Friday 4 November 2016

Jom Baca Tips Ke Morocco Mr Time Traveller Di Harian Metro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Alhamdulillah first at all bersyukur sangat bila tulisan aku diterima oleh Harian Metro pada keluaran Khamis 03/11/2016 - Permulaan yang baik aku rasa setelah sekian lama mendiamkan diri hehehee.. Apa pun jom baca tips ke Morocco yang disiarkan oleh Harian Metro ini.. if korang nak baca la.. tak paksa pun hehee.. :P

Keratan dari Harian Metro Khamis - 03/11/2016
Anda mahu ke Maghribi? 
Jika bijak merancang, bajet sepanjang berada di negara itu lebih murah.

Morocco atau Maghribi bukanlah nama asing dalam dunia pelancongan kerana negara itu dikunjungi setiap masa sepanjang tahun.

Terdapat banyak lokasi prasejarah di Maghribi yang diiktiraf sebagai kawasan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UNESCO) kerana keunikan seni bina dari permulaan Tamadun Rom yang bermula dari tahun 24 Sebelum Masihi hinggalah ke permulaan tamadun Islam Dinasti Al-Idrisiah pada tahun 800 Masihi.

Landskap Maghribi yang cukup indah dipandang selain keunikan budaya masyarakatnya terutama di Marrakech, Fes dan Meknes.

Keistimewaan makanannya juga menjadi antara penyebab mengapa Maghribi perlu diletakkan dalam senarai menjadi negara yang wajar dilawati.

Ramai yang beranggapan mengembara ke Maghribi sukar dan mahal kerana dari sudut geografi, ia terletak ribuan batu dari Malaysia, apatah lagi kos penerbangan pergi balik sekitar RM2,000 hingga RM3,500 seorang. Bagaimanapun, jika bijak membuat perancangan, anda mampu menjadikan bajet sepanjang berada di Maghribi lebih murah.

Berdasarkan pengalaman seorang rakyat Malaysia, Muhamad Afif Muhamad Salleh, dia hanya menggunakan kos tidak sampai RM1,000 selama sembilan hari di Maghribi untuk penginapan, perjalanan, makan minum dan tiket masuk ke tempat menarik tidak termasuk tiket penerbangan.

Berikut beberapa tip diberikan beliau yang pernah mengembara ke 36 negara di seluruh dunia, terutama di Afrika yang merancang menjelajah ke Maghribi yang boleh dibaca di timetravelafif.blogspot.com.


Me with family at Hassan II Mosque The Biggest Mosque in Morocco.
Pemandangan Kota Qadim dari atas bukit "Tombe dei Merenidi" Fes.
Madrassa Ben Yusof @ Marrakech

#Berkunjung pada masa bukan musim puncak (off peak season) 

Waktu paling sejuk di Maghribi dari Disember hingga Mac manakala waktu popular pelancong dari permulaan Oktober hingga November dan awal April kerana suhu ketika itu tidak melebihi 30 darjah Celsius pada waktu siang dan dan boleh mencecah 14 darjah Celsius pada malam.

Jika tidak kisah dengan cuaca panas, anda boleh mengembara pada Mei hingga Jun kerana tidak ramai yang ingin bercuti pada waktu itu. Musim luruh pada Julai, Ogos dan September adalah waktu kemuncak pelancong di Maghribi. Jadi, jika anda datang pada waktu ini buat tempahan penginapan seawal mungkin bagi mengelak ketiadaan penginapan.


#Kembara berkumpulan dua hingga empat orang 

Di kawasan luar bandar tiada kemudahan kereta api atau bas menyebabkan teksi menjadi menjadi pengangkutan awam utama bagi pelancong.

Hanya teksi di bandar utama seperti Casablanca dan Rabat menggunakan meter. Di bandar lain, tambang teksi hanya mengikut anggaran. Jadi, tawar dulu tambang sebelum menaiki teksi mereka.

Bayaran teksi berdasarkan satu perjalanan, bukannya kiraan mengikut penumpang. Teksi di Maghribi tidak membawa penumpang lebih daripada empat orang dan ada sesetengahnya hanya mengambil tidak lebih tiga penumpang.


