Monday, 29 December 2025

Cuti Sekolah Hujung Tahun - Kami Ke Johor Melawat Saudara Mara

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah selesai sudah sesi persekolahan 2024-2025. Dan untuk sesi tahun depan hanya akan disebut sesi 2026 sahaja sebab its back to normal calendar. Di mana sesi persekolahan akan bermula dan habis dalam tahun yang sama.

Plan asal nak gerak jumaat malam ke Johor tapi sebab kepenatan balik kerja dan nak mengemas pakaian the kids lagi maka kami decide untuk gerak pagi sabtu sahaja dan akhirnya waktu tengah hari baru keluar rumah. Lepas masuk Tol Sungai Besi sahaja terus tak bergerak kereta dek jalan yang sangat jem sampai meter pun 0-15km/j sahaja.

Jalan jem sangat kita singgah Cendol Bangi tak jauh dari Exit Tol Bangi.
Layan Kuew Teow Goreng, Mee Goreng, Mee Rebus dengan Cendol.
Terus aku decide perkena cendol dengan rojak bawah pokok di Bandar Baru Bangi sebab nak bawa kereta pun no point jalan jem. Dan hanya selepas itu kami menyambung perjalanan setelah info dari google map jalan dah tak berapa jem.

At last selepas hampir 5 jam lebih kami selamat sampai rumah sepupu di Kulai, Johor.
Pukul 6.10 petang akhirnya kami sampai di rumah pertama iaitu sepupu aku Abang Apis yang tinggal di Felda Bukit Besar, Kulai. Tak jauh dari Felda Taib Andak tempat asal usul Mawi membesar. Sempatlah kami mengait buah rambutan dan buah kelapa di belakang rumah. Affan dan Afnan makan rambutan non stop risau pulak batuk dibuatnya hahaa.

Affan tak sabar nak masuk kebun nak kait buah-buahan katanya.
Sebahagian dari buah Rambutan yang dikait. Dialah pemakan paling banyak.
Kelapa yang dikait untuk dibuat minum petang. Bawa balik dekat 8 biji.
Kak Syidah wife Abang Apis masak makan malam untuk kami sekeluarga. Terpaksalah menjamah sebelum beredar. Kami diajak tidur di rumah sahaja tapi dengan the kids yang tengah lasak tu dan Abang Apis yang kurang sihat kami menolak ajakan tersebut. Aku just reply "Insyallah next time Abang Apis..".

Hotel Testa di Taman Perling, Johor Bharu. RM100.00 untuk family room.
Boleh la untuk tidur malam sahaja. Check in pun dah pukul 12.30 malam.
Jam 10.00 malam kami beransur dari rumah sepupu menuju ke Bandar Kulai untuk mencari hotel namun kesemuaya penuh disebabkan malam weekend dan cuti sekolah. Dari Kulai ke Senai dan akhirnya ke JB. Setelah lebih 20 hotel kami tanya akhirnya kami dapat sebuah hotel murah di Perling, Johor Bharu. RM100.00 untuk family room dan deposit RM30.00.

Jam sudah pun menunjukan pukul 12.30 malam memang tak fikir banyak masuk bilik, mandi dan terus tidur. Esok pagi kami check out seawal jam 8.30 pagi untuk menziarahi rumah sepupu Kak Ina yang tak berapa jauh dari Perling.

Warung Mok Su di Sunga Danga antara tempat breakfast terbaik di JB.
Disebabkan rumah ada sedikit kerja-kerja renovation Kak Ina ajak kami bersarapan di luar dan kami dibawa ke Warung Mok Su Cafe di Sunga Danga, Johor Bharu. Memang terbaik makan sarapan di sini. Dari heavy food Nasi Beriani, Satay, Soto, Long Tong, Nasi Impit Goreng, Nasi Lemak, Kuih Muih sehinggalah yang ringan roti bakar ada dijual di sini.

