Monday 19 August 2024

Australia Perth Part 11 : The Round House - Whalers Tunnel - South Mole Lighthouse

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Bila tanya dengan kenalan yang dah pernah ke Fremantle. Mereka kata perlukan masa satu hari penuh untuk meneroka area Fremantle ini disebabkan ada banyak attraction di sini dan hampir kesemuanya diketagorikan sebagai wajib untuk dilawati.

Once bila kita dah smpai sini barulah tahu memang banyak dan nasihat aku pada yang membaca make sure datang seawal pagi if u nak explore the whole Fremantle ini. Apatah lagi kalau u all datang dengan public transport. Naik train sahaja dalam 30 minit dan bas 1 jam untuk sampai dari Perth City Center.

Pemandangan yang indah di atas The Round House - Fremantle.
Dari WA Shipwreck Museum Galleries kami berjalan kaki menuju The Round House dengan jarak 270 meter lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Apa pun anda pasti tidak akan merasa penat disebabkan dengan keadaan persekitaran dan pemandangan ke arah laut yang cantik dan udara yang nyaman. Lagi-lagi kalau datang waktu winter macam kami.

The Round House ni adalah satu kompleks yang agak luas.
Datang waktu winter memang seronok bergambar sana sini :D
Keadaan di dalam The Round House. Bangunan yang berusia 200 tahun.
Henry Willey Reveley adalah seorang civil engineer yang bertanggungjawap dalam membina structure The Round House ini pada tahun (1830-31) iaitu 18 bulan selepas The Settlement. Atau dua tahun selepas Captain Charles Fremantle raised the British flag at Arthur Head in 1829 to claim the Swan River Colony.

Beliau adalah seorang rakyat England yang lahir pada tahun 1788. Telah datang untuk membantu pembanguanan The Earliest Public Workers di Swan River Colony. Dan telah menjadi penasihat kepada pembinaan The Whalers Tunnel (1837-38) yang terletak di bawah The Round House yang menghubungkan terus ke Arthur Head.

Pemandangan Bandar Fremantle dari hadapan The Round House.
Cantik dan kreatif.. Bagaimana keadaan kapal yang membawa muatannya.
The Round House adalah The Oldest Public Building di Western Australia. Ia pernah digunakan sebagai lokap tahanan sehinggalah pada tahun 1886. Dibuka kepada pengunjung dari 10.30 pagi setiap hari dan ditutup pada pukul 3.30 petang. Sama seperti WA Shipwreck Museum, tiada sebarang entrance fee dikenakan namun donation sangat-sangat dialukan.

Dan dari sini jika anda mahu meneruskan perjalanan maka boleh la ke WA Maritime Museum yang terletak kurang 500 meter di sebelah kiri Round House ini. Dan boleh juga terus ke South Mole Light House lebih kurang 1.5km dari WA Maritime Museum. Kami tak berkesempatan nak terus ke Rumah Api South Pole disebebkan perlu pulang awal untuk memulangkan kereta sewa di Perth Airport sebelum pukul 5 petang.

Sebelah kiri itu Fishing Boat Harbor dan South Mole Lighthouse terletak disebelah kanan.
Terdapat meriam yang digunakan untuk pertahanan dari kurun ke 18.
Dari The Round House kami berjalan kaki ke The Whalers Tunnel yang terletak lebih kurang 50 meter dari arah belakang. Bagi aku yang sukakan binaan bersejarah ni memang menyeronokkan. Tunnel ini tak ada apa yang menarik sangat cuma ia adalah binaan bersejarah yang berumur 200 tahun sahaja.

Tunnel ini telah digunakan untuk membawa minyak ikan paus dari perlabuhan terus ke Fremantle Street pada waktu itu. Tunnel ini mempunyai panjang 46 meter pada saat ini kerana telah dipendekkan dari 58 meter sebelumnya. Disebabkan clift atau tebing dibahagian arah laut telah dipecahkan bagi mengambil batu-batu untuk membina rumah dan bangunan. Ia mempunyai 3.62 meter lebar dan 4.27 meter tinggi.

