Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 8 : Pengalaman Solat Jumaat Di Macau Islamic Mosque & Cemetery
Terdapat dua terminal yang menyediakan perkhidmatan feri ke Hong Kong iaitu Macau Outer Harbour Ferry Terminal yang terletak berdekatan Macau Historical Center. Dan kedua Taipa Ferry Terminal - Macau’s largest and most modern maritime gateway. Keduanya mengambil masa 1 jam dengan jarak lebih kurang 64km atau 35 batu nautika untuk ke Hong Kong.
![]() |
| Kaunter pembelian tiket feri menuju ke beberapa destinasi di Hong Kong dan China. |
![]() |
| Okay dah dapat tiket berharga HKD175.00 atau bersamaan RM90.00. |
Oh ya ini part terakhir kisah solo backpack ke Macau, walau pengembaraan hanya selama dua hari dua malam tapi ntah kenapa sampai part 9 aku bercerita. Maaf la yer sebab Si Afif ini memang suka bercerita dan banyak ambil gambar. Kalau boleh semua gambar dan pengalaman nak di share dalam blog ini. Harap u all enjoy la dengan apa yang aku kongsikan 😁.
Everything look very easy for me untuk ke terminal kerana inilah terminal yang aku salah turun dari bas ketika sampai di Macau - Boleh baca di Part 2 (klik sini). Sampai di pintu entrance terminal terus aku berjalan ke kaunter dan membeli tiket feri paling awal dengan waktu aku ketika ini berharga HKD175.00 atau RM90.00 yang akan bertolak jam 3.30 petang.
![]() |
| Melepasi Macau Immigration menuju ke boarding gate. |
![]() |
| Berjalan dari departure gate menuju ke boarding gate agak jauh juga. Terlihat jambatan yang menyambungkan Macau dan Hong Kong dari terminal ini. |
Alhamdulillah ada setengah jam lagi feri nak berlepas, tak la rushing nak berkejaran masuk ke feri sebab agak jauh juga nak berjalan dari tempat beli tiket ke pintu departure dan kemudian ke pintu boarding. Sempat fresh up di toilet sekejap.
Terdapat beberapa kedai convenience, cafe dan juga restoran di dalam terminal ini dan selepas kita masuk ke departure gate terdapat pula kedai duty free. Oh ya di sini kita diperlukan membawa passport ya sebab Macau dan Hong Kong seperti dua buah negara yang berlainan yang mempunyai pihak berkuasa dan immigration sendiri.
![]() |
| Itulah feri yang akan dinaiki sekejap lagi menuju ke Hong Kong selama satu jam. |
![]() |
| Masa ni excited nak masuk ke dalam feri sebab nak tahu macam mana keadaannya. |
That is why if someone ask me, aku akan jawap at this moment Hong Kong dan Macau adalah dua buah negara yang berlainan dari China sebab mereka mempunyai sistem pentadbiran negara, pihak berkuasa seperti polis dan immigration sendiri. Dan juga mengamalkan sistem perundangan dan mahkamah sendiri yang berlainan dari sistem di negara China.
![]() |
| Keadaan tempat duduk yang selesa di dalam feri dari Turbo Jet Company. Masa beli tiket aku hanya lihat pada waktu berlepas tak kesah pun company apa. |
Walau British telah menyerahkan Hong Kong dan Portuguese telah menyerahkan semula Macau, namun penduduk di kedua negara ini masih mempunyai kuasa hampir penuh dalam keseluruhan pentadbiran seperti sebuah negara at least untuk 50-100 tahun akan datang. Negara China setakat ini hanya memegang kuasa askar dan diplomatik sahaja.
![]() |
| Safely arrived at The Shun Tak Centre Shopping Mall, Hong Kong. |
![]() |
| Just follow signboard MRT Station sehingga kita sampai di ground floor. |
Untuk keadaan di dalam feri bagi aku cukup selesa, bersih dan lengkap dengan toilet. Ruangan seat juga luas boleh strait kan kaki. Aku tertidur hampir keseluruhan perjalanan dan tak pasti jika ada staff yang menolak troli menjual makanan seperti dalam kabin AirAsia tu. Hanya tersedar 10-15 minit sebelum feri sampai di Hong Kong Terminal.
