Saturday, 21 February 2026

King Crab Masak Lemak Cili Padi - Menu Berbuka Hari Ke-3

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Ramadhan di hari ketiga untuk semua yang berkunjung ke sini. 😉

Hari tu ada nampak seekor King Crab yang dijual di Village Grocer yang berharga RM400 lebih dengan berat 4 kilo lebih. Mampu tengok walau teringin sangat tapi tak mampu nak beli huhuu 😅.. Ye lah RM400 tu kalau beli barang dapur dekat sebulan boleh tahan. Boleh baca entry lepas 👉 Teringin Tapi Tak Sampai Hati Nak beli

Okla dapat seekor RM16 lebih. Kita try 3 ekor dulu. ☺️
First time beli, first time nak masak dan first time nak makan.

Balik dari Hong Kong baru ni, aku dengan wife pergi shopping barang masak di pasaraya Aeon. Sekali ternampak raja ketam ni. Walau bukan dari Norway tapi ia masih tergolong dalam kategori King Crab. Ok ketam ni dari Chile, Southern America. 

Beli yang sedang-sedang seekor dalam RM16 lebih. Beli dalam 3 ekor sebab tanya pekerja Aeon, katanya isi banyak. Dan kita try dulu, kalau sedap boleh la beli lagi. Sebab harga tu boleh la nak cuba kan. 

Tak susah nak buka cengkerang king crab ni. Mungkin sebab bukan saiz XXL.
Keadaan raja ketam selepas selesai disiang dan dibersihkan.
Makanya hari ini sabtu ada banyak masa kita try la masak raja ketam ni. Buat masak lemak cili padi. Sebab itu jer menu yang aku tahu nak masak ketam 😅. Nanas beli di eco pun ada lagi, moh ler kita campur sekali.

Bab siang ketam ni aku tibai jer lah. Buka cengkerang potong semua kaki sebab setiap kaki macam banyak jer isinya. Badan ketam kita belah dua sahaja. Kang belah 4 hilang pulak isinya. Kata Puan Suria Amanda ketam ni tak ada isi sangat sebab dah kena frozen. Nanti kita try lepas berbuka ya. 🤤

Alhamduillah selamat sudah King Crab Masak Lemak Cili Padi kita.
Selesai masak sebelum pukul 7.00 malam menu berbuka utnuk hari ini.
Alhamdulillah by pukul 7.00 aku dah siap masak semua juadah untuk berbuka. Selain ketam goreng sayur dengan fish ball dan goreng ikan gelama masin yang aku buat sendiri dari hasil mancing tempoh hari. 

Selamat Berbuka Puasa untuk hari yang ketiga di bulan Ramdhan ini.. 😉👍🏻

Update 23/02/2026 : Isi ketam ni bagi aku ada rasa kelainan sikit dari isi ketam bunga yang selalu kita makan. Isi tebal especially di bahagian kaki memang puas makan. Dan ketam ini sebenarnya telah direbus sejurus selepas ditangkap untuk mengekalkan keadaan dan kualiti isi. Maka boleh la kalau kita nak masak black pepper atau creamy butter. 😋

46 comments:

  1. Replies
    1. First time masak dan makan king crab ni.. Alhamdulillah sedap buat masak lemak ni.

      Delete
  2. Ingat dia buat sweet sour ke..salted egg crab ke..masak lomak ghupo eh..buleh laaaa....sodap x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time mencuba tak berani nak masak masakan yang ala -ala chef .. Kita buat masak lemak jer la mudah .. Alhamdulillah isi tebal dan sedappppp... !!!

      Delete
  3. Baru je nampak ketam besar macam ni kat pasar raya. Ratus harganya. Mampu tengok sambil telan air liur. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ratusan harga untuk seekor king crab ini.. tapi terjumpa yg ini RM16 lebih seekor.. Memang terus amik la nak raso raso pertama kali :D

      Delete
  4. Akhirnya, tercapai juga niatnya.. hihihi.. gelama masin buat sendiri, sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akhirnya penantian hampir 14 tahun tercapai juga di bulan ramadhan ini.
      Yes gelama ikan masin tu buat sendiri lagi sedap :D

      Delete
  5. Wah.. besar ketamnya. Tak pernah makan king crab ni. Ketam biasa pun jarang makan, sebab sejenis malas nak buat kerja untuk makan. Hehe.. bagusnya, ikan gelama masin buat sendiri je. 👍😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah mengidam king crab ni.. tapi harga mahal .. bila jumpa yg murah ni kita try la.. bab nak kopek tu aduhaiii mmg malasa tapi okla yg ini mudah sikit.. 😅 Selalu mancing mmg byk ikan masin gelama kat rumah ni..