# Elak makan dan minum di tempat mahal 

Elak makan di restoran besar dan mahal termasuk restoran makanan segera. Cari kedai kecil untuk membeli makanan seperti kebab, sandwic dan kentang goreng.
Kedai makanan sedap yang murah biasanya berada di lorong Madina Qadim atau Kota Lama di setiap bandar. Walau di mana anda berjalan, ada kedai di kiri dan kanan. Cubalah makanan tradisional mereka seperti ‘tajin’ ayam atau daging terutama apabila berada di Marrakech.

NOTA: Jika tidak boleh meninggalkan nasi dalam diet anda, siap sedialah kerana tiada nasi di Maghribi. Makanan utama di sana ialah roti semata-mata. Sebenarnya nasi cuma ‘sayur’ dalam menu makanan mereka jika anda terjumpanya dalam sayuran anda. Jika mahukan juga, mintalah nasi putih yang berharga RM5 hingga RM8 sepinggan!


Archaeological Site of Volubilis - City of Roman @Near by Meknes City

# Bawa makanan dari Malaysia 

Sekiranya anda tidak boleh menerima makanan di negara orang, bawalah sedikit makanan segera seperti mi segera, sambal ikan bilis kering, peket makanan atau sardin. Ini bagi mengelak anda terpaksa membeli makanan mengikut selera anda dengan harga mahal.

NOTA: Makanan di Maghribi hampir semuanya halal termasuk restoran makanan segera seperti KFC, McDonald’s dan Pizza Hut. Banyakkan minum air bagi mengelak badan anda dehidrasi kerana cuaca kering dan panas serta berdebu.


# Tempah penginapan awal 

Maghribi seperti negara lain menawarkan hotel murah serta hostel bagi mereka yang inginkan penginapan seperti itu. Dorm atau asrama rata-rata mengenakan caj di bawah 10 Euro seorang.

Jika datang berkumpulan tiga atau empat orang, lebih baik anda mengambil bilik peribadi berharga sekitar 20 hingga 30 Euro.

Harga bilik lebih mahal jika membuat tempahan pada tarikh hampir dengan ketibaan anda.

NOTA: Cukai penginapan 2 hingga 3 Euro dikenakan kepada setiap pelanggan setiap kali mendaftar masuk. Biasanya harga di dalam laman web tidak termasuk cukai penginapan.


Another historical structure at Tombe dei Merenidi - Fes @ Morocco
At Fes Train Station - First trip with my beloved baby Afifa :D


# Membeli barangan kraftangan Maghribi 

Kraftangan Maghribi terkenal di seluruh dunia terutama piring hidangan berwarna-warni yang memiliki corak berukir dan periuk tajin yang dibuat daripada tanah liat.

Elak membeli di bandar besar kerana harganya berganda dari kawasan luar bandar. Meknes dan Fes adalah tempat yang murah untuk membeli barangan kraftangan Maghribi.

NOTA : Lapangan terbang di Casablanca tidak membenarkan anda membawa kraftangan diperbuat daripada tanah liat ini di dalam ‘hand luggage’. Oleh itu, sediakan beg atau kotak sesuai untuk membawanya pulang.


# Rancang perjalanan 

Perancangan awal mengenai destinasi mahu dituju atau aktiviti ingin dilakukan sangat disarankan bagi mengelak anda terkejar-kejar sehingga membazirkan masa dan wang.

Jika tiada masalah tidur di dalam kereta api atau bas, ambillah perjalanan pada waktu malam kerana dapat menjimatkan kos penginapan.

NOTA: Pemegang Pasport Malaysia perlu memohon visa berharga RM90 sekali masuk atau RM130 dua kali masuk. Visa siap dalam tempoh tujuh hari pada ‘off season’ dan 14 hari jika ‘pick season’.


122 comments:

  1. salam ziarah & follow..seronoknya dpt tgk tempat orang..jauh berjalan..luas pandangan..bertambah pengalaman... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. thanks datang menziarah ke sini.. alhamdulillah sekadar berkongsi pengalaman di sini.. :D

      Delete
  2. dah bertiga ya makan angin.
    bestnya afifa , kecil2 dah pergi oversea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah alhamdulillah dah bertiga sekarang nie :D terpaksa ikut ayah dia yg suka berjalan.. :D

      Delete
  3. Wah ahli travel dah bertambah. Tahniah baby afifa.... comel je. Lama tak dengar cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah bertambah.. lama tak dgr sebab tgh beri komitmen pada si kecik nie.. hehehee..

