Friday, 14 February 2025

Jalan-Jalan Sehari Bersama Family Explore Tempat Menarik Di Bandar Raub

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Outstation Ke Raub - Kuala Lipis - Temerloh 4M3H

Tiga entry sebelum ini yang aku update menggunakan handphone ketika berada di Raub - Kuala Lipis - Temerloh atas urusan kerja. Alhamdulillah safely arrived at home after beberapa hari yang panjang. Apa pun syukur anak-anak semua enjoy ikut pergi outstation bersama. 

Kalau tanya apa yang best mesti the kids akan kata "Tidur Hotel". Ntah tak tahu apa yang best sangat tidur hotel hahaha. Sebab tu kadang-kadang mencari juga hotel yang ada swimming pool dan yang ada buffet breakfast supaya the kids enjoy. Tapi biasanya kalau ada tu mesti over dari allocate budget.

Kilometer 0 Bandar Raub terletak di hadapan Pejabat Pos Bandar Raub.
Antara yang menarik di Raub - Taman Tasik, Lorong Dato' Abdullah, Menara Jam dan KM 0.
Tak lama kami singgah di Bandar Raub cuma sehari semalam sahaja dan untuk penginapan boleh baca review aku di sini Hotel Agro Raub - My Experience 1 Night Review. Buat kerja hanya 2 jam sahaja di Raub selebihnya kita gunakan masa untuk berjalan-jalan bersama the kids explore Bandar Raub.

Pukul 6.00 petang ke atas kebanyakan kedai dah mula nak tutup pintu hanya yang besar sahaja akan dibuka sehingga jam 9-10.00 malam. After 8.00 petang tu memang jalan agak kosong dan kedai makan pun boleh kira ada dalam 10 buah kedai sahaja yang buka untuk makan malam. If Weekend mungkin meriah lagi.

Bangunan Majlis Daerah Raub berhadapan Dataran Raub.
Untuk pertama kalinya nak explore sebab selama ini sekadar pass by dan paling tidak pernah sekali dua sahaja berhenti makan sebelum meneruskan perjalanan. Tapi semenjak highway baru siap rasanya dah 2 tahun lebih juga tak lalu Bandar Raub ini.

Terminal Bas Raub. Teringat zaman duduk asrama naik bas balik cuti.
Petang selepas check in aku terus memandu ke arah area Terminal Bas Raub. Dan terjumpa Kedai Kek Seringgit. Macam menarik maka kami pun singgah tapi disebabkan dah lewat petang banyak kek, pastries dan kuih yang dah habis. Dapat la juga beli beberapa item yang masih berbaki. Alhamdulillah sedap. Boleh la if nak try kalau singgah di Raub.

Kedai Kek Seringgit berdekatan dengan Terminal Bas Raub.
Dah lewat petang banyak yang habis. Kalau pagi penuh makanan di rak.
Dapat juga membeli 12 jenis kuih dan kek yang masih berbaki.
Kami ke Dataran Raub untuk melihat keadaan persekitaran dan bawa kids jalan-jalan sekejap. Sebab plan biarlah sampai malam dan kemudian baru la balik ke hotel dan tak perlulah nak keluar lagi untuk makan malam. 

Bersebelahan dengan Dataran Raub ada Masjid Tengku Abu Bakar yang dibina pada tahun 1963. Pada tahun 90an ketika aku masih kanak-kanak dulu, arwah ayah selalu berhenti solat di sini dalam perjalanan naik ke Cameroon Highland. Memang banyak kenangan dengan arwah ayah di sini.

Masjid Tengku Abu Bakar Raub atau dikenali dengan nama Majis Daerah Raub.
At this moment bukan Musim Durian maka tiada peluang untuk kami menjamu Musing King di sini. Di waktu malam suasana lampu-lampu yang meriah menghiasi Bandar Raub namun agak lengang. Mungkin bukan malam weekend. Sebab perasan di siang hari tadi agak riuh dengan kenderaan dan orang ramai.

