Wednesday, 12 November 2014

Jordan Part 2 : Jejak Ke Bandar Amman Yang Bersejarah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Setelah selamat dari dugaan yang menjemput aku setiba di tanah Jordan ini.. Boleh dikatakan hampir 95% pengalaman seterusnya di bumi Jordan dilimpahi dengan kecerian, keriangan dan keselesaan.. Alhamdulillh bersyukur sangat.. :D

Dan terima kasih juga kepada rakan-rakan serumah Ust Mursyid yang menyambut aku sebagai tetamu dengan baik.. Ust Abdul Hakim, Ust Arif dan Ust Farid kesemua mereka adalah penuntut senior di University of Jordan.. 


Orang berbudi dan berbahasa.. Kita bermasak-masak ler hehehee.. :D
Masakan orang lelaki yang ala kadar.. :D
Kan meriah bila makan ramai-ramai macam ni :D

Untuk 2 hari pertama aku di rumah ini sebagai tetamu.. aku tidak kemana-mana.. mengambil masa untuk berehat dengan baik.. Apatah lagi dengan cuaca yang amat panas membakar.. Cuba bayangkanlah semasa di London suhu bawah 8 degree bila terbang ke Jordan suhu brertukar kepada 46 degree..!!!

Sebagai tetamu juga aku cuba membalas jasa baik mereka dengan memasak makanan melayu seperti Kari dan Kurma Ayam/Daging, Sup Ikan, Ikan Kukus, Nasi lemak dan pelbagai lagi.. Lagi-lagi mereka ni sekarang berada di alam peperiksaan.. Apa yang pasti selepas mereka pulang.. Hidangan pasti terhidang buat mereka.. Perghh rindu betul pengalaman dengan ustaz2 nie..!!!


The Martyrs Memorial And Museum

Pada tahun 1977 Raja Hussein Bin Talal (Raja Jordan dari 14 Nov 1935 - 7 February 1999) memerintahkan satu tugu peringatan dibina bagi memperingati askar-askar arab Jordan yang tumpas sepanjang perkhidmatan mereka dan termasuklah juga pada kebangkitan "The Great Arab Revolt of 1916-1919"..

Telah direka bentuk oleh anak kelahiran Jordan sendiri iaitu Victor Adel Bisharat (1920-1996), Bangunan ini terletak di tengah-tengah "Summit of a Pine-Forested Hill" dengan menaiki beberapa anak tangga untuk sampai ke pintu masuk.. Dan di bahagian atas dinding bangunan ini yang kelihatan seperti Piramid terdapat juga ayat Al-Quran..

Masuk adalah percuma.. Dibuka pada 9.00 pagi hingga 4.00 petang bermula hari sabtu hingga Khamis pada setiap musim.. Ditutup pada hari Jumaat sahaja.. Tiada masalah bagi mengambil gambar didalam Museum ini walaupun ia penuh dengan senjata api sebagai pameran..


Memorial bagi memperingati lebih 10,000 askar jordan yang terkorban.
"The Six Day War receives little treatment in the museum, but the 1968 Battle of Karameh is highlighted. The museum does not purport to be an academic chronology of military events. It is a memorial to the fallen, but in a wider sense it is an effort to remember the contribution of the fallen to the success of shaping the modern Hashemite Kingdom of Jordan. The Six Day War was a Jordanian military defeat. Karameh, a year later though, was the regaining of Jordanian pride."


Suka pulak bergambar dengan benda-benda askar ni hehehehe :D

"The museum houses models recreating 1948 battles in Bab El-Wad/Latrun. The Arab goal was to cut the communication and supply lines between besieged Jerusalem and Zionist forces in the Tel Aviv and Shefela areas. Another of the items in the memorial is a large painting (to the left of the entrance) depicting a fierce battle at Herod's Gate in 1948."

"The years that followed saw repeated conflict with Israel. There were Jordanian successes as well as Israeli successes. Amongst the items on display in the museum are captured Israeli military rations and an IDF (Israeli Defense Force) rifle."

Gambar Raja Jordan - Raja Talal dan Raja Hussein..

"Enshrining the memory of those who gave their lives for their country."
Antara senjata yang digunakan semasa perang dahulu..
Peninggalan pakaian perang dan lakaran lukisan perang di Jordan..


King Abdullah Mosque and The Islamic Museum

Terletak di Sulayman Al Nabullsi di tengah-tengah ibu negara Jordan iaitu Bandar Amman.. Masjid Raja Abdullah ini telah dibina di antara tahun 1982-1989.. Boleh memuatkan lebih dari 10,000 jemaah dalam satu-satu masa.. 7000 di dewan utama dan 3000 di courtyard masjid.. Dilengkapi juga dengan kemudahan seperti sekolah agama dan lain-lain..