      Delete
  4. afifa cute...
    ok tu je nak komen
    hahahahahahahahahahahahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. afif afifa semua cute la hahaha... ok bye.. :P

      Delete
  5. afifa..travel partner yg cute...mak dia pun cute jg..

    ingatkan Morocco mcm negara arab jg, makan nasi..rupanya idok..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah tak sangka sana nasi bukan mainan mereka.. huhuu.. nasib kami bukan jenis yg makan nasi hari2 hehee..

      Ayah dia tak cute ke? kahkahkahkahh :P

      Delete
    2. hahahaa.. thanks mcm kene paksa lak kan :P

      Delete
  6. nice bro..tgh plan jugak ni ke morocco....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa terharu Tuan Faizal Fredly comment kat sini hehehe... pergi la morocco memang terbaik :D

      Delete
  7. wah...menarik ni...salam ziarah.Ada masa lawat blog saya..Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik ker? thanks sudi ke sini Tuan Khairuddin Lim.. ok saya ke sana sat gi habis keje.. :D

      Delete
    2. Assalamualaikum,macam mana caranya nak mohon visa morocco ya? Terima lasih

      Delete
    3. Waalaikumsalam.. Boleh pergi ke kedutaan Morocco di KL berdekatan dgn KLCC. . Dtg amik borong isi dn lengkap kan kemudian dtg semula utk submit.. Dan selepas siap dtg utk collect.. The end. .

      Delete
  8. wah...menarik ni...salam ziarah.Ada masa lawat blog saya..Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer yer... nanti habis keje saya ke sana hehehe.. :P

      Delete
    2. Tqvm kerana lawat blog saya...menghargai kunjungan anda.

      Delete
    3. Hehehee...skrg ni baru time sket nk blog walking.. :D

      Delete
  9. 9 hari tak sampai RM1k wow! jimatnya.
    Kat sana ada gst tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mngkin sbb paling besar saya travel berkumpulan so byk benda harga kamk bahagikan so jadi murah :D

      Delete
  10. Tahniah disiarkan dalam paper metro.. Bila saya baca Metro, saya teringat saudara Afif pernah bagi semangat untuk saya terus update blog..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap alhamdulillah syukur sebab ada yg sudi amik tulisan kita hehehee.. oh ye ke... bagus2 teruskan berblogging :D

      Delete
  11. salam afif...baru teringat tentang blog time traveler ni...hari ni dah singgah ke blog saya...hehe

    lama juga tak singgah sini...masa tu baru afif kahwin...sekarang datang balik dah ada anak hehehe

    apapun terbaik teruskan travel....tips yang baiikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Ye ke terharu sangat ingt kita lagi.. Itu lah mmg lama tak update.. Komitmen baru kawen pastu ada anak kan..

      Insyallah akan terus kongsi pengalaman.. Travel selalu cuma jarang update hehee..

      Delete
  12. Morocco salah satu wish list jugak klu ada rezeki nti.. suka dengan keindahan seni bina nya..info2 kat sini memang sgt berguna klu nak travel nti...thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju sgt seni bina dia memang awesome memukau.. Thanks for coming here.. :D

      Delete
  13. bestnya travel bersama family.. inshaa Allah ada rezeki sy pun nak pergi travel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari mula2 travel seorang diri.. Hingga berdua sampai lah ada baby hehehe.. Insyallah ada rezeki tu :D

      Delete
  14. heee, ns xpe yui leh tak mkn.. kira oklah klau dpt p sana.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la kalau blh survive tak makan nasi.. Susah sana takde nasi hahahaa..

