Friday, 30 October 2026

Hong Kong & Macau Part 12 : Tsim Sha Tsui Ferry Terminal To Wan Chai - Public Observation Deck

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 11 : Kowloon Mosque & Islamic Centre - Briswalk At Avenue of Stars HK

Ketika berjalan pulang ke hotel, tiba-tiba wife whatsapp tanya "Free tak..? Jom breakfast sekali.. Sebab hari ni pukul 10.00 pagi nanti baru masuk conference.." Aku pun memang tengah free tak buat apa "Jom la.." simple aku reply.

Hong Kong Art Museum terletak berdekatan dengan Victoria Harbour.
Kalau naik MTR ke area hotel wife kena tukar train. Aku pun search if boleh naik feri dari Tsim Sha Tsui ini. Surprisingly yes boleh dan ianya lebih murah, cepat dan senang. Ikut direction dari google map ferry akan bertolak dari Tsim Sha Tsui Star Ferry Terminal yang terletak kurang 600 meter dari Avenue of Stars Hong Kong dan 350 meter dari Victoria Harbour.

Ada ferry kecil yang comey parking di Tsim Sha Tsui Ferry Pier ini.
Just follow the sign - Dari sini boleh ke Central atau ke Wan Chai di Hong Kong Island.
Service ferry ini bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 11.30 malam dan terdapat dua destination ke Hong Kong Island. Satu menuju ke Wan Chai (near to Hong Kong Convention & Exhibition Center - I'm going there) dan destinasi kedua ke Central Pier 7 (near to Hong Kong Observation Wheel). Perjalanan memakan masa 5 minit dan up to 11 minit if cuaca tak cantik.

Keaadan agak sunyi dengan deretan kedai pun boleh dibuka ketika ini.
Tak lama menunggu aku dah pun berjaya masuk ke jeti dengan bayaran HKD6.50 sehala menggunakan octopus card. Masih di awal pagi ketika ini, keadaan sangatlah tenang dengan tak sampai 15 orang yang menaiki ferry ini menuju ke Wan Chai.

Bagi aku wajib naik ferry ini at least merasa dan lihat pemandangan yang cantik dari atas air ke arah Hong Kong Island dan ke arah Tsim Sha Tsui. Lagi-lagi untuk yang bajet tak banyak untuk naik sunset cruise di sini, maka boleh jer naik ferry ini tapi kena make sure timing tepat ketika waktu sunset dan kena berebut sikit la untuk dapat tempat sebelah tingkap.

Kaunter simple untuk kita touch Octopus Card HKD 6.50 sehala.
Dan terus berjalan hingga ke boarding gate. Once diberi masuk barulah kita ke ferry.
Ferry yang amat besar boleh memuatkan ratusan orang untuk sekali perjalanan. Dan disebabkan ketika ini "ferry kosong", aku pun merayap la ke setiap penjuru ferry. Well inilah peluang yang ada nak explore kan. Nanti kalau dah ramai orang memang kena duduk jer la sampai sampai di destinasi. Tempat duduk pun simple macam kerusi kayu kantin sekolah 😉.

Okay jom masuk dalam ferry ini. Waktu pagi memang kosong dari depan sampai belakang.
Kerusi pun simple sama macam dalam cerita filem Hong Kong 90-an.
Ketika sampai di Wan Chai Peir, kita boleh naik ke atas terminal ferry atau di tingkat dua. Di mana terletaknya Public Observation Deck. Dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 malam dan masuk adalah percuma. Di sini ada disediakan public toilet percuma yang juga amatlah selesa. Tapi botol air still kena bawa juga.

Ada sebuah kapal cruise besar berlabuh tak jauh dari Tsim Sha Tsui Ferry Pier ini.
Warna biru tu ferry dari Central nak ke Tsim Sha Tsui .
Pemandangan ke arah Hong Kong Island dari atas ferry.
Boleh nampak Hong Kong Observation Wheel - Kena turun di Central.
Wan Chai Ferry Terminal bersebelah dengan HK Convention & Exhibition Center.
Sambil melayan pemandangan ke arah Tsim Sha Tsui dari atas Observation Deck ini, tiba-tiba wife whatsapp kata tak dapat nak breakfast sekali sebab team manager dah panggil semua staff nak discuss something sebelum ke conference.

