Saturday, 7 March 2026

Bulgaria Part 3 : The History of Ancient Serdica City - 1st Century AD

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Currently aku not in mood nak menulis sebab tengah stress yang teramat. First sebab my work yang terlalu banyak untuk disiapkan dan management push untuk siapkan cepat semua kerja sebelum cuti raya dan kerja-kerja selepas cuti raya.

Dan pada yang sama mungkin ada yang rasa iri hati sebab mereka dah tahu aku apply cuti raya banyak hari selepas tarikh hari raya dan few days sebelum raya. Tak apalah esok lusa kita try apply kerja tempat lain hahaha. Ada aku kesah? 😅

Kurang dari 50 meter dari Stivan Iskan Hotel ada satu kawasan peninggalan sejarah.
Untuk entry kali ini aku nak cerita kenapa Bandar Sofia ini adalah antara tempat yang wajib untuk kunjungi at least sekali dalam seumur hidup. Ada dua sebab kenapa Sofia sangat menarik ialah pertama dari segi history yang telah lama bertapak di sini seawal 500BC century. Kedua adalah sumber alam semula jadi yang sangat kaya di sini.

Boleh dikatakan setiap inci di bawah bandar moden sofia ini ada peninggalan sejarah.
Yang ini lebih kepada terbuka kepada orang sebab dah banyak sangat kawasan bersejarah.
Tak jauh dari penginapan hotel aku terdapat sebuah kawasan peninggalan bersejarah yang dicatatkan sebagai dari sebahagian Kota Serdica ketika zaman pemerintahan Rome yang bermula dari sebelum The First Century AD lagi.

Di mana sahaja kita berjalan di bandar ini akan terdapat banyak peninggalan sejarah sehingga ada sebahagian kawasan sejarah tidak terlalu dijaga sehingga dibiarkan begitu sahaja. The biggest penemuan adalah ketika kerja-kerja membina laluan metro bawah tanah pada tahun 2004. Yang telah menemui The Ancient Roman city of Serdica 29BC-343AD.

Ancient City of Serdica Complex hanya kurang 50 meter dari Banya Bashi Mosque.
Peinggalan Kota Serdica semasa berada di bawah pemerintahan Rome 29BC-343AD.
Apa yang berada di kawasan luar ini adalah percuma untuk kita explore.
Jika nak lihat lebih detail yang berada di dalam muzium that part kena bayar.
Sejarah lain mengenai penemuan peninggalan Bangsa Serdi yang dikatakan sebagai bangsa pertama membuka penempatan di sini pada 2,000BC. Byzantine Emperor Justinian I telah membina semula kota ini pada tahun 447AD selepas dihancurkan oleh Bangsa Hun yang telah mengalahkan Rome pada tahun-tahun sebelumnya terutama ketika Battle of the Utus.

Penemuan Kota Serdica ini ketika kerja-kerja pembinaan laluan metro bawah tanah.
Dalam Archeological Exhibition Ancient Serdica lebih banyak binaan yang masih utuh.
Medieval Period adalah waktu bermulanya the First Bulgarian Empire by Khan Krum in 809AD. Dan pada tahun 1385AD Ottoman Empire telah berjaya menakluk Sofia dan juga hampir keselurahan negara Balkan dan menjadikan ia sebagai pusat pemerintahan Rumelia iaitu kawasan jajahan untuk negara balkan di bawah Ottoman.

Orhtodox Church Saint Petka Samardjiyska.
Di bina ketika era pemerintahan Ottoman Empire pada kurun ke-14.
Ketika perang antara Russo-Turkish War 1877-78. Sofia telah berjaya diambil alih oleh pihak Russia. Dan pada tahun 1908 terlahirlah The Kingdom of Bulgaria yang kekal sehingga ke hari ini. Dan di era Perang Dunia Kedua 1945-1946 kekalahan Bulgaria yang menyokong Nazi German setelah ditawan oleh Tentera Soviet Union.

Maka bermulah Sofia menjadi ibu negara kepada The Communist-ruled People's Republic of Bulgaria 1946-1989 dan ia menjadi sejarah akhir sebelum kemunculan Bulgaria yang moden setelah kejatuhan Soviet pada 1990. Oleh itu terdapat banyak binaan yang berunsurkan soviet di Sofia ini dan ia masih lagi digunakan oleh pihak pentadbiran sekarang.

