Wednesday, 13 February 2013

Misi Bantuan di Phnom Penh City

Cuti Ramadhan 1428 H bersamaan Oktober 2006.. Cuti kedua aku balik Malaysia selama dua tahun di South Africa.. kebiasaan bila aku balik Malaysia.. first at all aku akan ziarah semua sedara mara aku.. dan orang2 yang banyak menolong aku..

Bila aku pi ziarah Haji Amin ( orang yang banyak tolong aku dari segi kewangan untuk pergi ke South Africa..)  beliau menyatakan akan ke Cambodia untuk Misi Bantuan Umat Islam di sana.. aku di ajak pergi sekali untuk menjadi petugas.. dan bayaran sebanyak RM1000.00 termasuk tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, makan dan minum..


(Abaikan tarikh 01/01/2004.. lupa nak set camera)
Bergambar bersama Ketua Keselamatan Airport 
Alhamdulillah arwah ayah aku mengizinkan dan menolong membayarkan jumlah tersebut.. :D (thank you ayah).. Misi bantuan selama 5 hari.. bermula dari Jumaat 13 Oktober.. Alhamdulillah Dengan Nama Allah.. penerbangan Airasia ini kami semua selamat sampai..


Misi di anggotai seramai 7 orang warga Malaysia.. Haji Amin dan anak sulung beliau Abg Aiman turut serta.. Dua orang sahabat abang aiman juga turut serta untuk menjadi petugas Abang Hamidi dan Ustaz Hanief.. berserta 2 businessman melayu kenalan Haji Amin..


Menanti waktu berbuka puasa
Kami di sambut sebagai tetamu VIP oleh kerajaan Cambodia.. Haji Amin kata walaupun ini misi bantuan untuk orang islam.. tetapi dengan kata lain ia membantu rakyat cambodia.. that why kita jadi tetamu kerajaan.. so make sure jaga tingkah laku kamu.. Baik..!! aku balas pada Haji Amin..


Passport kami terus di ambil oleh Ketua Keselamatan Airport.. dan yang aku ingat kami tak payah stamp passport.. dan passport kami di pegang oleh Airport sehingga kami pulang nanti..


Di luar Airport sebuah van dan sebuah jeep tentera bersama beberapa pegawai tentera  telah pun menunggu kami.. dan membawa kami terus ke sebuah hotel di Bandar Phnom Penh.. Selepas chek-in dan meletak barang di balik kami turun ke lobi untuk ke restoran.. untuk berbuka puasa.. Sambil menunggu hidangan dan juga waktu berbuka Haji Amin memberi sedikit penerangan mengenai program yang akan di jalankan..


Bersama kanak-kanak Cambodia yang memerlukan bantuan..
Dato' Razak mengagihkan biskut pada setiap kanak-kanak..
Tak sabar sambil tersenyum menunggu giliran untuk mendapatkan biskut ping pong..
Para ibu sabar menanti giliran untuk mendapatkan 5 kg beras seorang
Majlis pengagihan bantuan dari Malaysia seperti 
Al-Qurqn, buku tulis, buku agama, beras, pakaian dan makanan.

Perkara paling aku terasa apabila aku membasuh kaki dengan air dalam tempayan yang di tadah dari bumbung masjid.. setelah aku selesai membasuh kaki ada seorang budak perempuan dalam umur 6 tahun sambil mendukung adik dia dalam umur 2 tahun.. meminta gayung dari aku.. dan dia terus menyeduk air dari tempayan dan memberi minum kepada adik dia.. bagi orang malaysia tidak akan minum air tadahan hujan dari bumbung yang tentu boleh mendatang kan sakit.. tapi tidak pada budak ini..


Dato' Razak memberi sumbangan pada imam masjid
Memberi sumbangan pada mereka yang memerlukan :P
Kesokan hari kami memulakan perjalanan ke kawasan perkampungan yang ramai penghuni islam.. untuk memberi sumbangan seperti peket beras 5 kg untuk setiap keluarga.. bungkusan pakaian.. buku dan peralatann tulis.. wang tunai dan sebagai nya..

Aku di tugas untuk mengambil bahagian kanak2.. seperti memberi Biskut Ping Pong 5 keping seorang.. sedih melihat mereka yang beratur untuk mendapatkan biskut yang mereka tak pernah nampak apatah lagi rasa.. dan adalah normal untuk kanak2 bawah 3 tahun tidak berbaju.. sebab ibu bapa tidak mampu membeli pakaian untuk mereka.