Perjalanan pertama feri dari Macau Outer Harbour Ferry Terminal ke Hong Kong bermula pada pukul 7.30 pagi dan feri terakhir di antara pukul 11.00 -11.50 malam (bergantung kepada keadaan). Dan schedule perjalanan feri ada setiap 60 minit dan pada ketika pick hour perkhidmatan feri akan ditambah di antara setiap 30 atau 40 minit sekali.
![]() |
| Beli Octopus Card dengan harga HKD200.00 di MRT Station. |
Digalakkan membeli tiket feri secara online (in advance) sekiranya anda datang pada public holiday, school holiday atau pada sambutan perayaan atau acara besar. Feri akan tiba di Hong Kong - Macau Ferry Terminal yang juga berada di dalam The Shun Tak Centre (shopping mall). Memang sangatlah convenience kerana terdapat Sheung Wan MRT Station.
![]() |
| Betul-betul jauh ke bawah tanah station MRT di sini. |
![]() |
| Kepadatan orang yang ramai di MRT walau bukan pada pick hour. |
Sampai di terminal yang juga sebuah shopping mall, kita akan exit di tingkat 3 dan aku mula berjalan mencari arah menuju ke MRT. Agak mudah sebab banyak sign dengan logo MRT berwarna merah yang memerlukan kita ke lower ground.
Sampai di MRT terus mencari ticket machine dan membeli MRT Card dengan harga HKD200.00 dengan jumlah isi HKD150.00 dan HKD50.00 lagi adalah deposit yang kita akan dapat semula selepas kita memulangkan kad tersebut. Okay for now destinasi aku ke Tsim Sha Tsui MRT Station untuk menuju ke hotel yang telah di book melalui Agoda.com.
![]() |
| Terlihat supermarket jom lah beli buah dengan air untuk bekal didalam hotel. Waktu pun dah hampir pukul 5 petang memang akan terus berehat dalam bilik la. |
![]() |
| Jarak hotel yang aku booking melalui agoda hanya 50 meter dari MRT. |
Dari Sheung Wan MRT Station aku perlu menukar train ke Red Line di Central MRT Station menuju Tsim Sha Tsui MRT Station. Perjalanan akan melalui terowong di bawah laut. Tak sedar apa pun dan tak nampak apa sebab sekejap sangat perjalanannya. Tapi terasa jugak lah telinga berdesing sedikit untuk 1-2 kali pertama sahaja. Lepas tu dah biasa 😉.
Bila sampai di Tsim Sha Tsui pun kita masih lagi berada dalam underground station. Dari banyak-banyak exit yang ada aku memilih untuk exit melalui I-square Shopping Mall at least dapat la lihat dalam mall. Masa ni orang teramatlah ramai dan padat + sesak huhuu. Sempat berhenti supermarket membeli air dan buah nak makan dalam bilik hotel sat lagi.
![]() |
| Bilik sangatlah sempat tapi harag boleh tahan mahal. Itulah Hong Kong 😅. |
Keluar dari MRT Station yang juga I-Square Shopping Mall terus aku berjalan menuju ke hotel yang telah ditempah melalui Agoda.com dengan jarak hanya 50 meter sahaja. Tapi nak cari hotel bukan main susah dekat 20 minit lebih memutar di kawasan yang sama tapi tak jumpa. At last aku tanya dengan seorang pakcik Bangladesh yang sedang bekerja.
