Tuesday 31 October 2023

Iran Part 6 : Historical 500 Years Bridge By Shah Abbas The Great

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Mari kita habiskan cerita kembara backpackers di Iran ni walau keadaan diri masih lagi dalam kesakitan. Hurmm tapi sakit apa? Actually aku pun first time kene and first time dengar sakit yang aku alami ini. Iaitu "Frozen Shoulder" hampir 2 minggu dah diserang sampai kene amik ubat Celebrex 200. Gerak sakit, tak gerak sakit. Ada-ada masa bila bahu kiri ni "Jammed".. Allahu sakit dia, pedih sangat-sangat.

Khaju Bridge juga dikenali "The Finest Bridge" dibina pada tahun 1650 oleh Shah Abbas II.
Okay dalam posting kali ini kita berkongsi pengalaman menawan kesemua 5 buah jambatan tarikan utama di Isfahan yang telah di bina samada hampir atau lebih 500 tahun yang dahulu. Yang pertama Si-O-Se-Pol Bridge kita dah cerita pada entry yang lepas. Now kita sambung cerita for another 4 bridge yang seterusnya.

At this moment kene makan painkiller Celebrex 200 Nonsteroidal Anti-Inflammatory Drug (NSAID) dan kene mula Physio dengan pihak hospital. Seriously out of no where.
Khaju Bridge

Terletak di penghujung Kamal Ismail Street. Ianya amat dikenali sebagai the Finest Bridge. Ia dibina sekitar tahun 1650 Masihi pada Pemerintah Abbas II iaitu Sultan Ketujuh dalam Pemerintah Safavid. Yang mana pada asalnya telah wujud struktur asal jambatan yang lebih lama kemudian telah diubahsuai sepenuhnya dan dibina jambatan baru.

So here we are The Finest Bridge of Isfahan - Khaju Bridge.
Suka sangat dengan kebersihan dan landscape di Isfahan ini. Susah nak jumpa sampah.

Terdapat satu kerusi batu yang dipanggil The Kings Chair yang masih wujud sehingga sekarang yang mana telah digunakan oleh Shah Abbas II sebagai tempat duduk menikmati pemandangan indah Sungai Zayanderud. Panjang Khaju Bridge adalah 133 meter dan lebar 12 meter dan terdapat 23 pintu gerbang. 

Unik design yang dibuat oleh architecture bridge ini. Boleh main chak chak pula :P 

Terdapat beberapa kunci air di jambatan ini bagi mengawal paras dan aliran air. Di mana apabila kesemuanya kunci air ditutup ia akan membantu mengalirkan air kepada para peladang dan petani di kawasan sekitar sungai suatu ketika dahulu.

Dari hujung sampai la ke hujung kita cross the river.
"From river to the sea, Palestine will be free" eh tiberr..
Shahrestan Bridge

Ini adalah jambatan tertua di Isfahan. Struktur asal telah dibina pada era zaman Pemerintahan Sasanid iaitu di antara abad ke 3 hingga abad ke 7 Masihi. Dan bahagian atas jambatan telah diubahsuai pada abad ke 10 oleh Pemerintahan Buyids atau juga dikenali sebagai Pemerintahan Buwayhid (934M - 1062M). Dan kemudian telah diubahsuai sekali lagi oleh Pemerintahan Seljuk (1037M-1194M).

Gambaran asal Shahrestan Bridge pada suatu ketika dahulu.
Panjang Shahrestan Bidge adalah 107.8 meter dan lebar 5.2 meter. Ia memiliki 13 pintu gerbang besar dan 8 pintu gerbang kecil yang terletak di antara pintu gerbang besar. Ianya berfungsi sebagai alternatif aliran air ketika banjir berlaku bagi mengelak kerosakan kepada jambatan. 

Gambar satu pun aku tak jumpa so kita amik dari Pakcik Google jer :D
Namun sekarang jambatan ini tidak lagi digunakan sebagai lintasan menyeberangi Sungai Zayanderud kerana air sungai telah dialihkan 100 meter jauh dari Shahrestan Bridge ini. Bagi mengelakan jambatan ini rosak dimakan usia maka telah dibuat sebuah tasik melintasi kedua-kedua arah jambatan ini.

Suka dengan seni bina jambatan yang dah beratus tahun ini - Google.
Marnan Bridge

Juga dikenali sebagai Marbin Bridge. Ianya telah dibina pada zaman Pemerintahan Safavid tapi para pengkaji sejarah percaya ia telah dibina seawal atau sezaman Shahrestan Bridge ini kerana batu yang diguna pakai untuk membuat jambatan ini adalah sama dari segi jenis, saiz dan bentuk dengan batu-batu yang digunakan dalam membina Shahrestan Bridge. 