      Delete
  6. Hari tu nampak juga dekat Aeon. Tapi tak beli. Nx visit bole la grab raja ketam ni . Tapi, ikan masin homemade tu pun menggoda juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cepat tu sebab aeon jual dgn harga murah mesti ramai yg grab raja ketam tu huhu... Ikan masin tu banyak kat rumah sbb selalu pergi mancing mmg banyak la stock 😅

      Delete
  7. Puas makan macam ni... So, banyak tak isi dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah puas makan kami anak beranak.. isi dia memang banyak :D

      Delete
  8. wahh ada yg harga murah jugak ye. asalkan dapat merasa :D
    so.. banyak tak isinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Dapat juga yang harga murah seekor ketam tu RM16 sahaja.. Tak ada la sampai beratus-ratus huhuuu.. Alhamdulillah memang puas makan isi banyak :D

      Delete
  9. Your photos are lovely! The crab looks amazing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you... It was my first time to eat king crab.. so nyummy.. 🤤☺️

      Delete
  10. INgatkan ada cerita pasal isi ketam tu camno banyak ke idok, ehheheh kepochi kan. murah betul tu harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ok sorry... actually dah explain dalam comment2 yg di sini tapi tak apa kita dah update dalam entry juga hihii.. Harga murah tu yang beli nak cuba sekali :D

      Delete
  11. Boleh sangat tu kalau seketul RM16 je.. jauh benor beza dengan Norway.. rasa dia rasa ketam biasa atau ada kelainan.
    Macam pernah nampak kaki ketam je dijual tapi nengok saiz besar-besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn.. sebab tu beli la 3 ekor tu nak try sekali seumur hidup apa lah rasa nya.. Alhamdulillah sedap dan puas sebab isi banyak.. Rasa ketam tapi ada kelainan sedikit.. Betul tu ada je org jual kaki ketam king crab sahaja sebab situ lah yg byk isi.. :D

      Delete
  12. huiii murah sgt tu... alahaiii.. bila tah kita plak nak merasa king crab ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah murah sebab tu gagah juga beli nak mencuba apa la rasanya huhuu :D

      Delete
  13. Tak pernah makan king crab. Rasa dia sama jelah kan dengan ketam biasa? Ke lebih lazat berlemak?

    Wow..ikan masin buat sendiri, hasil mancing sendiri. Lepas tu sendiri masak dan sendiri makan. Rasa puas hati sungguh kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. Lama mengidam nak makan king crab ni dapat juga selepas 16 tahun huhuu.. Rasa ketam tapi ada la kelainan sikit dari ketam bunga..

      Kat rumah ni byk ikan masin sebab ada kaki pancing yg selalu bawa balik ikan huhuu..yes mmg puas makan dan boleh adjust kelembapan ikan masin tu.. 😎👍🏻

      Delete
  14. RM16 seekor kira murah ni rasanya sebab ketam bunga kita pun rasanya udah RM8 sekor dekat belah-belah Shah Alam ni. Ketam masak lemak cili api memang ngam tu. Ikan masin buat sendiri hasil tangkapan sendiri tu paling win

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg rasa paling murah la sbb biasa tgk harga ratus ratus huhuu.. Org melayu masak pun menu melayu.. next time try masak ala western pulak huhuu..

      Delete
  15. Ehhh..Murah la kalau seekor below RM20. Aeon mana ni? AU2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aeon Ampang... Tak tahu la kalau semia Aeon ada jual ketam ni.. Mmg harga marhain sangat2..

      Delete
  16. so rasa isi ketam ni dgn ketam bunga lebih kurang sama jg laa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak... Rasa tu ada beza sikit tapi tak banyak la.. Hurmm sedapp laa.. ☺️👍🏻

      Delete
  17. kalau msk ketam ni sy prefer berkuah mcm ni... kalau jenis goreng2 tu mcm kurang sikit heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi tebal ketam ni.. kalau ada rezeki lagi nak try masak yg creamy atau black pepper pulak.. 🤤☺️

      Delete
  18. besarnya ketam puas makan masak lemak cilipadi utk iftar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama mengidam ketam raja ni.. Alhamdulillah dapat juga makan.. nak masak menu lain tak reti.. 😅

      Delete
  19. Ketam memang sedap masak lemak. Boleh hirup kuahnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baki kuah masak lemak ni kami sambung makan sahur pulak .. 😉

      Delete
  20. Aduiii sedapnya king crab MLCA ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap... 10 saat fikir apa MLCA tu hihii.. 😅

      Delete
  21. saya suka ketam!! so far tak pernah lg mkn king crab ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la gi Aeon kot kot la ada lagi king crab ni.. boleh la buat raso raso at least sekali hihi.. ☺️👍🏻

      Delete
  22. Akhirnya dapat makan king crab ni ya...kalau harga RM16 memang akak pun ok je nak beli....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat juga ketam raja ni.. Harga boleh la nak makan sekali sekala.. kalu ratus ratus tu berani nak beli huhuu..

      Delete