Aku pun okay jer sebab faham wife datang atas urusan kerja, aku datang memang nak berjalan. "Tak apa.. pandai la saya bawa diri nak ke mana.." dan macam biasa wife aku tak kesah dan tak risaukan suami dia ni nak merayau seorang diri 😅.

Dari Wan Chai Ferry Terminal ini hanya boleh ke Tsim Sha Tsui sahaja.
Much better and easy dari naik MTR kena tukar train bagai dan take more time.
Jom naik ke atas Public Observation Deck - Telah dibuka pada 30 Ogos 2014.
Pemandangan ke arah Wan Chai Harbour Promenade berhadapan ferry terminal.
Duduklah sektika di atas Observation Deck ini memikirkan mana nak pergi. Kalau nak patah balik macam rugi la pulak sebab dah sampai sini. Masa ini terfikir nak cari mana-mana cafe just nak layan segelas coffee dengan toast bread with butter jer. Actually perut pun dah lapar sebab dari sebelum subuh dah keluar hotel sampai la waktu ini pukul 8.45 pagi.

Pemandangan dari atas observation deck ke arah Tsim Sha Tsui.
Pemandangan ke arah Hong Kong Convention & Exhibition Center.
Dan wife whatsapp lagi, if nak jalan-jalan area sini okay jugak sebab boleh lunch sama tengah hari nanti. Wife kata lebih kurang pukul 1.00 petang nanti akan habis dan akan sambung conference semula pukul 5.00 petang sampai 7.00 malam.

Jom kita briswalk lagi pagi ini 2.8 km menuju ke The Peak Tram Station.
Terus aku fikir 4 jam nak buat apa jer kat sini sambil aku tanya wife. Dia pun reply "Why not pergi jalan-jalan naik The Peak Tram.. At least kat situ akan spend 2 jam or more" sambil tunjuk gambar dia dengan kawan-kawan di The Peak yang mereka pergi semalam sebelum jumpa aku di Tsim Sha Tsui. Terus aku buka google map tengok berapa jauh and so on.

Seronok berjalan di tengah-tengah bandar dengan ditemani bangunan yang tinggi.
Overpass ni memang memudahkan kita nak cross jalan besar.
Walaupun waktu ni agak sunyi tapi selamat dan persekitaran juga sangat bersih.
Naik public bas atau MTR pun boleh dari Wan Chai Pier ini untuk ke The Peak Tram Station tapi sebab nak buang masa, aku decide untuk berjalan kaki sejauh 2.8km. Sambil-sambil tu boleh layan environment di kawasan sini dan kalau nampak mana-mana cafe boleh la stop by layan segelas coffee dan charge handphone sebab beteri pun dah tinggal separuh.

Tiba-tiba terjumpa satu park di tengah-tengah kawanan bangunan tinggi ini.
Alahaiii comey nyerr... Nasib the kids tak ikut masa ini hahahaa.. 😁
Ada public toilet percuma yang sangatlah bersih dan canggih di park ini.
Dan tap air minum juga disediakan percuma. Bagus betul Hong Kong ini.
Mana tak nya 😅, asal plan nak ke masjid untuk solat subuh dan ke Avenue of Stars Hong Kong sahaja dan kemudian pulang semula ke hotel. Tapi ini dah terlajak naik ferry sampai ke Hong Kong Island bagai (dan aku tak bawa power bank).

Nanti di The Peak pasti akan ambil banyak gambar dan video. Dan ketika ini aku check dalam beg ada biskut dan gula-gula serta dua botol air yang aku bawa sebab isi air di masjid subuh tadi. Jadilah untuk alas perut sementara nak jumpa cafe.