      Delete
  15. Datang bertandang dan follow. Tahniah! Tahniah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh terima kasih sudi bertandang ke sini.. kita follow balik yer

      Delete
  16. Wuh....lama tak bersiaran, tau tau dah dekat Maghribi bersama insan tersayang!!!
    Apa khabar TT?
    Tahniah ye, semakin hebat nampaknya sekarang dah masuk paper! Satu peningkatan gitu.
    Alahai TT, Indon pun tak sampai lagi, entah bilalah pulak nak ke Maghribi
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah lama tak bersiaran.. tgh bg full komitmen pada isteri dan anak.. insyallah lepas ni boleh aktif hehee..
      Kabar baik jer..alhamdulillah ada yg sudi berkongsi pengalaman kita hehee.. :D

      Delete
  17. tahniah afif ! cuba hntr di kosmo pulak. hehe setiap ahad ad ruangan travel. nina suka bca pengalaman org. morocco salah 1 negara yg teringin nk jejak.

    nnt smbung bca ye. drop komen kejap ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. kosmo? Hurmm ok gak will try soon.. by the way thanks dtg sini hehee.. :D

      Delete
  18. Salammmm..

    ya allahhh. dah lama tak dengar cerita..
    tup2 dari satu jadi 3.

    nyampah4 tauuu..
    senyap2 terus ke Morocco.
    this country pun i really wanna go.

    thanks for sharing the tips. nnt akak nak refer ke sini lah.
    doakan akak ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. kan.. lama tak dgr cerita.. itu lah sebab nyer.. sebab dah bertiga hahaha.. tgh bagi komitmen pd family gitu..

      Ala sampai morocco jer pun bukan USA hahaha.. insyallah saya doakan akak sampai sana.. :D

      Delete
  19. Saya tag anda untuk contest JM dan SS. Sorry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah ada contest? Biar betul huhuu.. ok ok noted

      Delete
  20. cantik tempatnya, how i wish could travel there too

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memng cantik tmpt2 di morocco.. insyallah ada rezeki ke sana..

      Delete
  21. masyaAllah...cantiknyaaaaa...
    seronoknya berjalan serata dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ada rezeki boleh nak share dekat blig pengalaman travel :D

      Delete
  22. Replies
    1. Hahahaa.. tempat bersejarah mmg best.. :D

      Delete
    2. Agak-agak bila nak buat contest bercuti bersama Time Travel Afif? Huhu xD

      Delete
    3. Hahahaaa contest..?? Boleh nak bercuti bersama tapi duit semua sendiri hahaha :P

      Delete
  23. Lama menyepi tetiba masuk paper... hebat TT Afif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaahh dia lagi hebat terbang sana sini.. hehe.. kita sepi dekat blog tapi aktif travel sana sini.. :D

      Delete
  24. Afif! Patut lah seri sis JM komen kat sini rupanya artikel masuk berita harian. Dah lama x baca paper, kalau bg tahu awal mesti beli paper tu simpan buat kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak JM.. Aah artikel masuk paper metro la bukan berita harian.. hehehee.. tak pe saya ada beli extra paper.. nak? :D

      Delete
    2. Kah kah kah baca laju2 nampak harian terus assume berita harian 😬

      Delete
    3. Hehehee.. tak pe faham.. akak eksited kan hahaha..

      Delete
  25. Tiket retun pun cdcah rm2k ke 3.5k? Baik g london ehehe eh rm1k je utk 9 hari? Bertiga? Wahhh kos murah sgt ke kat sana pesal tiket mahal sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang mahal nak ke morocco penghujung negara benua afrika huhu.. tapi nak ke sana.. seorang 830 je sorang bajet.. ground bajet mmg murah :D

      Delete
  26. Patutlah blog sunyi je rupanya ligat melancong ngan family...rupanta ada musim sejuk dan luruh..musim bunga asa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee... Yg tak aktif blog jer. Tapi travel tetap aktif walau dah bertiga.. jgn kata berdua huhuu..:D sana negara 4 musim..

      Delete
  27. Kiranya afif bwk bekal dari msia ke tu sbb budget murah utk 9 hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak.. kami benda basic jer.. mi segera sket.. sambal ikan bilis.. nak alas perut kat hotel jer.. yg lain makan luar.. :D

      Delete
  28. Dorang x mkn nasi? Mak aih boleh kurus kalau sis JM ke sana sbb roti ni leh la mkntp kalau hari2 roti naik muak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah bg diorng nasi ni mcm sayur jer.. bukan diet utk dimkn setiap hari.. sebab tu kene bawa smbl ikan blis kering.. :D

      Delete
  29. Kalau ke sana perlu pandai cakap arab lah ye 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada la sket sgt org boleh ckp english.. other kene ckp arab atau france. Huhuu..

