Tuesday, 30 September 2025

Weekend With Kids - Dari Pasar Bujang Lapok Ke Melawati Mall

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Balik dari trip baru ini aku terdampar macam ikan paus di pantai hahaha.. Tak tahu la kenapa..

Pada mula cuma pening kepala.. Okla mungkin sebab jet lag.. 

Tapi meleret pulak sampai rasa bisa-bisa tulang lutut dan pinggang. 

Ok first step amik panadol dua biji terus baring sambil dan sebab rasa kesejukan ambilah selimut. Dan terus tertidur.

Tau-tau jer wife dengan anak-anak kejut dan tengok jam "Eh dah dua jam lebih tertidur".

Dan wife pun kata awak demam ke? panas sangat badan ni. Sambil diajak ke klinik tapi aku menolak.

"Umur macam ni kalau demam esok sembuh la tu" aku reply. Dengan nada badan yang mengigil.

Selamat Datang Ke Pasar Bujang Lapok @ Melawati.
Alhamdulillah esok tu beransur pulih tapi masih lagi sakit kepala. Terus aku cakap dengan wife "Rasa badan dah tak fit macam dulu nak travel backpack ni. Masa tengah travel hari tu bukan main berjalan ke hulu hilir. Siap boleh hiking bagai. Tapi bila balik rumah terus tumbang hahahaa".

Mungkin sebab badan dah biasa bergerak dan berjalan banyak dalam beberapa hari sebelum ini. Bila balik rumah berehat terus tumbang. Maka pagi ahad tu aku decide nak bawa the kids jenjalan. Kalau rehat di rumah takut lemah jer badan.

Cadang nak ke Melawati Mall tapi on the way tu ternampak Pasar Bujang Lapok di Melawati dan terus berhenti untuk melihat apa yang menarik. Terdapat orang meniaga makanan traditional, ada yang menjual pizza, menjual buku lama dan artis yang melukis wajah atau juga pemandangan. Dan nyanyian band kugiran yang memeriahkan suasana.

Selesai di Pasar Bujang Lapok kami berjalan ke Pak Tam Laksa Johor bersebelahan pasar untuk bersarapan. Laksa Johor, Soto Nasi Impit & Meehun dan Bubur Som Som menjadi pilihan kami. 

Semua sedap kecuali sup soto yang aku rasa macam sedikit masam. Tapi still habis dimakan the kids. Air Kopi O Kluang 474 kot kalau tak silap namanya yang aku order tak sampai sehingga kepenghujungnya. Dan dua air minum yang lain tawar dan tak sedap :D

Mungkin masih di awal pagi pekerja tak ready lagi nak buat air lagi la kot (Sangka baik). Insyallah nanti kita repeat lain waktu mana tahu air sedap kan huhu. Selesai bersarapan kami terus memandu menuju ke Melawati Mall. 

Kami park kereta di luar sebab nampak banyak petak parking yang kosong. Lagi pun tak tahu berapa lama akan berada di dalam. Dah lebih setahun tak masuk dan ini first time parking di luar. Moh ler kita berjalan berjemaah masuk ke dalam Mall.

Tak ada niat membeli di Melawati Mall sekadar bawa the kids berjalan setelah seminggu lebih di rumah nenek dan makcik maka hari ini kita bawa la berjalan. Ada Festival Coffee & Friends layan secawan coffee sambil survey mesin kopi baru.

Ada pulak Coffee & Friends Festival dalam Melawati Mall - Tak sia-sia berjalan hari ini.
Dan kemudian berlegarlah kami dari hujung ke hujung di setiap tingkat mall ini mencuci mata.

Ternampak ada Go Kart terus wife kata jom aku pun angguk antara restu atau tidak. Tapi the kids dah menjerit hahahaa. RM25.00 per person per ride untuk 8 pusingan. Mula-mula tak yakin tapi lepas tengok the kids bawa Go Kart first round macam tak ada perasaan terus lega. Insyallah selamatlah tu.

Selesai ber-Go Kart perut meminta-minta untuk diberi makan sebab dah lewat petang. Maka ke food court sebab makanan lebih murah dan banyak pilihan. Wife pilih Yee Mee Sizzling dan Affan makan Nasi Ayam Roasted Chicken. Aku Sharwama dan Atiyya Blackpepper Beef Sizzling with Rice.

