Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Alhamdulillah selesai sudah sesi persekolahan 2024-2025. Dan untuk sesi tahun depan hanya akan disebut sesi 2026 sahaja sebab its back to normal calendar. Di mana sesi persekolahan akan bermula dan habis dalam tahun yang sama.
Plan asal nak gerak jumaat malam ke Johor tapi sebab kepenatan balik kerja dan nak mengemas pakaian the kids lagi maka kami decide untuk gerak pagi sabtu sahaja dan akhirnya waktu tengah hari baru keluar rumah. Lepas masuk Tol Sungai Besi sahaja terus tak bergerak kereta dek jalan yang sangat jem sampai meter pun 0-15km/j sahaja.
 |
| Jalan jem sangat kita singgah Cendol Bangi tak jauh dari Exit Tol Bangi. |
 |
| Layan Kuew Teow Goreng, Mee Goreng, Mee Bandung dengan Cendol. |
Terus aku decide perkena cendol dengan rojak bawah pokok di Bandar Baru Bangi sebab nak bawa kereta pun no point jalan jem. Dan hanya selepas itu kami menyambung perjalanan setelah info dari google map jalan dah tak berapa jem.
 |
| At last selepas hampir 5 jam lebih kami selamat sampai rumah sepupu di Kulai, Johor. |
Pukul 6.10 petang akhirnya kami sampai di rumah pertama iaitu sepupu aku Abang Apis yang tinggal di Felda Bukit Besar, Kulai. Tak jauh dari dari Felda Taib Andak tempat asal usul Mawi membesar. Sempatlah kami mengait buah rambutan dan buah kelapa di belakang rumah. Affan dan Afnan makan rambutan non stop risau pulak batuk dibuatnya hahaa.
 |
| Affan tak sabar nak masuk kebun nak kait buah-buahan katanya. |
 |
| Sebahagian dari buah Rambutan yang dikait. Dialah pemakan paling banyak. |
 |
| Kelapa yang dikait untuk dibuat minum petang. Bawa balik dekat 8 biji. |
Kak Syidah wife Abang Apis masak makan malam untuk kami sekeluarga. Terpaksalah menjamah sebelum beredar. Kami diajak tidur di rumah sahaja tapi dengan the kids yang tengah lasak tu dan Abang Apis yang kurang sihat kami menolak ajakan tersebut. Aku just reply "Insyallah next time Abang Apis..".
Jam 10.00 malam kami beransur dari rumah sepupu menuju ke Bandar Kulai untuk mencari hotel namun kesemuaya penuh disebabkan malam weekend dan cuti sekolah. Dari Kulai ke Senai dan akhirnya ke JB. Setelah lebih 20 hotel kami tanya akhirnya kami dapat sebuah hotel murah di Perling, Johor Bharu. RM100.00 untuk family room dan deposit RM30.00.
Jam sudah pun menunjukan pukul 12.30 malam memang tak fikir banyak masuk bilik mandi dan terus tidur. Esok pagi kami check out seawal jam 8.30 pagi untuk menziarahi rumah sepupu Kak Ina yang tak berapa jauh dari Perling.
 |
| Warung Mok Su di Sunga Danga antara tempat breakfast terbaik di JB. |
Disebabkan rumah ada sedikit kerja-kerja renovation Kak Ina ajak kami bersarapan di luar dan kami dibawa ke Warung Mok Su Cafe di Sunga Danga, Johor Bharu. Memang terbaik makan sarapan di sini. Dari heavy food Nasi Beriani, Satay, Soto, Long Tong, Nasi Impit Goreng, Nasi Lemak, Kuih Muih sehinggalah yang ringan roti bakar ada dijual di sini.
Kekenyangan yang teramat sebab nak kena habiskan makanan the kids yang lebih banyak bermain dari makan. Dan masa nak bayar Kak Ina tak bagi bayar dia just kata nanti kat KL korang belanja kitorang pulak. Aku pun okay sambil berkata nanti kita makan restoran korea halal di Ampang.