Makan malam di Restoran Rokiah Sate.
The kids dah kelaparan - Alhamdulillah sedap juga masakan di sini. 
Kita try Sate Itik. Sate Ikan Talapia dan Burung Unta out of stock.
Kami makan malam di Restoran Rokiah Sate dan pilihan dibuat sebab paling mudah nak parking kereta. Apa pun syukur alhamdulillah masakan panas di sini sedap Tomyam Ayam, Daging Masak Merah, Kangkung Goreng Biasa, Telur Dadar dan Nasi Putih. Untuk sate kami pilih Sate Ayam, Sate Daging Tenderlian dan Sate Itik. 

Mango Shake Padu terletak di hadapan Masjid Tengku Abu Bakar.
Cuaca tengah panas petang-petang ni. Jom pekena Mango Shake Padu ni.
Selepas solat asar di Masjid Tengku Abu Bakar terlihat seperti ada deretan kedai makan di bahagian luar pagar pintu masuk masjid. Tapi banyak kedai kelihatan telah ditutup sebab rata-rata menjual makanan berlauk untuk tengah hari dan sebahagian dibuka untuk bersarapan sahaja.

Yang masih dibuka dihujung waktu petang ini salah satunya adalah Mango Shake Padu ini. Dari Air Mango biasa, blended, topping aiskrim pun boleh. Layan juga sebab waktu petang ni pun panas. Dan di waktu malam hanya satu kedai sahaja yang buka menjual masakan panas.

Bersarapan di Kedai Makan Bob - Jalan Lipis, Kg Gali Hilir, 27600 Raub.
Keesokan pagi kami check out awal sebelum pukul 9.00 pagi bagi meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Di perjalanan terjumpa kedai makan sarapan pagi ini di tepi jalan di salah sebuah kampung. Ketika kami sampai hampir pukul 10.00 pagi banyak makanan yang telah habis termasuklah roti canai sold out hahaha.

Teh Tarik, Teh O Ais, Roti Jala, Nasi Lemak, Lontong dan kuih muih menjadi menu sarapan pagi kami. Seronok bersarapan di area kampung macam ni. Makanan sedap dan suasana yang tiba-tiba dengan ayam berkokok. Si Affan dengan Afnan boleh pulak kejar nak tangkap ayam. Habis ditegur dengan seorang pakcik "Kejor la, kat bandar tak jumpa ayam hidup kan". :D

Wednesday, 12 February 2025

Pertama Kali Berjumpa Dengan Sultan Pahang Tunku Abdullah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Masih lagi sibuk dengan kerja sampaikan tak tersentuh langsung blog ini. Mencabar sungguh kerja di bulan ini. Belum lagi cerita penat nak siapkan kelengkapan anak-anak nak mulakan sesi baru persekolahan minggu depan.

Apa pun moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan diberi izin untuk menyambut Bulan Ramadhan yang akan datang dengan penuh bersemangat mengerjakan ibadah - Insyallah. Okay done sesi meluahkan perasaan.

Bersama dengan salah seorang ahli rombongan Sultan Abdullah.
Orang ramai berkerumun nak bersalam dengan Tuanku :D
Di entry yang lepas aku ada cerita pasal outstation ke Raub - Kuala Lipis - Temerloh. Masa kami di Kuala Lipis di satu pagi tu ketika keluar dari hotel untuk mencari sarapan. TNak djiadikan cerita rezeki terserempak dengan kehadiran Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Bergambar dengan Sultan paling sempoi berjiwa rakyat :D
Masa tu kami datang sini sebab nak breakfast di Kedai Kopi Stesyen Lama. Dan tiba-tiba terlihat rombongan Tuanku Sultan Abdullah baru sahaja selesai melawat di Station Keretapi Bersejarah Kuala Lipis. Ada yang kata Tuanku bersarapan pagi di salah satu kedai makan di situ.

Kenderaan Tuanku Abdullah Sultan Pahang di hadapan Stesyen Kereta Kuala Lipis.
Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga sebab ada beberapa orang pegawai pengiring mengarahkan kami ke depan untuk bersalam dan bergambar bersama Tuanku. Masa ni memang nervous sampai lupa nak bersalam dengan Tuanku. 

