Wednesday, 10 April 2024

Salam Perantauan Aidilfitri Untuk Semua Dari Kyrgyzstan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Alhamdulillah dah Raya kita akhirnya setelah sebulan berpuasa. Inilah masanya untuk kita meraikan kejayaan atas kemenangan kita sebagai umat islam dalam menempuh ibadah puasa sepanjang Ramadhan. Apa pun aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan blogger dan pembaca blog ini.

Pemandangan dari tingkap flight Airasia dua jam sebelum sampai di Almaty, Kazakhstan.
Raya tahun semua balik mana? Ada yang terpaksa menempuh jalan jem berjam-jam nak balik kampung. Apa pun itulah asam garam adatnya nak meraikan Hari Raya Aidilfitri kan? Kalau semuanya baik maka tak meriah pula sambutan raya nya hihi. Nanti wartawan pun tak tahu nak update dalam berita mereka. 

Alhamdulillah aku sekeluarga menyambut Raya Aidilfitri kali ini di Bishkek, Kyrgyzstan. Hurmm mungkin ada yang bertanya kenapa raya di Kyrgyzstan? Jawapan paling mudah adalah salah Airasia.. Yer mereka lah yang bersalah kali ini sampai aku dan keluarga beraya di Kyrgyzstan hahahaa.. Boleh tak macam tu?

Ni kot promo yang aku dapat tempoh hari masa bulan Februari 2024. RM99 one way.
Asalnya masa aku dengan wife ke Bali di pertengahan bulan Februari yang lepas. Empat hari sebelum terbang aku nak check-in tiket ke Bali tapi sementara tunggu wife amik passport dalam bilik aku saja-saja lah search flight tiket ke Almaty, Kazakhstan sebab itu kan new route Airasia. Saja nak tengok harga berapa. Sekali bila keluar result untuk return tiket seorang adalah RM927.00 .. Aku pun "Eh hari tu check RM3-4 ribu untuk return tiket" 

Ini promo dari Airasia masa hujung tahun lepas RM399 one way KL-Almaty.
Bila wife datang bagi passport aku kata "Awak amik passport anak-anak sekali la". Wife terus tanya "Kenapa nak passport anak-anak ?" aku pun tunjuk di skrin laptop. Wife pun terkejut. Bila aku tukar result kepada 2 Adult 3 Kid dan 1 Infant untuk kami sekeluarga total harga jadi RM4,935.00 untuk return tiket Kuala Lumpur - Almaty, Kazakhstan.

Arbat G Almaty - Kawasan shopping pejalan kaki paling popular di Almaty, Kazakhstan.
Central Mosque Almaty - Antara masjid yang ada di tengah-tengah Bandar.
Ni harga masa mula-mula Airasia buka route ke Almaty. Return tiket mencecah RM3k - 4k.
Aku terus whatsapp group family aku dan wife terus whatsapp group family dia sebab somehow raya kali turn balik beraya ke rumah mak aku so on my wife side tak menjadi isu sangat. Abang dengan Kakak aku kata raya kali akan beraya rumah mak bukan rumah mertua. Dan adik aku pun akan balik beraya rumah mak pada hari raya ketiga. So cantik la tu kiranya 3 orang anak ada seorang jer tak ada hahahaha :D

Melepasi Border Kazakhstan menuju ke Border Kyrgyzstan.
Kami terpaksa pilih waktu terbang pada waktu hari raya sebab nak kan cuti yang panjang tanpa perlu apply cuti di lain waktu yang tak mudah untuk diluluskan. Sebab hari raya management dah tahu mesti nak cuti beraya kan. Dan 3 orang anak dah bersekolah tahun 2024 ni nak ponteng pun tak boleh sesuka hati. So the only best time nak ke Almaty adalah waktu cuti Hari Raya Aidilfitri.

Pemandangan dari Apartment di Bishkek, Kyrgyzstan.
So itulah ceritanya kenapa aku boleh berada di Bishkek, Kyrgyzstan beraya di sini. Tapi kenapa Kyrgyzstan bukan ke Airasia fligth ke Almaty, Kazakhstan? Sebab dari Almaty ke Bishkek jaraknya tak sampai 240km. Maka alang-alang dah ke Almaty kita pergilah sekali ke Bishkek. Dan alhamdulillah cross border antara kedua negara ini tak susah dan keduanya memberi visa percuma kepada pemegang passport Malaysia.

Entry ni aku tulis siap-siap sebelum terbang ke Almaty. Kalau berjaya sampai ke Bishkek, Kyrgyzstan insyallah aku akan update entry ni hihi.. Dan kalau aku berjaya ke Bishkek insyallah akan aku akan teruskan perjalanan ke Tashkent, Uzbekistan pulak. Apa pun demi trip backpackers anak-anak 4 orang ini kitorang kena cut off bajet raya antara nya tiada baju raya baru hahahah :D

Friday, 5 April 2024

Beryl's Chocolate Factory - Shopping Untuk Raya AidilFitri

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Semalam sejam sebelum lunch hour tiba-tiba perasan dapat whatsapp dari wife di notification screen handphone. "Nak apa pulak ni, biasa kalau tiba-tiba whatsapp ni sebab nak ajak lunch, tapi ni kan bulan Ramadhan". Bila buka rupanya wife ajak pergi Beryl's Chocolate Factory di Seri Kembangan waktu lunch nanti. Aku pun dalam hati "Ah sudahhh.. Lari la budget duit nak beraya tahun ni" hahahaa.