![]() |
| Tilam tu tak boleh terlebih, kalau tidak ganggu nak buka pintu bilik. Tak tahu berapa kali buka pintu langgar bucu katil hahaha.. 😅 |
![]() |
| Bila bilik pun kecil maka bilik air lagi la kecik. Apa pun semua di satu tempat. Itulah review hotel Canada Inn di Hong Kong yang berharga RM180.00 semalam 😎. |
Terus dia bagitahu kena ikut main entrance di depan dan akan ada satu lift sebelah kiri untuk naik ke atas. Masa aku jumpa lift, que beratur teramatlah panjang sebab lift hanya boleh memuatkan 5 orang sahaja. Dan lift ini akan menuju ke hampir 20 buah hotel yang berada di atas. Masa ni mesej reception pun tak dibalas. Memang teruk sangat hotel ini.
![]() |
| Update: Itik Salai dan Cucur Sayur yang ditapau dari Cemiterio Islamico e Mesquita. |
Bila sampai giliran untuk naik lift rasa la tenang sedikit dan kemudian bila sampai di tingkat 15. Hanya nampak perkataan Canada Inn dan tiada reception. Dan barulah aku tahu ini adalah apartment biasa yang telah diubahsuai menjadi bilik-bilik kecil. Bayangkan 800sqft apartment dijadikan 7 buah bilik (Canada Inn ada dalam 4-5 apartment di floor ini).
Dan akhirnya aku terlihat perkataan kecil "Reception" di salah satu pintu apartment di sini. Selepas seketika menekan bell pintu terbuka dan seorang wanita warga philippines yang menjaga kaunter terus check booking aku dan terus memberi kunci dan membawa aku ke bilik. Memang terasa tak selamat untuk stay di sini, lagi-lagi kalau untuk kaum wanita.




















Tak apa Afif, lagi banyak part lagi syok kami membaca! Gambar-gambar dan tips yang dikongsi detail sangat, terutamanya untuk sesiapa yang baru pertama kali nak buat solo backpack Macau-Hong Kong
ReplyDeleteTakut banyak part nanti orang tak nak baca.. but if okay la kalau orang sudi nak baca hihiii.. Yes gambar nak beri gambaran keadaan dalam cerita tu.. Moga mudah pada yg mencari info..
DeleteElok ada banyak part ni, walaupun 2 hari punya trip... Kena visit Hong Kong balik lepas ni
ReplyDeleteYes Macau dan Hong Kong a very nice and interesting place to visit.. Kalau ada masa lama pasti nak stay lebih lama :D
Deletenasib baikade abang bangla tolong tunjukkan, org malaysia ni mmg dah biasa dengan bangla.. hehehe... pernah juga tgk youtube pasal hotel2 di hong kong, kalau nak yang murah mmg mcm tu la... itu pon bg kite dah mahal...
ReplyDeletebanyak part takpe tuan, senang dan tak penat nak baca
Yes nasib baik saudara bangladesh tu tolong tunjukan kat mana entrance nak ke Canada Inn tu.. Kalau dtg HK tolonglah cari hotel yang proper.. dapat hotel cenggini so scary oooo hahahaa... and yes harga accommodation di HK sangatlah mahal.. yg murah di sana mahal di Malaysia :D
Deletekalau ditengok gambar bilik hotel canada inn tu, kalau kat malaysia bole dapat dalam rm50-rm60 jr tu
DeleteKalau kat Malaysia kita panggil hotel ayam jer.. kat Ganu Kelantan RM30-40 boleh dapat hahaha..
DeleteShare je, at least dapat juga kami baca pengalaman Afif. Nak pergi sendiri tu belum rezeki ☺️
ReplyDeleteSedih tengok bilik hotel tu huhu... Kecik beno
Itulah kalau tak dipotong dan tak behave lagi panjang jadinya jalan cerita walau travel dua hari jer ke Macau hahahaa.. Kalau boleh setiap apa yg berlaku dan setiap gmbar yg diambil pasti nak kongsi hahahaa..