Solat Asar dengan Maghrib di surau dalam mall dan akhirnya pukul 9.00 malam keluar jua dari Melawati Mall. Lama juga kami berada di dalam. Tiada apa yang dibeli melainkan wife beli sehelai seluar dengan tidak sengaja. Orang women kan.. dah beli pastu bagi macam-macam alasan pada suami. hahahaa.

Friday, 26 September 2025

Safely Arrived in Malaysia - 7 Countries & 12 Cities - Journey Completed

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah - Itulah first word yang terzahir dari mulut aku. Dari impian dicapai dalam genggaman semasa dalam pengembaraan sehinggalah sampai di rumah. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk melihat keindahan dalam ciptaan Mu di atas dunia ini.

Dan terima kasih buat Blogger Anies atas tunjuk ajar yang diberikan dan sudi menjawap beberapa soalan aku sebab beliau dah pun menjejakan kaki ke beberapa destinasi yang aku plan untuk dituju. Especially pasal nak transit di Istanbul.

Terima kasih jua kepada Blogger Puan Mulan @ O-Mulan, Blogger Puan Zila @ Aku Love Travel, Blogger Diana Teo @ Travel & Living Journal of DT, Blogger Shahrin @ Janggel Trekker's Life, Blogger Puan Suzie @ Miles of Smile dan ramai lagi.

Di atas tulisan entry u all yang banyak membantu aku dalam membuat itinerary dan perancangan untuk mengembara selama hampir 2 minggu. Ramai lagi yang aku baca tulisan di blog mereka tapi baru landing dan sampai rumah ni susah pulak nak recall one by one. Jadi jangan terasa pula hihii.

Fly for the first time with Turkish Airlines dan mengambil peluang pakej stopover di Istanbul, Turkiye selama 26 jam. Dan diberikan Hotel 5 Bintang secara percuma with breakfast yang menakjubkan siap ada chef tolong masakan omelet gitu.

Destinasi yang dituju adalah Zurich, Switzerland - Unlock Negara ke 47 dalam travel diary. Kenapa pilih Zurich? Sebab promo paling murah by Turkish Airlines adalah Zurich dengan RM2263.00 for return. 

Dan dari Zurich menaik bas ke Strasbourg, France. Kenapa ke sini? Sebab kami travel berempat/two couple which is my Junior masa belajar dulu Ustaz Anas with his wife Cikgu Hani. Dan Strasbourg adalah impian destinasi mereka so aku masukan dalam itinerary untuk trip ini.

Dari Strasbourg kami menuju ke Luxembourg - Unlock Negara ke 48. Dan dari Luxembourg kami menaiki train selama 45 minit menuju ke Trier, Germany - Unlock Negara ke 49. Sebab bersebelahan sahaja. Dan di sini terdapat peninggalan struktur bangunan jajahan dari zaman Empire Rom lagi.

Kemudian destinasi seterusnya adalah Basel, Switzerland. Di sinilah shopping buah dan sayuran yang segar-segar untuk dimasak. Memang tak tahan kalau sekadar dilihat. Nanti aku cerita ada makcik tu bagi aku free buah plum sebekas hihii.

Dari Basel kami menuju semula ke Zurich dan kemudian meneruskan perjalanan ke Feldkirch, Austria - Unlock Negara ke 50. Apa yang aku boleh katakan adalah definitely kalau diberi peluang aku nak repeat and stay more days in Feldkirch. 

Tiga hari dua malam berada di Feldkirch memang tak cukup langsung. The environment & the people its just wonderful, termasuklah owner apartment yang sangat baik hati dan mengambil berat pada kami. Seriously memang terharu.

Dari Feldkirch kami mengambil public bus menuju ke Schaan dan Vaduz, Liechtenstein - Unlock Negara ke 51. Perjalanan dengan bas mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Sempat la kami hiking untuk melihat sebuah Castle yang masih lagi digunakan oleh keluarga di raja yang terletak di atas bukit. 

