Wednesday, 25 December 2013

Jelajah Miri Part 3 : Gua Niah - Pekan Batu Niah ke Bandar Miri

Sambungan Dari : Jelajah Miri Part 2 : Gua Niah - Taman Negara Niah dan
Jelajah Miri Part 1 : Trip 23 Days In Borneo Bermula Di Lalapan Restoran Muara 


Assalamualaikum..

Kita masih lagi berada di Niah.. untuk pengetahuan anda.. sebenar nya ada banyak lagi attraction selain nama Gua Niah itu sendiri.. ada banyak trail jungle trekking yang lain.. Seperti trail ke Bukit Kasut, Painted Cave, Great Cave etc.. dan banyak lagi gua yang ada di sekitar Niah National Park.. sebab dalam entry lepas aku ada bagi cadangan jika mahu datang mengunjung dan ingin membuat sebanyak aktiviti yang mampu sila la menginap di kawasan sekitar ini..

Dan tak perlu risau sebab ada banyak accommodation kat area sini.. even Niah National Park pun ada lodge dan hostel untuk bermalam.. ada ada juga hotel murah, hostel dan lodge persendirian yang anda boleh sewa.. Homestay ala rumah panjang pun ada - The Iban Longhouse Village of Rumah Patrick Libau.. 



Antara Hidupan Yang Menambahkan lagi 
Kecantikan Di Taman Negara Niah..

#1 : Ini adalah sejenis binatang yang tak suka pergi rumah waktu beraya..
Sebab kaki dia banyak.. kalau nak pakai kasut susah.. mau sampai malam :D
Itu tanda mereka berinteraksi sesama mereka bila berjumpa..

#2 : Yang ini sesiapa yang tahu nama dia boleh comment kat bawah..
Beliau datang dari afrika kata nya.. 

#3 : Ini nama dia Mengkarung kan..?? antara samseng kampung kat sini..

#4 : Yang ni pun aku tak tahu nama dia..
Kata nyer dah sebulan jalan nak pi Gua Niah.. tak sampai-sampai..
" Kenapa mamat ni amik gambar aku.. AES ke.. rasa dah cukup slow ni "

#5 : Ini adalah geng mat rempit hutan.. sekali dia lari.. habis hilang dari pandangan..
Zoom sket... pandai pulak ko possing mendada camtu ek..


Ini siput sedang mempromosikan Green Earth
atau Go Green atau juga Green Moon..
#6 : Akulah Green Arrow ..??
#7 : Yang ni paling menarik.. nak jumpa dia memang susah..
Betul-betul di celahan kayu..
Ada sesiapa nampak apa yang aku nampak..??

Antara tempat yang menarik lagi ialah Muzium Arkeologi Niah.. terletak dalam Taman Negara Niah selepas menyeberangi sungai untuk ke Gua Niah.. masuk percuma tapi kene buka kasut dan tidak di benarkan mengambil gambar.. so nasihat dari aku sila la masuk sebelum ke Gua Niah.. sebab nanti dah balik berpeluh memang malas nak buka kasut hahaha.. 

Dan antara yang lain di sini ialah menziarahi rumah panjang di Rumah Panjang Kampung Sungai Tagap.. Ramai orang ke sini hanya mahu melihat keadaan kehidupan rumah panjang.. dan ada juga souvenir yang di jual oleh orang tempatan.. itu pun kalau anda bernasib baik.. sebab mostly jarang sangat mereka berniaga..


Welcome to Niah Archaeology Museum
Ini lah bangunan muzium yang unik - 100% dari kayu..
Memang best jalan kat atas ni bunyi kreuk kreuk kreuk..
Entrance.. free.. tapi sila buka kasut yer.. 
Waktu operasi muzium.. 
Antara ruang di dalam Muzium.. ingat yer tak boleh ambil gambar di dalam  :P

Selepas selesai kami explore Taman Negara Niah.. kami memulakan perjalanan pulang ke Miri.. tapi berhenti seketika di Pekan Batu Niah.. Menunaikan solat di sebuah masjid baru Masjid Al-Jabbar Niah.. lepas solat niat nak cari kedai makan untuk mengisi perut.. tapi tak jadi sebab dengan tak sengaja kami bertiga mengidam nak makan " Durian Kampung Sarawak "..


Singgah di Masjid Al-Jabbar Niah yang tersergam indah :D
Ya Allah moga perjalanan kami selamat..
Baru jer kuar dari Pekan Batu Niah.. Ada kemalangan yang baru terjadi..

