Friday, 14 December 2012

Bulawayo, Zimbabwe to FrancisTown, Botswana

Tenaga nuclear banyak di gunakan di Afrika..
untuk kegunaan elektrik..
11 November 2011.. Jumaat.. Perjalanan di teruskan dari  Bandar Bulawayo, Zimbabwe.. ke Francis Town, Botswana.. mengikut kata orang tempatan tak la jauh mana lebih kurang 120 kilometer sahaja.. So plan kat Botswana ni nak ziarah classmate je.. selain tu memang tak ada sangat aktiviti yang lain.. sebab kebiasaan last destination ni memang ideal tak ada dan bajet pun dah nak habis hehehe..

Kami sempat untuk bersolat jumaat di salah satu Masjid besar di Bulawayo sebelum mencari bas ke Francis Town.. selepas habis solat jumaat ada beberapa ahli qariyah menegur kami.. " pakcik rasa kamu bukan orang sini.. buat apa kat tengah2 afrika ni.?" aku jawap.." kami ni student di Duzak.. saja datang negara ni nak dan kami baru balik dari Victoria Fall dan akan berkunjung rumah kawan di Francis Town..".. Secara tak langsung pacik tu tanya bila nak pi aku cakap lepas solat jumaat ni.. dia tanya "dah makan?".. dalam hati aku "yes, dia nak belanja makan la ni" hahahahah.. memang betul pun.. rezeki lah kata kan.. dapat seorang satu buger chicken tikka, chips dengan steak.. memang kenyang sampai tak abis.. :P

Terjumpa Masjid setelah di bantu orang tempatan..
alhamdulillah dapat solat jumaat juga
Dapat makan buger, chips dengan steak free hehehe... 
Alhamdulillah dapat jumpa dengan pakcik ni..baik hati.. selepas belanja kami then bawa kami makan di rumah dia.. dia kata boleh la kamu makan dengan selera sket.. dia ada 3 orang anak lelaki.. alhmdulillah anak2 dia semua baik.. ada yang menghafal Quran.. 


Di hadapan pejabat immigartion zimbabwe 


Lepas makan pakcik ni bawa kami ke highway untuk ke Bostwana.. dia kata tak payah pi bus station.. sebab bas akan lalu sini juga.. sebab ini satu2 nya jalan yang menghubungkan antara Bulawayo dengan Francis Town.. pakcik ni bagi option kat kami.. naik naik bas boleh.. naik Combi (mini bas) atau nak naik kereta private... sebab kebanyakan orang yang nak pi Botswana ni sorang2 je drive..

Kadang2 dia amik penumpang.. tak ada la boring and at least dapat cover duit petrol dia.. and diorang charge lagi murah dari Combi ni.. and in other benefit bila naik private vehicle ialah bila kat border nanti.. tak yah nak tunggu lama sangat immigration nak check barang la.. tunggu line panjang untuk stamp passport etc.. sebab ini bukan bas atau combi..

Kami spend tak sampai 20 minit untuk stamp passport dengan immigration Zimbabwe dan Botswana.. dan yang best nya pegawai immigration Botswana agak terkejut dengan kehadiran orang Malaysia yang memegang passport merah datang ke negara mereka.. tanpa banyak bertanya pegawai tersebut memberi kami tempoh selama 90 hari untuk stay di Botswana..

Tak macam pegawai Zimbabwe.. minta macam2 documented.. sehingga nak check card bank kami.. betul atau tidak.. but maybe the worse border immigration bagi aku dan orang lain ialah pihak border zimbabwe.. aku bagi diorang markah 0/10 hahahaha.. memang teruk macam cibai :P oppsss sorry but that how their are.. nak keluar memang tak ada masalah but enter Zimbabwe by border memang teruk.. airport aku tak tahu la.. tak pernah try lagi..

Satu2 nya Mall di Francis Town
On the way to Francis Town
Kami  dapat  naik lori kecil.. Kene charge seorang 50 Pula  - mata wang Botswana iailah PULA.. yang bersamaan RM19.46.. Sebelum asar kami dah sampai Francis Town, Botswana.. abang kawan aku iaitu Maulana Farrouk amik kami di Mall berdekatan.. actually Maulana Farrouk ni senior aku dulu di Duzak.. by the way memang ada satu Mall je kat sini hahaha.. Francis Town ni adalah second largest city di Botswana.. but population seluruh negara 2.098 juta sahaja so kat bandar ni tak sampai 120.000 orang pun.. kiraan pada tahun 2011.. Ibu negara Botswana ialah Gaborone population 250.000 orang.. jarak dari Francis Town 400 kilometer ke arah selatan.. 

Yang best nya pasal negara Botswana ni.. ialah tak seteruk Zimbabwe.. jalan dari Bulawayo ke border memang teruk.. dengan lubang2 la.. so bila lepas dari border masuk Botswana memang rasa lain sangat.. even negara bersebelahan.. jalan dari border ke Francis Town memang cantik dua line setiap arah.. baru lak tu.. dan boleh nampak lebih teratur segala aspek.. dan juga bersih.. but tempat lain tak tahu la.. mungkin Francis Town je kot yang cantik.. ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...