Kami turun ikut laluan tangga ini untuk ke Whalers Tunnel. View memang cantik.
Laluan di bawah bangunan Round House - The Whalers Tunnel.
Keadaan terkini The Whalers Tunnel pada tahun 2024. Banyak penambahbaikan telah dibuat.
South Mole Light House telah dibina oleh CY O'Connor sebahagian dari pembangunan Fremantle Harbor. Telah siap dibina pada tahun 1893 setinggi 24 kaki tanpa ada 'Steel Skeleton Frame' dan pada 6 tahun kemudian iaitu pada 1989 ia telah dibina semula dengan meletakkan Steel Skeleton Frame bagi mengukuhkan lagi binaan yang telah dipesan dari Syarikat Chance Brother yang berpangkalan di England.

Landasan kereta api Fremantle Line. Yang telah dibuka pada 1 Mac 1881.
Terdapat dua rumah api di sini iaitu South Mole (Hijau) dan North Mole (Merah) tapi yang paling banyak dikunjungi ialah South Pole disebebkan ia terletak ditempat attraction terutama bagi pelancong yang datang ke Fremantle. Terdapat bekas tapak meriam untuk pertahanan yang ditempatkan di sebelah South Mole Lighthouse ini pada ketika perang dunia kedua. 

Berjalan kaki dari Esplanade Park sampai ke Round House. Bila nak balik ke parking kereta baru la terasa jauh ditambah penat angkat Atiyya lagi huhu.. :D
Dan di sini pernah menjadi Pangkalan Kapal Selam Tentera Bersekutu - Alliance Submarine Base WW2. Iaitu sebanyak 170 kapal selam pernah dicatatkan berkhidmat atau ditempatkan di sini yang datang dari negara Amerika, British dan Dutch. Dan sepanjang sejarah perang dunia kedua tempat ini tidak pernah diserang oleh mana-mana pihak.

South Mole Lighthouse. Diwarnakan hijau semenjak 1903.
Walau bagaimana pun South Mole Lighthouse yang berumur lebih seratus tahun ini tidak dibuka kepada para pengunjung kerana ia masih aktif digunakan sehingga sekarang. Kita hanya boleh datang berkunjung ke penghujung teluk ini untuk bergambar dan menikmati pemandangan yang cantik di sini. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Parking disediakan tapi sangatlah limited.

Dibuka kepada pengunjung untuk bersantai sehingga ke penghujung teluk dan kawasan sekitar rumah api ini setiap hari dari jam 11.30 pagi sehingga 12.00 malam untuk Hari Isnin sehingga Jumaat. Dan pada Hari Sabtu dan Ahad dibuka dari jam 6.30 pagi sehingga 12.00 malam. Tiada sebarang entrance fee yang dikenakan. Somehow di sini banyak tempat attraction yang percuma. Best betul :D

40 comments:

  1. Subhanallah! Cantiknya tempat, tak pernah jejak lagi ke Fremantle. Semua senibina lama dorang terjaga ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka bila pergi ke negara yg menjaga tmpt bersejarah mereka.. Mmg cantik area Fremantle ni.. Recommended ke sini kalau dtg ke Perth :D

      Delete
  2. Memang best jalan2 di Freemantle ni. Betul sebab banyak free entrance kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perth antara tempat yg boleh repeat klau nak travel.. tenang jer.. lagi2 kalau ke Fremantle ni :D

      Delete
  3. Bestnya dapat melancong ke Australia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi peluang utk melihat dan berkongsi di sini :D

      Delete
  4. Gmbr semua cantik2 dan best sbb winter so tak delah rasa tak selesa (panas) bila travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara kita panas.. so bila travel pilih la winter hahaha.. Nk berjalan apa semua best hihii..

      Delete
  5. Gmbr semua cantik2 dan best sbb winter so tak delah rasa tak selesa (panas) bila travel

    ReplyDelete
  6. Walaupun dalam gambar nampak panas tapi suhu sejuk memang best je nak berjalan. Seronok dapat pi jejalan negara orang camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak berjalan-jalan.. Yang pasti seronok ketika musim sejuk.. Kurang penat dan nak bergambar pun best huhuu..

