Thursday, 3 July 2025

Brunch At 7 Baris Cafe By Nana Mahazan @ Jalan Kuching

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Minggu lepas kawan-kawan yang bekerja di Pusat Pembedahan Katara MAIWP (PPKM) bagitahu ada cafe berdekatan yang baru sahaja dibuka. Harga makanan tidak la mahal dan agak berpada dengan title cafe. Apa pun kata mereka paling penting ialah dekat dengan PPKM dan mudah untuk mereka lunch.

Maka semalam alang-alang ada kerja di Sungai Buloh dan kemudian ke Selayang, terus la cari 7 Baris Cafe ini. Terletak di Izuwan Automobile Sdn Bhd - Lot 65419, Jalan Kuching, Mukim Batu, 51200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Shell dan Petronas. Memang mudah sangat la nak cari 7 Baris Cafe ini di sebelah kiri jalan.

Welcome to 7 Baris Cafe by Nana Mahazan @ Jalan Kuching.
Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam dan tutup pada setiap hari Isnin. Baru sahaja dibuka secara rasmi pada 23 Jun 2025 tempoh hari. Nama 7 Baris diambil dari 7 sahabat yang bersama-sama membuka cafe ini. 

Lokasi yang baik terdapat banyak parking. Tempat duduk yang disediakan di tingkat bawah dan atas. Dan tempat duduk outdoor juga disediakan pada waktu petang hingga ke malam. Tapi kalau datang pagi atau tengah hari dan request nak duduk luar, maka staff akan buka kan meja untuk kita.

Terdapat surau yang comel berdiri sebelah 7 Baris Cafe ini.
Kami parking betul-betul dihadapan Izuwan Automobile ni. 
Terdapat bangunan surau yang cukup comel dan cantik berdiri bersebelahan dengan 7 Baris Cafe ini. Maka tak perlu risau boleh la lepak lama-lama dan solat on time di sini. Bilik air khas untuk lelaki dan wanita juga disediakan. 

Ketika kami sampai boleh dikatakan semua meja telah pun occupied. Maka terpaksalah buka meja di luar tapi masih di bawah bumbung dan ada kipas di atas kami. Okla tidak la rasa panas dan berterima kasih sangat pada staff cafe Nor Iqmal Ahmad yang banyak membantu kami sekeluarga.

Suka dengan keadaan dalam cafe - warna yang light dan design yang kemas.
Antara menu heavy and light yang ada di sini. termasuklah Pastry, Cake & Pizza.
Strawberry Cheesecake, Passion Mango Cake, Almond Tiramisu, Callebaut Choc Cake.
Dah nak masuk lunch hour maka kita combined makanan heavy and light. Bubur Ayam agak spoil banyak sebab terlalu kering dan tak ada rasa. My kids yang suka makan bubur pun tak nak makan sangat. Sorry memang kami tak dapat nak habiskan huhuu.

Spicy Chicken Chop alhamdulillah sedap 8/10. Kira ini first time makan chicken chop yang pedas. Pedas pada tepung crispy ayam tu. Kuah black pepper dia ok cuma macam terlalu cair sebab biasa makan kuah cicah black pepper tu kan pekat. Bila cicah barulah terikut melekat kuah tu pada ayam yang dicicah, barulah sedap. 

Cheesy Wedges RM12.00
Spicy Chicken Chop With Black Pepper Sauce RM22.00
Chicken Porridge RM12.00 (Tak ada rasa dan terlalu kering)
Untuk Cheesy Wedges tu aku harap chef boleh masukan seketul-seketul dalam minyak sebab ada dua tiga yang melekat sesama sendiri wedges tu. Bila melekat kuranglah crispy dia kan. Ah banyak pulak aku nak commend hihi.. Overall alhamdulillah sedap insyallah nak repeat lagi sebab nampak banyak lagi pastry yang belum disentuh di sini :D

Strawberry Cheesecake RM17.00 (Recommended)
Swedish Meatball RM12.00 (Yang merah tu Jem Strawberry 🍓- me like 🙄)
Okay sebab datang lewat maka duduklah kami diluar sekejap and at last kami pindah masuk dalam. Sebab di dalam terlalu sejuk berbanding luar. Rugi la kalau tak duduk di dalam kan sebab bayar sama jer hihi. Tak ada la gurau jer.. Masuk dalam sebab nak snap gambar suasana 😊.