Untuk "test" sahaja kami di beri makan sebiji buah durian.. fuh memamg sedap.. memang ramah betul orang kampung di sini..  dah la comel lak tu hahaha..  dari harga RM 10.00 sekilo.. dapat RM 6.00 sekilo.. terus angkut 3 biji yang besar2.. nanti boleh makan sekali dengan housemate Pak Man.. maklum la dah menumpang kena la buat baik  :D


Inilah dia Durian Kampung Sarawak yang sedap tu..

Jagung manis yang murah  tanpa bahan tiruan   :D

Nama dia Emma  Maembong - 20 tahun - single..
Mak dia yang bagitau aku.. macam nak offer.. malu den hahaha.. :P

Ada juga di jual jagung manis yang mereka tanam sendiri.. bila tanya harga jagung yang di ikat 5 biji sekali.. RM 5.00 jer..  terus beli 2 ikat hehee.. dan masa ni juga ada dua lelaki mexican.. tanya nak tumpang balik ke Miri.. aku tanya dengan Lynn ngan Pak Man sebab ni kereta diorang.. aku memang tak kisah.. selepas setuju menumpangkan mereka dengan kereta kancil comel ni.. bergerak la kami berlima ke Miri..


On the way balik.. ada lalu depan Labir Hills National Park..
Aku pun minta la dengan Pak Man berhenti nak amik gambar sat.. 
With traveller from Mexico.. Adakah orang melayu itu memang rendah..
tinggi 174 cm pun tak ada apa bagi mereka..

Dalam perjalanan.. baru aku sedar yang ada durian kat belakang kereta ni.. terfikir sekejap boleh ke mat saleh dua orang ni tahan bau durian.. sekali tak sampai 20 minit perjalanan.. diorang dah pening loya.. siap kupas oren, limau, makan epal nak hilangkan loya.. siap offer kat kitorang hahahaa.. 

Masa nak sampai Miri aku bagitau la ini lah bau dari buah yang di panggil durian.. dan aku offer.. " Do you want to try some?? " terus geling kepala " No.. No thanks.. the smell make me sick and if i eat that i will die.. for sure dude..!! " hahahaa.. tapi yang bagus sifat diorang ni.. mereka tahu adab menumpang.. tak tanya pun bau busuk..  Continue Part 4..

Monday, 23 December 2013

Jelajah Miri Part 2 : Gua Niah - Taman Negara Niah

Sambungan Dari  Jelajah Miri Part 1 : Trip 23 Days in Borneo Bermula di Lalapan Restoran Muara


Assalamualaikum..


Hari kedua aku di Miri adalah hari yang di tunggu2.. Hari ni ikut plan kami bertiga akan ke Gua Niah.. Taman Negara Niah.. aku memang tak malu nak mengaku excited yang teramat.. mana tak nya.. dulu Gua Niah ni hanya di lihat dan di baca dalam buku sekolah rendah jer.. tapi hari ni akan menjadi kenyataan.. di lihat dengan mata sendiri..

Perjalanan dengan kereta sejauh 110 km dari Bandar Miri mengambil masa hampir 2 jam.. Kalau dari Bintulu ke Niah National Park 131 km.. Untuk sampai ke destinasi tidak la begitu susah.. ada banyak signboard ke Niah National Park.. Sebelum sampai anda akan memasuki Pekan Batu Niah.. dan dari situ hanya 3 km untuk sampai ke pintu entrance..


Oh tidak.. makin hampir.. 1.20 km jer lagii..  tak sabar..
Dan akhir nya kami sampai di Taman Negara Niah  :D
Selamat Datang ke.... Taman Negara Niah.. Yaaa hooooo....!!!!

Antara nasihat sebelum masuk Niah National Park.. bawa air mineral secukup nya.. sebab kat dalam memang tiada kedai atau mesin nak beli air minuman.. Kedua mulut jangan celupar sebut buaya.. or " ala.. nak tengok jer buaya tu bukan nak minta yang bukan2 ".. pakcik sampan bagitau aku.. cuba ko guna ayat yang sama tapi buaya tukar dengan hantu.. " ala.. nak tengok jer hantu tu.. bukan nak minta bukan2.." ada berani..?? hehee..


Head Quarters Niah National Park.. 

Kaunter Pendaftaran..  Kaunter Pembayaran..
Ada surau yang amat besar.. untuk muslimim dan muslimat.. 
Terpesona dengan keunikan seni bina rumah kayu melayu.. 

