Tuesday, 25 March 2025

Menu Berbuka Puasa 24 Ramadhan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Alhamdulillah hampir masuk waktu berbuka untuk hari ke 24 Ramadhan. Syukur target untuk tidak ke bazaar Ramadhan sepanjang bulan puasa kali ini nampaknya akan tercapai. Dan syukur Alhamdulillah setiap hari diberi izin oleh Ilahi untuk masak juadah berbuka buat keluarga tercinta.

Masak setiap hari tapi tak pernah nak update kan. Tengok orang lain update kita pun lama-lama nak share juga la menu yang dimasak hihi.. Untuk menu berbuka hari ini Kari Ikan Jenahak Sekor dan Sayur Campur Isi Udang. Telur Dadar dan Sambal Ikan Bilis Tempoyak. Pemcuci mulut letak pisang jer lah hihii.. 

Okla Selamat Berbuka pada semua.. 😊 

Kari Ikan Jenahak Seekor
Sayur Campur Isi Udang
Pisang Emas segar dari Ladang Pak Ngah di Jerantut.

Update: Waktu sahur kita masak simple-simple sahaja. Hirisan Daging Salai Goreng Light Blackpepper. Sekali dengan Bayam Tumis Ikan Bilis sahaja. Jadilah ada dua menu untuk bersahur. Kalau kat rumah ini mesti masak ada sup sedikit sebab the kids anak ayah ni semua suka sup. So Bayam ni kita lebihkan air.

Daging Salai Blackpepper dan Bayam Tumis Ikan Bilis 

Bila dah nak hujung-hujung Ramadhan ni memang sifat malas nak memasak tu akan datang menyerang. Paling malas nak masak adalah menggoreng ikan. So hujung-hujung waktu ni biasa tak ada dah gambar menu ikan goreng. 

Juadah last sahur di bulan Ramadhan kali ini. 

Last sahur kita masak Kobis Cina Tumis Ikan Bilis letak fish ball bagi budak-budak ceria. Ayam Goreng Serai, Timun potong, Sambal Ikan Bilis Tempoyak tu memang sentiasa ada dalam peti ais. Kadang-kadang sampai 2 -3 jenis sambal aku prepare dalam peti ais. Last sekali Tembikai.

Nak dekat raya ni nampaknya harga buah tembikai jatuh mendadak dari RM3.50 sekilo jatuh sampai RM0.80 sekilo. Terus beli 2-3 biji sekali beli. Makanlah kami sekeluarga sampai muak hahahaa. Ada orang kata kalau puasa jangan makan Tembikai banyak sangat takut nanti batuk atau sakit tekak. Tapi syukur Alhamdulillah we all just fine. 

32 comments:

  1. Samalah kita, sayur campur juga berbuka tadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tetiba mengidam sayur campur pulak huhuu...

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh la sikit sikit.. main campak2 tu... Hihihii

      Delete
  3. pisang tu sedap... feveret betul kalau buah ni :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu sikat pisang tu kalau anak2 makan sekali hadap jer huhuu..

      Delete
  4. Replies
    1. Kita pun tgk menu org tu yg masak menu ini hihii

      Delete
  5. Alaaa... Sikit nau pisang tu... comel sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yg dihabiskan oleh si kecik dua org yg tak puasa tu hahahaa. :D

      Delete
  6. Kari ikan jenahak, sedapnya. Sayur campur memang ngam sekali dengan Kari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lauk jgn banyak2.. nanti susah nak makan gitu.. buat dua jenis jer.. Alhamdulillah mmg ngam.. :D

      Delete
  7. Pisang emas sedap juga makan saje dan sedap juga buat cekodok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul makan saja pun dah sedap.. ini pakcik wife yg duduk jerantut tu yg tanam.. gemuk2 pisang dia .. :D

      Delete
  8. mak2 ni suka update menu..senang nk refer menu apa yg dh masak hehe...kari ikan jenahak sedapmtu..aritu opismate masak bw ke opis ..mkn2 sebelum ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan ni beli sebelum puasa dan telah dilupakan dlm frozen. Tiba2 terjumpa terus dikorbankan menjadi kari hihiii.. Alhamdulillah best mkn2 di ofis sblm puasa :D

      Delete
  9. waahhhh sedapnya kari ikan jenahak & sayur campur!
    Ana lah slh sorang yg suka update menu iftar hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul la tu.. buka blog dia penuh makanan.. mencabar nak baca waktu puasa ni hahaha... Thanks resepi ayam belengas tu.. nanti kita nak buat juga lah :D

      Delete
  10. Syabas sebab target untuk tidak ke bazaar tercapai. Kadang-kala masak sendiri bukan sahaja dapat menjimatkan duit, tapi kita boleh mengawal gula, garam dan sebagainya. Sedap-sedap kau masak. Yum yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur sangat berjaya tidak ke bazar ramadhan sepanjang bulan puasa ini.. sbb kalau pergi pasti akan terlebih beli hihii.. nafsu berpuasa kan .. masak sendiri juga lebih baik dan sihat .. Aku mmg pandai masak tau hihii

      Delete
  11. sedap tu ada telur dadar pelengkap kari tu. mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur Dadar adalah menu utama the kids.. sedap makan dgn kari tu :D

      Delete
  12. Patutlah kalau travel selalu Afif memasak, rupanya memang chef di rumah jugak. Terbaik!

    Samalah kita, setakat ni belum ke bazar lagi sebab jauh lokasinya. Malas pulak nak keluar jauh time puasa semata-mata nak beli makanan. Makan berdua bukan banyak mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memasak ketika travel itu penting.. sebab nak yg halal dan murah hihii.. dekat rumah suka main main masak jer ..

      Kalau dah makan berdua.. bazaar ramadhan pulak jauh... Mmg masak jer la utk Berbuka..

      Delete
  13. lauk simple tp menyelerakan. entah la..semakin ke penghujung Ramadhan, semakin kurang selera nak makan masa berbuka. byk minum air je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bila dah nak hujung ramadhan ni dah kurang dah nak masak itu ini.. rasa mcm nak order jer huhuu.. but alhamdulillah masih lagi ada semangat nak masak hari2.. :D

      Delete
  14. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin 🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga buat Tuan Ren.. Smeoga sihat sentiasa.. :D

      Delete
  15. sedapnya kari ikan jenahak buka posa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila rajin menariklah kelibat juadah berbuka.. bila tak rajin goreng telur jer hahahah :D

      Delete
  16. Oh sana sebut pisang mas juga yaaa. Pisang kesukaan saya, sebab wangi. Setelah pisang mas, baru suka pisang susu.

    Abang jago masak nampaknya 😄👍👍. Kliatan sedaaap semua. Apalagi kari ikan jenahak tuh 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang Emas ini mmg antara yg paling diminati.. tidak besar dan rasa nya yg manis dan enak..
      Eh tidaklah jago masak.. boleh la sikit2 nak pegang senduk kuali tu hihii.. masih byk yg perlu dipelajari.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...