By the way Vaduz City memang awesome dengan pemandangan yang sangat cantik. Cuaca tidak begitu baik di sebelah petang membuatkan kami membatalkan racangan untuk ke Malbun untuk menaiki Gondola dan bermain Alpine Coaster.

Dari Feldkirch kami menaiki train dengan harga Euro 11.00 per person menuju ke Lindau, Germany. Menginap di Westkuste Hostel dengan room with sharing toilet. Dan menaiki ferry ke Meersbourg, Germany merentasi Bondensee Lake yang dimiliki oleh 3 negara iaitu Germany, Austria dan Switzerland.

Dan destinasi terakhir kami adalah Konstanz atau Constance, Germany. Sebuah bandar yang amat besar, cantik, bersih dan unik. Kami tiba dengan menaiki ferry selama 20 minit dari Meersbourg. Harga tiket ferry Euro 4.10 per person.

Dan pada hari terakhir kami menaiki bus menuju pulang ke Zurich dari Konstanz dan kemudian ke airport sebelum menaiki flight balik ke Malaysia. Total budget yang kami spend untuk tirp ini adalah RM4950.00 seorang termasuk flight ticket, makan, bus, hotel, train, ferry dan toilet. 

Tengah Jet lag tak boleh tidur maka terlahirlah entry ini. Nanti aku update semula entry ini degan gambar sekali.

Wednesday, 24 September 2025

Officially Unlock Negara Ke 50 & 51 In My Travel List

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Berceloteh juga lagi di sini. Walau penat badan dari kepala sampai ke tapak kaki dek banyak berjalan untuk trip mengembara backpackers kali ini. Tapi itulah.. Penat-penat pun still nak update juga blog.

Keinginan nak update blog satu hal. Nak ziarah menziarahi blog rakan rakan semua pun satu perkara juga. Hampir dua minggu tak dapat baca apa yang di update kenalan dan rakan di alam maya ini.

Walau tiada kesempatan nak ziarah blog rakan rakan semua. Namun bersyukur sangat dan berterima kasih pada rakan rakan yang hadir memberi comment di sini. Tersenyum bila baca comment yang diberi.

Nampak macam laut tapi bukan. Hanyalah sebuah tasik milik 3 buah negara.
Pemandangan perlabuhan yang telah beratus tahun lamanya.
Untuk trip kali ini berjaya menjejakan kaki ke 5 buah negara baru. Dan officially 51 countries has been conquer by my foot. Alhamdulillah bersyukur sangat. Memang sujud syukur pada ilahi atas nikmat yang diberi.

Sedar tak sedar berjaya juga dapatkan angka 50 tu. Mengumpul angka negara dari zaman belajar dahulu lagi. ☺️. Itulah yang dikatakan first one step is the the beginning of thousand miles. For me just believe in your self.

Mesti sejuk jer dalam rumah. Kalau dah ditutupi macam tu.
Negara kecil yang indah, cantik, bersih tapi mahal ya amat 😅
Dulu masa student angan-angan target nak conquer half of the world. But then sedar diri berdiri di mana. After that memang target angan-angan 50 negara. Dan syukur Alhamdulillah dah pun berjaya.

Mungkin next target is 1/3 of the world or easy calculation is 65 countries. But at the same time kena sedar juga diri tak semuda dan sekuat seperti dahulu dan umur kian meningkat banyak bukan sepeti dahulu.

Monday, 22 September 2025

Third Update From Last Destination

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Pagi isnin yang lebih sejuk, suhu jatuh dari 19 degree malam tadi ke 12 degree pagi ini dan dijangka hujan sepanjang hari. 

Moga perjalanan menaiki ferry 4 jam lagi tidak hujan dan cuaca elok. 

Alhamdulillah perjalanan kembara kali ini kian menghampiri ke penghujung. Tinggal lagi 3 destinasi sahaja yang perlu dituju. Moga dipermudahkan segala urusan.

Suasana pemandangan dari jendela bilik hostel kami.
Breakfast Pack Nasi Lemak dari Chef Zam
Pagi ini kami bersarapan dengan Pack Nasi Lemak Ready To Eat dari Chef Zam. Very recommended. Sedap dan nasi tak melekat. Sambal sedap walau sedikit pedas. Ikan bilis dan kacang juga disediakan. 