Dan masjid ini lah satu-satunya masjid di Jordan yang dibuka pada orang bukan islam untuk datang menziarah.. Dibina oleh Raja Hussein bagi memperingati datuk beliau dan oleh itu terdapat sebuah muzium di sini "The Islamic Museum"..


Setiba di hadapan Masjid Raja Abdullah..
Kami masuk melalui pintu "Babus Salam"

The cavernous, octagonal prayer hall doesn't have any pillars, yet it’s capped by a massive dome, 35m in diameter. The inscriptions quote verses from the Quran. The blue colour of the underside of the dome is said to represent the sky, while the golden lines running down to the base of the dome depict rays of light illuminating the 99 names of Allah.

Aku dan Ust Mursyid menunaikan solat asar di masjid yang indah ini.. Alhamdulillah terdapat tong air minum disediakan bagi para jemaah masjid.. Oh lupa nak bagitau.. musim panas dan mata wang yang tinggi serta air yang amat kurang di Jordan membuatkan ia perlu dihargai selalu.. Memang botol air lekat pada tangan kemana-mana sahaja..


Keadaan di dalam kelas Darul Quran.. dan tandas di bahagian bawah..
Keadaan di dalam dewan solat Masjid Raja Abdullah, Amman Jordan.
Reka bentuk masjid di setiap penjuru memang menarik perhatian pengunjung..

Inside the mosque is a small Islamic Museum, which has some pottery pieces, as well as photographs and personal effects of King Abdullah I. There are also a number of pieces of Muslim art, coins and stone engravings. The admission fee to the mosque includes access to the museum.

Pengangkutan ke sini anda boleh menaiki teksi jika tak nak bersusah payah.. Dan bas lebih murah dari teksi tapi kene banyak bertanya dan susah sket la.. but kalau dah sekali dua try insyallah boleh jer main redah.. jangan risau.. as long tahu tempat kita tinggal kat tempat mana senang nak balik lepas merayau nanti.. Just Believe On Your Self.. :P


Kurang bernasib baik sebab muzium ditutup oleh sebab-sebab tertentu..
Berdekatan dengan Islamic Museum ada kedai2 souvenir..
Harga okay jugak la murah sket dari tempat lain.. :D

Pada perancangan awal aku target 3-5 hari sahaja di bumi Jordan ini.. Sebab pengembaraan masih jauh untuk diteruskan.. tapi kebaikan hati para tuan rumah ini menyebabkan aku stay sampai 14 hari hehehee.. Rasa seronok pulak stay di Jordan ni tapi mungkin juga sebab keberkatan di tanah anbiya’..

Dan pada hari ketiga Ust Mursyid Al-Amin ajak aku untuk berjalan2 di sekitar Amman.. Antara tempat aku ziarah dalam hari itu :- The Martyrs Memorial And Museum, King Abdullah Mosque, The Islamic Museum, Amman Citadel Archaeological Museum (Bandar Peninggalan), The Roman Theater (Roman Colosseum), University of Jordan dan Restoran Babul Yemen..

Monday, 10 November 2014

Win A 3 Days 2 Night Trip To Macau Blog Contest

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Macau terselit satu keindahan panorama, kepelbagaian culture, kekayaan sejarah dan keenakan makanan.. Bayangkan kesemua ini anda mampu miliki dengan berada di hanya sebuah tempat.. Pasti akan membuat anda lebih teruja apatah lagi apabila ia menjadi destinasi percutian anda..

Macau sebuah nama tempat yang tidak asing lagi bagi semua kaki travel mahu pun bagi mereka yang mencari sebuah tempat bagi merehatkan minda pastilah.. Macau antara nama yang akan difikirkan.. Dan lebih menggembirakan lagi apabila Macau Government Tourist Office (MGTO) akan memberi 3 pakej percutian 3hari 2malam percuma kepada 3 pemenang yang bertuah..






Syarat-syarat senang untuk penyertaan adalah seperti berikut :-

1. Sila tulis satu artikel berkenaan “contest” ini bagi memudahkan anda layak menang..!! Dan tulis dengan seikhalas hati tulis dengan menunjukan betapa tingga azam anda untuk ke Macau..

