Showing posts with label Lunch At Tosuto Bakery Cafe Mentakab. Show all posts
Showing posts with label Lunch At Tosuto Bakery Cafe Mentakab. Show all posts

Wednesday, 19 November 2025

Lunch At Tosuto Bakery Cafe Mentakab

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1 Malaysia


Sambil makan Pizza Mantak dalam kereta kami mencari tempat makan yang sesuai dan nak sangat mencari indoor sebab kat cuaca kat luar terlalu panas. Dan nak elak the kids meragam kita kenalah cari tempat yang convenience.

Mencari dan mencari sehinggalah terjumpa nama Tosuto Bakery Cafe di google with good review. Makanan western, pastry, cake dan nasi juga disediakan. Beralamat di Lot 27-1, Taman Suppiah, 28400 Mentakab, Pahang.

Dibuka setiap hari dari pukul 11.30 pagi sehingga 11.00 malam kecuali Sabtu dan Ahad dibuka seawal dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.30 malam. Dan cafe ini mempunyai Sijil Halal dari JAKIM (MS1500:2019 2010-01/2024).

Agak mudah untuk mencari lokasi Tosuto Bakery Cafe ini yang terletak di simpanh utama.
Boleh nampak logo halal di pintu masuk dan sijil halal ada di sebelah kaunter.
Masa ini penuh sebab ada group of people tengah buat gathering farewell rasanya.
Agak jauh perjalanan dari Hospital Temerloh ke Tosuto Bakery Cafe ini. Bila dah sampai baru aku perasan ini di Mentakab bukan Temerloh. Tapi wife kata Mentakab dengan Temerloh kan sama. Aku kata apa yang samanya, wife kata Temerloh tu kan Parlimen dan Mentakab tu DUN di bawah Parliman Temerloh. Aku pun ok whatever hahahaa.. 😅

Sirloin Steak With Black Pepper Sauce.
Black Pepper Grill Chicken Chop.
Steam Double atau Roti Kukus with kata and butter.
Hot Latte for me like always.
Ocean Blue and Strawberry Soda - Dua ni air sparkling.
Di sini order makanan menggunakan QR. Kalau orang kampung yang tak biasa nak order makanan menggunakan scan QR ni mesti terus bangun keluar. Sebab aku rasa sini masih lagi Pekan Mentakab yang penuh di kelilingi area perkampungan.

Makanan yang di order tidak mengambil masa yang lama untuk sampai di meja kami. Walau ketika ini boleh dikatakan agak full house juga dengan pengunjung. Untuk harga bagi aku tidak lah mahal dan tidaklah juga murah namun enviroment yang ada di sini sangatlah selesa. Dan di sini boleh pilih untuk duduk makan indoor atau outdoor.

Comel jer kotak simpanan sudu, garfu dan tisu yang disediakan di setiap meja.
Rose Apple Blossom Tea
Menggabungkan konsep bakery dan cafe maka kalau datang untuk heavy food atau light food pun boleh. Makanya kalau nak makan roti bakar atau roti kukus pun boleh, nak makan grill steak, chicken chop, spaghetti sehinggalah juadah nasi seperti butter rice atau nasi ayam pun boleh.

Di sini juga terdapat banyak pilihan pastry yang disediakan. Dari Cake, Cookies, Croissant, Macarons, Variety of bread and bun sehinggalah Dessert dan Ice cream. Dan minuman juga agak menarik dan variety di sini dari pelbagai jenis coffee and tea, sparkling sehinggalah ke air minuman biasa.

Buai yang disediakan di kawasan outdoor sebelum pintu masuk.
Perkataan Tosuto dalam bahasa jepun yang bermaksud toast atau younger brother. Namun Tosu adalah nama kepada sebuah pekan di Kyushu Region. Carian aku di internet tidak menemui siapakah owner bagi Tosuto Bakery ini. Bakery ini telah dibuka pada tahun 2021 dan ini adalah satu-satunya cawangan yang mereka ada setakat ini.