Penampakan Marnan Bridge di malam hari :D
Panjang jambatan ini adalah 186 meter dan lebar 4.8 meter. Terdapat 17 pintu air dan 14 pintu gerbang. Seperti biasa waktu paling indah untuk melawat kesemua jambatan-jambatan ini adalah ketika waktu matahari hampir terbenam.

Choobi Bridge

Juga dikenali sebagai Joubi Bridge oleh orang awam sekitar Isfahan dan ada juga disebut sebagai Joui Bridge. Terletak di antara Khaju Bridge dan Ferdowsi Bridge di Sungai Zayanderud. Ia telah dibina pada tahun 1665 Masihi ketika era Sultan ke 7 iaitu Shah Abbas II atau Sultan ke 8 dari Pemerintahan Safavid. Panjang jambatan adalah 147 meter dan lebar 4 meter an mempunyai 21 pintu gerbang air.

Gambaran asal Joui Bridge pada suatu ketika dahulu.
Antara sebab utama jambatan ini dibina adalah kerana terletaknya taman di raja di kedua-dua arah tebing sungai di sini. Terdapat binaan seperti rumah rehat di kedua-dua arah jambatan ini ia digunakan sebagai tempat perjumpaan (Parlours) bagi mereka yang mempunyai urusan dengan sultan. Namun sekarang ia telah dibuka kepada orang awam sebagai Tea House.

Suasana di atas Choobi Bridge dalam suasana winter yang tenang.
Kelihatan ramai yang berehat sambil berpicnic di kawasan sekitar bridge.

Shah Abbas The Great

Pada zaman Pemerintahan Shah Abbas The Great telah berlaku pemindahan pusat pentadbiran dari Wilayah Qazvin ke Wilayah Isfahan di antara tahun 1588 - 1629. Perkataan "Shah" dalam bahasa Farsi yang bermaksud Sultan. Shah Abbas atau Sultan Abbas adalah Sultan kelima dalam Pemerintahan Kerajaan Safavid. Anak ketiga kepada Shah Mohammad Khodabanda yang juga merupakan sultan keempat yang telah digulingkan oleh Tentera Puak Qizilbash ketika Shah Abbas berumur 16 tahun.

Kawasan sekitar yang santai di antara bridge sepanjang sungai.
Suasana winter yang sejuk tak terasa sangat penat berjalan jauh.
Shah Abbas mendapat gelaran The Great kerana pemerintahanya yang bijaksana, memulihkan kekuatan ekonomi negara dan menguatkan kekuatan askar yang mana paling terkenal adalah Askar Ghilman iaitu askar hamba. Yang terdiri dari bangsa Armenia, Georgia dan Circassia. Dan di masa pemerintahan beliaulah askar-askar Ottomans dan Uzbeks dapat dikalahkan dan menawan semula jajahan Iran yang dirampas oleh negara lain.

Kedudukan 5 historical bridge di Sungai Zayanderud, Isfahan.
Maka boleh difahami kenapa Isfahan adalah satu destinasi penting untuk dilawati jika melancong ke Iran. Kerana ia pernah menjadi capital kepada negara Iran 500 tahun dahulu dan sudah tentu terdapat banyak peninggalan sejarah untuk diterokai. Antaranya beberapa jambatan yang telah dibina 500 tahun dahulu masih lagi utuh dan boleh diguna pakai sehinggalah sekarang.


35 comments:

  1. Kalau dari abad ke 7 dah 1000 tahun bridge tu. Still kukuh unbelievable.
    Nmpk gmbr mmg bersih kwsn diorang kalah South Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh rasai keunikan bridge yg dibina ratusan tahun.. Mostly kwsn di Iran semua nya bersih2..

      Delete
  2. menarik sungguh! bestnya u dpt berada kat situ dan melihat sendiri all these bridges

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur diberi rezeki melihat sendiri keunikan bridge semua tu..

      Delete
  3. landscape di Isfahan cantiknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sebab mereka cukup jaga dgn tempat sejarah mereka.. :D

      Delete
  4. Bukti bahwa pembangunan zaman dulu sangaaaaat bagus arsitektur dan bahan materialnya. Bisa bertahan sampai 500 THN lebih 😍😍👍.