Bersambung Hong Kong & Macau Part 13 : (Under Construction)

Thursday, 22 October 2026

Im Taking Short Break For A While

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Last update was a week before..

Until now belum dapat nak up sambungan cerita Hong Kong. Padahal masa mula part one berkobar bersemangat dan azam nak habiskan dalam sebelum setengah. Tapi selepas Part 11 dah layu pulak semangatnya. Macam biasa nak blame keadaan tak boleh unless salahkan diri sendiri kenapa tidak lebih rajin huhu..

Banyak yang berlaku dalam seminggu lebih ini. Balik dari outstation di Pahang tempoh hari. Kerja macam tak bagi masa nak berehat. Berlari-lari ke Sungai Buloh, Selayang, Serdang dan Cyberjaya hampir setiap hari bagi menyiapkan kerja.

Dari 3 joran dia dapat 7 ekor ikan keli Ahad baru ini di Tasik Pandan Perdana.
Si Abang semenjak dua minggu ni asyik tanya. "Ayah bila lagi kita nak pergi mancing.." Demi mematikan pertanyaan yang berhari-hari disebut. Si ayah pun bawalah dia mancing ahad baru ni.. Eh banyak pulak rezeki dia seekor demi seekor ikan dia bawa naik. Happy bukan main. Okla dah dua hari dia tak sebut nak gi mancing lagi 😅.

Wak Reno geng kariah masjid baru-baru ini telah dimasukan ke hospital akibat bengkak di rahang sehingga menyebabkan saluran pernafasan terganggu. Petang semalam selamat menjalani pembedahan dan keadaan beliau masih lagi kurang baik. Sama-samalah kita mendoakan kesembuhan buat Wak Reno amin..

Wak Reno di zon merah ketika dikejarkan ke hospital dua hari lepas.
Semalam Hari Rabu adalah hari KOKO di sekolah kebangsaan. Si kakak masa nak pergi sekolah pagi semalam bawa reket badminton. Si ayah pun tegur "Akak tak payah la pergi koko.. kan nak UPKK lagi dua minggu lebih jer..". Tapi dia masam muka dan si ibunya cover "biarlah nak pergi koko tu.."

Tiba-tiba dapat call dari guru pukul 2 petang bagitahu si kakak tercedera akibat terkena bahan cemical di sekolah ketika aktiviti di lab semasa program zero waste ke apa ntah. Terus aku pun aduhaii apa lagi ujian si kakak ini. Dan semalam petang bawa ke klinik dan doktor kata kalau lagi teruk nanti terus ke emergency hospital.

At this moment melecur sikit di pipi, dagu dan sebahagian besar bibir atas bawa pun melecur. 🙈

Malam tadi masak sup cendawan campur fish ball dan fucuk nak bagi mudah dia makan tapi setiap kali menyuap nasi pedih katanya. Hati ayah pun berkata "kalau dengar cakap ayah tak yah pergi koko kan dah selamat huhuu.." Tapi tak apalah benda dah berlaku.. dan nama pun anak sendiri pulak tu.. 😅

Saturday, 17 October 2026

Hong Kong & Macau Part 11 : Kowloon Mosque & Islamic Centre - Briswalk At Avenue of Stars HK

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 10 : Halal Egg Tart At Maarof Puff Bake - Dinner At Sher-E- Punjab

Malam tu aku balik awal ke hotel sebelum pukul 11.00 malam sebab for sure orang akan ramai que untuk naik lift macam petang tadi. Sampai di bilik dan setelah mandi bagai aku macam tak confident dengan keselamatan sebab takut tetiba tengah malam ada orang buka pintu hahaa. Aku pun hadang pintu dengan katil supaya tak ada orang boleh buka 😪.

