Thursday, 4 October 2012

Jelajah Brussels Dalam Sehari - Belgium

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.. :D

23 Julai 2011.. Setelah menempuh perjalanan selama 4 jam dengan Eurolines bus.. Alhamdulillah aku sampai di ibu kota Belgium, Brussels.. hampir pukul 11 suku tengah hari.. naik eurobus ni senang sebab dia stop betul2 di tengah bandar.. senang dan tak ada lah kene cari transport lagi untuk ke bandar.. dan kalau bawah 26 tahun anda jangan lupa untuk minta student price.. murah la sket.. just tunjuk apa2 bukti yang anda student atau tunjuk bukti anda bawah 26 tahun.. tapi macam mana pun kaunter eurolines tak banyak tanya..


Bahagian depan Brussel-Noord train station.. 

Take a walk around the city
Town Hall at Grand Palace.

Bila sampai Brussels City.. actually aku tak tahu pun dah sampai.. sebab ramai orang dalam bas ni nak pi France bukan brussels so diorang lepak je la.. Nasib baik ada orang bagitahu aku.. bas berhenti di Brussels Eurolines, Coach Station CCN berdekatan dengan Brussel-Noord train station.. 

Aku pun turun dan terus buka buku travel guide Lonely Planet.. information dan map semua lengkap.. ingat dekat jer nak pi Grand Palace.. menapak 5 kilometer gak.. tapi tak rasa penat sebab mata asyik layan bangunan lama yang unik bersejarah.. Banyak kedai tepi jalan jual chocolate.. buah-buahan.. cheese.. dan pelbagi bau lagi.. 

Pape pun sekarang ni aku nak cari poskad dulu.. dapat la 12 poskad untuk 5 euro.. itu je yang paling murah aku dapat.. setem tak dapat lagi sebab pejabat pos tutup awal atau tak buka hari tu ( tak ingat )..  kedai biasa aku tanya tak ada jual setem.. tak kisah la petang nanti boleh cari.. sebab sekarang nak pi cari Grand Palace dulu.. sebab kat situ salah satu tempat tarikan pelancong.. 

Pemandangan di Grand Palace pada awal spring - Sumber Google

Salah satu jalan untuk ke Grand Palace @ Brussels
Buildings around Grand Palace..
Bangunan De Beurs / La Bourse

Sambil berjalan sambil bergambar.. but rasa lain macam sebab camera selalu hank.. rupa nya memory card dah nak penuh ada 54 gambar lagi je boleh amik.. camera compact 12 megapixcel.. so nak amik pic banyak terpaksa rendah kan megapixcel camera jadi 8  then turun kan lagi jadi 5 mega pixcel jer.. tu yang pic kat Belgium ni semua tak cantik huhuu.. :P

Dekat Grand Palace ni kalau datang awal musim spring maka dapat la tengok bunga2 yang di susun kat tengah2 Grand Palace ni.. korang check la sendiri kat google.. aku bukan datang time festival bunga tu so tak ada picture nak share..


Manneken Pis..
Ini ape punya tarikan daa..
Belgium Chocolate awesome..!!!!


Bila jalan sana sini perut terasa lapar pulak sebab kiri kanan bau pizza.. bau cheese.. bau macam2 la hahahaa.. di keliling dengan restoran.. memang rasa nak beli.. tapi confirm tak halal.. last2 makan biskut lagi.. ada beli jugak roti makan dengan jam.. yang ni aku baca ramuan roti dia ok..

Ada jugak masuk kedai arab tulis HALAAL besar2.. masuk dalam jual arak dari hujung ke hujung.. " our restoran is halaal.. no pork..".. banyak la ko punya halal.. kalau jual ayam daging tu kira halal la.. even tak sembelih..? sebab tu ustaz aku kata dulu arab adalah just a nation bukan nya lambang islam.. sebab orang kata asal arab mesti islam..makanan dia mesti halal.. sebab itu juga nak tengok islam bukan pada penganut tapi pada ajaran islam itu sendiri.. sebab pembawa boleh berubah tapi hukum tak kan berubah..

Berries, berries, and berries.. hohohohooo sedap nyeerrr...
Amik bas ni untuk memudahkan City Tour anda..
Huurrmmm.. pape je la..
One of the Old Church in Brussels

Duit nak jimat punya pasal..kaki berjalan je.. tanya orang mana tempat ni.. dia kata naik teksi dlm 6 km.. tak pe.. jalan kaki jer huhuuu.. tak besar mana pun sebenar nya Brussles tak susah la nak bergerak.. yang jauh benar tu amik la bas tau train kan.. so pukul 5 petang lebih aku patah balik semula ke kaunter Euroline berjalan kaki.. nak beli tiket ke Paris.. nanti akan amik bas tengah malam kol 11 malam lebih.. stay sehari je kat brussels sebab member dah tunggu dekat  Paris..

Sementara nak tunggu  magrib aku amik tempat kat satu kerusi tulis poskad aku nak hantar ke rumah.. so bila abis tulis duk fikir termenung sorang2.. macam mana nak hantar poskad ni.. Post Office tutup.. tengah termunung tu..ada mamat orang putih ni tegur.. "hi dude, why u look so tension" sambil hulur kotak rokok kat aku.. "thanks, i'm not smoking " aku jawap.. rupa2 nya dia baru balik kerja.. saje nak isap rokok sebelum naik tren balik rumah dia..


