Friday, 21 November 2025

Maldives Part 6 : Pulau Maafushi - Destinasi Murah Untuk Trip DIY Backpackers

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selepas pulang dari trip Nurse Shark, kami spend time di bilik hotel sahaja sebab wife pun tak sihat sangat dek kerana kesan mabuk laut sampai muntah ke laut bagi ikan makan free hihii.. Memang balik hotel terus lena tak sedar diri πŸ˜…

Sambil aku prepare makanan dari bekalan yang dibawa. Sempat aku basuh pakaian alang-alang ada bilik air besar dan balkoni yang sesuai untuk menyidai pakaian. Dan suhu di sini memang agak panas insyallah pakaian nak kering tu tak ambil masa yang lama (if tak hujan). Somehow di sini semua aktiviti air confirm kena sidai baju.

Jalan yang kami lalui untuk pulang ke Whiteshell Hotel dipenuhi dengan kedai-kedai.
Restaurant, souvenir shop, dive center dan kedai yang menjual package aktiviti di pulau ini.
Aku kejut wife masa nak masuk waktu maghrib dan nampak macam dah sihat. Selesai makan kami turun untuk berjalan-jalan area berdekatan hotel. Dari pandangan aku kalau nak stay di Maafushi make sure stay area berdekatan jeti dan ke arah utara pulau. 

Boleh menyewa peralatan snorkeling untuk aktiviti air disekitar pantai Pulau Maafushi ini.
Basikal untuk di sewa tapi pulau ini terlalu kecil boleh keliling kurang satu jam.
Sebab dari jeti ke arah selatan pulau tak banyak attraction, yang ada cuma beberapa buah hotel dan restoran berhadapan dengan laut. Dan untuk mandi pantai hanya di area utara pulau samada depan atau belakang. Dan bahagian selatan pulau lebih kepada kawasan industri, perkampungan dan terdapat sebuah penjara yang besar.

Pemandangan jalan yang bersih di Pulau Maafushi ini.
Antara bangunan tinggi yang bakal siap menjadi sebuah hotel yang mewah.
Banyak attraction yang terletak di bahagian utara pulau.
Dan hotel yang murah kebiasaannya terletak di tengah pulau seperti hotel kami yang tidak menghadap laut. Dan jika ke arah selatan hotel yang tidak menghadap laut ianya lebih murah sebab agak jauh dengan kebanyakan attraction. But for keselesaan better not to stay di bahagian selatan pulau. Sebab terlalu sunyi especially ketika bukan pick season.

Suasana pemandangan pantai di waktu petang di Pulau Maafushi.
Sesi menghabiskan makanan yang dibawa ke Maldives.
Beli nasi kosong di restaurant biasa dan makan dengan lauk dari Jasmani ni.
Supermarket, convenience store, souvenir shop, restoran, dive center, booth yang menjual pelbagai package juga boleh dikatakan semuanya terletak di bahagia utara pulau. Dan keriuhan tourist juga hanya di bahagian utara. Ini termasuklah kedai untuk kita sewa basikal atau peralatan snorkeling juga banyak di bahagian utara.

Maafushi Prison yang terletak di bahagian paling selatan pulau.
Untuk safety insyallah memang selamat di seluruh Maldives tak hanya di Maafushi dan Male. Namun untuk berjaga-jaga dan precaution pada setiap masa di mana-mana jua amatlah digalakkan ketika mengembara. Dan terdapat 5 buah masjid yang aku jumpa di seluruh pulau termasuk sebuah masjid yang dekat dengan Maasfushi Prison. 

Nice place untuk duduk lepak-lepak. Dan makanan di sini juga adalah Halal.
Suasana di dalam restaurant yang bersih dan kemas. Jangan lupa buka kasut ya.
Ketika kami berjalan-jalan sempat juga bertanya dengan company speed boat yang memberi khidmat ke pelbagai destinasi di Maldives. Dan harga ke Male adalah USD25.00 per person dan untuk hari jumaat tidak ada banyak trip yang disediakan malah Public Ferry langsung tidak beroperasi. Terus kami beli 4 tiket takut tersadai tak ada bot nak balik Male.

Suka dengan decoration di dalam restaurant ini. Macam unsur wild dan nature gitu.
Masa ni wife kata dia sanggup bayar USD25 tu dari naik ferry yang slow USD2.00 tu hahaha. Azab sungguh menahan mabuk laut katanya πŸ˜…. Bila dah penat berjalan melihat suasana malam di sekitar pulau maka kami decide untuk pulang ke hotel dan masih memikirkan apa aktiviti untuk pagi esok. 