    Memang lah kalo ke Iran hrs mampir ke ishafan. Dah banyak saya dengar ttg menariknya kota ini. Bagus2 design jembatan di sana ❤️👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kagum dgn cara binaan org2 zaman dahulu.. Bangunan nya kukuh smpai sekarang.
      Kota isfahan adalah tempat wajib jika ke Iran.. :D

      Delete
  5. Bagus banget jembatannya masih kokoh dan berdiri padahal entah sudah berabad yg lalu, moga sakitnya segera sembuh yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kan.. Bg yg suka sejarah pasti Iran akan menjadi destinasi utama.. Tmpt yg kaya dgn tinggalan sejarah.. Amin :D

      Delete
  6. Salam Afif.. saya dah jarang membelek blog.. tetiba Afif dan sampai Iran.. wah menarik juga negara Iran ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. tak apa hadir mu di sini memberi seribu senyuman hihihiui..
      Alhamdulillah dah sampai Iran.. :D

      Delete
  7. Cantik juga jambatannya..
    Sekarang ni agak2 boleh ke kita ke Iran? Ke memang dah tk bole

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sebab ia unik dari peninggalan sejarah :D
      Sekarang boleh jer ke Iran.. Should be ok Insyallah :D

      Delete
  8. Salam TT,

    Sorry baru sempat nak komen kat sini... congrats ye top komentar di blog anakomak

    https://anakomak6.blogspot.com/2023/11/top-commentators-october-2023.html

    Feel free to drop alamat n ctc no utk claim small gift ya :) -- bole email ke anakomak6@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Ako Retna :D
      tak apa kta pun busy sgt sampai tak ada msa nak blog walking skrg ni. tapi tak sangka top commentator blog akak pulak hihihi :D
      Ok baik nanti saya send email yer :D

      Delete
  9. assalammualaikum. cantik binaan Khaju Bridge tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam .. Tmpat sejarah memang cantik :D

      Delete
  10. Banyak jambatan yang ada di Isfahan. Semua nampak kukuh lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila goverment amik berat dengan perkara-perkara sejarah mereka maka tempat2 bersejarah akan dijaga dengan elok.. :D

      Delete
  11. Khaju Bridge ni yang tersenarai dalam buku World's Most Spectacular Spans. Dikatakan Jambatan Putra di Putrajaya diinspirasikan daripada Khaju Bridge ni. Kena masukkan dalam agenda minum teh di Tea House di Choobi Bridge nanti ni. Suka sangat sharing yang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ada juga dengar beberapa orang kata mcm tu huhuu.
      Okla nanti nak pi tgk jambatan putra di Putrajaya tu. Nak tgk sama tak :D
      Btul tu kene pekene tea lagi2 kalau tgh winter. Mmg layan :D

      Delete
  12. Cantik-cantik jambatan dia. Yang pertama tu, tak nampak macam jambatan pun, banyak pintu gerbang.
    Semoga Encik Time Traveller segera sembuh. Pernah cuba buat yoga, tak? Boleh reda sakit bahu dan belakang juga, bagi saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat physio rasa mcm dah buat yoga juga tu hahaha.. Dr kata try habiskan physio dulu.. Lepas nk buat apa buat lah ..
      Setiap jambatan ada design tersendiri.. Unik dan cantik..

      Delete
  13. hebat arkitek zaman dulu. buat binaan bukan setakat untuk kegunaan orang ramai. tampak kukuh dan kuat. agaknya kalau bah besar pun jambatan ni masih berdiri lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya mmg dah pernah bah besar ni sbb ratusan tahun sekali dua mesti dah terjadi.. Zaman dulu guna bahan binaan yg solid huhu

      Delete
  14. semoga cepat sembuh..pernah dgr 'frozen shoulder' ni dlm youtube Master Chris Leong, yg pakar kiropraktik tu...

    Menarik betul 5 jambatan tu..penuh bersejarah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari tak pernah dgr sampai la tahu byk psl frozen shoulder.. Semoga cepat la sembuh shoulder ni.
      5 Jambatan ni wajib di tawan kalau dtg ke Isfahan.

      Delete
  15. Menarik bangunan2 dan monumen2 sejarah di Iran. Harap2 dapat pergi melancong ke sana sebab saya minat benda2 bersejarah ni.

    Semoga cepat sembuh. Husband saya pun doktor bagi ubat Celebrex utk sakit belakang dia tu, tapi tak boleh makan selalu sebab kacau dengan ubat cair darah. Alhamdulillah lepas buat fisio dia dah tak payah makan painkiller ni lagi, cuma kena banyak buat senaman yg fisioterapi ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga Carneyz sampai di Iran nanti amin..
      Itu lah now dh slowly kurangkan painkiller tak nak bergantung sgt2.. Fisio kene buat mmg byk kurang nya alhamdulillah..

      Delete
  16. Semoga ketika ini sudah sembuh sepenuhnya.
    Nampak kukuh binaan jambatannya. Bentuknya unik dan menarik. Begitulah, untuk kekal menjadi sejarah, barangkali memang perlu diubahsuai dan dibaikpulih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah byk baik dari sebelum nya..mmg kukuh jambatan walau dah beratus tahun.. Bila sejarah dihargai mmg elok dan menjadi tarikan pelancong..

      Delete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. scenery, monument cantik..cuaca pun sejuk..ditambah nilai- nilai sejarah..berbaloi percutian ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg berbaloi sgt2 backpackers ke iran.. Menikmati keindahan dan sejarah yg masih di jaga.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...