      Delete
  30. Afifa? X jauh ngan afif senang kan nk ingat 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. mak nyer yg pilih nama saya ok jer..

      Delete
  31. Perlu ada visa ke? Lama sgt nk siap visanya compare to visa ke china. Proses nk buat visa tu complicated cam nk buat visa china x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kene apply visa mcm nk ke china.. tapi lagi murah.. tak lah biasa je lebih kurang.. gambar.. tiket flight. Dah la.. oh dgn duit.. :D

      Delete
    2. amboii JM berminat nampaknyertu.. nanti ku tunggu entri dari JM di Morocco pulak yer...

      Delete
    3. Kak Jm.. apa yg dia tak minat selagi nama nyer travel kan hahaha.. moga semua dpt ke Morocco yer amin..

      Delete
  32. Jgn lupa share tempat menarik di morroco selain tempat bersejarah ti sbb sis JM suka pilih tempat sigthseeing yg memikat hati 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh semestinya.. tmpt yg memikat hati terlalu byk di Morocco.. habis fall la hati ni .. k nanti kan entry morocco yer..

      Delete
  33. Hambek! Seru lg..baca a to z so byk plak nk komen 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaahh.. kak jm dtg memeriahkan keadaan nak komen seratus kali pun tak pe la.. :D thanks sudi dtg..

      Delete
  34. Baby Afifa dah jalan2! Seronoknya dia.. Nasib baik mak ngan ayahnya kaki jalan. Nanti Afifa boleh geng dengan Uncle kaki jalans jugak. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la boleh kalau nak ikut uncle khai jenjalan.. nak rasa cara uncle khai travel pulak huhuu.. :D

      Delete
    2. hahaah uncle khai jalan cara biasa2 ajeee la uncle afif.. heheeh

      Delete
    3. Afifa sedia menanti uncle bawa jenjalan huhuu.. :P

      Delete
  35. Waaa seronok nyer travel dgn baby.. untung la dpt mak ayah suka travel :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.. anak tetap kene belajar susah payah mm mak ayah dia.. :D

      Delete
  36. best nya travel dengan baby :) kalau dapat cuti lame boleh jugak nak travel :( btw tq for the tips ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg best travel dgn baby.. semua ragam tu menjadi kenangan :D

      Delete
    2. Insya ALLAH nak try someday :)
      Planning nak travel jalan darat je Disember ni from Kuching to KK :D
      Ade tips x?

      Delete
    3. Huhuhuu.. kalau dpt spend 2 minggu on that trip memang baloi jalan dri Kuchin ke KK.. byk tmpt boleh singgah :D

      Delete
    4. 2 Minggu eh? Planning gerak from Sabtu 24.12 and bermalam di Miri 25.12 aft that 26.12 gerak ke KK :) it takes dalam 2 hari nak sampai from Kuching to KK

      Delete
    5. Mmg la it take two days nak sampai KK.. but there is so many thing on the way there.. and u should see it.. haiyyaa

      Delete
  37. Hello ! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
    Register in comments: blog name; blog address; and country
    All entries will receive awards for your blog
    cordially
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    ++++++
    Hello! hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
    Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
    Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
    hormatnya
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    ReplyDelete
  38. Ooh kne apply visa eh g sini.. Tapi worth it sbb byk tempt cantik

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap kene apply visa bagi Pemegang Passport Malaysia.. sebab tu la nak sgt ke Morocco.. tmpt dia mmg cantik..

      Delete
  39. terbaikler ... best2... tahniah sekarang gambar dah bertiga yer...cantik2 gambar nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur sgt dah bertiga .. harap berempat cepat sket hahaha.. :D

      Delete
  40. nice share.. saya ada kawan, tahun ni dia rancang nk ke morocco..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for coming.. morocco tmpt yg patut di lawati.. tak rugi..

