Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Alhamdulillah selepas melalui semua dugaan dan ujian, akhirnya kami redha dan check in sahaja di Sulton Hostel untuk sepanjang 4 hari kami di Tashkent. Bak kata orang setiap yang berlaku pasti ada hikmah Insyallah.
Di sini suasana lebih ceria dengan penuh aktiviti masyarakat setempat. Somehow kami pejamkan mata dengan masalah accommodation dan kami enjoy the moment sepanjang masa menginap di sini. Buat apa nak stress kan fikiran, lebih baik focus pada next move dalam misi mengembara di bumi yang pernah melahirkan ramai ulama ini.
Bila dapat jer bilik, masing-masing nak mandi, tukar baju dan berehat. Afnan dan affan terus terlelap selepas mandi dan diberi susu. Sambil aku memunggah beg dan menyusun baju dalam almari dan saki baki makanan yang ke di atas meja.
Selepas 2 jam kami berehat aku tanya wife "Nak keluar ke? Sebab nanti malam for sure tak buat apa-apa". Wife kata ikut la lagi pun the kids dah tidur lama, takut malam nanti tidur lewat. Boleh la nak penatkan kids supaya boleh tidur awal.
![]() |
Pasaraya 24 Open. Itulah kot namanya sebab tak jumpa nama lain yang tertera. |
![]() |
Pasaraya yang kemas dan lengkap semua barang dari makanan hingga keperluan diri. |
Lewat petang tu kami keluar berjalan-jalan kawasan sekitar Sulton Hostel. Dan aku rasa satu hikmah besar tak jadi stay di Na Bobura Hostel adalah di sini kawasan lebih meriah dipenuhi kedai runcit, cafe, restoran halal, farmasi, bakery, kedai serbaneka dan pasaraya. Semuanya dalam lingkungan 100 meter sahaja.
Dapatlah kami membeli sedikit keperluan especially makanan. Lagi pun ada dapur yang disediakan di hostel untuk kami memasak. Baki beras masih ada dari Bishkek maka misi mencari sesuatu untuk dimasak sebagai lauk makan malam nanti.
![]() |
Banyak benda yang kena cukai dengan the kids setiap kali ke sini. |
![]() |
Beli roti di sini lebih murah berbanding dengan tempat lain. |
![]() |
Bila travel ni memang akan amik gambar di mana jua. Lagi-lagi seorang blogger hihii. |
Somehow aku rasa kalau korang tak kesah pasal keadaan accommodation yang bertaraf 1 bintang atau yang mahukan harga penginapan yang budget. Aku suggest korang stay di Sulton Hostel. Sebab lokasi ia sangatlah convenience. Berbanding dengan Na Bobura Hostel yang tiada ada di sekeliling dan hanya terdapat satu cafe sahaja.
![]() |
Beruniy Somsa - Bakery yang terletak berhampiran hostel. |
Di antara Sulton Hostel dengan Pasaraya 24 Open terdapat dua buah kedai runcit, satu farmasi dan satu kedai roti atau aku boleh kata kilang roti sebab dari pagi sampai ke petang tak berhenti membakar roti dan orang yang datang membeli sekeping dua atau sebuku roti tapi berpeket-peket banyaknya.
Kami cuba juga nak membeli roti yang dibuat dan kelihatan terdapat pelbagai jenis berdasarkan perbezaan bentuk. Namun masalah bahasa menyukarkan kami untuk membeli dan akhirnya kami berlalu meninggalkan sahaja disebabkan owner kelihatan tidak begitu melayan kami kerana sibuk membakar roti dalam ketuhar api.
![]() |
Gulyar Market berada bersebelahan dengan Sulton Hostel. |
![]() |
Dan Rakaat Market bersebelahan Gulyar Market. |
Selesai survey kawasan sekitar dan membeli di keperluan Pasaraya 24 open. Kami pulang ke hostel dan meletakan barang dan kemudian bersiap-siap untuk ke masjid. Sebab tadi waktu asar kami boleh dengar azan yang begitu jelas.