Berjalan menuju ke Kowloon Mosque di subuh hari yang sunyi.
Kalau waktu siang bukan ramai orang lalu lalang di sini.
Kelihatan Station MTR Tsim Sha Tsui telah pun dibuka pada pukul 5.50 pagi.
Kalau korang ada di situasi aku ketika pasti korang akan buat benda yang sama. Sebab tu aku tak suggest untuk korang especially wanita dan orang tua untuk stay di sini. Sepanjang malam walau lena aku tidur tapi terjaga juga 2-3 kali. Dan dalam pukul 5.15 pagi aku dah segar tak boleh tidur langsung.

Maka bersiaplah aku untuk ke Kowloon Masjid yang terletak berdekatan dengan hotel untuk menunaikan solat subuh. Waktu ni memang clear tiada seorang pun yang que nak tunggu lift samada nak turun atau naik. Sampai di masjid sebelum masuk waktu, nak tergelak pun ada sebab kalau di rumah bukan main susah nak datang masjid bersolat subuh 😅.

Sampai di masjid sebelum masuk waktu subuh. Keadaan masih tenang.
Ruangan dewan solat utama berada di tingkat dua.
Ada water filter di sebelah tangga sebelum naik ke atas.
Hampir satu saf penuh ketika solat subuh dan selepas solat sempat aku berbual dengan imam. Aku dimaklumkan semua imam di sini di import dari India dan setiap kali imam di posting ke Kowloon Masjid ini adalah di antara 4 hingga 5 tahun.

Di sini terdapat sebuah madrasah dan juga kelas pengajian khas untuk para mualaf yang baru masuk dan juga kelas penerangan untuk mengenali islam. Air minum dari water filter juga disediakan (3 botol juga aku isi air subuh tu). Masjid ini juga dijadikan sebagai tempat berkumpul jemaah tabligh dari seluruh dunia dalam usaha dakwah di sekitar Hong Kong.

Alhamdulillah selesai solat subuh berjemaah di sini.
Pelbagai bangsa ada dari timur ke barat, afrika ke eropah.
Dibina pada tahun 1896 oleh the Hong Kong Regiment to serve Indian Muslim soldiers of the British Army stationed at the nearby Whitfield Barracks and today known as Kowloon Park. Dan telah dibina semula pada tahun 1984 setelah hampir 100 tahun berdiri. Ini adalah akibat dari kerosakan besar kesan dari pembinaan Mass Transport Railway (MTR).

Pemandangan Kowloon Mosque & Islamic Centre dari atas hotel yang berdekatan.
It was designed by architect I.M. Kadri dengan sumbangan sebanyak HKD25 million dari pihak MTR dan juga dari orang-orang setempat. Mengambil masa lebih 4 tahun untuk disiapkan yang bermula pada 6th March 1981. Masjid yang mempunyai 4 menara dan satu khubah ini boleh memuatkan 3,500 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Berjalan menuju ke waterfront Avenue of Star Hong Kong.
At last sampai di Avenue of Star Hong Kong selepas berjalan 1km dari Kowloon Mosque.
Selesai solat aku mula berjalan ke arah Hong Kong Star Avenue sebab semalam dah lewat malam dengan orang yang terlalu ramai. So pagi ni kita nak briswalk tenang-tenang sepanjang waterfront dan misi mencari Statue Bruce Lee.

Dan misi mencari plaque nama-nama famous Hong Kong Actor as u all know seperti Jackie Chan, Jet Li, Andy Lau, Arron Kwok, Stephen Chow, Maggie Cheung, Anita Mui dan ramai lagi 😎. Terdapat lebih 115 nama-nama di sepanjang waterfront ini samada pelakon, penyanyi, penari dan director terkenal yang telah menaikan nama industri Hong Kong.

LEGOLAND Discovery Centre Hong Kong.
K11 MUSEA Shopping Mall.
Terasa keseronokan berjalan seorang diri pagi ini dengan cuaca yang sangat sejuk, ditambah pula dengan keadaan yang sangatlah tenang dengan hampir ketiadaan langsung orang di beberapa tempat di Avenue of Stars HK ini 👍. 