Dan secara tak langsung kami berjumpa seorang ustaz sekolah agama.. badan terlalu kurus dan nampak beliau seperti ada penyakit.. lalu Abang Aiman bertanya "tak jumpa doktor ke?" dia jawap "gaji saya sebulan tak sampai RM20.00.. nak beli makanan untuk rumah pun tak cukup.. buat apa nak beli ubat.." sambil air mata mengalir Abang Aiman menghulurkan sedikit wang tunai Cambodia..

Hampir 21 kampung kami lawati dalam memberi bantuan.. walau ia tidak lah sebanyak mana tapi kata Haji Amin sekurang2 nya dapat lah orang2 islam di sini bergembira tatkala Syawal yang makin menjelma.. ada ketika kami menyerahkan bungkusan beras pada seorang makcik.. sambil makcik tu "berkata terima kasih banyak2.. makcik makan nasi setahun dua kali jer.. raya puasa dengan raya haji.." sebak giler aku dengar..


Ffuuuhhhh..!! memang sedap..
Udang Galah bakar fresh dari sungai mekong dan popia sayu made in Cambodia.. 

Ustaz Hanief dan translator kami  Faizal.. orang malaysia yang dah lama di sana.. 
 Ikan Haruan Bakar, Air Kelapa, Ulam-Ulam Segar,
Buah-buahan Cambodia, Tomyam Udang, Nasi Putih.. 
Memang terbaik.. :D

Alhamdulillah untuk hari pertama saja kami berbuka di hotel.. hari2 berikut nya kami berbuka di kampung berdekatan Bandar Phnom Penh.. sebab orang kampung kata mereka tak boleh balas jasa kami.. but boleh masak sedap2 untuk kami.. sebab tak perlu modal.. semua yang di tanam dan di tangkap dari Sungai Mekong..

Near to Ounalom Monatery
Tengkorak yang di susun di Menara Memorial
Lebih 300 000 orang mati di bunuh dan di tanam
di Choeung Ek Memorial
Alat2 seksaan tahanan oleh Rejim Polpot
at Toul Sleng Genocide Museum
Boleh tahan juga kaum lelaki shopping
@ Phsar Thmey - Central Market
Sebagai orang paling muda selalu kene gelak :P
Shopping di Phsar Thmey ( Central Market )

Hari terakhir Haji Amin memberi kami kami masa untuk melawat bebrapa tempat yang patut di lawat oleh pelancong.. walau tak semua kami pergi.. tapi dapat juga la kan tengok sket2.. Kampong Cham, Toul Sleng Genocide Museum, Choeung Ek Memorial ( The Killing Fields ) dan Ounalom Monastery..



Choeung Ek Memorial peringatan pembunuhan kejam  Rejim Polpot 
Antara tengkorak mangsa yang 
di bunuh oleh Rejim Polpot
Pintu Masuk Choeung Ek Memorial
Alat menyeksa tahanan dengan menebuk
belakang kepala sampai mati
Bilik tahanan yang kecil di aksi kan
oleh abang Aiman..

@ Toul Sleng Genocide Museum 

17 Oktober 2006.. hari terakhir kami di sini.. meninggalkan seribu satu kenangan.. 5 hari di sini bukan untuk melancong tapi membantu mereka yang memerlukan.. terima kasih pada rakyat Malaysia yang memberi sumbangan duit, pakaian, beg sekolah dan sebagai nya kepada Persatuan Kebajikan Islam Kemboja.. ini lah hasil nya.. moga bantuan ini berterusan..


Bergambar di hadapan bangunan Persatuan Kebajikan Islam Kemboja
Abang Aiman, Ustaz Hanief , Aku dan Abang  Hamidi..


Wednesday, 6 February 2013

Time Traveller Life Story ( Part I )

Assalamulaikum..

Just want to share my life story.. sebab ramai juga bertanya siapa aku ni.. buat apa kat South Africa tu.. macam mana boleh tiba2 rasa nak travel.. dan sebagai nya.. so actually first at all.. aku manusia biasa.. di besarkan di Ampang, Selangor, Malaysia..

