Tuesday, 14 July 2026

Istanbul Part 7 : Sokollu Mehmed Pasha Mosque - Kadirga Limani Street Night Walk

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Di Saraybunur Hill aku duduk sambil memerhati pemandangan di saat matahari kian melabuhkan tirai. Namun aktiviti manusia di sini bagaikan tidak menghiraukan kewujudan matahari yang semakin menghilangkan diri di kejauhan ufuk.

Pemandangan menghadap ke arah Taksim dan Dolmabahçe Palace.
Ada yang masih menunggu ikan menyambar umpan dari batang joran yang dipacak. Ada berjalan tanpa menghirau apa jua aktiviti manusia di sekeliling. Dan ketika ini Abg N, Kak D dan Syakirin mula mengatur langkah untuk pulang ke hotel dan terus aku berkata "Pulanglah dulu.. Nanti saya balik sendiri ke hotel..". 

Suka melihat orang-orang tempatan memancing ikan di sini.
Sebuah kapal cruise melintasi di hadapan kami.
Kalau pilih package tour cruise yang mahal boleh la nak naik kapal ni.
Terasa rugi kalau balik ke hotel sekarang sebab suasana malam pasti memberi pengalaman yang berbeza walau di tempat yang sama kami jejaki tadi. Aku mula berjalan menyusuri tepi laut menghala ke arah hotel dan bila aku check google map, jauhnya keberadaan aku sehingga ia memakan masa satu jam berjalan untuk pulang ke hotel. 

Layan feeling seorang diri di sini sambil air laut yang bergelora seperti di hati.
Minta izin dulu untuk ambil gambar hasil tangkapan para pemancing di sini.
Kak D, Ust Syakirin dan Abg N sebelum mereka naik teksi balik ke hotel.
Dari Sarayburnu Hill kami berjalan ke arah kanan melayan angin laut.
Kurang dari sejam aku berjaya sampai di kawasan berdekatan hotel. Terasa kepenatan yang teramat sebab baru pagi tadi sampai Istanbul dari Romania. Apa pun aku nak balik mandi sekejap sebelum keluar semula untuk solat di salah satu masjid berdekatan dengan hotel. Blue Mosque tu pergi sekali cukup la sebab terlalu besar nak berjalan di dalamnya 😅.

Pemandangan ke arah bahagian Istanbul Asia - Yang tinggi tu Menara Çamlıca.
Agak susah nak mencari jalan ke arah masjid walau kita boleh dengar azan yang datang dari menara masjid. Terasa dekat tapi dengan laluan jalan yang sempit dan padat dicampur pula dengan suasana malam menjadi agak mencabar untuk jumpa pintu masuk masjid. Dan akhirnya aku jumpa juga entrance ke Sokollu Mehmet Paşa Camii.

Meredah jalan seorang diri untuk balik ke Ancient Town Hotel.
Pemandangan di kawasan perumahan warga tempatan.
Dibina oleh Wazir Agung Sokollu Mehmed Pasha dan isterinya Ismihan Sultan pada hujung kurun ke-15. Dilahirkan pada 1505M di Herzegovina dalam keluarga Orthodox Christian yang pada ketika itu berada di bawah Empire Serbia.

Lorong atau jalan untuk masuk ke Sokollu Mehmed Pasha Mosque.
Memeluk islam ketika menjadi "Blood Tax" sama seperti kisah King Vlad Dracula dan adik beliau (Boleh Klik Sini Untuk Baca). Memulakan perkhidmatan sebagai Tentera Elite Janissary Ottomaniyah. Kemudian dilantik sebagai High Admiral of the Fleet (1543-1546M) dan sebagai General Governorof Rumelia (1551-1555M) di bawah Sultan Suleiman the Magnificent. 