DeleteShare je, at least dapat juga kami baca pengalaman Afif. Nak pergi sendiri tu belum rezeki ☺️
ReplyDeleteSedih tengok bilik hotel tu huhu... Kecik beno
Memang sedih sebab ingatkan dapat la stay "hotel" even murah.. rupanya dapat bilik cramp sampai nak main hp pun tak leh kuat sebab orang di bilik sebelah pun boleh dengar..
DeleteNasib baik ada lebihan setengah jam, kalau tidak memang boleh berpeluh berjalan jauh sampai boarding gate. 😅 Menarik juga dapat nampak jambatan Macau-Hong Kong terus dari terminal sementara menunggu feri.
ReplyDeleteSomehow staff di terminal pun sangat membantu .. dan nak cari boarding gate pun tak sesusah mana .. okla 30 minit tu memang just nice jer masa..
Deletetudia saiz bilik hotel... hahaha
ReplyDeleteTahu tak apa.. bukan sikit sikit harga.. RM180.00 semalam..
DeleteSelagi ada gambar.. bolehlah buat cerita.. kami yang baca takleh imagine kalau tulis je🫣
ReplyDeleteMakaihhh... memang boleh buat duit aprt 800sqft jadi 7 bilik.
Itulah selagi ada gambar masih lgi nak bercerita .. apa yg ditulis ni pun tak sampai 80% apa yg berlaku .. sbb kalau nak cerita semua mmg panjang ler hahaha..
DeleteHK mmg mahal accommodation.. tu yg nuat mcm ni ramai yg terkena huhu..
Hong Kong memang mahal kan. Bestnya baca trip ni moga kami dapat sampai lagi
ReplyDeleteYeap bukan mahal jer.. mahal sangat hahaha.. insyallah moga kita semua dpt pergi lagi ke HK ni..
Deletehahaha dah nak dekat 10 thn rupanya saiz tiket masih juga tak berubah
ReplyDeletesama je mcm kami beli dulu
berjimat sungguh ya diorang hahaha
Oh ye ker... Okla tiket macam tu senang nak simpan dalam passport atau wallet.. walau berjimat tapi service tip top kot huhuu.. 👍🏻😎
DeleteHK serba serbi mahal
ReplyDeletekena bawa duit lbh kalau nak rasa sedap berblanja hahahah
tp tu pun sy dok beli air rebina 3-4 kali walaupun harganya sebotol RM5 (lps tukar ke RM) hahahhaa
Teramat sangatlah mahal... Takut nak berbelanja huhu.. nasib la masa ni travel tak bawa anak anak.. kalau tak mmg kena cukai selalu huhuu.. di China tak kesah sbb murah murah.. 😅
Deleteok dah abih baca. kecik sungguh bilik tu...mata i terpandang toilet seat kat toilet bowl tu mcm kotor jer..i fussy bab2 gini hahahah...ada few typos dlm entry ni hahahh salah satunya pick hour--sepatutnya peak hour! apa2 pun i suka baca ur entry sbb detailed penceritaannya dan byk gmbr!
ReplyDeletesatu lagi komen..kenapa u tutup muka u guna sticker? kalau pompuan (kalau i ler), biasanya make up or tudung tak on point or kalau muka nampak chubby/gemuk hahaha so gigihlah tutup dgn sticker ker apa2
ReplyDeleteI feel you 😄😄😄😄. Penginapan di HK ini dah lah mahaaaal, trus keciiiil pula. Yang saya pening, tempatnya pun sering kali hidden kan. Mana susah nak ketemu. Kalau nak yang nyaman, memang hotel2 berbintang tinggi lah, tapi harga pun mencekik 😄.
ReplyDeleteTempat saya stay dulu juga keciiiil sangat. Trus di apartemen yang ntah apa namanya 🤣. Nasib baik suami pandai menemukan arah tiap traveling 🤭😅
Kalau bilik kecik macam ni dgn tandas yg *erk, tak cuci ke tu?* pun dah mahal, macamana la agaknya harga bilik hotel yg berbintang2 ye 😅
ReplyDelete