Alhamdulillah hampir masuk waktu berbuka untuk hari ke 24 Ramadhan. Syukur target untuk tidak ke bazaar Ramadhan sepanjang bulan puasa kali ini nampaknya akan tercapai. Dan syukur Alhamdulillah setiap hari diberi izin oleh Ilahi untuk masak juadah berbuka buat keluarga tercinta.
Masak setiap hari tapi tak pernah nak update kan. Tengok orang lain update kita pun lama-lama nak share juga la menu yang dimasak hihi.. Untuk menu berbuka hari ini Kari Ikan Jenahak Sekor dan Sayur Campur Isi Udang. Telur Dadar dan Sambal Ikan Bilis Tempoyak. Pemcuci mulut letak pisang jer lah hihii..
Okla Selamat Berbuka pada semua.. 😊
Samalah kita, sayur campur juga berbuka tadi :)
ReplyDeleteSaya tetiba mengidam sayur campur pulak huhuu...
DeleteWaaa pandainya u masak2 🤩
ReplyDeleteBoleh la sikit sikit.. main campak2 tu... Hihihii
Deletepisang tu sedap... feveret betul kalau buah ni :D :D
ReplyDeleteSatu sikat pisang tu kalau anak2 makan sekali hadap jer huhuu..
DeleteWow..Sedap menu2 nih =)
ReplyDeleteKita pun tgk menu org tu yg masak menu ini hihii
DeleteAlaaa... Sikit nau pisang tu... comel sangat!
ReplyDeleteBanyak yg dihabiskan oleh si kecik dua org yg tak puasa tu hahahaa. :D
DeleteKari ikan jenahak, sedapnya. Sayur campur memang ngam sekali dengan Kari.
ReplyDeleteMasak lauk jgn banyak2.. nanti susah nak makan gitu.. buat dua jenis jer.. Alhamdulillah mmg ngam.. :D
DeletePisang emas sedap juga makan saje dan sedap juga buat cekodok.
ReplyDeleteBetul makan saja pun dah sedap.. ini pakcik wife yg duduk jerantut tu yg tanam.. gemuk2 pisang dia .. :D
Deletemak2 ni suka update menu..senang nk refer menu apa yg dh masak hehe...kari ikan jenahak sedapmtu..aritu opismate masak bw ke opis ..mkn2 sebelum ramadhan
ReplyDeleteIkan ni beli sebelum puasa dan telah dilupakan dlm frozen. Tiba2 terjumpa terus dikorbankan menjadi kari hihiii.. Alhamdulillah best mkn2 di ofis sblm puasa :D
Deletewaahhhh sedapnya kari ikan jenahak & sayur campur!
ReplyDeleteAna lah slh sorang yg suka update menu iftar hehehe
Aah betul la tu.. buka blog dia penuh makanan.. mencabar nak baca waktu puasa ni hahaha... Thanks resepi ayam belengas tu.. nanti kita nak buat juga lah :D
DeleteSyabas sebab target untuk tidak ke bazaar tercapai. Kadang-kala masak sendiri bukan sahaja dapat menjimatkan duit, tapi kita boleh mengawal gula, garam dan sebagainya. Sedap-sedap kau masak. Yum yum yum
ReplyDeleteSyukur sangat berjaya tidak ke bazar ramadhan sepanjang bulan puasa ini.. sbb kalau pergi pasti akan terlebih beli hihii.. nafsu berpuasa kan .. masak sendiri juga lebih baik dan sihat .. Aku mmg pandai masak tau hihii
Deletesedap tu ada telur dadar pelengkap kari tu. mantap
ReplyDeleteTelur Dadar adalah menu utama the kids.. sedap makan dgn kari tu :D
DeletePatutlah kalau travel selalu Afif memasak, rupanya memang chef di rumah jugak. Terbaik!
ReplyDeleteSamalah kita, setakat ni belum ke bazar lagi sebab jauh lokasinya. Malas pulak nak keluar jauh time puasa semata-mata nak beli makanan. Makan berdua bukan banyak mana.
Memasak ketika travel itu penting.. sebab nak yg halal dan murah hihii.. dekat rumah suka main main masak jer ..
DeleteKalau dah makan berdua.. bazaar ramadhan pulak jauh... Mmg masak jer la utk Berbuka..
lauk simple tp menyelerakan. entah la..semakin ke penghujung Ramadhan, semakin kurang selera nak makan masa berbuka. byk minum air je..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin 🙏
ReplyDeletesedapnya kari ikan jenahak buka posa
ReplyDeleteOh sana sebut pisang mas juga yaaa. Pisang kesukaan saya, sebab wangi. Setelah pisang mas, baru suka pisang susu.
ReplyDeleteAbang jago masak nampaknya 😄👍👍. Kliatan sedaaap semua. Apalagi kari ikan jenahak tuh 😍😍