country side. Oh ya kami berbuka puasa selepas selesai urusan immigration Kyrgyzstan dan Kazakhstan.
 |
Berjalan dan terus berjalan nasib la tak jauh mana. Lebih kurang 200 meter sahaja. |
 |
Semasa kami berjalan ke arah border Kyrgyzstan. Bas kami masih lagi tak lepas border Kazakhstan. Kelihatan berpuluh-puluh kenderaan que nak melepasi border antara dua negara ini. |
Selesai berbuka puasa dengan apa yang ada termasuklah Nasi Lemak. Eh kejap mana dapat Nasi Lemak? sebab dalam bas ini terdapat satu lagi family dari Malaysia. Mereka memberi beberapa pack instant nasi lemak complete dengan ikan bilis, kacang dan sambal yang dibawa dari Malaysia. Keluarga yang sama kami jumpa di Almaty tempoh hari.
Dan selepas menunggu dengan lama. Akhirnya bas kami muncul dari pintu gate border Kyrgyzstan. Kelihatan hanya suku penumpang yang setia menunggu. Dan akhirnya kurang dari sejam kami sampai di Western Bus Station. Yang tidak jauh dari Osh Bazaar iaitu hanya 1.8km sahaja.
Bersambung Kyrgyzstan Bishkek Part 2 : (Under Construction)