Sarawak National Park Adult Pass - RM 10.00
Kena menyeberangi sungai untuk ke Gua Niah..
Tapi ada buaya-buaya untuk di perhatikan..
Kene bayar RM 1.00 seorang untuk menyeberangi sungai..
Untuk sehala sahaja.. so pergi balik RM2.00..
Posing skettt uncle..!!!  Pakcik ni memang sporting sangat..
Bersama pelancongan suami isteri dari Ireland..
Datang dari jauh semata-mata nak tengok Gua Niah..

Jom Mulakan Perjalanan Ke Gua Niah

Di Larang Memburu.. Membuat unggun api..
Memotong pokok dan bercinta cantun kat dalam hutan..

Ada rumah untuk di sewa..
Seni alam semula jadi di dalam hutan..



R&R.. Ada pondok berehat..
Tapi nampak scary pulak macam dalam cerita hantu Thailand hahaa..
Information about Riverine Forest
Orang asli yang mengutip sarang burung layang2 sebagai pendapatan mereka..
Antara pemandangan indah yang memukau seketika..
Jangan di sangka air yang tenang tiada penghuninya  :P







Nasihat ketiga sila gunakan kasut untuk outdoor activity.. sebab trek memang agak licin.. berlumut pun ada.. senang terjatuh.. aku terjatuh sekali.. alhamdulillah nasib tak masuk gaung.. :P  Dan Ke - 4 sila datang seawal pagi.. Bagi yang suka ambil gambar tu.. 4-5 jam pun tak cukup.. dah la perjalanan jauh dari Miri.. kalau yang plan stay over night di chalet berdekatan itu memang terbaik la..


Akhirnya Kami Sampai Di Gua Niah..
Jom Menikmati Keindahan Alam semula Jadi









Dan di nasihatkan juga untuk bawa tuala atau kain tutup hidung.. Kerana di dalam gua bagi yang tak biasa dengan bau tahi kelawar dan burung layang2 mungkin boleh meloyakan, muntah dan pening kepala.. silap2 boleh pengsan apatah lagi setelah penat berjalan di atas trek sejauh lebih 3 km ke Gua Niah..

Selain dari itu.. bawa la baju hujan or payung untuk mengelak hujan.. touch light or head lamp di perlukan pada ketika keadaan di dalam gua yang agak gelap.. boleh juga di sewa RM 10.00 di Head Quarters.. nyamuk macam tak ada sangat so kalau nak bawa mosquito repellent pun boleh.. dan terakhir bawa duit nak bayar entrance hahaha.. :P



Contoh model kain tutup hidung
untuk elak bau tahi kelawar yang terlalu kuat


Ada gaya macam dalam movie Mr and Mrs Smith tak??? hahahaa..  :P

Fakta Gua Niah - Taman Negara Niah

Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 110 kilometer atau 1-2 jam dari Miri, Sarawak gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.

Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai temburu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. 

Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit Batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.


Beliau berkerja sebagai security guard di sini..
Jangan risau keselamatan anda terjamin :D
Meninggalkan trek kayu pejalanan kaki.. 

Trail ke Bukit Kasut.. Anggaran 2 jam 15 minit untuk sampai ke destinasi..
Memang aku rasa rugi tak dapat terokai banyak aktiviti kat tempat ni..
So make sure kalau korang bukan sekadar nak tengok gua.. sila la bermalam di chalet.. boleh buat banyak aktiviti..


Ini lah dedaunan yang keguguran Nan Kerapuhan..
" Journey with thousand miles.. Start with a single step.."
Other Information

Niah’s importance was first realized in 1957. The curator of the Sarawak Museum, Tom Harrison, led an archaeological dig at the West Mouth of the Great Cave. The excavations revealed plenty of evidence of human settlements in the area; tools, cooking utensils and ornaments, made of bone, stone or clay. The types of items found suggested a long period of settlement reaching back into the Paleolithic era (the earliest part of the stone age).

In 1958, a discovery was made which confirmed Niah as a site of major archaeological significance. Harrison and his team unearthed a skull which was estimated to be 40,000 years old. The find was at first ridiculed by the scientific community, for it was the skull of a modern human (homo sapiens sapiens), and it was widely believed that Borneo was settled much later. However, as dating techniques improved, and as more evidence of the settlement of Southeast Asia and Australasia came to light, Harrison was proved right..  Continue Part 3..