Monday 1 July 2013

Tragedi Kemalangan Pelajar Malaysia di Jordan

Ucapan Takziah kepada keluarga pelajar Malaysia yang terlibat dengan kemalangan di Jordan.. sedekahkan Al-Fatihah kepada salah seorang pelajar yang meninggal dunia.. baca kisah sebenar di bawah ini..

Jenazah Al-Marhumah Sumaiyah Binti Romli di bawa pulang ke Malaysia
SISIPAN KISAH TRAGEDI

Bismillah..

Pada 13hb jun, Pelajar akhawat Jordan telah menerima kedatangan 2 orang akhawat United Kingdom, Nur Ili Dayana binti Mazlan@Masgelan ( pelajar Tahun Akhir Sains Aktuari, London Economy of School ) dan Sumaiyah binti Romli (pelajar Tahun 1, Astrofizik, University College London, adik yang baru menyertai gerabak dakwah dan tarbiyah Sept 2012 dan sangat konsisten dalam DnT) dalam rangka berjaulah selama 12 hari ke sini atas hadaf ingin menziarahi akhawat, mencari ibrah di bumi anbiya' dan berukhuwwah sesama ahli jaulah dan akhawat Jordan.

Pada awalnya, jaulah ke tempat tempat bersejarah yang berhampiran dengan Irbid telah diuruskan oleh akhawat. Kemudian pada 20hb dan seterusnya, seperti dirancang, jaulah akan diteruskan ke kawasan selatan Jordan yang jaraknya 6-7jam daripada Irbid menyebabkan akhawat meminta khidmat pelajar Melayu yang sudah biasa menjadi ajen pelancong.

Ahli jaulah mereka seramai 9 orang, 2 kereta. 2 orang akhawat United Kingdom menaiki kereta bersama 3 orang lagi pelajar Jordan; seorang pemandu lelaki (pelajar Universiti Yarmuk) dan sepasang suami isteri juga kedua-duanya pelajar Universiti Yarmuk yang mana isterinya mengandung 7 bulan setengah. Manakala kereta satu lagi dinaiki oleh seorang pelajar perempuan Yarmuk, seorang pelajar perempuan Mafraq dan ibu bapa pelajar tersebut.

Pada petang 21 Jun sekitar jam 4-5 petang, kereta yang di naiki oleh akhawat UK terbabas ke dalam gaung ketika dalam perjalanan daripada Petra ke Aqabah. 2 orang iaitu Nazirul dan Arwah Sumaiyah telah tercampak keluar daripada kereta. Manakala sebuah lagi kereta dalam keadaan selamat dan telah hampir sampai di Aqabah, namun berpatah balik apabila mengetahui tentang kemalangan tersebut.

Semua mangsa yang terlibat dibawa ke Hospital Malikah Rania Petra. Setelah sampai di Emergency Department, Arwah Sumaiyah masih hidup dan sempat mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit setelah sampai di hospital. Innalillahi wainna ilahi rajiun.

Jenazah dalam keadaan yang baik dan sangat tenang alhamdulillah. Jenazah sedang diuruskan oleh pihak Education Malaysia Jordan, Prof Azidan untuk dihantar pulang ke Malaysia. Update terkini tentang waktu penerbangan belum diketahui.

Manakala Ukhti Ili Dayana patah tulang bahu, tulang rusuk dan tulang pinggang. Ukhti tersebut dalam keadaan stabil dan sudah sedar. Doktor Nidhal (Doctor yang bertanggungjawab) mengatakan bahawa tulangnya akan pulih dan bercantum semula secara spontan selama 3-4 minggu dengan pergerakan yang paling minimum.

Ukhti Ili Dayana akan dipindahkan ke Hospital Amman untuk rawatan lanjut dan consultation.

Pemandu cedera parah (retak dikepala - linear skull fracture, patah tulang bahu dan patah tulang rusuk - multiple rib factures, masih di ICU kritikal). Nazirul patah tulang kaki dan tangan (dah sedar boleh cakap, namun memerlukan surgery di tangan dan kakinya di Hospital Amman), Humairak isteri Nazirul keguguran kandungan berusia 8 bulan.


Sedikit Maklumat berkenaan mangsa yang terlibat :


1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.


2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Sains Aktuari
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.