Tahun 1992-1993 - Memulakan tadika di _____ apa ntah tak ingat.. :P tapi yang aku tahu sekarang tadika tu dah tak wujud.. dan yang aku ingat time tadika dulu aku memang seorang yang agak lasak.. boleh ajak kawan ponteng kelas lagi.. sembunyi belakang pokok pisang.. hahahahaa.. :P tapi kalau kene pape sket jer.. cepat nangis huhuu.. 
Budak nakal di tadika... uniform pun tak pakai hahahahaa..   :P
Tahun 1994 - Aku memulakan sesi persekolahan darjah satu di Sekolah Kebangsaan Ampang (SKA) .. walau ada sebuah sekolah yang dekat dengan rumah aku tapi ibu bapa ku tetap mahu aku bersekolah di SKA sebab akak dengan abang aku ada di SKA.. ketika aku memulakan persekolahan.. abang berada di darjah 4 dan kakak di darjah 5.. dan di bahagian petang kami akan ke Sekolah Rendah Agama kampung Melayu Ampang..

Tahun 1998 - Saat permulaan terdetik untuk menjadi seorang hafiz quran.. ia nya bermula dengan bulan agama islam di SKA.. di sebabkan aku selalu pakai songkok kat sekolah.. mungkin sebab itu guru kelas ketika itu Puan Rohaini Sadan telah mengarahkan aku untuk mewakili kelas dalam pertandingan hafazan..

Walaupun ketika itu ada pertandingan lain seperti nasyid, syarahan, tilawat dan sebagai nya.. mungkin ini yang di kata kan pertunjuk permulaan pada aku.. dan aku di beri masa kurang dari sebulan untuk menghafal dari surah an-nas hingga surah ad-dhoha..

Nasib baik aku di bantu oleh Imam Masjid Taman Kosas pada ketika itu Ustaz Subky dari kelantan (kawan rapat arwah ayah).. yang memang mahir dalam taranum quran.. alhamdulillah walau aku tak dapat hafal 2,3 surah dalam list tu (sebab susah).. tapi aku still dapat johan :D Alhamdulillah dalam semua berjalan baik aku tamat di sekolah rendah pada tahun 1999..

Tahun 1999 - UPSR..!!!! Kantoi sebab ada "B" untuk english hehehehee.. bukan sebab aku main atau tak focus.. dah memang susah.. tapi dapat jugak masuk sekolah sains hahahhaa.. :P tapi dekat Sekolah Rendah Agama result aku bagus dalam SPRA.. 86 %..!!!! Alhamdulillah :D

Awal tahun 2000 - Sekolah Sains 2 bulan setangah jer.. parents tanya asal tak nak berlajar? tak minat ker?.. aku jawap la.."tak minat :P hahaha.. sebab nak hafal quran".. arwah ayah aku jawap kalau tak minat.. jom hari ni jugak berhenti.. yesss...!!!!.. parent aku bagi lepak sebulan di rumah..


Antara pelajar Darul Quran Wal Hadis
Sahabat- sahabat di Darul Quran Wal Hadis

Pertengahan tahun 2000 - memulakan pengajian di Mahaad Tahfiz Darul Quran Wal Hadis.. first masuk memang dah kene buli/ejek dengan senior.. di sebabkan aku jenis suka melawan maka lagi teruk la aku kene.. but alhamdulillah aku tak pernah basuh baju senior.. tak pernah kene pukul ( kecuali dgn ust :P ).. tak ada siapa berani suruh aku buat kerje dia.. :D dan pada tahun ini juga aku memulakan dari starting macam mana nak mengeja dan kemudian membaca al-quran.. hafal 3 juzuk sahaja.. kelas Ust Zuhair.. ( garang giler.. :P )

2001 - Di naik taraf kan ke kelas Ust Mustafa.. hujung tahun hafal 13 juzuk..

2002 - Mendalami usulul quran, tajweed dan basic bahasa arab.. hujung tahun hafal 23 juzuk..

2003 - Alhamdulillah bulan ogos aku khatam Quran.. 30 juzuk.. Ramadhan Imam terawih masjid di selayang

2004 - ketika kawan yang lain sibuk focus nak SPM aku dah sibuk nak ke oversea.. so cerita aku ke South Africa bermula dengan seorang senior di africa selatan yang bernama Maulana Marwan Bin Ilyas.. beliau duduk berhampiran dengan Mahaad Tahfiz Dar Quran Wal Hadis..

Setiap kali dia balik cuti ( dari afrika selatan ).. selalu la dia datang lepak kat madrasah aku.. main bola, ping pong etc.. so aku seronok bila dia cakap ada ayat2 english, arab dan urdu.. sebab orang agama mana lah tahu english time tu.. bila berhujah dalam feqah.. dia akan keluar kan dalil hadis dan tafsir untuk 4 mazhab.. sesuatu yang amat mengejutkan..