Mungkin nama dia - Moist Chocolate Cake in Claypot with ice cream survive.

Walau dah lewat malam tapi suasana masih meriah dengan banyak restoran dan kedai yang masih dibuka sambil kelihatan tourist yang boleh dilihat berjalan-jalan di setiap lorong dan jalan. Dan ketika kami sampai di depan hotel Cikgu Hani kata restoran depan hotel ni jual makanan apa dan halal ke? Terus aku tanya Ust Anas nak duduk minum dulu ke?

Ice Lemon Tea, Strawberry Smoothie Frape & Cappuccino Ice.
Antara menu yang kami order di sini fruit ice cream waffle & Moist Chocolate Cake.
Tak fikir panjang terus kami masuk dan aku kata ni takut jadi macam kes semalam nak duduk sekali terus dinner πŸ˜…. Tapi wife kata tak akan la sebab dah makan tadi ni memang nak duduk minum-minum jer. Self Reward penting kata wife selepas bertarung dengan mabuk laut seharian tadi. πŸ˜…

Masa ni tengah buat kira-kira nak bayar guna USD atau MVR.

Maka masuklah kami ke MALADIWA Beach & Spa Restaurant. Yang menarik nak masuk restaurant kena buka kasut ya. Mungkin nak jaga kebersihan sebab pasir pantai yang memenuhi jalan di luar. Dan tahu semua mesti pakai selipar. Okay no issue.. kita pun masuk dan duduk sambil membaca menu yang diberi.

My first word "Serious la.. ini T20 punya tempat.. harga tak marhain sungguh πŸ˜‚".. Itulah mengada pi masuk kan hahaha.. Bil yang kami kena termasuklah segala macam cukai adalah MVR440.00 bersamaan dengan RM118.00. Means seorang lebih kurang RM30.00 untuk moreh malam ini. Harga sama macam lepak cafe hipster di Kuala Lumpur. 
 
Bersambung Maldives Part 7 : (Under Construction)

33 comments:

  1. Cie dulu pernah kena mabuk darat. Pun teruk jugak siap kena inject. Pergi dengan team medic memang terus kena inject melepek tidur sampai ke pagi. Masa tu kami ke Pulau Kapas ada program hospital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah takut juga wife sakit sbb mabuk laut ni berpanjangan.. sbb di Maldives mmg naik bot sahaja utk ke mana mana huhuu..Nasib RC pergi dgn geng hospital..ada la yg boleh tolong ..

      Delete
  2. RM118 tu pejam mata je lah.. bukan tiap² bulan ke Maldives (ayat sedapkan hati😁)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab malam sebelum tu dah terbang makan lobster seafood bagai hahaha.. kalau tiap2 malam tak jadi la trip budget hahaha.. πŸ˜…

      Delete
  3. Kafe hipster dekat mana² pun mahal kan... Takpelah, sekali sekala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel trip budget kena berpada pada berbelanja hahaha.. sbb mlm sblm ti dah makan seafood huhuhu.. πŸ˜…

      Delete
  4. RM118 utk 4 org tu ok laaa sbb tmpt tourist kan..suspens jap mula2 baca ingatkan RM118 utk for each person hehehe memang seksa kalau kena mabuk laut..mesti hilang mood jdnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uuishh kalau seorang harga tu mmg tak tidur hotel dah hahaha.. tumpang masjid hihii.. Siapa yg mabuk laut mmg seksa bila kena time travel kan.. huhuu

      Delete
  5. Most of my friend yang ke Maldives secara diy mmg akan pergi ke Maafushi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafushi mmg famous among the traveller DIY ke Maldives dan sgt mudah utk ke sana berbanding pulau awam yg lain.

      Delete
  6. Syukurlah cepat sihat.Risau juga kalau travel ni kurang sihat. Macam seronok jugak kalau dapat berbasikal pusing-pusing sekitarnya.Senang juga cari makanan halal di sana. Jarang ada resto yang kena buka kasut. Tapi okaylah bersih yang risaunya kalau kasut hilang. huhu...
    Boleh tahan juga harganya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib la mabuk laut tu tak berpanjangan.. makan ubat dan terus tidur.. bila bangkit lega sudah alhamdulillah.. Di Maldives mmg senang cari mknn halal.. masa letak kasut kat luar tu tak terfikir pulak org curi hihii.. πŸ˜…