With family Kak Ina - Husband Abg Halim with their two kids.
Macam-macam kami order dan ini antara yang sempat aku snap.
Kekenyangan yang teramat sebab nak kena habiskan makanan the kids yang lebih banyak bermain dari makan. Dan masa nak bayar Kak Ina tak bagi bayar dia just kata nanti kat KL korang belanja kitorang pulak. Aku pun okay sambil berkata nanti kita makan restoran korea halal di Ampang. 

Dari Warung Mok Su Cafe kami berpisah dengan family Kak Ina dan aku terus memandu ke Larkin, Johor Bharu untuk bertemu seorang lagi sepupu yang juga adik kepada Abang Apis iaitu Kak Izan. Actually pagi sebelum check out aku dah whatsapp Kak Izan nak datang ziarah. Takut juga kalau Kak Izan tak ada di rumah.

Singgah rumah Kak Izan di Larkin, JB. Dijamu Mee Rebus yang sedap.
Tapi yang lagi takut kalau Kak Izan dah masak. Dah la masa ini perut kekenyangan yang teramat dari Warung Mok Su. Sekali sah, sampai rumah Kak Izan makanan dah prepare Mee Bandung dan Nasi Puith berlauk hahaha. Terus aku pandang wife jamah jer la takat mana yang mampu. Berjaya jugalah aku habiskan Mee Bandung tu sepinggan hahaha.

Melintasi Jambatan Sungai Pulai. Dari JB ke Pontian hanya 20 minit sahaja.
Hampir setahun lebih tak berjumpa dengan Abang Apis dan Kak Izan ini. Kak Ina ada juga jumpa sebab 3 adik beradik Kak Ina ada di KL dan memang selalu turun KL. Dua adik Abang Apis dah meninggal dunia iaitu Abang Man dan Abang Nen yang baru meninggal tahun lepas.

Alhamdulillah dapat ke Taman Negara Tanjung Piai kali kedua bersama wife.
Dulu tak wujud lagi monument ni. Tapi kena berjalan jauh untuk sampai sini.
Selesai makan dan tumpang solat di rumah Kak Izan kami bergerak ke Pontian melalui Jambatan Sungai Pulai. Disebabkan waktu masih awal lagi aku ajak the kids ke Taman Negara Tanjung Piai. Nampak la keterujaan the kids masuk hutan paya bakau melihat Ketam, Monyet, Burung, Biawak dan Ikan Belacak.

Dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke Penerok, Pontian bagi melawat sepupu kepada arwah ayah iaitu Haji Fuad. Alhamdulillah rezeki dapat berjumpa sebab katanya malam nanti nak tidur di rumah anaknya di JB. Dapatlah berborak dalam 40 minit sambil dijamu homemade karipap comel yang sedap bersama sirap ais.

Selesai ziarah Haji Fuad kami ke Pekan Pontian Kechil dan check in di Wonderful Hotel. RM119.00 untuk satu katil double dan satu katil single. Malam tu sempat kami singgah ke Laman Diraja Pontian dan makan malam di Pontian Night Market.

Pontian Night Market setiap hari Jumaat Sabtu dan Ahad sahaja.
Laman Diraja Johor Pontian.
Hari terakhir kami ke rumah dua pupu arwah ayah Sunaji tapi tak ada rezeki sebab beliau tiada di rumah. Terus kami ke Kopi Tenggek dan Taman Negara Pulau Kukup. Tiket masuk cuma RM16.00 sahaja (RM5 dewasa RM3 kanak-kanak). Affan dan Afnan percuma. Dan duit bot untuk ke Pulau Kukup RM30.00 untuk kami berenam.

Kemudian makan tengah hari di Warung Asam Pedas Belanga Pontian. Tempat yang sentiasa dipenuhi pelanggan dan kalau lewat sedikit pasti lauk pauk akan kehabisan. Dan kami singgah solat di sebuah masjid yang indah dan unik dengan senibina Johor iaitu Masjid Bandar Pontian.