Dari Warung Mok Su Cafe kami berpisah dengan family Kak Ina dan aku terus memandu ke Larkin, Johor Bharu untuk bertemu seorang lagi sepupu yang juga adik kepada Abang Apis iaitu Kak Izan. Actually pagi sebelum check out aku dah whatsapp Kak Izan nak datang ziarah. Takut juga kalau Kak Izan tak ada di rumah.
 |
| Singgah rumah Kak Izan di Larkin, JB. Dijamu Mee Rebus yang sedap. |
Tapi yang lagi takut kalan Kak Izan dah masak. Dah la masa ini perut kekenyangan yang teramat dari Warung Mok Su. Sekali sah, sampai rumah Kak Izan makanan dah prepare Mee Bandung dan Nasi Puith berlauk hahaha. Terus aku pandang wife jamah jer la takat mana yang mampu. Berjaya jugalah aku habiskan Mee Bandung tu sepinggan hahaha.
 |
| Melintasi Jambatan Sungai Pulai. Dari JB ke Pontian hanya 20 minit sahaja. |
Hampir setahun lebih tak berjumpa dengan Abang Apis dan Kak Izan ini. Kak Ina ada juga jumpa sebab 3 adik beradik Kak Ina ada di KL dan memang selalu turun KL. Dua adik Abang Apis dah meninggal dunia iaitu Abang Man dan Abang Nen yang baru meninggal tahun lepas.
Selesai makan dan tumpang solat di rumah Kak Izan kami bergerak ke Pontian melalui Jambatan Sungai Pulai. Disebabkan waktu masih awal lagi aku ajak the kids ke Taman Negara Tanjung Piai. Nampak la keterujaan the kids masuk hutan paya bakau melihat Ketam, Monyet, Burung, Biawak dan Ikan Belacak.
Dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke Penerok, Pontian bagi melawat sepupu kepada arwah ayah iaitu Haji Fuad. Alhamdulillah rezeki dapat berjumpa sebab katanya malam nanti nak tidur di rumah anaknya di di JB. Dapatlah berborak dalam 40 minit sambil dijamu homemade karipap comel yang sedap bersama sirap ais.
Selesai ziarah Haji Fuad kami ke Pekan Pontian Kechil dan check in di Wonderful Hotel. RM119.00 untuk satu katil double dan satu katil single. Malam tu sempat kami singgah ke Laman Diraja Pontian dan makan malam di Pontian Night Market.
 |
| Pontian Night Market setiap hari Jumaat Sabtu dan Ahad sahaja. |
 |
| Laman Diraja Johor Pontian. |
Hari terakhir kami ke rumah dua pupu arwah ayah Sunaji tapi tak ada rezeki sebab beliau tiada di rumah. Terus kami ke Kopi Tenggek dan Taman Negara Pulau Kukup. Tiket masuk cuma RM16.00 sahaja (RM5 dewasa RM3 kanak-kanak). Affan dan Afnan percuma. Dan duit bot untuk ke Pulau Kukup RM30.00 untuk kami berenam.
Kemudian makan tengah hari di Warung Asam Pedas Belanga Pontian. Tempat yang sentiasa dipenuhi pelanggan dan kalau lewat sedikit pasti lauk pauk akan kehabisan. Dan kami singgah solat di sebuah masjid yang indah dan unik dengan senibina Johor iaitu Masjid Besar Pontian.
 |
| Masjid Besar Pontian. |
 |
| Kopi Tenggek Tanjung Piai tempat wajib kalau ke Pontian. |
 |
| Taman Negara Pulau Kukup. |
Balik dari Pontian kami ikut jalan dalam sebab nak berhenti di Muar untuk makan Murtabak Singapore JD yang famous. Dulu tahun 1990-an highway tak ada sampai Pontian dan kena exit dari Muar. Dan setiap kali lalu Muar Arwah Ayah pasti akan berhenti makan di Murtabak Singapore yang terletak sebelum Jambatan Muar (menghala ke Pontian).
Suasana kampung mmg tak pernah mngecewakan..Anak2 sy pun dh mula tny bila nak blk Perak =D
ReplyDeletePenuh program melawat saudara mara tu.
ReplyDeleteTerbaik ni, jalan-jalan ziarah saudara mara.
ReplyDeleteAkak ni kalau balik Pontian sekejap je, fokus kat rumah mak jelah. Kopi Tenggek tu pun tak sampai lagi 😄