Unlock another new city in my travel list
Perjalanan semalam menaiki kereta api melintasi sempadan di antara dua negara semalam memang memukau pandangan mata. Tak terasa lamanya berada di dalam kereta api. 

Satu perkara yang aku tak tahu ketika berada di negara negara ini adalah hari ahad adalah hari cuti bagi semua orang. Bayangkan semalam nak pergi mall tapi mall tutup. 

Kedai-kedai biasa pun mostly semua tutup. Jeng kreng pale hahaha.. 

Menaiki train melintasi sempadan di antara dua buah negara.
Keadaan dalam train yang cukup selesa. Tiada no seat dan boleh duduk di mana sahaja.
Kalau lah travel kali ini aku bawa laptop mesti dah boleh update full story. Tapi sebab guna hp sahaja untuk update. Maka short short jer lah setiap entry ni. 

Insyallah nanti aku update lagi. Doakan moga aku selamat kembali untuk trip kembara kali ini. Dan memang tak sabar nak update story journey kali ini.

Tapi tu la.. Journey Maldive, Turkey, Bulgaria dan Romania tahun lepas belum di update lagi. Bertabah la tunggu story. But insyallah will update juga walau jauh mana masanya ☺️

Friday, 19 September 2025

Second Update - Officially Unlock New 3 Country

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Hari ke-5 travel.. Apa perasaan? Memang Excited dan seronok.. Alhamdulillah Enjoy walau Exhausted yang teramat.

Especially dapat unlock beberapa negara baru.. Yang ke-47, 48 & 49 (Alhamdulillah ☺️)

Tapi.. 

Muka memang dah barai hahaaa..

Walau cuaca sejuk tapi muka still sun burn especially bila masuk waktu tengah hari.

Suhu terus naik dari bawah 10 degree di waktu pagi ke lebih 20 degree di tengah hari. Dan turun semula di malam hari.

Kaki dua dua belah macam nak tercabut.. Bila tengok app dalam hp baru tahu kenapa..

5 hari travel sehingga setakat saat ini kaki dah melangkah lebih 81 ribu langkah. 😅

Mushroom tiram macam di Malaysia tapi menarik sebab warna oren.
Pure strawberry 🍓 jam. 
Sekotak campura buah 4.00 ringgit duit depa.
Rondini & Delicata - First time tengok 😅
Mushroom 🍄 yang ini selalu tengok dalam kartun.
Terung yang segar dan yang belang tu cantik pula ☺️🤤
Pagi ni kita berjalan ke pasar pagi yang tidak terlalu jauh untuk membeli bahan-bahan nak masak di apartment. Geram bila tengok semua sayur-sayuran yang segar. 

Insyallah plan nak masak nasi dan lauk tengah hari ini dan spaghetti alio aglio untuk menu makan malam nanti. Ration yang dibawa mostly dah habis dimakan. Maka kita kena mula start memasak. 

Alhamdulillah ditemukan dengan ramai orang orang yang baik diperjalanan kali ini. Sangat-sangat bersyukur sebab menjadi asbab kepada perjalanan yang lebih baik dan smooth. Brother security di area bus station ni (gambar atas) bagi kami air panas sebanyak mana yang kami mahukan dari office beliau. ☺️👍🏻

Thursday, 18 September 2025

Update of My Self - Somewhere In Winter Season

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Alhamdulillah berjaya menjejakan kaki ke negara ke 47 & 48 dalam dunia pengembaraan aku. Ke mana aku berada sekarang? Insyallah nanti aku update. At this moment tengah struggle dengan suhu di bawah 10 degree pada waktu pagi dan malam. 

Alhamdulillah ditemukan dengan driver bus yang baik hati membantu.
 Suasana tenang, nyaman, bersih dan old school.
Back to 14th & 15th century.
A castle still stand from 12th century.
Second time menggunakan perkhidmatan Flixbus
Baru sahaja sampai negara ke 48 pagi tadi waktu sini pukul 4.00 pagi. Disambut suhu serendah 10 degree. Terpaksa menunggu satu jam sebelum public bus beroperasi pada pukul 5.00 pagi. Nasib ada ruangan tertutup kecil untuk berteduh dari kesejukan. 

