Di Daerah Rembau ini kalau mai bercuti especially dengan family with small kids memang seronok. Selain popular dengan masakan negori yang asli dan podes. Rembau juga kaya dengan landskap bumi yang menghijau dari pergunungan, bukit sehinggalah ke kawasan perkampungan.
![]() |
Sebelum masuk lebih dalam ke Sungai Talan kita akan jumpa Masjid Kariah Kampung Batu, 71300 Rembau di persimpangan. |
Oleh itu destinasi Rembau ini sangat sesuai dijadikan aktivti outdoor seperti berkelah, perkhemahan, trekking, hiking dan juga bermandi mandi di air terjun, sungai dan jeram yang banyak terdapat di sekitar Rembau.
Dan dengan tidak sengaja kami telah terjumpa sebuah kawasan bermandi manda di Pusat Rekreasi Jeram Sungai Talan di Kampung Bintongan, Rembau. Yang pada mulanya hanya mahu mengikut jalan dalam selepas memandu keluar dari Pusat Latihan Memanah & Berkuda di Cape Cavallo Equestrian Club.
![]() |
Suasana parking kereta di tempat rekreasi yang penuh dengan pengunjung. |
![]() |
Dapat juga parking berdekatan dengan tandas dan surau. |
![]() |
Pihak yang bertanggungjawap dah boleh mula bina tulisan yang baru. |
Untuk ke Jeram Rekreasi Sungai Talan ini anda boleh exit dari Tol Pedas/Linggi yang mengambil masa sekitar 20 minit dan dari Tol Simpang Empat mengambil masa sekitar 30 minit. Dibuka setiap hari dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM3.00 untuk sebuah kereta dan RM15.00 untuk berkhemah.
![]() |
Tempat pendaftaran tapak perkhemahan di Jeram Rekreasi Sungai Talan. |
Kemudahan yang disediakan antaranya tandas, bilik mandi, tapak perkhemahan berpagar, surau, gazebo, parking kereta, kedai jualan dan internet 4G. Namun dari bacaan di internet bayaran hanya dikenakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umum sahaja.
Selain dari 3 hari ini tiada bayaran dikenakan dan bilik air serta tempat mandi akan ditutup. Dan aku sekeluarga datang pada hari Ahad. Maka tak tahu sejauh mana info berkenaan adalah tepat atau tidak. Pada yang tahu boleh comment di bawah yer.
![]() |
![]() |
Jeram Rekreasi Sungai Talan ini mempunyai beberapa Lubuk yang bermula dengan Lubuk Sungai di hadapan tapak perkhemahan. Lubuk Gangsa kemudian Lubuk Asah, Lubuk Talan, Lubuk Kuali, Lubuk Panjang dan akhir sekali Lubuk Seratus. Jika terus menyusuri Sungai Talan pengunjung akan sampai ke Jeram Gunung Pasir di Kuala Pilah.
![]() |
Pada pandangan aku keadaan sungai di sini sangatlah sesuai untuk anak-anak kecil bermandi manda. Memang terdapat banyak spot yang sesuai dan tidak merbahayakan bagi mereka. Namun perlu juga menjaga mereka ketika mandi di sungai. Air di sini sangatlah bersih, jernih dan sejuk. Air turun dari bukit kan memang best.
![]() |
Lepas habis bermandi, macam biasa perut pun berirama meminta makanan. |
![]() |
Kita singgah di kedai makan ini. Apa nama tak tahu lupa nak amik gambar luar. |
![]() |
Lepas makan boleh bagi review pada owner kedai makan. Alhamdulillah sedap. Cuma agak mahal harga yang di charge 😅 |
Dan ketika hari Ahad keadaan agak penuh dengan pengunjung yang datang dari kawasan sekitar dan juga dari luar kawasan. Tapak perkhemahan juga kelihatan penuh. Insyallah nak cuba berkhemah di sini jika diberi kesempatan di masa akan datang.
Pada yang ingin datang make sure tolong bersama-sama menjaga kebersihan. Apa jua sampah yang kita bawa pastikan kita bawa keluar semula. Atau buang di tong sampah yang disediakan. Kalau nasi atau makanan tak habis tu janganlah buang ke dalam sungai dengan harapan akan ada ikan yang akan makan. Jagalah Sungai Kita. :D
menarik ni utk kids main air/mandi manda. thanks for sharing info
ReplyDeleteInsyallah nanti nak try camping di sini pula. The kids mmg seronok main air di sungai talan ni 😊
DeleteBestnya mandi sungai. Harga mahal sebab sekarang ni barang mentah pun banyak yang naik harga....bab sampah kat tepi sungai tu kadang nampak dalam gambar....lepas picnic....dibiarkan bersepah je tepi sungai tu. Sayang la....sungai cantik dah....sampah pun banyak jugak. Mencacatkan permandangan je.