Kiwigo RM16.00, Zuzu Pon RM16.00 & Ice Lemon Tea RM12.00
Staff Cafe tolong bukakan meja dan kerusi untuk kami.
Untuk desert kami try Strawberry 🍓 Cheesecake. Alhamdulillah sedap sebab untuk aku yang tak suka cheesecake sangat pun boleh makan 3 - 5 ngap hahaa 😂. Dan air Kiwigo tu rasa sedap lain macam very recommended. Cuma air Ice Lemon Tea macam tak sedap atau pelik. Pekat semacam baik dari segi warna dan rasa. Athira siap kata macam air asam jawa sebab masam pekat hahaha. 

Insyallah akan singgah lagi bila ada kerja di Selayang lagi. Banyak kekurangan mungkin sebab baru dibuka. Overall makanan sedap dan tempat pun nice. Katanya waktu malam lebih meriah. Nanti kita try yer. 😎

46 comments:

  1. Wahhh tempat santai yang best ni...
    Menu kek ada aneka jenis.. sedap plak tengok kek nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat memang santai.. menu variety dari heavy sampai la ke light food semua ada.. boleh la nak try menopi sambil layan cheese cake :D

      Delete
  2. Bubur ayam tu... sayang pulak sebab tak ada rasa.
    Makanan yang lain, cantik menggoda selera pula. Ais Lemon Teh rasa macam air asam jawa pulak ye heheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak faham kenapa buat bubur yang kering dan pekat macam tu huhu.. the kids makan dua tiga suap sahaja. ice lemon tea tu mungkin aaaaa.. ntah la hahaha

      Delete
  3. Orang yang dekat nie pun tak tau kat mana tempatnya...kikiki..nampak sangat life ,g keje, balik keje je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun sebab kawan2 di PPKM bagitau.. kalau tak, mmg sampai ke sudah tak tahu juga huhuu..

      Delete
  4. Replies
    1. Betul.. Memang menarik sangat.. ada surau tu bonus boleh solat tanpa risau :D

      Delete
  5. Nampak la porridge tu macam terlalu pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la .. kita mmg tak gemar bubur pekat kering macam tu huhuu

      Delete
  6. cantik la design bangunan cafe ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap susah nak jumpa cafe single building mcm ni. Tenang jer suasana :D

      Delete
  7. Maybe sebab baru buka kan..diorang tengah dapatkan momentum sebelum jadi wow...tapi nampak sedap la semua makanan..bubur tu presentation dia cantik tapi kureng tang rasa ye...boleh la masukkan dalam wishlist...mana tau akan sesat ke sana plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kita pun rasa mcm tu sbeba baru buka.. insyallah lagi beberapa bulan meletup la tempat ni .. ( i mean viral famous la hahaha.. ) Bubur tu mcm mmg out la hahah.. mungkin salah timing dtg kot.. overall sedap and nice :D

      Delete
  8. Nana Mahzan tu bukanya pengacara radio ke dulu. desert dia semua ngences tenguk hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah wife ada bagitau siapa Nana Mahazan ni.. pengacara dan penyampai radio.. sebab tu FBI dtg bacakan doa di cafe ini masa nak buak dulu.. desert dia mmg nyummy :D

      Delete
  9. ehhh Nana Mahazan ni dj hot fm dulu dgn FBI oooo ptutlah FBI tlg baca doa ye masa opening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm search google dia adalah seorang Pengacara dan DJ.. tapi DJ kat mana tu tak tau haha 😆.. wife kita tau la mcm2 psl nana ni.. dia mmg update dgn semasa 😅

      Delete
  10. Lalu banyak kali di sosmed cafe ni, memang baru buka kan. Nana Mahzan, peserta AF, Akademi Fantasia dulu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu kita pernah dgr nama jer.. tapi tak tahu siapa dia.. buat entry ni baru tahu dia DJ dgn Pengacara.. hihii.. 😅

      Delete
  11. kalau masa saya duduk selayang dulu cafe ni dah bukak, mesti selalu saya lepak sini. Spicy chicken chop tu nampak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang selalu boleh pokai wallet hahaha.. takde la.. nice place nak duduk santai-santai.. layan coffee dgn pastry mmg nice.. 👍🏻

      Delete
  12. Ada nampak di posting Nana Mahzan. Cantik cafe dia. Dia punya signboard cafe pun menarik sangat. ID pun okay sangat, cantik dan selesa. Makanan pun nampak sedap. Mana kekurangan tu harap dapat diperbaiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tempat yg menarik nak healing mengopi.. ID pun tenang ceria jer.. alhamdulillah pastry mmg sedap sedap.. 😊 cheesecake 🍓 tu sedap..