Masjid Bandar Pontian atau juga dikenali Masjid Jamek Pontian.
Kopi Tenggek Tanjung Piai tempat wajib kalau ke Pontian.
Taman Negara Pulau Kukup.
Ikutkan dulu ada berpuluh rumah saudara mara dari Pontian, Batu Pahat, Ayer Hitam, Johor Bharu hingga ke Mersing. Tapi dulu ikut arwah ayah beraya. Sekarang nak kena cari balik saudara mara tu kalau diizinkan insyallah.

Balik dari Pontian kami ikut jalan dalam sebab nak berhenti di Muar untuk makan Murtabak Singapore JD yang famous. Dulu tahun 1990-an highway tak ada sampai Pontian dan kena exit dari Muar. Dan setiap kali lalu Muar Arwah Ayah pasti akan berhenti makan di Murtabak Singapore yang terletak sebelum Jambatan Muar (menghala ke Pontian).

32 comments:

  1. Suasana kampung mmg tak pernah mngecewakan..Anak2 sy pun dh mula tny bila nak blk Perak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok dapat ke rumah saudara mara yang masih dalam suasana kampung.. Moga sentiasa ada rezeki nak ziarah semua saudara mara Amin.. ☺️

      Delete
  2. Penuh program melawat saudara mara tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa anak2 ziarah saudara mara sambil berjalan-jalan di negeri Johor. Jimat dan banyak tmpt boleh pergi.. πŸ˜‰πŸ‘πŸ»

      Delete
  3. Terbaik ni, jalan-jalan ziarah saudara mara.
    Akak ni kalau balik Pontian sekejap je, fokus kat rumah mak jelah. Kopi Tenggek tu pun tak sampai lagi πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak singgah Kopi Tenggek pun tak pe.. sbb dia lebih kepada trademark di Pontian jer.. Makanan biasa2 jer.. Sup Gear box tu boleh makan dgn nasi kalau perut lapar hihii.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  4. Bagusnya, semoga ukhwah kekeluargaan terus berlanjutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin.. Kena latih anak2 utk melawat saudara mara dari kecil supaya besar nanti tak lupa ada saudara di sana sini huhu..

      Delete
  5. cendol bawah pokok Bdr Baru Bangi..seksyen brp? seronok road trip mcm ni, sampai ke hujung benua..singgah ziarah saudara-mara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak tak tahu pulak seksyen bape.. tapi lepas exit tol bangi tu belok kiri... Nanti nampak la bawah pokok tu hihi.. Sambil ziarah, sambil berjalan dan sambil menimba ilmu ☺️πŸ‘πŸ»πŸ˜‰

      Delete
  6. alhamdulillah, bestnya road trip sambil visit sedare mare..bagusnya u close dgn ur cousins! i tak berapa close dgn my cousins...adalah jumpa setahun sekali time raya ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua cousin pilih utk didekati hihii.. yg mana ok tu kita visit la.. alhamdulillah ukhwah nak dijaga tu penting.. all my cousin lebih tua dari saya 😁

      Delete
  7. Selamat datang ke negeriku.. wah ramai saudara mara kat Johor eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dtg ke sini.. Johor kaya dgn sejarah, makanan tradisi, tempat yg cantik.. seronok ke Johor. πŸ‘πŸ»πŸ˜‰

      Delete
  8. Kami ke Tg Piai tak dapat singgah Kopi Tenggek sebab ramai sangat orang. Bestnya jalan2 Johor macam2 makanan sedap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Pontian mmg banyak makanan sedap sedap... Kena diet dulu sebelum datang ke Pontian hahahah.. kena pulak musim durian hihii..

      Delete
  9. Jauh berjalan ye...salam tahun baru afif n family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh berjalan bersama anak-anak jer.. bawa ke tempat asal usul arwah tok abah mereka.. Salam Tahun Baru juga.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  10. saya mmng takde ahli keluarga yg berasal dri johor, so dah berbelas tahun tak kesana. suka mee rebus muar!

    seronokla the kids dapat jalan2 time cuti sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berjalan satu semenanjung.. mmg best explore negara sendiri ☺️.. Mee Rebus Muar mmg sedap.. kena timing cantik dua pinggan boleh makan..