2. Artikel berkenaan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 element seperti di bawah ini :-
  • Event & Festivals (Pilihan aku No.3)
  • Food 
  • UNESCO Heritage Sites (Pilihan aku No.1)
  • Tourism Product (Pilihan aku No.2)
  • Entertainment
3. Dan anda di minta untuk berkongsi pengalaman yang positive jika ada sekiranya.. :p

4. Tarikh contest ini bermula pada 20 Oktober 2014 sehinggalah tamat pada 23 November 2014..

5. DAN anda tidak boleh menyentuh unsur perjudian atau pun kasino.. dan sebarang komen yang negative.. dan yang semestinya jangan mention tempat yang bukan berada di dalam Macau..






Dengan keunikan Macau yang tersenggam indah di mata dunia anda pasti tidak akan melepakan diri sewenang - wenangnya dari mana-mana events dan festival yang berlaku sepanjang tahun.. Dan keunikan budaya mereka (Macanese, Portuguese, Chinese and International).. Segala tempat bersejarah di bawah UNESCO World Heritage Sites yang harus dilawati.. 

Dan tak lupa juga untuk entertainment yang amat menyeronokan.. Dan yang pasti Macau bukanlah satu tempat yang susah untuk di masuki.. terdapatlah 17 penerbangan direct dalam seminggu dari Kuala Lumpur – Macau.. Dan yang paling penting Visa-Free for Malaysian

Untuk keterangan lebih lanjut sila layari link nuffnang dibawah ini :D


Tuesday, 28 October 2014

Jordan Part 1 : Dugaan Setiba Di Amman Queen Alia Airport

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah ini percubaan pertama untuk mengarang semula kisah pengembaraan aku setelah bergelar suami.. Selepas tukar status suami ni membuatkan masa lebih terhad.. Susah nak ada masa jenguk blog.. apa pun insyallah blog Travel My Way ini tak akan senyap dan terpadam dari tangan yang akan mencoret kisah dari pengalaman diri sendiri dalam mengembara di setiap pelusuk dunia ini..

Okay.. Kisah pengembaraan aku di Jordan ini bermula tanpa dirancang dengan baik.. tapi syukur aku bernasib baik dapat flight tiket murah RM500.00 one way.. Penerbangan EasyJet Low Cost Airlines dari Heathrow Airport, London ke Amman Queen Alia Airport, Jordan..


Pertama kali menaiki penerbangan EasyJet dan pertama kali terbang dari Heathrow Airport..
Sempat breakfast tuna sandwich dan white coffee di Heathrow Airport, London..

Dan untuk Malaysian Passport Holder kita boleh bayar visa on arrival lebih kurang 30 Dinar Jordan.. Kena bayar visa guna currency Jordan.. If tak ada boleh tukar di money changer sebelum berjalan ke kaunter immigration.. Currency masa tu JOD 1.00 bersamaan MYR 4.50..

Keinginan ke Jordan bermula dari South Africa lagi.. Aku ada bagitahu beberapa rakan tentang niat menziarahi Jordan.. Secara tak langsung seorang rakan Ust Azrin berkata.. "if nak ke Jordan, singgah la rumah kawan aku.." Dan aku pun terus add facebook kawan Ust Azrin tu.. Manalah tahu jika "Jordan Aku Datang" menjadi reality :D


Macam biasa la.. Kalau naik kapal terbang mesti nak duduk sebelah tingkap dekat dengan sayap.. wajib tu hahahhaaa.. :D
Selamat tiba di Amman Queen Alia Airport, Kingdom of Jordan..

Bila confirm aku ke Jordan barulah aku mula bertegur sapa dengan rakan Ust Azrin.. iaitu Ust Mursyid Al-Amin seorang pelajar senior Malaysia di University Of Jordan, Amman.. Dan aku memberitahu akan berkunjung ke Jordan for few days.. Alhamdulillah Ust Mursyid menyambut baik dan memperlawa aku menjadi tetamu di rumah beliau..

Dugaan bermula apabila aku tersalah inform pada Ust Mursyid tarikh dan hari yang berlainan.. Kami dah berjanji akan bertemu di airport tapi setelah aku tiba hampir 2 jam beliau tidak kelihatan.. Baru aku sedar dah salah inform tarikh ketibaan aku..


Sempat selfie dalam shuttle bus dari airport ke Bandar Amman

Maka bermula pencarian tanpa titik mula.. Nombor Ust Mursyid aku tak ada.. Dalam inbox facebook ada la.. So mission kene login facebook.. tapi kat airport tak ada lansung komputer free atau berbayar.. Sehinggalah seorang pakcik arab menegur mungkin perasan aku sedang mencari sesuatu.. Bila cerita apa yang terjadi.. Dia offer handphone untuk login facebook.. tapi tak tahu kenapa tak boleh log in..