Mestilah masjid tidak begitu jauh kalau azan boleh didengari. Berpandukan direction oleh pemuda di reception. Kami berjalan kaki hampir 500 meter ke arah masjid. Dari kejauhan boleh dilihat menara masjid yang tinggi dan bercahaya.
![]() |
Berjalan hampir 500 meter untuk ke Rakat Jami Masjid dari Sulton Hostel. |
Masjid yang sangat besar, cantik dan mewah. Even dah sampai pintu masjid kita masih lagi perlu berjalan jauh untuk menuju ke saf hadapan menyertai solat jemaah. Dan masjid ini ada menyediakan ruang untuk kaum wanita bersolat tidak seperti kebanyakan masjid di sini yang bermazhab hanafi yang tidak menyediakan ruang untuk muslimat.
![]() |
![]() |
Terletak di 20 Abdulla Avloniy Street, Tashkent. Rakat Jami Mosque ini adalah antara salah satu masjid yang baru dan tercantik di Tashkent. Dibina pada tahun 2019 dan siap pada 2022. Dibuka pada bulan Ramadhan di tahun berikutnya.
Kelainan masjid ini dengan masjid-masjid besar yang lain adalah ia terletak di dalam kawasan perumahan awam. Tidak seperti masjid-masjid besar yang lain yang kebanyakan terletak di kawasan tarikan pelancong dan kawasan yang terbuka luas dan agak jauh dari kawasan perumahan. Masjid in boleh memuatkan lebih 8000 orang jemaah dalam satu masa.
![]() |
![]() |
![]() |
Salah seorang yang memakai serban itu tadi adalah iman solat maghrib tadi. |
Pengalaman solat berjemaah di sini memang berlainan dari di Malaysia. Selepas solat ada zikir tapi tidaklah banyak atau sepanjang zikir selepas solat di Malaysia. Dan zikir di sini tidak dibaca dengan kuat bersama-sama para makmum. Lebih kepada hanya di guide sebutan utama oleh imam dan kemudian diam seketika.
Dan di sini majoriti bermazhab Sunni atau Ahli Sunnah Wal Jamaah dari ajaran Imam Abu Hanifah atau lebih dikenali sebagai Mazhab Hanafi. By the way ada juga masjid yang dipegang oleh yang bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah dan Wahabi tapi dalam lingkungan yang amat sedikit.
Bersambung Uzbekistan Part 6 : (Under Construction)
Nanti jangan lupa email kat akak nama dan alamat serta no phone ye. Tahniah
ReplyDeleteEh ada menang pape ke hihii alhamdulillah terima kasih.. nanti kita emailkan detail yer ... :D
Deletenampak luar masjid pun dah cantik apatah lagi keadaan di dalam masjid...memang tenang je rasa
ReplyDeleteMasjid di Tashkent semuanya besar, cantik di luar dan juga design dalaman nya. Dan yang lebih menakjubkan ialah masjid di sana semua nya nampak mewah.
Deletememang pengalaman yg sgt berharga bila dpt travel bermusafir di negara org. gmbr2 kat entries ni semua nampak indah :) hahah lucu plak nama kedai 24 open tu
ReplyDeleteMungkin sbb english adalah bahasa yg jarang2 ditemui.. Maka 24 Open tu dah kira hebat kot hahaha.. alhamdulillah pengalaman indah stay di Sulton Hostel.. π
DeleteAgaknya inilah hikmahnya ye, Allah tempatkan di kawasan yg lebih happening... Paling best dapat ke masjid ni ... Lawa sungguh masjid ni.
ReplyDeleteSolid for snow and storms. Tough, reliable, a bit heavy.
ReplyDeleteAll Weather Camping Tents
Subahanallah..masjid tu sangat unuk kelihatan, cantik sekali rumah Allah..bertuah dapat travel
ReplyDelete