      Delete
  11. Dah pernah pergi ke monumen Tanjung Piai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berjalan jauh sikit la sambil mengelak dari gangguan monyet hihihii..

      Delete
  12. Seronoknya jalan-jalan ziarah sanak saudara. Tapi memang kena sediakan perut la kan sebab ada je makanan yang dijamu nanti. KSarie teringat zaman suaminya masih sihat. Kitaorang sakan merayap melawat makcik dan pakcik di Pantai Timur dan Utara. Sekarang ramai udah ramai yang meninggal dan suaminya pun udah tidak larat memandu jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja nak didik anak2 utk ziarah saudara mara dan nk bgtau sana dan sini ada saudara.. esok besar wajib utk diorang pulak sambung ziarah hihihii..

      Delete
    2. Nak ziarah rumah saudara mcm mmg kena kosong kan perut.. bukan mengharap diberi makan tapi tak nak kecewakan mereka kalau kita tak makan hahaha..

      Seronok sebenarnya ziarah saudara ni..lgi2 kalau ke tempat yg jarang kita singgah.. semoga diberi kesihatan dan kekuatan buat husband Kak Sarie amin..

      Delete
  13. Kena masuk dalam wishlist ni...kena amik cuti 2-3 hari kalau nak explore ke Tanjung Piai tu...SA hanya sempat ke area Tg Bin je atas urusan kerja..lepas tu balik KL...x sempat nak explore..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minimum nak jenjalan pontian dgn tanjung piai mmg 3 hari.. banyak aktiviti yg menarik dan tempat pun tenang aman jer.. Tg Bin tak pernah sampai lagi .. nk try juga ke sana suatu hari nanti.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  14. Aiiiih senangnya bisa road trip, lalu jumpa saudara mara πŸ‘πŸ‘. Ini aneka kuliner yg dicoba, confirm sayapun lapar lihatnya baaang 🀣🀣. Aduuuuuh, rasa nak ke Johor pula jadinya 😁.

    Sayapun, kalau ke rumah saudara, lalu ditawarkan menginap di rumah mereka, tp sedang bawa anak2, saya juga menolak halus. Sebab tak nak merepotkan. Beda cerita kalau berdua saja dengan suami.

    bagus lah hotelnya, cukup sesuai utk transit only. Yg penting bersih.

    Warung mok su tuh menggoda sangat 😍😍. Satenya menarik lah 🀀🀀.

    Kalau dah visit rumah saudara, memang sama prinsipnya dengan keluarga saya di Sumatera Utara, wajib terima kalau dikasih makan 🀣🀣. Mau kenyang atau tak, tapi harus terima, demi menghormati tuan rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berjalan dengan mudah adalah menziarah saudara mara yang jauh-jauh.. Eratkan silaturrahum sambil melawat tmpt2 menarik juga.. Dan mengajar anak2 utk kenal saudara mereka.. 😎☺️

      Delete
    2. Kalau ke rumah saudara pasti diajak makan dan diajak tidur malam tapi kena lihat anak2 yg lasak itu.. aduh.. harus fikir berpuluh kali mau tidur atau tidak hahaha..

      Hotel sekadar tidur malam dan bersihkan diri sahaja.. Ambil yg biasa sahaja.. kalau utk percutian kita ambil yg sedap dimata sekali hihii..

      Cubalah dtg ke Johor.. ada budaya dan makanan tersendiri.. Dan byk juga tmpt2 yg menarik.. πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Delete
  15. Macam pernah makan di cendol Bangi tu. Yang depan hotel tu, ke?
    Bagusnya bawa anak-anak balik kampung ziarah saudara-mara. Insya-Allah, bila berkesempatan dan semua orang cuti, kena buat juga. Jangan nanti saudara sendiri tak kenal, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tak jauh depan Hotel Tanera tu bangi tu yes.. betul la tu kot hahaa..

      Kira 2 in 1 la.. bawa anak2 ziarah saudara mara sambil jalan-jalan di Johor.. Tidur hotel bagai.. Anak2 pun happy jer. πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»☺️

      Delete