Malam tadi nak berjalan pun susah sampai terlanggar bahu beberapa kali dek ramainya orang huhu.. Apa pun aku nak suggest pada pembaca semua, untuk melihat keindahan di sini kena try datang pada waktu malam dan juga siang.

Molly - Ikon klasik Pop Mart dicipta oleh artis Hong Kong, Kenny Wong.
Di sini bukanlah sahaja boleh menikmati pemandangan yang indah ke arah Hong Kong Island tapi sesuai juga untuk dibawa kanak-kanak sekali sebab ada beberapa statue watak karekter kartun yang berasal dari Hong Kong.

Selain itu terdapat juga beberapa cafe dan restoran di sepanjang waterfront Avenue of Star Hong Kong ini. Waktu pagi ini kelihatan terdapat beberapa orang sedang memancing di sini walau terdapat signboard dilarang memancing di sini.

Pemandangan di pagi hari nampak macam ada awan mendung di situ.
Geram pula bila melihat orang-orang yang memancing di sini sebab kalau boleh kita pun nak mancing sekali hahaha.. Banyak juga hasil yang mereka dapat memancing semalaman di sini. Dari starting point Victoria Harbour ke Avenue of Stars HK sehinggalah aku berjalan menuju ke penghujung di mana terletaknya Statue of Bruce Lee dan Anita Mui.

Plaque Number 99 - Mr. Aaron Kwok Fu Shing (Kesukaan wanita zaman 90an)
Plaque Number 71 - Ms. Dato' Michelle Yeah Choo Kheng.
The only Malaysian name here. Mesti bangga orang Perak, Yeob 😉.
Plaque Number 68 - Ms. Maggie Cheung (Dari muda sampai tua tetap cantik).
Last movie sebelum retired was Hot Summer Days 2010 itu pun sebagai Cameo.
Gigih aku baca kesemua nama-nama yang berada di sepanjang pier ini. Sebab kalau boleh tak nak la tertinggal satu nama yang dikenali, kan? 😂 Actually aku ambil gambar lebih 50 nama di sini tapi aku share nama-nama yang famous sahaja. 

Nanti panjang sangat pulak entry ini. If ada request dari u all, nanti aku buat entry khas untuk semua plaque nama di sini.

Plaque Number 67 - Mr. Jet Li - My Childhood Hero 😎
Plaque Number 66 - Mr. Andy Lau Tak Wah
Plaque Number 64 - Mr. Chow Yun Fat
Plaque Number 59 - Mr. Jackie Chan 😎
Kids from 1980's to 2010 World Best Childhood Hero.
Namun ketika ini aku tak jumpa beberapa nama seperti pelakon Ip Man - Donnie Yen. Ketika mencari info untuk buat entry ini, baru aku tahu ada kriteria yang diambil kira dan sejauh mana dan banyak mana mereka membantu industri perfileman untuk menaikan nama Hong Kong itu sendiri. Namun itu bukan lah jawapan sepenuhnya.

Masih terdapat banyak lagi nama-nama yang hebat dan terkenal yang belum diletakan di sini. Dan bukanlah kerana mereka tidak layak tapi sebab kekangan masa dari pihak pengurusan dan juga dari pihak actor itu sendiri dalam menyiapkan dan menyediakan plaque nama berkenaan. Oleh itu setiap tahun pasti akan ada penambahan baru.

Bronze Statue of Anita Mui - known as Daughter of Hong Kong.
Bronze Statue of Bruce Lee - "Never ask why his statue was built here".
My last destination pagi ini nak lihat Statue of Bruce Lee & Anita Mui dan selepas itu aku berpatah balik ke Victoria Harbour. Sebab kalau nak terus berjalan sampai ke penghujung pier macam tak nampak jalan nak balik dah hahahaa.. Ini pun pergi balik dah 1.4km pastu tambah lagi 700 meter untuk balik ke hotel. Awal pagi lagi dah jalan hampir 3.5km 😏.