Sebahagian dari salah satu dinding menara Kota Serdica yang dijumpai.
Laluan yang memang rare untuk ke undergraound station metro.
Untuk aku yang sukakan hal-hal yang berkaitan dengan sejarah ini memang sangat mengagumkan bila kita sampai di sini. Melihat dan membaca setiap satu maklumat yang dikongsi kepada para pelancong. The biggest archeology site mengenai Serdica adalah terletak lebib kurang 50 meter sahaja bersebelahan dengan Banya Bashi Mosque.

Impress dengan pihak berkuasa yang memilih untuk preserve sturktur sejarah di sini. 
Kesemua artifak yang dijumpai dipamer secara percuma di laluan ke arah metro station.
Hanya perlu untuk menuruni anak tangga untuk melihat dan merasi kota purba ini - The Ancient Serdica Cultural Complex. Tiada bayaran yang dikenakan melainkan jika kita mahu masuk untuk melihat dengan lebih detail ke Archaeological Remain of Ancient Serdica Museum yang aku rasa satu-satunya bahagia yang berbayar. 

Laluan atau jalan yang wujud dari 2000 tahun lepas.
Dan sekarang dijadikan lalu untuk ke station metro underground.
Antara pelbagai artifak dari peninggalan Empire Rome yang dijumpai dari kawasan sekitar.
Almost 90% of historical site di Bandar ini adalah percuma tapi kalau suka kan yang lebih detail boleh la masuk ke beberapa muzium di sini. Dari Banya Bashi Mosque kita turun the first step dan terus berjalan sehingga ke hujung tapak bersejarah ini. Dan akan menemui Medieval orthodox temple of St. Petka Samardjiyska.

Aku rasa kalau di Malaysia tak mungkin semua ini dipamerkan secara percuma 😅.
Kota Serdica yang berusia 2000 tahun yang telah tertimbus dan dijumpai semula pada 2004.
Sebuah gereja ortodox bersejarah yang brsaiz kecil dan comel berusia ratusan tahun telah dibina pada kurun ke-14 semasa pemerintahan Ottoman dan ia dibuka 24 jam cuma tak tahu kenapa ketika aku ke sini pintu church ini dikunci.

Kedudukan church ini lebih rendah dari jalan raya yang sibuk di Bandar Sofia. Boleh la nak ambil gambar keseluruhan church ini dari atas. Dan tak jauh dari church ini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual souvenir dari pakaian, perhiasan rumah sehinggalah fridge magnet, keychain dan cawan dan cuma harga di sini agak pricy sedikit.

26 comments:

  1. yess betul tu apply je keje tempat lain, biarkan je tempat kje yg myakitkan hati tu jd kenangan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Environment sgt penting di tempat kerja.. tak suka org toksik ni huhuu.. Kita yg cuti tapi kita yg takut2 kan huhuhuu.. 😅

      Delete
  2. Cuti masing2 kenapa nak sakit hati 😅. Ambik cuti dia ke dengki sangat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal nya.. org nak cuti, suka hati lah cuti kita nak buat apa kan huhuu.. PHD kuat sgt sesetengah orang.. 😁

      Delete
  3. Wah..hebat ustaz menjelajah hingga ke sana..terima kasih perkongsian ini ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih juga bertandang ke sini sentiasa membaca perkongsian jelajah ☺️👍🏻

      Delete
  4. Sama la macam kat opis akak..akak apply 7 hari...4 hari je lulus padahal cuti kita kot kan...xde pun urgency kerja atau meeting masa tarikh cuti tu...ntah la...malas nak fikir..ikut aje la...seronok.menjelajah kota yang banyak sejarah ye..boleh tambah pengalaman malahan pengetahuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita kena berhati-hati pada kelakuan kita yang tak ada kena mengena dgn org lain ..mcm tu lah jadi nya.. Kita pergi bercuti tapi kena senyap2 takut kena perli huhuu.. Mmg tak sngka boleh discover byk sejarah kat sini ☺️👍🏻

      Delete
  5. Memang rare ni, artifak dipamerkan di laluan ke metro. Agaknya sebab dah biasa jumpa merata, jadi tak ada masalah pamer terbuka gitu.