3) Mohamad Shukri Bin Alias. ( Cedera Parah) - Pemandu-
University Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam
Tajaan : Sendiri
Asal : Kelantan

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin ( Cedera )
Unversity Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal : Kuala Lumpur

5) Humairak Binti Ibrahim ( Isteri kepada Muhammad Nazirul ) ( Cedera dan keguguran Bayi )
Unversity Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam
Tajaan : Persendirian
Asal : Kelantan

Ukhti Sumaiyah adalah akhawat yang baru ingin mengenal dunia dakwah dan tarbiyah, ukhti yang konsisten dengan program-program DnT di UK. Namun ketetapan Allah telah mendahului. Seorang ukhti untuk ummah ini telah pergi. (Al-ahzab, 33:23)

اللهم اجعل مثواها الجنة. اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها. اللهم اخلفنا خيرا منها و اجرنا خيرا منها.


Jadual Penerbangan Jenazah Adalah Seperti Berikut

1) Amman ( Jordan ) to Lapangan Terbang Kuala Lumpur : RJ 180
Tarikh : 24 Jun 2013 - Isnin
Waktu Berlepas dari Amman : 14:00 ( Waktu Jordan )
Waktu Tiba di KLIA : 19:25 ( Waktu Malaysia )
Penerbangan : Royal Jordanian RJ 180

2) KLIA to Lapangan Terbang Pulau Pinang
Tarikh 24 Jun 2013 - Isnin
Waktu Berlepas dari KLIA : 21:15
Waktu tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang : 22:05
Penerbangan : Malaysia Airlines MH 1166

Setiba di Pulau Pinang, Jenazah akan terus di bawa ke Alor Setar, Kedah

Memohon Doa - Keadaan Saudara Mohamad Shukri di Hospital
Memohan Sumbangan Buat Pelajar Malaysia Yang Kemalangan di Jordan

Kami meohon jasa baik para sahabat semua untuk memberi sedikit sumbangan bagi menampung kos perbelanjaan permindahan seperti berikut :

1) Saudara Shukri Bin Alias (JD 3000.00) = RM 13,500.00
2) Saudari Nur Ili Dayana Binti Mazlan (JD 700.00) = RM 3,150.00
3) Saudari Humairak Binti Ibrahim (JD 1000.00) - Dibenarkan keluar- = RM 4,500.00


Meskipun  perbelanjaan ini akan dibantu oleh sebahagian pihak berwajib namun ia masih belum mampu menampung kos rawatan keseluruhan mangsa yang akan dipindahkan esok. 

Segala bentuk sumbangan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih

Sumbangan boleh di salurkan ke akuan :

Salsabila Al- Mardiah Binti Mohammad Yunus 
( Timbalan Bendahari MPMMJ )
Akaun Maybank : 1630 4627 8572 


Sumber dari : Arif Amin Ketua Majlis Pimpinan Mahasiswa Malaysia Jordan, Abdul Hakim Othman Setiausaha Agung Pelajar Malaysia Jordan, Mursyid Al-Amin Ketua Pelajar Malaysia Zone Amman, Farid Suhaimi dan Amir Hamzah Pelajar Tahun 3 University Of Jordan, Amman dan Hilmi Hasan Pelajar Tahun 2 University of Mafraq.

7 comments:

  1. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. Salam takziah untuk keluarga arwah..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  3. salam ,

    alhamdulillah..jenazah aruah selamat tiba seperti dijadualkan dan paparan di TV menyaksikan sebak sayu menyelubungi kaum familynya...perginya permata tunggal, mudah damai dan tenanglah aruah sumaiyah sana hendaknya.
    Sumaiyyah indahnya namamu....

    sama2 kita mndoakan muga semua rakan2nya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..Atas apa yang berlaku....segalanya atas kehendakNYA jua.
    AL FATIHAH bua aruah dan salam takziah buat semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah sama2 kita doakan kesembuhan bagi rakan2 nya yang lain cepat sembuh..

      Alhamdulillah jenazah sumaiyah selamat di kebumikan di Kedah..

      Delete
  4. Salam takziah baut keluarga arwah Sumaiyah, semoga rohnya tenang di sana.

    Dan moga sahabat kita yang lain cepat sembuh dan redha dengan dugaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn..
      Insyallah akan cuba update mengenai mereka yang terselamat dari kawan di Jordan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...