Welcome to Beryl's Chocolate Factory. Dah macam filem Willy Wonka Chocolate Factory
Sebab sekali masuk confirm habis 3 angka. Yer chocolate dia memang sedap sebab tu dia harga dia tak marhain sangat. Oleh sebab kami nak pergi waktu lunch hour aku  pun reply "Datang amik saya, kita naik kereta awak". Wife punya excited 10 minit sebelum lunch hour dia dah sampai. Maka bergeraklah kami berdua ke Seri Kembangan yang mengambil masa kurang 15 minit untuk sampai.

Apa kena mengena coklat dengan lembu? 
Terdapat juga beberapa batang Pokok Koko yang ditanam di kawasan sekitar dan juga beberapa buah mesin lama yang pernah Kilang Beryl's gunakan dalam menghasilkan produk chocolate mereka. Memang agak menarik selain datang semata-mata hanya untuk membeli chocolate. Pernah sekali datang ke sini bertembung dengan rombongan pelajar sekolah yang sedang membuat lawatan sambil belajar.

Yang tak pernah tengok buah koko fresh boleh la datang ke sini. 
Antara mesin lama membuat serbok kok yang pernah digunakan sekitar 55 tahun yang lalu.
Beralamat di Lot 1, Jalan 6/4, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.30 petang. Walaupun ia sebuah kilang namun terdapat satu bangunan dikhaskan kepada pengunjung untuk membeli produk-produk chocolate mereka. Bagi aku mostly produk chocolate dari Beryl's ni memang sedap.

Ok masuk ke dalam tenang sikit sebab kat luar panas yang amat.
Untuk parking anda boleh letak kenderaan di mana-mana sahaja kawasan di hadapan pintu masuk. As long tak menutup mana-mana pintu masuk atau menghalang lalu lintas. It should be okay. Terdapat beberapa replika besar produk chocolate mereka yang dijadikan untuk tempat mengambil gambar. Kalau bawa anak kecil memang sukalah mereka.

Kalau nak beli hamper sebagai gift di sini pun boleh tapi harga dia lah terkejut sikit hahaa
Suka dengan packaging kebanyakan coklat mereka. Sesuai kalau nak bagi gift :D
Terdapat juga sebuah cafe di sini. Kalau bukan bulan puasa confirm dah try Hot Chocolate yer lah kita kan berada dalam territory chocolate. Lagi-lagi kita ni para suami lepak cafe jer la biar kaum isteri yang shopping chocolate di dalam. Yang penting wallet si suami bagi pada si isteri biar mereka shopping dengan penuh kecerian.

Yang ini kalau siapa awal datang rumah aku beraya boleh la makan :D
Masa aku datang ni nampak few abang-abang askar beruniform celoreng sedang giat membeli chocolate namun tak kalah juga akak-akak yang berpakaian nurse yang saling memenuhkan bakul shopping mereka. Mood raya kian terserlah di situ hahaha. Agak padat juga pengunjung yang datang membeli chocolate di sini. Lagi-lagi Beryl's tengah buat sale promo sampai 8 April 2024.

Oh ya selain minuman berasaskan chocolate, coffee dan tea jugak turut dijual di Cafe Beryl's ini. Dan tempat duduk disediakan indoor berhawa dingin atau boleh memilih duduk di luar. Dan kalau mencari tandas di sini hanya akan menjumpainya sebelah pintu masuk ke cafe ini (bahagian dalam).

Insyallah next time datang nak merasa di Cafe ini. Dah datang banyak kali tapi masih tiada rezeki untuk duduk di cafe ini. Dan kena datang pagi ke tengah hari sebab petang pada kebiasaan cafe ni dah tutup dari pengalaman aku sendiri la. So ending memang habis 3 angka jugak beli chocolate di sini. Tapi kali duit aku terselamat sebab wife aku yang bayar.. Okla dia pilih dan dia sendiri bayar :D

Salam Akhir 10 Ramadhan buat semua pembaca dan pengunjung blog ini. Bye :D

Wednesday, 3 April 2024

Umrah Mantop Travel Part 11 : Download Application Nusuk Untuk Masuk Ke Raudah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Umrah Mantop Travel Part 10 : Tawaf Wada' - Maqam Syuhada Badar - Jabal Malaikah

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Kota Madinah setelah menziarahi beberapa tempat di Badar. Di tengah perjalanan kami telah berhenti di sebuah masjid untuk bersolat Jama Takhir Zohor dan Asar. Peluang ini digunakan bagi mereka yang main pasir tadi untuk membersihkan diri ala kadar. Dan kemudian kami meneruskan perjalanan dan telah tiba di Madinah setelah matahari terbenam. 

