Alhamdulillah hampir masuk waktu berbuka untuk hari ke 24 Ramadhan. Syukur target untuk tidak ke bazaar Ramadhan sepanjang bulan puasa kali ini nampaknya akan tercapai. Dan syukur Alhamdulillah setiap hari diberi izin oleh Ilahi untuk masak juadah berbuka buat keluarga tercinta.
Masak setiap hari tapi tak pernah nak update kan. Tengok orang lain update kita pun lama-lama nak share juga la menu yang dimasak hihi.. Untuk menu berbuka hari ini Kari Ikan Jenahak Sekor dan Sayur Campur Isi Udang. Telur Dadar dan Sambal Ikan Bilis Tempoyak. Pemcuci mulut letak pisang jer lah hihii..
Okla Selamat Berbuka pada semua.. 😊
![]() |
Kari Ikan Jenahak Seekor |
![]() |
Sayur Campur Isi Udang |
![]() |
Pisang Emas segar dari Ladang Pak Ngah di Jerantut. |
Update: Waktu sahur kita masak simple-simple sahaja. Hirisan Daging Salai Goreng Light Blackpepper. Sekali dengan Bayam Tumis Ikan Bilis sahaja. Jadilah ada dua menu untuk bersahur. Kalau kat rumah ini mesti masak ada sup sedikit sebab the kids anak ayah ni semua suka sup. So Bayam ni kita lebihkan air.
![]() |
Daging Salai Blackpepper dan Bayam Tumis Ikan Bilis |
Bila dah nak hujung-hujung Ramadhan ni memang sifat malas nak memasak tu akan datang menyerang. Paling malas nak masak adalah menggoreng ikan. So hujung-hujung waktu ni biasa tak ada dah gambar menu ikan goreng.
![]() |
Juadah last sahur di bulan Ramadhan kali ini. |
Last sahur kita masak Kobis Cina Tumis Ikan Bilis letak fish ball bagi budak-budak ceria. Ayam Goreng Serai, Timun potong, Sambal Ikan Bilis Tempoyak tu memang sentiasa ada dalam peti ais. Kadang-kadang sampai 2 -3 jenis sambal aku prepare dalam peti ais. Last sekali Tembikai.
Nak dekat raya ni nampaknya harga buah tembikai jatuh mendadak dari RM3.50 sekilo jatuh sampai RM0.80 sekilo. Terus beli 2-3 biji sekali beli. Makanlah kami sekeluarga sampai muak hahahaa. Ada orang kata kalau puasa jangan makan Tembikai banyak sangat takut nanti batuk atau sakit tekak. Tapi syukur Alhamdulillah we all just fine.
Samalah kita, sayur campur juga berbuka tadi :)
ReplyDeleteSaya tetiba mengidam sayur campur pulak huhuu...
DeleteWaaa pandainya u masak2 🤩
ReplyDeleteBoleh la sikit sikit.. main campak2 tu... Hihihii
Deletepisang tu sedap... feveret betul kalau buah ni :D :D
ReplyDeleteSatu sikat pisang tu kalau anak2 makan sekali hadap jer huhuu..
DeleteWow..Sedap menu2 nih =)
ReplyDeleteKita pun tgk menu org tu yg masak menu ini hihii
DeleteAlaaa... Sikit nau pisang tu... comel sangat!
ReplyDeleteBanyak yg dihabiskan oleh si kecik dua org yg tak puasa tu hahahaa. :D
DeleteKari ikan jenahak, sedapnya. Sayur campur memang ngam sekali dengan Kari.
ReplyDeleteMasak lauk jgn banyak2.. nanti susah nak makan gitu.. buat dua jenis jer.. Alhamdulillah mmg ngam.. :D
DeletePisang emas sedap juga makan saje dan sedap juga buat cekodok.
ReplyDeleteBetul makan saja pun dah sedap.. ini pakcik wife yg duduk jerantut tu yg tanam.. gemuk2 pisang dia .. :D
Deletemak2 ni suka update menu..senang nk refer menu apa yg dh masak hehe...kari ikan jenahak sedapmtu..aritu opismate masak bw ke opis ..mkn2 sebelum ramadhan
ReplyDeleteIkan ni beli sebelum puasa dan telah dilupakan dlm frozen. Tiba2 terjumpa terus dikorbankan menjadi kari hihiii.. Alhamdulillah best mkn2 di ofis sblm puasa :D
Deletewaahhhh sedapnya kari ikan jenahak & sayur campur!
ReplyDeleteAna lah slh sorang yg suka update menu iftar hehehe
Aah betul la tu.. buka blog dia penuh makanan.. mencabar nak baca waktu puasa ni hahaha... Thanks resepi ayam belengas tu.. nanti kita nak buat juga lah :D
DeleteSyabas sebab target untuk tidak ke bazaar tercapai. Kadang-kala masak sendiri bukan sahaja dapat menjimatkan duit, tapi kita boleh mengawal gula, garam dan sebagainya. Sedap-sedap kau masak. Yum yum yum
ReplyDeleteSyukur sangat berjaya tidak ke bazar ramadhan sepanjang bulan puasa ini.. sbb kalau pergi pasti akan terlebih beli hihii.. nafsu berpuasa kan .. masak sendiri juga lebih baik dan sihat .. Aku mmg pandai masak tau hihii
Deletesedap tu ada telur dadar pelengkap kari tu. mantap
ReplyDeleteTelur Dadar adalah menu utama the kids.. sedap makan dgn kari tu :D
DeletePatutlah kalau travel selalu Afif memasak, rupanya memang chef di rumah jugak. Terbaik!
ReplyDeleteSamalah kita, setakat ni belum ke bazar lagi sebab jauh lokasinya. Malas pulak nak keluar jauh time puasa semata-mata nak beli makanan. Makan berdua bukan banyak mana.
Memasak ketika travel itu penting.. sebab nak yg halal dan murah hihii.. dekat rumah suka main main masak jer ..
DeleteKalau dah makan berdua.. bazaar ramadhan pulak jauh... Mmg masak jer la utk Berbuka..
lauk simple tp menyelerakan. entah la..semakin ke penghujung Ramadhan, semakin kurang selera nak makan masa berbuka. byk minum air je..
ReplyDeleteBetul tu bila dah nak hujung ramadhan ni dah kurang dah nak masak itu ini.. rasa mcm nak order jer huhuu.. but alhamdulillah masih lagi ada semangat nak masak hari2.. :D
DeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin 🙏
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga buat Tuan Ren.. Smeoga sihat sentiasa.. :D
Deletesedapnya kari ikan jenahak buka posa
ReplyDeleteBila rajin menariklah kelibat juadah berbuka.. bila tak rajin goreng telur jer hahahah :D
DeleteOh sana sebut pisang mas juga yaaa. Pisang kesukaan saya, sebab wangi. Setelah pisang mas, baru suka pisang susu.
ReplyDeleteAbang jago masak nampaknya 😄👍👍. Kliatan sedaaap semua. Apalagi kari ikan jenahak tuh 😍😍
Pisang Emas ini mmg antara yg paling diminati.. tidak besar dan rasa nya yg manis dan enak..
DeleteEh tidaklah jago masak.. boleh la sikit2 nak pegang senduk kuali tu hihii.. masih byk yg perlu dipelajari.. :D