Flixbus memang sangat recommended untuk travel dari satu bandar ke bandar yang lain. Punctual dalam menepati masa memang boleh diharapkan, driver bus sangat membantu. Dan yang penting harga tiket murah dan keadaan bas yang sangat baik. Sesetengah bas dari Flixbus ini ada wifi, plug dan USB yang disediakan disetiap seat.

Sunday, 14 September 2025

Just Another Journey - Not Anniversary Celebration

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Hari yang dinanti-nantikan akhir telah tiba iaitu 14 September - Tarikh majlis pernikahan aku dengan wife. Sedar tak sedar sudah 11 tahun melayari bahtera rumah tangga. Segala manis, masam, kelat, pahit, payau dan masin semua telah kami lalui. 

Alhamdulillah dikurniakan 4 orang anak menjadikan kehidupan kami lebih diwarnai. Dan aku sebagai ayah lebih banyak merasakan tanggungjawap dan pengorbanan yang perlu dipikul untuk memelihara dan menjaga keluarga ini sehingga kejayaan yang bakal mengukir senyuman di hari esok Insyallah.

First trip backpack dengan wife adalah ke Vientiane, Laos.
Happy Anniversary ke 11 to me and my beloved wife 🎊🎉
Apa pun tiada sambutan istimewa sempena ulang tahun ke 11 majlis perkahwinan kami tahun ini. Tapi tak sengaja terbeli flight ticket few months ago untuk aku dan wife berkelana buat beberapa hari yang juga jatuh pada malam ini. Insyallah jika semuanya baik-baik sahaja. Maka naiklah pesawat di KLIA nanti. 

Sebab ada rakan sekerja tanya ini trip nak celebrate anniversary ke? Aku pun jawap "Eh tidaklah.. Masa beli tiket flight memang cari date yang murah sebab ada promo.." Memang tak terfikir pula jatuh pada tarikh anniversary. Dan masa beli pun tak tahu ia jatuh pada waktu cuti sekolah. Bersyukur sangat sebab dapat bonus cuti sekolah.

Insyallah first time akan menaiki pesawat Turkish Airlines malam ini.
Like always, mana ticket flight murah situlah destinasi aku. Oleh itu setiap kali lepas beli tiket barulah study, rancang perjalanan dan buat itinerary di tempat yang akan dijejaki. Belum lagi beli ticket flight sebab mengidam sangat nak ke sesebuah negara atau ke sesuatu tempat semata-mata. 

Beg tak packing lagi sewaktu entry ini ditulis, walau malam ini nak terbang dah. Jadi macam blur sebab dah hampir setahun tak travel. Makanan terutama pack ready to eat telah dibeli sejak seminggu dua yang lepas. Cuma tak tahu nak bawa berapa banyak. Belajar dari pengalaman trip central asia dulu. Memang kena bawa pack nasi lemak tu. ☺️

Mereka hanya akan dikeluarkan bila nak travel sahaja.
Ok setakat ini update dari aku. Doakan moga dipermudahkan segala urusan buat aku dengan wife untuk perjalanan malam ini. Insyallah will conquer negara ke 47 & 48 dalam catitan pengembaraan kehidupan aku. Mungkin negara ke 49 & 50 akan termasuk sekali (will see how). 

Tak terlalu mengharap sebab umur tak semuda dan sekuat seperti dulu nak pikul beg backpack 🎒 berjalan jauh merata hahaha 😂. Mungkin trip ini akan menjadi penentu kepada next trip. Masih larat lagi untuk DIY dan Backpack atau sebaliknya.

Wednesday, 10 September 2025

Pengalaman Pertama Menghadiri Perbicaraan Mahkamah Di Besut

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Penat sebenarnya dari malam tadi drive 6 jam lebih bergilir dengan wife untuk sampai ke Besut dari Kuala Lumpur. Tapi itulah nak berkongsi cerita juga di sini. Sebagai kenangan dan juga ingatan buat diri sendiri.

Al kisahnya dapat panggilan dari saudara mara terdekat bahawa nenek saudara telah ditahan polis di selatan tanah air dan di bawa ke Besut, Terengganu menaiki kereta polis untuk dibacarakan di Mahkamah Besut. Memang kami satu family terkejut beruk dengar. Serius mana la dan apa jenayah nenek yang tua ni telah buat.

