Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Alhamdulillah masih diizinkan Allah Taala merasai hari ke 15 Ramadhan pada bulan yang mulia ini. Apa pun syukur semuanya baik-baik sahaja sepanjang Ramadhan kali ini.
Berbuka dalam kereta dah.. Terlepas bangun sahur pun dah.. Elok jer bangun tidur terdengar azan subuh bergema dari speaker masjid. Senyum tanpa kata dibuatnya.. Sebab tu dulu arwah kata moreh itu penting sebab bila terlepas sahur kita ada makan sikit di malam hari nya.
 |
| Pukul 6.45 petang kawasan berbuka puasa masih lagi kosong. |
 |
| Menu isi ikan siakap goreng tepung 3 rasa. |
 |
| Ayam Goreng Berempah. |
 |
| Jelatah |
 |
| Ni apa ntah nama. Lupa dah 😅 |
 |
| Masak Lemak Labu + Pucuk Ubi. |
 |
| Tembikai Potong. |
Hari ini tinggal aku dengan athira dan atiya sahaja di rumah. Maka kitorang decide berbuka di masjid sahaja sebab malas nak sepahkan rumah. Nanti penat memasak, penat nak mengemas dan penat nak membasuh.
Currently tersangatlah sibuk dengan urusan harian especially kerja yang tak pernah nak bagi peluang untuk berehat walau di bulan Ramadhan. Memang tak sempat nak jenguk blog, nak update atau nak blog walking lagi la tak ada masa.
 |
| Pukul 7.15 petang - Orang ramai mula memenuhi ruang dengan makanan di pinggan. |
 |
| Kepenatan balik dari sekolah tadi. Tertidur menunggu azan maghrib. |
Dan kali ini aku apply cuti panjang sebab nak beraya sakan ke arah utara. Lagi la kerja bertimbun-timbun jadinya. Tak apa lah, kita layankan aja permintaan semua pihak dari HR sampai la ke kerani. Ok done sesi meluah perasaan.
Dah nak berbuka ni. Selamat Berbuka Puasa untuk semua. ☺️👍🏻
Selamat bercuti panjang...
ReplyDeleteEh yang tak tahu nama apa tu, kuih kasturi ke?
Belum lagi tapi memang nak cuti seminggu selepas raya tu.. nak jalan utara kena banyak hari baru puas hihii :D
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWah hebatnya ukuhwa ..ramai datang berbuka, juadah berbuka pun hummm!! jika aku lah terpaling happy makan gini sajian ustaz...tapi maka sikit ja.kantung perut kecik ja...happy berbuka lah ya
ReplyDeleteSetiap hari di sini berbuka lebih 500 orang. Sebab pihak masjid sediakan untuk 500 org berbuka dan setiap hari pasti ada individu yang bawa extra makanan dalam 40-60 bungkus makanan.. Kena contorl makan waktu berbuka kalau tidak taraweh ke laut nanti hihii :D
DeleteMeriah menu depa 👍🏻
ReplyDeleteWelcome to utara :D
Yes setakat ini masjid ini memang tak mengecewakan hihi.. Hari pertama dah bagi kari kambing :D
DeleteDah mula cuti raya ke ni? waaaa awal betul ya.. Itu kuih kasturi kan. Bukan begedil kan hehehe. Mudah berbuka kat masjid, berbuka pastu solat boleh balik rehat atau terus sambung teraweh.
ReplyDeleteEh belum lagi.. apply cuti untuk seminggu selepas raya tu sebab anak pun cuti sekolah. So memang nak enjoy puas puas la huhuuu.. Aah kuih kasturi bukan begedil..lepas berbuka balik dulu then dtg semula ke masjid. :D
Deletesalam 16 ramadan utk afif.. part keje berlambak tu..lumrah dahhh...selagi kita bekerja kannnn
ReplyDeleteSalam 16 Ramadhan juga buat MZ sekeluarga semoga ceria selalu.
