Tuesday 1 January 2013

Under Sea Level Tunnel - France To England

Berhenti untuk pemeriksaan
immigration bukan toll
French Customs tu je yang aku faham :P
Berhenti untuk stamp passport
Conquelles Border , France

28 Julai 2011- Khamis.. Entry ni aku nak tunjuk serba sedikit mengenai tunnel bawah laut yang menghubungkan antara France dan England.. dan cerita aku masa di immigration.. Aku just bernasib baik sebab dapat ikut tunnel ni.. sebab bas ni mengikut keadaan jugak la.. jika nasib baik dapat la rasa lalu tunnel ni if not Eurolines Bus ni akan amik ferry dari Paris ke London..


So perjalanan dengan Eurolines Bus mengambil masa lebih dari 7 jam.. tepat 14:15 pm bertolak dari Gallieni International Coach Station, Paris dan sampai  21:30 pm di Victoria Coach Station, London. by the way thanks a lot to Shukry.. sebab sambut aku di Victoria Coach Station.. and thanks to ilham Ainaa jugak yang arrange kan..( minta tolong ) Shukry untuk tunggu aku kat station bus.. :D

Serba sedikit maklumat mengenai tunnel ni :
  1. Panjang tunnel dari France to United Kingdom : 50.45 kilometer atau 31.35 batu.
  2. Tunnel di bina dari paras laut : 150 meter atau 490 kaki.
  3. Siap sepenuh nya di bina pada tarikh : 6 Mei 1994.
  4. Perbelanjaan tunnel menelan belanja sebanyak USD 21 Billion.
  5. Kedudukan : Calais, France - Folkestone, Britain.
  6. Ada dua tunnel kereta api di sebelah kiri dan kanan.. dan mempunyai sebuah tunnel kecil di tengah2 untuk kerje2 service.
  7. Ianya sepatut boleh mula dibina seawal 100 tahun jika tidak kerana politik antara England dan France.

Sebelum masuk train kene stamp passport sebab nak keluar dari Negara2 Schengen.. dan England bukan lah dari Negara2 Schengen.. So masa aku ni ada dua pegawai immigration France yang stamp passport di kaunter.. yang seorang ni muka cengih dah la kepala botak separuh.. fisrt person yang pi dekat dia dah kene marah.. tak tahu kenapa.. 

Yang seorang lagi cool jer.. so aku pun berdoa dan berharap dapat pi pada mamat yang cool ni .. dan aku rasa semua dalam line nak pi pada mamat cool ni hehehehe... last2.. take a guest?? memang aku kene stamp passport dengan mamat cengih ni.. siap amik passport aku letak sebelah muka nak tengok muka sama ke tak :p.. but alhamdulillah aku lepas dengan tidak ada satu soalan melainkan pandangan yang sinis hehee..



Jom masuk
Tunnel Sous la Manche..

Pemandangan sebelum memasuki EuroTunnel.
Tersenyum selepas Passport di stamp,
With Dragan from Macedonia.

Dan Immigration United Kingdom pun stamp sebelum masuk tunnel.. 3 soalan yang akan di tanya dalam Bahasa English :

Pertama - u ada tiket return ka? aku kasi tiket flight aku dari Amsterdam ke Stockholm pada 9 August nanti - mean i have to out from UK before that date to catch my flight in Amsterdam.. sebab aku tak boleh beli tiket eurolines coach dari Paris - London - Amsterdam.. kene beli dari tempat anda berlepas sahaja..

Soalan Kedua - u ada berapa duit? heheh.. aku just kata ada 200 Euro cash and 120 Pound dalam bank sambil menunjukan Debit Card Maybank yang ada logo Visa..

Soalan Ketiga - nanti u dah masuk , mana mau tinggal? huh..!! sudah mana aku tahu alamat member kat sana.. but yang best nya Pakcik Immigration ni tolong tulis kan alamat.. sebab aku kata tak tahu.. dia tanya member tinggal kat mana aku kata Malaysian Student Hostel, East London.. Dan passport aku di stamp available untuk 6 bulan.. lama tu..


With other solo traveler
from Macedonia and India
Baca lah baru dapat info
Two Tunnel for train.. 
One small service tunnel
Menikmati perjalanan
dalam Euro Tunnel :D
Jom turun dari bas dan jalan2 :D
Jumpa pulak dengan 
Ahli Parlimen Bangladesh
Pemisah antara satu
gerabak dan gerabak yang lain

Actually bila kat tunnel.. orang semua berpendapat kita drive dalam tunnel tu sampai seberang.. but actually semua kenderaan dari motor hingga lah bas sekali pun masuk dalam train dan train itu sahaja yang bergerak hingga ke seberang..

Perjalanan mengambil masa 30 minit.. Dalam tren tu nanti jangan jadi budak baik tak keluar dari kenderaan.. ya anda boleh keluar dari kenderaan.. ada banyak info yang boleh di baca di dinding.. ada toilet.. at least boleh bagitau orang.. anda pernah buang air besar 150 meter di dasar laut hahaha.. :p

Respecting benor Euro Tunnel ni :D

6 comments:

  1. Jeles jeles...xtaw bla leh smpai france huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jeles jeles..
      Insyallah nanti sampai lah tu :D

      Delete
  2. Best nyer.nak pi juga jika dizinkan Allah dgn suami bila dah pencen n dpt duit kwsp..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah... Allah Taala perancangan terbaik untuk kita.. mungkin sebelum pencen dah di beri keizinan untuk merasa kaesana.. :D

      Delete
  3. pegawai immigration france memang camtu kot. kami pon dapat yg cengih dulu kena compare muka ngan gambar kat passport. adik lelaki dia tenung lama sikit sebab gambar passport 2008, travel 2012. maybe next time ada rezeki boleh try via tunnel ni sebab kami naik ferry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin nasib tak berapa baik.. kene pegawai immigration mcm tu.. cenggih satu hal..
      nect time try la.. sebab masa masuk dpt ikut tunnel.. balik dapat ikut ferry.. nasib la kalau naik eurolines nie..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...