Setelah 3 jam di airport aku membuat keputusan untuk naik bas ke Bandar Amman.. Bayaran tiket JD 3.00.. Alhamdulillah dalam bas ada seorang brother arab tanya dari mana nak ke mana so on.. Lepas aku story.. Dia kata nanti turun la sekali sebab kat area tu ada banyak kedai2.. mungkin aku boleh jumpa internet cafe.. Nasib baik brother ni speaking english bagus..


Ibis Hotel di Amman, Jordan.. Sumber Google..
Reception di Ibis Hotel..

Family brother ni tunggu di bandar sebab airport jauh.. Bila kami turun dari bas dia offer handphone untuk login FB tapi dia kene tukar simkad Jordan baru boleh guna internet.. Lepas je aku login handphone mati kehabisan bateri.. Nasib ada charger dalam kereta so try sekali lagi login.. still mati sebab baru cucuk changer.. ye lah kene la tunggu 5-6 minit dulukan baru la on handphone.. Brother ni gelak kata nasib aku memang malang.. Kali ke-3 tak boleh login sebab FB suruh buat verification guna komputer after 1 hour hahaa.. :P

Sambil ketawa dia kata tak boleh la nak tolong aku sampai esok.. Diorang pun nak pi dinner lagi.. aku pun okay jer.. dan dia drop aku depan Ibis Hotel bersebelahan Amman Mall.. Dia kata biasa dalam hotel ada PC free boleh guna.. if not masuk la mall cari internet cafe..

Reception Ibis Hotel tiba2 tegur " Yes Sir.." Perghh kenepa tegur.. aku nak masuk guna PC jer.. "Aaa.. I just arrived from London and i'm looking for my friend.. They arrived this morning but i don't know which hotel they check-in so i would like to use PC here to chat with them because they did said Ibis Hotel" Reception minta nama boleh dia check dalam guest list.. Terus aku bagi nama Mursyid Al-min hahaa.. memang tak ada la dipendekan cerita aku dapat guna PC kat Ibis Hotel ni..


Rasa lega bila dibantu oleh perkerja pasaraya di Amman Mall..
Lepak belakang mall sementara tunggu Ust Mursyid sampai.. 

Syukur sangat bila dapat log in facebook.. update status, share location, salin nombor phone.. Terfikir juga kenapa tak save nombor Ust Mursyid ni hehee.. Aku mula bergerak keluar setelah selesai.. Aku cuba tanya security guard kat mana public phone?? tetiba dia pandang aku atas bawah.. "Mana ada public phone kat Jordan.. Semua orang pakai handphone" Eeerkkk habis la aku!!!!

Aku pun masuk Amman Mall opposite Ibis Hotel dengan harapan ada la sesuatu yang boleh buat call.. tapi kedai banyak dah tutup maklum la dah pukul 11 malam lebih.. Sampai la depan satu pintu masuk pasar raya.. Elok je aku nak masuk tetiba beberapa pekerja menahan tak bagi aku masuk sebab tengah buat closing.. And one them tanya aku nak apa.. Aku kata nak call kawan tengah cari public phone.. Dia minta nombor dan terus call Ust Mursyid.. :D


Bersama Ust Mursyid dan housemate beliau.. :D
Bersama Ust Mursyid Al-Amin di Mujib Biosphere Reserve, Jordan..
Bersama Ustaz Mursyid di Amman Citadel Museum .. :D

Lega tak terkata bila dapat bercakap dengan Ust Mursyid.. Pekerja pasaraya ajak aku masuk dalam sebab mall ni akan di tutup so aku di bawa exit pintu belakang.. Melepak sambil mereka tunggu transport datang.. Seorang pakcik guard di minta menjaga aku setelah mereka pulang.. Pakcik tu siap offer lagi kalau kawan kau tak datang boleh tido kat bilik pengawal keselamatan kat atas hahahaa.. :D

Hampir pukul 12.15 malam baru la Ust Mursyid sampai dan membawa aku pergi menaiki teksi.. Terasa lega tak terkata bila jumpa dengan Ust Mursyid.. tapi masih di uji sebab teksi rosak di tengah jalan.. terpaksa turun dan mencari teksi lain.. Well jazakallahu khairan kasiran Ust Mursyid susah payah amik malam tu :D  


Continue :-

Part 2: Jejak Bandar Amman Yang Bersejarah
Part 3: The Amman Citadel and The Roman Theater