Eurolines akan stop di sini.. Central Brussels City 
Orang yang tolong hantar poskad aku..

Time berborak aku bagitau la tengah fikir ni cane nak hantar poskad ke Malaysia.. last2 dia offer "if u trust me.. let me send it for you tomorrow.." aku kata okey je la.. mula2 aku nak kasi dia duit untuk setem.. dia tak nak.. paksa gak la suh dia amik duit setem, mungkin dia ingat murah je 3 euro, bagi aku mahal kot even 3 euro tu.. 

Sebab dah kene paksa dia amik gak.. then belanje dia minum.. ( padahal aku pun tak beli air sebelum ni.. minum air mineral jer semenjak sampai Amsterdam dari hari tu..) so ini lah first time aku beli air tin  hahahaa.. giler punyer saving.. terpaksa la.. then merayau kat tengah Brussels.. dekat kol 11 mlm aku balik.. then terus naik bas pi Paris.. waktu pun malam .. dalam bas tido je la.. hari ni sampai.. hari ni jugak aku keluar dari Brussels, Belgium..

Eurolines ni aku guna from Amsterdam - Brussels - Paris - London

24 comments:

  1. Replies
    1. Nanti ko pi sana.. telan la chocolate belgium banyak2..
      hahahahaa.. :P

      Delete
  2. ajar beta bagaimana nk tau halal ke idok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba belek2.. ada cop halaal.. tuanku makan la.. kihkihkihhhh...

      actually ramai jer.. orang islam.. boleh tanya orang islam.. kat mana nak cari yang halaal nyer.. :D

      Delete
  3. jika salah beta akan murka haa..jd batu nnti haha...
    ooo yeke...senangla nk cr brng mkanan halal kt sna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga orang islam arab kat sana.. senang la nak nampak diorang... dengan perempuan bertudung dan lelaki berjubah.. :D

      Delete
  4. menarik gak tempat nie...kalau camera tak buat perangai mesti lagi cantik semua gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata budget backpacker style.. murah dan tak berduit.. tapi nak bukti kan mampu..

      Camera pun ala kadar jer.. :D but syukur alhamdulillah sampai jugak Belgium :D

      Delete
  5. Good writing....keep it up. Brussels ni memang dalam list untuk pergi but dunno bilalah dapat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mis Safura.. insyallah akan terus menulis pengalaman :D
      Moga rezeki di permurahkan untuk ke sana :D

      Delete
  6. trumpang gembira melihat kawan blogger mengelilingi dunia dgn cara tersendiri...

    (menabung kt sini utk your next trip hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .. bagus la sebab niat berkongsi pengalaman di blog untuk mmberi sedikit gambaran pada yg mmbaca.. :D

      Delete
  7. saya ni, tak dapat pegi, dapat tengok gambar je pun jadilah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi jadi pembaca di blog ni.. Insyallah akan kongsi lagi pengalaman dan gambar semasa travel :D

      Delete
  8. Salam kenal.. singgah sini dan follow..
    Suka baca entry kat sini.. ada macam-macam pengalmaan bercuti ke negara orang.. terima kasih sudi berkongsi pengalaman di mana anada pergi.. Setidak-tidaknya, kami yang tak pernah ke sana ata u bercadang nak ke sana, boleh ambil panduan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kenal juga :D terima kasih sudi datang berkunjung dan follow.. will follow u back :D
      Insyallah akan terus berkongsi pengalaman pengembaraan dalam blog ni .. setakat mana yang mampu sy share la :D

      Delete
  9. tak bahaya ke jalan2 kt situ?hehe..seronok je tgk org leh pusing tempat org..bila nk post poskad ke sarawak pulak XD..apa2 pun selamat mengelilingi semua tempat and take care.. ^_^

    click inti kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillh so far tak la bahaya kan heheee :D jangan pergi kawasan yang merbahaya la.. insyallah akan send poskad nanti ke srawak yer .. tapi alamat tak de kot :P

      Delete
  10. Assalammualaikum Afif,
    Grand Place ni sangatlah cantik bila waktu malam, sebab limpahan cahaya yang berwarna warni, waktu siang nampak cam biasa je.. makanan halal pun senang nak carik di kawasan ni kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Ayu Fatarina :D
      Itulah memang kata nyer waktu malam memang cantik.. dihiasi lampu2 yang hebat..
      Waktu siang lebih kepada sejarah bangunan yang lama jer.. oh makanan halal senang ek sebab ramai orang islam yg berniaga .. kan? :D

      Delete
  11. halu halu... datang menerjah. baca entry lama-lama buat panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa... entry lama aku kurang info... but setelah apa aku alami.. cadangan aku ialah spend 3 hari 2 malam di Belgium termasuk 2 hari Bandar Brussels dan 1 hari Bandar Bruges... dan make sure visit Luxembourg.. the easier road to get there is from Brussels.. Spend 1 hari dah cukup..

      Delete
  12. ada pernah tengok2 map brussels (hobi memang suka tengok Google Maps) T_T, banyak masjid, church jugak ye? ada nampak jugak orang berhijab dalam maps tu. baru la tahu ramai Muslim kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus suka tgk map maka kuasa kan diri anda dengan geografi.. Hahaa.. :D
      Mmg banyak la church sebab agama tu dah lama di sana.. Alhamdulillah senang nampak org islam di sana :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...