      Delete
  7. oo dh dekat 20 thn wak last time visit Fremantle nih., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh repeat dah tu Wak.. Banyak yg dah berubah even 7 tahun lepas.. :D

      Delete
  8. Kiranya Fremantle ni bandar bersejarah, semua tarikan berkaitan sejarah. Memang menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. banyak peninggalan sejarah The Settlement kat sini.. Kalau tak silap la negara Australia bangsa kulit putih pertama bertapak adalah di sini..

      Delete
  9. Winter di sana june -aug kan yaa? Waktu nya bertepatan dengan cuti sekolah seluruh Indonesia sebenarnya. Apalagi saya suka traveling selalu di winter supaya tak cepat letih. Dari cerita2 Abang, saya suka kota ini Krn banyak sejarah dan museum. Saya dan anak2' memang suka sangat museum dari dulu.

    Btw, berapa sewa mobil di sana bang? Saya jadi nak buat planning ke Aussie dengan anak2' saat cuti sekolah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dari hujung May sehingga awal September.. Kalau kena sama cuti sekolah beruntung bangat.. Destinasi di Australia paling murah dari Malaysia ialah Perth.. Sebab itu ramai org Malaysia ke Perth.. Kdg2 tiket pergi balik bisa RM1000.00 seorang..

      Delete
    2. Travelling di waktu winter mmg seronok sejuk.. mau jalan jauh pun tidak begitu penat.. Mmg di sini sejarah nya banyak.. Sebab the first settlement orang2 eropah di Australia.. Sewa kereta boleh tgk Part 1.. sudah diceritakan semuanya :D

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Byk betul lighthouse dekat Freemantle ni ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Fremantle ada dua South dan North Mole Lighthouse.. Di Rottnest Island pun ada dua lighthouse.. :D

      Delete
  12. Boleh naik tak light house hijau tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh uncle sebab ia masih aktif digunakan..

      Delete
  13. Tempat nya sangat menarik, bangunan masih sangat terjaga, banyak pertunjukan gratis jugak,wah sangat menarik nih 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak entrance yg gratis itu yg membuatkan ia lebih menarik.. Keadaan persekitaran juga cantik dan bersih.. :D

      Delete
  14. Replies
    1. Tempat pertama penjajah eropah menapak di Australia ada di Fremantle.. :D

      Delete
  15. Bila lah Ai nak merasa pergi healing kat Australia. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah soon tu.. airasia banyak buat promo ke Perth Australia.. :D

      Delete
  16. gambar yg menghadap laut tu kalau tipu org kata ada kat sydney pun... ada yg percaya kot🤣🤣sy lupa nama lokasi tu tp ada laa iras2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sydney tak sampai lagi.. kena tunggu trip ke NZ.. Mmg nak amik yg transit di Sydney.. ada lokasi iras2 yer.. negara pun sama kan :D

      Delete
    2. flight apa tu transit sydney? scoot ke?

      Delete
    3. Flight DIY.. Even Airasia transit Sydney.. Scoot pun rasa ada transit.. Lion Air mmg transit..

      Delete
  17. sukaaaaaaa binaan mcm rhe round house ni. pedtama sbb kita boleh tgk teknologi org dulu 'bertukang'

    kedua, warna dinding tu...tanpa cat pun masih boleh tahan warnanya smpi ke hari ni. mmg hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Binaan zaman dahulu boleh kekal smpai skrg tapi binaan skrg pun tak kekal dlm zaman yg sama hahaha..
      Warna dinding dulu mmg batu semata-mata takda simen.. mahal kot time tu. Warna tu yg unik.. :D

      Delete
    2. tu laa pasal...ada 1 tu bangunan tu terbakar lama dah...smlm sy lalu rupanya tak berubah apa2 pun sama je walaupun dah lebih 3 tahun terbakar

      Delete
    3. Hurmm Malaysia ni ntah apa pegangan depa.. Negara lain boleh jadikan sejarah sebagai sektor pelancongan.. kita sibuk hapuskan sejarah huhuu.. sedih..

      Delete
  18. warna hijau tu dari jauh dah belh nampak...diam tak diam dah lebih 100 tahun ya usianya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah 100 tahun dah sedap declare as historical place kan.. Dijaga elok berjuta pengunjung dtg setiap tahun..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...