Maka aku dengan tak malu bertanya.. "Abg Marwan.. nanti saya nak sambung belajar kat tempat Abg Marwan". Alhamdulillah dia tolong aku sebaik2 nya.. dari nak buat Visa sampai lah aku masuk kelas di Darul Uloom Zakariya, Johannesburg South Africa..   ( Continue to part II.. )

Friday, 1 February 2013

Khama Rhino Sanctuary - Last Destination in Botswana

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


11 November 2011 - Jumaat. Maulana Uwais iaitu abang kepada Hisyam (Classmate aku). Jemput kami berempat dari Galo Mall. Masa dalam kereta dia beritahu adik dia Hisyam tak ada di rumah. Sebab masih tak ada valid visa untuk South Africa. Kalau balik ke Botswana nanti takut tak boleh masuk semula ke South Africa. Lagi pun final exam hanya 4 bulan lebih maka lebih baik duduk diam-diam dalam South Africa tu.

Khama Rhino Sanctuary Park at Paje, Botswana. Established in 1992.
Tiba-tiba aku pun rasa macam "Patut ke datang rumah Hisyam ni" haha. Tapi nak buat macam mana kan? tak boleh nak segan. Kalau dekat Ampang-Sentul macam pergi rumah adik aku tak apa la jugak. Ini di negara lain tapi Maulana Uwais pun kata dia macam boleh ingat-ingat aku sebab dia graduated 5 tahun lepas. Time tu aku berada di kelas tahun satu Assoful Awwal.

Ruang solat utama di Francistown Jamia Mosque.
Anak  sulung Maulana Uwais

Terdapat sebuah madrasah di dalam masjid.
Ini makanan paling proper untuk kami selama 3 hari.
Sampai di rumah keluarga Hisyam kami dijamu makanan yang bagi aku sangatlah mewah apatah lagi pandangan mata dari seorang traveler hahaa.. Maulana Uwais kata meraikan tetamu adalah wajib bagi mereka (hahaha.. bagus la). Alhamdulillah kami makan dengan amat sopan santun dan kemudian mandi dan membersihkan diri setelah hampir dua hari tak mandi. Rasa last mandi di Victoria Fall. :P

PUMA antara syarikat minyak di Botswana
Kami dibawa untuk solat magrib di sebuah  masjid baru dan yang paling besar di Francistown. Dan imam masjid juga adalah bekas pelajar Darul Uloom Zakariya iaitu Maulana Saad yng juga merupakan senior aku. Graduated 3 tahun awal sebelum kehadiran aku ke Zakariya. 

Selepas Solat Isya Maulana Saad ajak kami semua join dia main bola. Kalau main bola ni memang aku tak reti sangat haha. Maka jadilah seorang pemain defender yang agak mengecewakan pada malam tu :D

First thing nak inform all my senior ni bermazhab Imam Hanafi so dalam hukum feqah ambil gambar ni agak shadid (keras) tidak dibenarkan melainkan untuk keperluan yang penting contoh sebab nak buat passport. That is why aku tak ada gambar diorang nak share kat sini huhuu.

Memulakan ekspidisi  merentas kawasan hutan
kering seperti gurun di Khama Rhino Park.
Jika kereta anda bukan 4x4 atau yang tak sesuai untuk off road. 
Boleh naik yang ini tapi kena bayar lebih sikit la :D
Lepas main bola Maulana Saad ajak kami berempat tidur di rumah beliau sebab dia ada guesthouse dan rumah Maulana Uwais just ada satu bilik untuk tetamu. Untuk tidak menyusahkan Maulana Uwais kami pun setuju untuk ke rumah Maulana Saad. Okla jugak dapat Guest house at least kami tak la mengganggu suasana dalam rumah orang.

KHAMA RHINO SANCTUARY

Next day Maulana Uwais bawa kami pi Khama Rhino National Park. Yang bestnya national park ni ialah di dalam ini hanya ada binatang herbivor sahaja. Tak ada langsung binatang pemangsa dan binatang paling utama kat sini ialah Rhino. Kerana ingin menjaga populasi Rhino di Southern Africa yang makin berkurangan akibat pemburuan haram.