Bangunan Mahkamah Besut, Terengganu 
Sebab orangnya dah tua sangat kenapa pulak ditahan polis. Rupanya ada polis report atas nama nenek dan katanya waran tangkap telah dikeluarkan tanpa pengetahuan tapi sebenarnya polis kata dah cuba berhubung beberapa kali tapi tak dapat. Sebab tu polis turun dan menahan suspek.

Hotel Bajet Mughoh Sengoti
Okay strait to the point, ini adalah kes scammer yang mana sebenarnya nenek ini adalah mangsa scammer. Bank Account nenek telah digunakan oleh scammer untuk menipu seorang mangsa di Besut. Dan mangsa apabila telah sedar ditipu maka dia pun buat laporan polis. 

Maka di situlah bermula ceritanya. Maka kami beberapa ahli keluarga menuju ke besut dari beberapa lokasi berlainan. Drive pukul 9.00 malam dan sampai pukul 3.40 pagi. Terus check agoda.com dapat Hotel Bajet Mughoh Sengoti RM75.30 semalam selepas campur tax bagai. Jarak lebih kurang 6 minit drive dari Mahkamah Besut.

Syukur ada Warung Perkim Kota Putera bersebelahan mahkamah.
Kita layan teh tarik dan kuih cekmo molek dulu sebelum masuk mahkamah.
Tak kesah la macam mana sekali keadaan hotel, memang just nak rehat dan lelapkan mata sahaja. Sebab esok pukul 8.00 pagi dah kena hadir ke mahkamah. Rupanya sidang perbicaraan melibatlan banyak kes. Dan satu persatu kes dibicarakan dari penuh tempat duduk sehingga hampir lengang keadaan.

Lepas sarapan di warung jom la kita masuk ke Mahkamah.
Dan akhirnya nama nenek saudara dipanggil dan dibacarakan pertuduhan dan nenek saudara pun mengaku bersalah diatas kecuaian menjaga data maklumat bank. 

Di denda RM150 untuk setiap 3 pertuduhan pertama dan RM100 untuk dua lagi pertuduhan. Jumlah keseluruhan RM650.00 dan jika tidak dibayar maka akan dipenjarakan 3 hari untuk setiap pertuduhan.

Habis bicara terus boleh bayar denda di kaunter bawah tingkat 1 mahkamah. Dan tak sampai sejam nenek saudara pun dibebaskan oleh pihak polis di IPD Besut. Memang kalam kabut kami semua dibuatnya. 

Habis perbicaraan dan menunggu dibebaskan kami lepak di Love Coffee ini.
Sempatlah kami saudara mara singgah ke sebuah cafe yang tidak jauh dari IPD Besut untuk lunch sementera tunggu suspek dibebaskan. Maka inilah yang dikatakan akaun keldai. Walau dalam sedar atau tidak kita tetap bertanggungjawap ke atas akaun walau digunakan scammer.

Esok insyallah akan ada yang bawa nenek saudara ke bank untuk tutup semua account bank supaya tidak lagi digunakan oleh scammer. Tapi macam mana scammer boleh dapat maklumat bank? Polis kata sebab orang tua so mesti ada link di whatsapp atau mana-mana apps yang dia tekan tanpa sedar. Atau dia telah memberi maklumat bank tanpa disedari.

Suasana petang hari dalam perjalanan pulang di LPT Pantai Timur
Lebih kurang pukul 3.00 petang kami semua bergerak pulang dari Besut. Dan aku menuju ke Kuantan sebab dah alang-alang berada di Pantai Timur Terengganu. Kita buatlah kerja sedikit di Kuantan. Apa pun alhamdulillah syukur selamat semuanya walau dari awal bermacam-macam bermain dalam fikiran.

Terima kasih pihak polis dari IPD Besut dan Balai Polis Jerteh yang banyak membantu dari awal sehinggalah selesai perbicaraan. Moga ini yang pertama dan terakhir buat Orang Kena Tahan (OKT). Tak pasal-pasal kena dibicarakan di mahkamah. Pada scammer kau mungkin terlepas tapi di akhirat terimalah azan api neraka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...