Dapat melihat matahari terbenam semasa perjalanan ke Madinah di dalam bas.
Kelihatan bangunan hotel kami di Madinah agak baru, mewah dan selesa. Sementara Ust Atif sibuk menguruskan bilik-bilik untuk para jemaah kami telah dipelawa oleh staff hotel untuk naik ke tingkat 2 untuk santapan makan malam. Agak excited kerana ruang makan yang boleh memuatkan lebih dari 5 group jemaah dalam satu masa.

Alhamdulillah selamat tiba di Grand Al Shahba Hotel, Madinah Munawwarah.
Keadaan ruang lobi hotel yang amat luas dan selesa.
Jauh beza jika dibandingkan dengan keadaan tempat makan di Hotel Mekah yang mana untuk kami satu jemaah nak duduk pun tak cukup tempat. Tapi makanan kami di Mekah jauh lebih sedap dari makanan yang disediakan oleh pihak hotel di Madinah. Mungkin sebab hotel ni baru so mungkin diorang tak biasa menyediakan makanan untuk orang melayu.

Sesi taklimat dan pemberian kunci selepas makan malam.
Tak tahu apa yang mereka masak.. Tapi dah lapar kita makan jer lah :D
Setelah selesai makan, Ust Atif telah memberikan kad bilik kepada wakil-wakil bilik. Alhamdulillah kami dikekalkan bersama seperti di bilik hotel di Mekah. Cuma kali ini satu bilik boleh memuatkan 5 orang. Maka dapatlah seorang roomate baru iaitu Tuan Toha. Dan kali ini kami tidak perlu berjalan jauh sebab jarak antara hotel dengan masjidil Nabawi adalah lebih kurang 150 meter sahaja.

Roomate kekal bersama dan bertambah seorang lagi. :D
Lebih kurang jam 10.00 malam setelah kami semua mengangkat barang dan luggage masuk ke dalam bilik dan mandi dan mempersiapkan diri untuk ke masjid yang akan dipimpin oleh Ust Atif. Kami berkumpul di lobi dan bergerak bersama ke Masjidil Nabawi. Setelah bersolat Jama Takhir maghrib dan Isya' di perkarangan Masjid Nabawi, Ust Atif telah membawa kami melawat kawasan hadapan masjid.

Laluan di hadapan Raudah. Kita boleh berjalan bersebelah Maqam Nabi Muhamad saw.
Alhamdulillah selesai memberi salam pada Rasulullah di laluan hadapan Raudah.
Dan adalah keutamaan untuk memberi salam kepada Nabi Muhmaad saw setibanya kita di Kota Madinah. Maka kami telah masuk laluan di hadapan Raudah beramai-ramai namun ketika ini wanita tidak dibenarkan masuk mengikut laluan ini. Setelah keluar di bahagian lain Ust Atif telah memaklumkan untuk kami semua para jemaah akan memasuki raudah pada jam 3.40 pagi iaitu satu jam sebelum masuk waktu subuh.

Ramai orang tunggu que nak masuk barisan untuk ke Raudah.
Beratur lebih kurang setengah jam untuk memasuki Raudah.
Hanya yang booking slot di app Nusuk sahaja dibenarkan masuk ke dalam barisan.
Dan kita akan ditempatkan di ruang menunggu sebelum masuk ke Raudah.
Untuk sekarang Raudah tidak lagi boleh masuk banyak kali dan sesuka hati seperti dulu. Setiap orang yang ingin masuk ke Raudah harus download application NUSUK. Dan kita akan booking slot untuk masuk ke dalam Raudah. Dan hanya dibenarkan masuk ke Raudah sekali dalam masa 45 hari. Oleh itu Ust Atif tidak akan join kami masuk ke Raudah sebab beliau telah pun masuk dengan group jemaah sebelum kami. 

Ruang solat di hadapan mimbar di dalam kawasan raudah.
Alhamdulillah dalam group jemaah kami ada beberapa orang yang pernah mengerjakan umrah termasuklah aku maka Ust Atif meminta untuk secara tak langsung tolong guidekan jemaah lain terutama yang first time semasa masuk ke dalam Raudah nanti. Alhamdulillah kami semua dapat masuk dan bersolat dengan harapan dapatlah stay sehingga solat subuh nanti. At last kurang dari 5 orang jer yang dapat stay sampai solat subuh. Yang lain semua kena halau keluar hahaha.

Tak dapat nak solat subuh dalam Raudah. Kita solat la di bahagian lain.
Di setiap tiang terdapat rak kasut so bawa masuk kasut masuk ke dalam dan letak berhampiran kita solat. Just make sure ingat berapa nombor rak kasut kalau tak memang pishang la.
Kerana orang yang terlalu ramai maka telah dibuat peraturan sebegini so sepanjang berada di Madinah hanya sekali sahaja dapat masuk ke Raudah. Berbanding umrah kali pertama hampir 10 kali masuk ke Raudah. Oh ya nak booking slot ke Raudah kena buat seminggu awal dalam app Nusuk tu yer. Kalau tak memang tak ada rezeki la nak masuk ke Raudah.

Bersambung Umrah Mantop Travel Part 12 : Ziarah Masjid Quba - Jabal Uhud - Masjid Khandaq Sab'ah