    Hebat Afif menekuni sejarah. Akak lebih suka tengok belek lepas tu tak berapa faham pun sejarahnya 😅

    Ada typo 'lalun metro bawah tahan'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. saya rasa pun macam tu sebab banyak sangat artifak yang ada di sekeliling kawasan. sampai tak kesah dah.. Buat pameran pun percuma..

      Saya memang suka sejarah. kalau kena tempat memang saya akan baca sampai habis la hihii.. Kalau dah travel memang kena wajib tahun pasal sejarah barulah seronok.. Ok thank utk typo tu dah betul kan :D

      Delete
  6. keje byk kita try lah handle tp bila ada staff yg jenis dengki2..memang jd tak best la environment keje tu...hrp situasi will get better soon or u just ignore jer lah if ada org dengki2 pun selagi tak memudaratkan or tak effect keje kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja banyak tu ok lagi tapi bila bertubi-tubi diberi kerja asbab sebab nak cuti.. jadi tak best.. ke cane ntah nak story huhuu.. tambah yg dengki dan toksik tu lagi la malas den huhuu.. yes environment tu jdi tak best.. at this moment mmg ignore jer :P

      Delete
  7. Percuma? Wow... macam mana diorang maintain tempat tu pulak? Kena belajar ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. unexpected sungguh artifak yang dijumpai boleh dipamerkan di tempat awam secara percuma sahaja..

      Delete
  8. Aduuuuuh saya tak sempat visit yg ini laaah , pdhl sukaaa kalau ada tempat2 bersejarah. Terlepas rasanya yg ini.

    Sbnrnya memang ingin sangat balik ke Bulgaria, ajak anak2, tp suami masih berat kesana. Dia bilang teringat mama papa nya, sebab dah almarhum kan. Dia kata Macam sedih kalau nak balik. Padahal bagi saya melihat tempat penuh kenangan begini malah seru ❤️❤️.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat? Aduh rugi nya.. bersebelahan dengan Central Mosque Banya Bashi sahaja.. Dua minggu di sana kalau saya pasti keseluruh tempat akan saya jejak kan kaki 😅

      Delete
    2. Kadang2 berlainan orang pasti berlainan perasaan. Tempat di mana kenangan itu boleh jadi manis dan juga pahit. Moga suatu hari nanti pasti diberi peluang untuk kembali ke sana bersama anak anak.. ☺️🤲🏻Al Fatihah buat your in law .

      Delete
  9. kesiannya encik kena hadap environment yg toksik. cuba try toksik balik kat dia tak boleh ke huhu.
    kagum jugak dorang buat muzium ni secara percuma, sebab bukan senang nak maintain bnda yg berusia ribuan tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kadang2 kita ignore jer. Tak perlu nak dilayan sangat.. tapi memikirkan kemudharatan yg mereka boleh buat.. kita pun elak la nak buat sesuatu kembali. 😅

      Delete
    2. Yes tak mudah nak maintain dan bila dipamerkan secara percuma tu sangatlah menakjubkan. Kalau kat tempat lain siap2 dah kena curi artifak tu semua.. 😅

      Delete
  10. Laluan ke metro tu pun dah nampak cantik, bersih dan begitu bersejarah. Suka tengok batu-batuan yang tersusun.
    Aduhhh.... apa lagi lah yang tak puas hati tu... kan masing-masing ada cuti sendiri. Bersabarlah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes nampak cantik sebab kita lalu di kawasan bersejarah yang pernah hidup ribuan tahun dahulu. Batu batu tersusun tu terbayang teknologi zaman dulu yang kekal smpai skrg huhu..Org yg tak puas hati tu tak tahu lah apa yang dia nak kan..mcm nk kena update dgn dia everything..

      Delete
  11. Wooww laluan underground metro..!! Kagum sangat dengan semuanya. Moga dapat ke sini satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga akan ke sini dalam masa terdekat.. amin amin.. ☺️🤲🏻

      Delete
  12. Dah kenapa nak jeles².. kalau jeles, apply jelah cuti juga.. hahaha..dia yang pilih nak kerja..

    Memang laluan bersejarah betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada org kan perangai mcm.. kenapa aku tak tahu.. kenapa tak bagitau.. Kenapa asyik dia jer.. ntah la kenapa kita nak kena update dgn dia pulak kan..huhu..

      Delete