Singgah di Masjid ini untuk Solat Asar.
Perjalanan selama 3 jam setengah dari Francistown ke sini dengar 250 km. Kami hulur duit minyak pada Maulana Uwais tapi dia kata "Mana boleh amik duit dari tetamu.." aku pun rasa serba salah tapi dalam hati senyum gitu huhuu.  :P

Entrance Fees Khama Rhino Park pun dia yang bayar. Susah hati jadinya sebab semua dia yang bayarkan. Makan minum sepanjang perjalanana pun dia yang bayarkan. Setelah habis tour dalam Khama Rhino, kami solat asar berjemaah di sebuah masjid kecil tapi lengkap dengan peralatan seperti aircond. Kagum dengan ahli qariyah di sini..

Alhamdulillah tour di Khama Rhino Park tadi dapat la jumpa dengan "animal planet" ni secara live.. ia tak bahaya kalau kita tak ganggu depa.. just buat rileks jerr.. :P

Antara haiwan yang dapat aku snap di Khama Rhino Park.

1. RHINO / BADAK SUMBU
Group of Rhino.. Zoom dari jauh dekar2 bahaya.. 
2. ZEBRA / KUDA BELANG
3. SPRINGBOK
4. IMPALA
5. DUIKER
6. OSTRICH / BURUNG UNTA
7. WILDEBEEST 
8. GEMSBOK @  ORYX
9. QUIL BIRD / BURUNG PUYUH
Dan yang best kat sini ialah ada tempat2 yang agak tersembunyi untuk lihat haiwan dengan lebih dekat.. sebab tempat2 ni di bina berdekatan dengan kelopak air.. so binatang2 ni akan datang dengan lebih dekat.. tanpa menyedari kehadiran manusia yang memerhati mereka..

13 November 2011.. Ahad jam 08:00 pagi.. Selepas bersarapan di rumah Maulana Uwais.. Maulana Uwais hantar aku, Anas, Khalid ngan Ridwan ke station bas dan kami bertolak dengan bas dari Francis Town ke Gaborone.. Perjalanan ke ibu negara Botswana ini mengambil masa 3jam lebih (420 km).. harga tiket seorang berharga 70 Pula (Pula adalah Matawang Botswana).. bersamaan RM 31.00..

"Silent..!!" Tapi kami mana tahu nak senyap hahaa.. :P
Ikut jalan berpagar kayu.. elak serangan cheetah? :P

Sampai di Gaborone kami terus bergegas ke kaunter tiket bas.. untuk membeli tiket perjalanan dari Gaborone ke Johannesburg sejauh 384 kilometer.. sebab esok kelas dah start. malam ni macam mana pun kene usaha untuk sampai Johannesburg..

Maulana Uwais bagitahu kami make sure amik TJ bas.. sebab itu memang proper bas.. insyallah tak ada masalah dalam perjalanan nanti... alhamdulillah memang ada seat cukup untuk kami berempat.. Harga tiket TJ Bas 200 Pula.. bersamaan RM 96.00.. TJ bas bertolak pukul  03:30 petang hari yang sama..

So kami ada ada 3jam untuk jalan2 sekitar bandar Gaborone ni.. sempat la kami jalan dekat shopping mall paling baru kat sini.. biasa je.. satu tingkat.. tak lah besar.. tapi bagi orang tempatan di sini ia adalah amat besar dan menjadi buah mulut orang :P hehehee...

Tempat persembunyian untuk lihat haiwan liar dengan lebih dekat :D

Tepat pukul 10:30 malam.. alhamdulillah kami sampai Park Station ( Nama station bus di Johannesburg, South Africa ).. Dan naik teksi sampai kolej.. kene charge R250.00.. bersamaan RM 105.00.. so bahagi empat maka seorang RM26.25.. okay la tu.. 24 kilometer jauh nak ke madrasah.. tengah malam lak tu.. Alhamdulillah kami berempat selamat sampai kolej jam 11:00 malam lebih..

Cuti 11 hari je.. abis je exam pukul 10:00 pagi.. 31 Oktober.. kami terus travel start dari Johannesburg - Harare - Kwe Kwe - Victoria Fall  - Bulawayo - Francis Town - Gaborone - Johannesburg.. dan balik betul2 malam sebelum kelas start.. memang tak bazir kan even satu saat hehehe.. Total cost untuk dua buah negara Botswana dan Zimbabwe ni less then RM 600.00.. jumlah ini termasuk pengangkutan. makan minum.. tempat tinggal.. entrance national park dan souvenir.. :D