Pemandangan di waktu siang. Rupanya di sebelah kanan adalah kawasan kubur.
Kubur-kubur yang telah berusia ratusan tahun lamanya.
Beliau berkhidmat di bawah 2 pemerintahan Khalifah lain iaitu Sultan Selim II (1566-1574M) anak kepada Sultan Suleiman the Magnificent dan Sultan Murad III (1574-1595M). Terlibat dalam Battle of Mohács 1526M yang menyaksikan kekalahan Kingdam of Hungary dan terbunuhnya King Loius II (1506-1526M) sehingga jatuh dan terkuburnya Dinasti Jagiellonia.

Selamat datang ke Sokollu Mehmed Pasha Camii. Masjid berusia lebih 400 tahun  
Ada nampak sedikit persamaan dengan Blue Mosque cuma beza 
Lebih 24,000 tentera Hungary terbunuh, 10,000 tentera ditawan dan hampir 2,000 dihukum mati. Dengan kemenangan itu Ottomaniyah memerintah Hungary yang berpusat di Budapest selama lebih 150 tahun yang berakhir pada 1699M. 

Pakatan tentera yang sangat besar iaitu dari Poland-Lithuania Commonwealth, sebahagian kerajaan kecil Hungary, The Holy Roman dari Italy dan Catholic Monarchy dari Spain yang mengumpulkan lebih 300-500,000 tentera mengalahkan pemerintahan Ottoman di Budapest dan pada 1718M Ottoman hilang keseluruhan pegangan ke atas Hungary.

Suasana ketika solat subuh hari terakhir aku di Istanbul.
Sokollu Mehmed Pasha dilantik menjadi High Admiral of The Ottoman Navy Fleet selepas kematian Hayreddin Barbarossa (1483-1546M) di Constantinople. Beliau mengukuhkan kedudukan Ottoman Navy Fleet di Mediterranean Sea dan Red Sea. 

Membina lebih banyak pangkalan Navy yang juga menyimpan senjata, peralatan dan keperluan serta baik pulih kapal Navy supaya tidak bergantung sepenuhnya gudang simpanan dan baik pulih kapal di Istanbul. Beliau meninggal pada tahun 1579M dibunuh oleh Ejen Hashshashin dari Persian kerana beliau mengusulkan perang terhadap Persia pada ketika itu.

Itulah sedikit maklumat yang dapat aku kongsikan tentang siapakah insan di sebalik nama masjid ini. Jika dah datang ke blog yang tuan empunya blog amat menyukai sejarah maka kenalah baca hihii.. Ada banyak lagi yang aku nak share sebab insan ini terlalu hebat dalam tulisan sejarah. Tapi korang boleh la search sendiri kalau berminat 😉.

Jom pekena sup dengan roti. Time tengah sejuk makan memang layan.. 😉
Okay sambung cerita - Selesai solat Isya' terus aku merayau ke kawasan sekitar, berjalan di Kadirga Limani Street yang agak meriah dengan suasana lampu mostly dari kedai makan dan kedai souvenir yang dipenuhi dengan para pelancong. Disebabkan cuaca yang sejuk aku memilih untuk masuk ke salah satu restoran untuk menghirup sup panas.

Dan ketika tengah layan menghirup sup sampai menjamah sekeping roti, tiba-tiba Kak D whatsapp tanya aku kat mana sebab mereka dah lapar nak makan malam. Terus aku inform cuba datang ke arah Kadirga Limani Street dan tak lama selepas itu Kak D dengan Abg N pun sampai dan berkata "Syakirin tak nak keluar tak lapar katanya..".

Bersambung Istanbul Part 7 : Visit Galata Tower Free Entrance On Tourism Week Celebration (Under Construction)

2 comments:

  1. Struktur bangunan begitu unik dan menarik sekali, indahnya solat ..nyaman rasanya..

    ReplyDelete
  2. berjalan tepi pantai, sedar sedar dah jauh dari hotel.. mesti asyik sungguh menikmati pemandangan tempat org tu.. nak plak kena angin pantai..syahdu jerr rasa

    ReplyDelete