Tuesday, 21 April 2026

Just Wanna To Update Something About My Self

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

This week busy as usual.. Urusan kerja di pejabat dan juga di rumah. Urusan anak-anak dan keluarga.

Hujan pun agak lebat dua tiga hari ini. Sampai naik banjir kilat di beberapa tempat di Selangor dan KL.

Nampak gaya hari ini pun hujan lebat juga. Moga-moga tiadalah kejadian yang tidak diduga berlaku Amin.

Break 'O' Day
Kenangan Trip Raya ke Yunnan pun dah tak kelihatan. Dan at this moment takut nak tengok any promo flight ticket. Takut tersangkut lagi hahaha. Tahun ini sepatutnya tak nak travel ke mana-mana sebab nak tenang-tenang sepanjang tahun dan kumpul duit untuk next year trip ke Europe lagi. Tapi...

Awal bulan February dah ter-terbang ke Hong Kong dan sempat visit Macau sekali. Lepas tu dapat pulak tiket promo untuk raya ke Yunnan di bulan March. Dan actually dah ada satu lagi flight ticket aku dah terbeli untuk hujung tahun ini sebab dapat return bawah RM700.00 untuk penerbangan selama 8 jam.

Kesan Perang Iran Dan Amerika Kepada Dunia Travel

Bagi kita yang berada di Malaysia kesan perang ini agak menghalang untuk travel ke eropah dan timur tengah sahaja. Tapi jika nak travel ke Central Asia, China, Jepun, Korea dan Taiwan tiada masalah. Di bahagian Selatan Asia iaitu India, Bangladesh, Nepal, Bhutan, Sri Lanka dan Maldives tidak terkesan.

Dan mungkin ketika ini boleh focus untuk jejakkan kaki ke negara-negara Asia Tenggara dan bagi aku negara Timor Leste berada di dalam radar sebab ianya sebuah negara yang baru join ASEAN tahun lepas. Last year ada promo flight ticket berharga RM1,980.00 untuk return KUL - DILI. Harap tahun ini ada la promo yang lebih murah dari harga tu.

Travel Tak Mudah Seperti 5-10 Tahun Yang Dahulu

Dengan 3 orang anak yang berada di sekolah rendah sekarang ini. Tidaklah begitu mudah nak travel unless kalau aku sanggup buat trip solo lagi. Dan itu pun tak boleh lama sebab dua tahun lepas masa pergi trip Turkiye-Bulgari-Romania selama seminggu lebih pun dah macam-macam hal terjadi di rumah huhu.

Padahal masa si ibu pergi company trip seminggu lebih pun. Ayah okay jer uruskan anak-anak setiap hari 😅.

At this moment mungkin antara Sri Lanka, Timor Leste dan Nepal yang akan aku terjah if dapat tiket promo by this year.

Double Chocolate (Hot), Ice Matcha Strawberry Latte, Ice Double Chocolate
Dan itulah biggest reason kenapa buat trip raya ke Yunnan baru ini sebab nak dapatkan semua bercuti dalam satu masa yang sama. Ibu Ayah cuti dan anak-anak pun cuti dan tiada siapa yang akan tanya atau ganggu especially soal kerja 😉.

Okay sorry.. Semua gambar tak ada kene mengena dengan tulisan sebab tak tahu nak masukkan gambar apa kat sini hahaha.. Gambar breakfast pagi isnin semalam di Coffee Bean & Tea Leaf Pandan Indah dengan wife, afnan dan affan. By the way jom la tengok siapa yang comment gambar sahaja atau yang comment apa yang aku tulis hahaha 😅.

7 comments:

  1. Kalau ayah okay je uruskan anak, nampaknya rezeki ibu la boleh selalu travel tinggalkan anak dengan ayah 🤭😆

    Akak cuma berdua, sepatutnya mudah travel tapi kerja suami pulak jadi penghalang - susah nak plan travel lebih awal dan tak sesuai ambil cuti lama-lama. Nanti orang asik contact tanya pasal kerja 😅

    Begitulah hidup, tiap orang ada masalah tersendiri. Tapi…Afif dah untung sangat, dah merata travel.

    ReplyDelete
  2. Bestnya boleh travel ke sana sini.

    ReplyDelete
  3. Semoga cuaca cepat membaik. Hujan terus menerus pun seram juga. Kuatir banjir. Sama macam di sini bang. Tp jakarta selatan yg tiap hari hujan. Saya nih di jakarta timur . Hujan justru langka 😂.

    Tuhlaaah, saya kalau pikir efek perang, buat tiket JD mahal. Memang harus pandai cari promo.

    Inj msh belum dpt lagi tiket Mongolia. Tp memang saya plan nak cari saat July Agustus. Mau lihat kondisi di China juga. Apalagi nak transit di sana.

    Timor-Leste saya mungkin tahun depan. Tak tahu juga. Soalnya teringin nak kilas balik ke Mumbay juga 😄. Ada tempat yg pernah ada tragedi berdarah waktu itu kan. Saya nak datangi semua tempat yg diserang teroris waktu itu.

    Kalau ada anak ini, memang pengeluaran jadi bengkak 😅. Untungnya suami msh mengizinkan saya traveling dengan teman, so, tak lah budget exceed.

    Aiiiih gambar pizza di atas nampak menggugah pula 😄😍😍

    ReplyDelete
  4. haaha...nasib baik la tuan punya blog dah tulis bawah tu..
    tengah nak hadam apa kaitan gambar makanan dengan travel.. hahaha...

    wahhh, nie rare bila ayah tiada, rumah jadi kucar kacir.. hahaha

    ReplyDelete
  5. lama tk ke coffee bean..aritu tgk org share psl butter & toast tu viral

    ReplyDelete
  6. i baca sampai abih la entry u ni..once a traveller, always a traveller gitu!! memang time cuti raya is the perfect timing to travek jugak sbb cuti lama one stretch gitu. cuma buat masa ni, my priority is my mom sbb kena sentiasa cari masa balik kg visit her, selagi ada masa dan kesempatan...anyway, u nak travel europe next year yer...haaa i ni counting days for my worktrip ni..of course sambil keje kena jln2 jugakkk moga lancar segalanya..aamiin...nervous jugak sbb ala2 DIY--keje kan..bkn nya folo tour agent

    ReplyDelete