      Delete
  13. Eh dah sampai ye... Baru je Akk tengok dekat TT Nana ttg cafe ni.... Nanti bole la terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila terjah ke sini.. memang menarik untuk mengopi.. pastry pun sedap sedapp.. 😊

      Delete
  14. Oh? Ada 7 baris? Ingatkan ada 16 baris je...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak 15 baris jer.. hahaha.. 7 barisan sahabat gitu.. 😅

      Delete
  15. Wah, dah buka cafe, Nana Mahazan. Baguslah, Encik bagi review terperinci. Mungkin baru buka, jadi boleh improve mana patut. Bagus, ada surau. Lapang je, nampak cafenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bagi review ikut pengalaman.. tapi rasa sbb dia baru buka tu biasalah ada kekurangan sedikit.. harap akan ada improve di masa akan datang.. cafe mmg menarik 😊

      Delete
  16. nanti bila betul2 established baru sy nak gi cuba makanan di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah established cantik.. cuma nak kena tunggu chef dia jadi power sikit lagi inshallah.. 😊

      Delete
  17. kek strawberry tu jugak yg menarik perhatian saya. bubur tu punya harga amboi sangatt, tapi takde rasa. asalkan kafe berkonsep hipster je rasa tolak tepi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strawberry 🍓 Cheesecake cake recommended utk dicuba.. insyallah berbaloi.. tapai kalau dpt strawberry masam nasib la hahah.. gurau je.. manis jer kitrg makan tempoh hari.. cafe baru bukan insyallah nanti byk la yg diperbaiki.. 👍🏻

      Delete
  18. Nana Mahazan sekarang dah join Radio Zayan... nak bagitau ni sebab kat dapur channel ni yang paling jelas untuk didengar hehe.. lagipun masa dia peserta AF memang dia antara peserta favourite sebab banyak drama 😀. Selepas jadi artis, DJ slowly nampak perubahannya ke arah kebaikan. Suka dengar celotehnya... ehhh... sorry.. terlebih pula 😎
    Swedish meatball tu mungkin ambil idea dari meatball Ikea. Agaknya jem beri yang Ikea tu mahal itu yang diorang guna jem strawberry. Tapi manis lebih kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo baru tau dah join Zayan FM.. Selalu jugak dgr zayan fm ni.. Kita pun baru tahu dia dari AF masa buat entry ni.. but nama Nana Mahazan pernah la dgr and know she is artis.. alhamdulillah moga terus byk ke arah kebaikan amin..

      Delete
    2. Yes mmg manis jem strawberry 🍓 tu which i assume itulah dia atas mashed potato 🥔 tu.. oh Swedish Meatballs 🧆 pun ada letak jem jugak ke.. baru tahuu 😅👍🏻

      Delete
  19. wahhhh menarik ni! baru tahu nana dah ada restoran sekarang ni... boelhlah singgah nnanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila... Rasa nya walking distance dgn station KTM taman wahyu kot huhuu.. boleh singgah try lunch atau dinner di sini.. 👍🏻

      Delete
  20. cheese cake tu nampak sedapppppp
    nampaknya balik nanti kena cari cheese cake ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheese cake ni kalau betul dpt yg pembuat dia power.. insyallah sedap la dia hihii.. yg tak suka pun blh ngap beberapa suapan 😂

      Delete
  21. Ya Allah kenapa meatball tu ada strawberry, teringat meatball Ikea lama tak mkn. Ehh.. nampak sos black pepper tu cair.

    Kedai2 baru buka ni tak berani masuk sbb anak dia auto bg feedback. Takut staf pulak kecil hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak ok foods dia

      Delete
    2. Hurmmm cafe baru buka.. kena banyak perbaiki lagi kualiti makanan sebab harga pun level cafe kan.. sos black pepper cair tu kena perbaiki.. bubur tu boleh tolak tepi awal2.. 🙏🏻🙏🏻

      Delete
  22. cakes n drinks ok..but savoury menu dia tak ok pada i dengan quality mcmtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju cake and drinks ok.. menu makanan kena banyak perbaiki lagi.. 👍🏻

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...