ReplyDeleteMandi sungai ninmmg healing dia lain mcm kan.. itulah nak salahkan peniaga pun tak blh sbb skrg harga semua naik tinggi. Bab sampah ni rakyat Malaysia ni kena ada disiplin yg tinggi. Jgn mudah nak rosakan alam sekitar 😅
DeleteLama tak bawa anak⁴ mandi sungai...
ReplyDeleteDah tiba masa nya utk bawa anak2 mandi sungai.. antibiotik dari nature utk anak2 :D
DeleteMenarik tempatnya, cuman kalau bawa anak" Harus tetap di pantau, takut batu licin tergelincir atau arus yang deras.
ReplyDeleteTempat menarik.. kalau sudah ke sungai memang harus berjaga-jaga sama anak kecil. Jgn biar lepas gitu.. 😉
Deletenampak meriah kedai makan tu.. btw, selamat hari raya..
ReplyDeleteMeriah bila makan beramai-ramai... Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat Tuan Pha Is.. 😉
Deleteseronoknya mandi sungai...kita suka bab2 gini, tapi, leceh nak menukar pakaian lepas selesai mandi manda...kikiki...erti kata lain, malas lah... 😂😂
ReplyDeleteBetul bab nak bersihkan diri selepas bermain air di sungai tu la paling leceh. but utk diri sendiri okay lagi.. tu yg se kecik tu.. aduhaiii leceh benor nak bersihkan dia hahaha.. Malas tak suka gitulah hahahah :D
DeleteSeronoknya bermandi manda...
ReplyDeleteLama Cuya tak merasa mandi sebegini, entah bila last
Berzaman dah
Mandi sungai dan aktiviti masuk hutan ni termasuklah hiking, camping dan sebagainya adalah terapi dan antibiotik paling baik utk kita especially the kids. Jgn lama sgt tak mandi sungai hahaha :D
DeleteSure heaven budak-budak mandi ni. Kita yang tengok pun boleh terasa nyaman sejuk air sungai. Lagi-lagi di musim panas ni
ReplyDeleteMemang pun panggil sepuluh kali belum tentu diorang nak nyahut hahaha.. Ke hulu hilir diorang main kita ni yg risau hahaha.. alhamdulillah mmg refresh the kids lps mandi sungai..
Deletewaahhh anak-anak mmg seronok mandi sungai ni! air sungai sejukkkkkknyaaaa terketar-ketar nak masuk dlm sungai tu hehehe.. mahal sikit takpo asalkan sodap ye dak? hehehe
ReplyDeletesalam aidilfitri & ana mohon maaf segala salah & silap :)
Masa mandi langsung tak beringat the kids ni.. lepas mandi sampai kecut tangan kaki baru la rasa sejuk mengigil bagai hahahaa.. 😂
DeleteBetul sedap kena lah pada harga yg pricy sikit hihi..
Salam Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin
Seronoknya main air.
ReplyDeleteTaqobbalallahu minna waminkum.
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya Afif.
Seronok bila jumpa sungai di kaki bukit.. air sejuk jernih...
DeleteSalam Aidilfitri..Maaf Zahir Batin juga Puan Mulan.. 😊
nieyl tak pernah sampai rembau lagi..
ReplyDeleteair dia bersih bagus lah ada kedai makan situ kan, sonang nak makan ..
selamat hari rayaaaa
Betul tu lepas mandi mesti lapar.. air sungai sejuk dan bersih.. mmg seronok nak main air. Slmt Hari Raya Nieyl.. 😉
DeleteUiii...
ReplyDeleterasa nak join berenang renang ketepian tengok depa mandi kat jeram ni...manarik la
Boleh try pergi jeram sungai talan ni .. agak menarik dikelilingi hutan.. air sejuk dan jernih.. :D
DeleteUih! Sakan budak2 tu mandi... Selagi tak kocut jari komfom tak nak naik!
ReplyDeleteTak jugak uncle.. kena jerit dgn mak nya baru nak naik uncle.. kalau taj mmg lupa diri hahahaa..