      Delete
  41. Nk tanya, kat casablanca, stay kat mana? Saya xjumpa tempat murah. Huhuhu btw saya solo je nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Casablanca.. boleh stay dekat area Medina Qadim.. tapi kalau bagus boleh cari any yg dekat dgn mana2 station.. mmg mahal sket compare dgn bandar lain..

      Delete
  42. Salam boleh emailkan itinerary ke haysiarauna@gmail.com tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. insyallah saya cuba ya.. :£D

      Delete
  43. I love traveling too, but just wondering... how do you travel with a toddler? Sorry, baru dapat anak bulan Mac yang lalu and I'm thinking about going back to Istanbul by next year. My baby is going to be one year next year... any tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. For me lot of thing i learn from my own experience.. And we as a parent kene tahu baby kita tu senang tak di bawa travel if not lebih baik jgn bawa.. And should learn the country kita nak pergi tu friendly baby or not.. If not tinggal lbh baik dri bawa..

      Cari negara atau season yg sesuai utk baby.. Jgn terlalu panas or terlalu sejuk.. Lagi pun baby bukan fhm pergi travel tu.. :D

      Delete
    2. Kene lupakan byk style backpackers tu bila bawa baby.. Tak boleh nak jimat sgt hihihii.. Keperluan dan kepentingan baby kene diutamakan..

      Pampers kene bawa yg mahal so tak perlu selalu tukar or bocor sbb kita kan byk berjalan dan bergerak.. Mcm sy akan bawa mamypoko..

      Susu pula beli plastik aiskrim panjang tu.. Ikat2 siap utk 5, 6 atau 7 sudu.. Senang tak payah nak sukat2 susu huhuu..

      Delete
  44. Asslm, semasa di morocco nak pakai matawang morocco dirham atau euro.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Bawa duit euro.. Sampai sana boleh draw duit dri local bank atau tukar mata wang di money changer.. Lebihkan cash dirham dri euro..

      Bila membeli atau membayar sesuatu tanya kedua2 mata wang.. Sbb akan ada salah satu yg menguntungkn kita :D

      Delete
  45. terima kasih atas tipnya, insyaallah akan ke moroco disember ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama... Moga perjalanan anda di sana dipermudahkan :D

      Delete
  46. Assalamualaikum.. saya ade beberapa persoalan.
    1. Untuk ke morocco bulan 2 2018 perlukan visa ke? Sebab saya dapat info tak perlukan visa lagi.
    2. Perlu tukar rm ke dolar atau euro?
    3. Saya pelajar UA dan dijangka akan pergi morocco bersama 22 orang pelajar (termasuk 2 orang pensyarah). Apakah nasihat untuk kami semasa disana nanti?

    Terima kasih admin blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      1. Start 2018 - Malaysian Passport Holder tak perlu apply visa ke Morocco.
      2. Tukar Euro jgn tukar Dollar sebab di sana boleh guna dua matawang euro dgn morocco dirham..
      3. Nasihat ..? insyallah dalam artikel dah cukup kot :D

      Delete
  47. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum. Saya bercadang untuk ke Fes morocco pd october 2019. Boleh guide macamana untuk ke Fes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi naik kereta api.. Basically.. Kalau nak berjalan naik train dah cukup enough sbb byk destinasi dah ada train station.. Murah pun iyer juga

      Delete
  49. Assalamualaikum. Dari satu kempat ke tempat lain travel sendiri, sewa kereta atau pengangkutan awam, atau gunakan local guide?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak pernah guna guide bila travel.. Alhamdulillah move one to another place gun public transport je.. Sy guna train dari satu ke bandar yg lain..

      Delete
  50. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  51. Salam, Saya nak ke morocco pada 22hb ni selama 10 hari. agak agak berapa usd yng perlu dibawa untuk tempoh tersebut. hotel dan ticket penerbangan dah bayar cuma untuk makan and shooping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok tips bijak nk travel ialah.. Kurangkan bawa duit.. Hotel kebiasanya sy dah book dan bayar awal2 di booking.com hurmm then.. Tgk la how your style bola travel.. Saya rasa spend RM1000 seorang dh cukup mewah

      Delete
  52. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...