Si Kecik Afnan kata dengan pegawai pengiring tu "Cepat la.. Panas ni" (dalam bahasa pelat dia). Budak kecil memang tak tahu lah siapa sultan tu. Dan lagi tak faham kenapa la mak ayah dia berdiri tengah panas tak tahu tengah tunggu apa hahaha..

Friday, 7 February 2025

Hotel Agro Raub - My Experience 1 Night Review

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Bila dah ad-hoc diarahkan pergi outstation maka tiadalah mana-mana hotel yang dibooking awal. Namun syukur bernasib baik ada bilik kosong ketika walk in di lewat petang. Hotel Agro Raub dipilih kerana ianya terletak tidak jauh dari exit highway Mempaga - Raub. Dan jarak ke Bandar Raub hanya 3 km sahaja.

Dan selepas Raub nak kena pergi Kuala Lipis so this hotel location just nice for me. Bilik kami Grand Triple Suite berharga RM150.00 dan Cukai Negeri Pahang RM3.00 serta tiada bayaran untuk deposit dikenakan. Masa ni saja-saja check sebelum buat bayaran, harga walk in lebih murah dari agoda.com.

Reception Hotel Agro Raub.
Ruangan Lobi di hadapan kaunter dan tempat breakfast di serve.
Breakfast disediakan oleh pihak hotel dengan harga RM8.00 seorang. Namun breakfast bukanlah buffet tapi hanya sebungkus nasi lemak. Itu yang diberitahu oleh pekerja di kaunter semasa kami membuat urusan check in. Staff tu pun suggest makan di luar lagi berbaloi dan rugi jer kalau amik breakfast hotel.

Satu Queen Bed dan Satu Single Bed.
Macam biasa kita cantum kedua katil bagi muat satu family nak tidur.
Untuk ruangan bilik just nice 👍. Kenalah dengan harganya yang tidak begitu mahal untuk Grand Triple Suite. Untuk kami berenam dan kanak-kanak bawah umur 12 tahun ke bawah stay percuma. Lift disediakan untuk naik ke tingkat atas. Itu yang penting bagi kami yang ada anak seramai 4 orang.

Bilik lengkap dengan water heater, hair dryer, tv, kettle, tv dan air conditioner yang cukup sejuk. 3 Sachet Coffee Aik Cheong 3 in 1 disediakan. Okla cukup lengkap buat kami sekeluarga untuk stay one night di Raub ini. But if datang lagi ke Raub mungkin akan cari hotel lain untuk mencari kelainan. 

Satu kekurangan lokasi hotel ini ialah tiada kedai makanan yang berdekatan. Maka kami harus menuju ke Bandar Raub untuk mencari makan malam. Dan tiada convenience store seperti 7-ELEVEN atau speedmart 99 yang berdekatan. Terdapat satu kedai Bundle yang terletak di entrance jalan masuk ke hotel ini.

Terdapat sebuah kedai bundle di jalan masuk hotel.
Mula-mula tak perasan bawah tu kedai bukan lobi hotel.
Lobi hotel di bahagian tepi bangunan.
Satu part yang paling scary ialah di lobi berhadapan lift hotel ini ada beberapa pasu yang sangatlah besar dan berharga ribuan ringgit. Harga pasu tertampal di semua pasu yang ada di lobi ini. Memang seriau bila ada anak kecil yang suka berlari-lari dan suka menyentuh semua benda.

Pasu besar dan tinggi yang berharga ribuan ringgit di ruang lobi hotel.
Memang aku pegang kuat anak-anak. Kot lah terpecah satu pasu mau ikat perut sekeluarga dua tiga bulan huhuu. Dah masuk lift baru la lega. Si Afnan dan Affan tu lah yang paling kena jaga. Syukur si kakak dua orang tu dah besar sikit, tak la susah nak handle dan dengar cakap.

Parking kereta percuma disediakan di belakang hotel dan jika anda parking di ruang kotak parking di hadapan hotel kena sediakan kupon parking di siang hari atau boleh bayar parking menggunakan app. Kalau tak nanti dapat surat cinta dari Majlis Daerah Raub. 😂