      Delete
  7. maldives ni mmg dah lama ada dlm list...
    tp tu laa plan je
    perginya entah bila
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah pasang niat.. dari niat dtg angan angan.. lepas tu jadi lah kenyataan ..gitu hihii πŸ˜…πŸ‘πŸ»

      Delete
  8. kalau 5 hari 4 malam cukup ke bercuti kat sini?
    ke kena tambah lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 4 -5 hari cukup untuk trip diy budget .. boleh pergi maafushi, gulhi, male dan vilinggili islands. Lama-lama pun nak buat apa kat sana hahaha :D

      Delete
  9. Cantiknyerr maldivess.. enjoy tuu walopon mabuk laut 😜😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjoy tetap enjoy walau mabuk laut kan hahahaa.. rugi la kalau tak enjoy :D

      Delete
  10. Alhamdulillah isteri Afif cepat sihat.
    Bagus juga restoran kena bukak kasut, kebersihan terjamin.
    Pasal harga tu, emm..lebih kurang jelah kalau makan di kafe hipster Perlis harganya pun boleh tahan πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila buka kasut tu okla selesa sebab dalam pun mcm ada carpet .. apa pun deco dalaman tempat makan ni memang cantik .. dtg minum minum santai mmg ok sgt.. perlis dah makin maju skrg ni hahahaa :D

      Delete
  11. Mabuk laut saat wisata memang tak enak, jadi tidak puas rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya..kalau mabuk laut saat wisata mmg tidak enak.. harus sedia kan ubat mabuk kalau dtg ke Maldives.. mmg akan naik bot sahaja setiap hari gitu..

      Delete
  12. sedap lagi vadey depan rumah aritu nyesal tak beli bungkus bebanyak #eh
    tak pe mahal moreh tu , bukan selalu pi sana pun...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. patut beli bebanyak sbb dia tetap sedap kalau dah sejuk pun hihii.. next time dtg lagi.. Tak leh tak pe.. kempis wallet nanti hahaha.. πŸ˜…

      Delete
  13. Saya dah buat akhirnya ITIN ke Maldives ini. Sebagian dari referensi tempat2 yg Abang kunjungi. Tp sebagian Krn ada pulau yg memang jauh akan kami datangi, JD itinnya kebanyakan santai di pulau lah πŸ˜„.

    Kemarin tuh sempat buka nama hotel yg Abang stay, tp mahal sangat harganya. 2 malam mencecah Rp6juta something.

    Akhirnya saya cari penginapan lain untuk di maafushi. Rahendhi villa. Budget masuk buat kami berdua, jadi book terus 🀭.

    Utk boat ke male, saya dan teman juga dah sepakat, naik yg private boat saja. Biarkan mahal, asal cepat sampai πŸ˜‚. Sakit kepala saya kalau mabuk laut lama.

    Cantik2 lah cafe di sana agaknya. Sukaaa saya. Dan unik Krn harus buka sepatu. Nanti nak coba banyak kafe lah di sana πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ada banyak pulau di Maldives. Bergantung ke mana yg kita tuju.. Saya hanya mampu jejak kan kaki ke 7 buah pulau sahaja.. udah kalau ke maldives mmg acara aktiviti nya pantai dan laut.. kalau boleh dive lebih asyik :D

      Delete
    2. Mungkin waktu saya book hotel ini ada discount yg tertera di Agoda.. Kalau 6 juta itu mahal bangat lah.. Kalau udah yang ada beri harga budget teruskan aja.. moga moga aman dan santai hotelnya.. oh ya byk cafe di sana harus cuba semuanya gitu :D

      Delete
  14. Kat sini permandangan paling indah mesti lautnya kan....cantik sungguh la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul laut pantai dan pulau semua nya indah.. bersih dan air yg jernih.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  15. Baru tahu belah selatan tak ada attraction. semuanya di Utara pulau.
    Mudah la nak cari makanan halal sebab negara Islam.

    Tak sampai lg tp ada souvenir Maldives dr adik ipar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul area selatan pulau lebih kepada perkampungan dan penjara yg besar..
      Makanan insyallah mudah nak cari.. Namun ada kedai declare halal tpi serve arak..
      Insyallah nanti smpai la tu sy doakan.. boleh ambil pengalaman adik ipar tu..

      Delete
  16. harga food tu utk dessert je agak mahal lah jugak, padahal order 2 jenis je pun. tapi dah tempat tourist, pejam mata je bayar ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah menggatal masuk kan.. pastu lupa kat Maldives ni semua ada tax hahaha.. bila nak bayar terkebil kebil.. nama pun travel DIY budget sangat hahaha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...