DeleteCantik tempatnya, agak berjaga juga tu. Kali terakhir saya bawa anak mandi beberapa tahun dulu, sejuknya bukan main sampai akhirnya terpaksa keluar sungai dan cari mandi di kolam berdekatan.
ReplyDeleteSejuk sangat tu sampai surrender air sungai cari air kolam huhu.. sekali sekala kena bawa anak anak mandi sungai utk antibody mereka.. 😎
Deleteseronok tu mandi manda di jeram
ReplyDeleteSeronok main air sebab sejuk jer air nya.. :D
DeleteBestnya, dapat mandi sungai, satu family. Dah lama dah tak bawa anak-anak berkelah, last sekali masa dia orang masih sekolah rendah kot. Yang best mandi sungai, lepas berendam, mesti lapar, makan dulu bekal, pastu terojun sungai balik. :D
ReplyDeleteAktiviti wajib kami sekeluarga sekali sekala .. tak nak anak terperuk dlm rumah huhuu.. lagi pun mandi sungai tingkatkan immune bdn mereka.. lps mandi wajib cari nasi..huhuu
DeleteKalau orang tua macam saya ni sesuai tak gi situ? Ke cetek sangat airnya?
ReplyDeleteSesuai sangat air tak dalam. Byk kawasan yg cetek dan nak turun ke sungai pun mudah dibeberapa bahagian.. Insyallah moga dipermudahkan 😊
DeleteAsiknya main air dan makan-makan.
ReplyDeleteDari sign di foto terakhir, guessing, ini barangkali Negeri Sembilan. ternyata benar juga. Pake bahasa "Urang Awak"
Bila penat mandi air di sungai.. habisnya pasti akan kelaparan. Bernasib baik ada jumpa nasi utk makan tgh hari.. ia di Negeri Sembilan.. urang awak blm didengari lagi.. ☺️
DeleteBanyak yang kena naik taraf di sini. Segan kalau pengunjung luar datang tapi sign board pun gitu. Walaupun duduk di N9 tapi tak tahu tempat ni. Mungkin jarang ke Rembau Most Wanted ni kot. Air jernih dan bersih tu bagus serta mesra kanak-kanak. Tapi yang kurang best tu kalau facilities tutup selain 3 hari tu. Patutnya sentiasa di buka lah kan. Hari hari mesti akan ada orang datang. Well, makanan mahal tu terjadi di mana-mana. Payah nak jumpa yang murah. Kadang menggunakan perkataan ori ke apa dah boleh jadi mahal.
ReplyDeleteBetul byk yg perlu dinaik taraf di sini kalau mahu dijadikan pusat perlancongan. Di Rembau masih banyak keadaan yg masih kehijauan mmg seronok kalau untuk di explore. Makanan kalau dah masak lemak ori gitu agak susah nak jumpa yg murah.. mungkin la
DeleteJadi kepengin visit rembau ini, apalagi setelah baca kuliner di sana pedas 😍😄.
ReplyDeleteTempat di mana bisa mandi Manda pastilah anak2 suka. Apalagi kalo airnya jernih dan bersih.
Susah nak mencari sungai seperti ini. Tak semua daerah ada. Apalagi dah banyak sungai yg tercemar juga.
Puas main air, makan aneka hidangan, pasti lahap ini 😄👍
Kuliner di sana ada cara mereka sendiri dan kebanyakan pedas seperti masak lomak. Sungai yg jernih dan bersih pasti ramai utk suka kan namun harus dijaga supaya tidak tercemar.. mmg lepas main air perutnya berbunyi bunyi kelaparan .. 😅
Deletearghhh.. janganlah pula ada yang cuci2 pinggan mangkuk dalam sungai tu... apatah lagi bagi lebihan makanan terutama yang berminyak-minyak. Tak suka bila ada nampak kat dasar sungai yang cetek. Terus rasa geli2 gitu!
ReplyDeleteAda ternampak org tu campak ikan goreng yg tak habis ke dlm sungai.. sakit hati betul la dgn sikap mcm ni.. sungai elok bersih jgn la nak kotorkan.. Geli dan merosakan alam sekitar..
DeletePodeh la..bukan podes...apapun..tetap x pernah sampai jeram ni...kalau jeram kg gunung pasir Kuala pilah tu kampung SA...serius la bleh tembus ke situ...kodai Kak Teh tu sedikit mahal maybe memang harga bahan basah dia memang mahal..lepas tu diorang antara yang viral kat area situ..
ReplyDelete