DeleteItulah kerja tak pernah nak bagi kita rehat.. sabtu ahad pun selalu diganggu huhu
menu2 dia dah mcm makan kat kenduri... terbaikkk
ReplyDeleteIulah pasyal hahaha.. tapi okla nak berbuka kan.. amik sekali jer dah cukup.. kalau kat kenduri dua round amik makanan hahaha :D
Deleteletih betul tu smpi terlena sekejap....
ReplyDeleteIkut ayah nya ke masjid mmg penat la sebab balik dari sekolah terus bersiap ke masjid.
Deleteciannya letih sgt puasa tu tambah2 cuaca panas skrg hehe.. xpe layankan je cuti pnjang & kerja mmg x pnh habis kan ehehe
ReplyDeleteLepas amik makanan duduk sekejap.. know know dah terlena.. kesian tgk penat sekolah dan berpuasa.. sebab seminggu lepas raya budak2 cuti sekolah lagi tu yg nak berjo-oh puas puas beraya hahaha :D
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemeriah tu berbuka puasa di masjid...tk pernh lg ada pengalamn berbuka di masjid...yg tktau nama tu kuih kasturi
ReplyDeleteAlhamdulillah tahun ni berbuka di masjid memang meriah lain macam :D
DeleteAah kuih kasturi baru ingat lepas ada yg comment di sini..
kuih kasturi, wiii~
ReplyDeleteselamat berpuasa dan bercuti. May ALLAH ease everything for you, for me and for all.
Yes kuih kasturi.. thanks semua yang comment di sini :D
DeleteSelamat Berpuasa juga. cuti belum lagi nanti nak dekat raya tu baru nak cuti sampai seminggu selepas raya :D
Cuti je..janji kerja semua siap.kan...selamat berbuka, selamat berpuasa...
ReplyDeleteMmg la cuti jer sebab dah apply kan.. lantak la kalau ada busuk hati pun hahaha.. selamat berbuka puasa juga ☺️👍🏻
DeleteSampai ketiduran mereka berdua yaaa 😅😅. Kasian nyaaa... Letih sangat nampak 😁. Tapi hebaaat anak2 berdua, tetap mampu bertahan puasa hingga magrib. 👍.
ReplyDeleteMemang paling betul berbuka di mesjid bang. Tak payah berantakan rumah 😁. Menu2 pun kliatan sedap semua
Balik dari sekolah terus bersiap untuk ke masjid utk berbuka memang kepenatan mereka berdua. Ada kala bertahan tapi ada kala tidak juga tapi si kakak alhamdulillah hampir penuh juga puasa nya kali ini..
DeleteBerbuka di masjid banyak kelebihan.. rumah pun tak penat nak kemas ☺️👍🏻
wahh bestnya masjid buat style macam kenduri! semua sedap2 pulak tu
ReplyDeleteHuhuhu.. meriah lain macam suasan berbuka di masjid .. kitrg pun pertama kali berbuka seisi keluarga di masjid.
Deletealolo.. penat ya anak-anak.
ReplyDeleteMak akak kata kat masjid tahun ni makanan buka dan pre-packed.
Senang takde makanan lebihan yang kadang terpaksa dibungkus-bungkus.
Makanan pre-packed pun bagus juga sebab tak la penat orang masjid nak bersihkan selepas selesai berbuka tu.. Makanan pun tak berlebihan ☺️👍🏻
DeleteSeronok berbuka di masjid ni. Alaa kesiannya terlena ya.
ReplyDeleteBaru tahun tahu betapa seronok nya berbuka puasa di masjid. ☺️👍🏻
DeleteTuntutan kerja itu KSarie boleh faham sikit-sikit juga rasanya. Penat badan sungguh badan dan minda tuh sampai terlajak tidur terlepas sahur. In sya Allah semoga dipermudahkan semua urusan dan dapat bercuti dengan moleknya untuk Aidilfitri nanti ye
ReplyDeleteKdg2 keletihan sampai kita sendiri tak tahu atau tak sedar.. Penat fizikal dgn penat fikiran mmg meletihkan. Apa pun kita fikir family kan.. buat dek jer lah.. tapi cuti approve tu yg sgt best hahaha..
Delete