Tuesday, 19 November 2013

The Kimberley Big Hole - South Africa

From Namibia - Moving to World Largest Man Made Hole - The Kimberley Big Hole South Africa..
Sambungan Dari Namibia Part 4 : Train Journey To Keetmanshoop City

The Big Hole of Kimberley - World Largest Man Made Hole..
Sumber gambar dari google..

Kami menaiki bas dari Bandar Keetmanshoop pada pukul 11.00 malam lebih.. naik bas memang terus tido.. memang tak sedar apa2.. kepenatan dari Windhoek memang terasa lagi.. kami hanya sedar apabila di kejutkan seawal 4:00 pagi untuk turun dari bas di Nakop Border Post.. antara Negara Namibia dan South Africa..

Selesai passport kami di cop.. kami menaiki semula bas dan meneruskan perjalanan.. dan kami turun di Bandar Upington, South Africa.. untuk penukaran bas.. kira transit la selama satu jam setengah.. sempat la kami bersolat subuh dan menjamah breakfast di KFC.. 


Bersama penumpang lain.. Menunggu bas ke destinasi masing2 :D

A men in black..
Mus'ab bergambar dgn abang angkat dia :P
Breakfast di KFC.. ada Wifi free lagi tu..
( dekat afrika susah nak dapat internet free yer.. )

Tepat pukul 8:30 pagi.. kami menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Kimberley.. sebuah Bandar yang wujud kerana terdapat lombong galian diamond atau lebih di kenali sekarang dengan nama Big Hole.. dan sekarang tiada lagi sebarang pencarian.. hanya menjadi sebuah kawasan Kimberley Mine Museum.. dan kerana apa ia patut di lawati.. kerana inilah The World Largest Man - Made Hole.. 

Diamond Mining Town.. itulah panggilan penduduk tempatan apabali kami bertanya.. bermula dengan pertemuan oleh Erasmus Jacob pada tahun 1866.. dia menemui sebiji  batu putih / white pebble.. dan setelah membuat kajian.. dia mendapati ia adalah sebiji diamond - measuring 21.25 carats..


Akhirnya kami sampai juga..
Sedikit info mengenai The Big Hole

Some of interesting place..
Sebelum masuk.. 
Antara peralatan yang masih di simpan..
Menara menggantung jambatan tinjau..

Walaupun benda ni besar..
tapi sebab tergantung ia tetap bergoyang sket :P
Jom usha kat hujung anjung tinjau nie.. Kalau gayat duk belakang..
Hampir 100 tahun telah di tutup lombong galian ni.. dah jadi tasik pulak..

Pada tahun 1871.. sebiji diamond yang lebih besar telah di temui measuring 83.50 carats.. di kawasan berhampiran.. maka bermulalah pencari diamond membanjiri kawasan ini sehingga terbinanya sebuah pekan dan kemudian menjadi sebuah bandar.. what would become know as the big hole.. dan pada 5 Jun 1873.. bandar ini telah di beri nama " Kimberley "..

Keadaan disekeliling.. Kedai lama masih di kekalkan ..

Pada waktu lombong ini di tutup pada tahun 1914.. keluasan lubang galian ini ialah 170,000 square meters... dan mencecah sedalam 1,097 meters.. dan telah mengeluarkan lebih dari 3 tan diamond.. Dan yang menariknya mereka mengekalkan hampir 100 meters kawasan sekekeliling pintu masuk The Big Hole ini seperti mana pada era kemegahannya..


Pekan Koboi.. Ada tram lagi tu.. Sigle trip R 7.00..
Comel jer rumah2 nie kan..
Sekarang dah jadi lodge untuk di sewa pelancong..

Harga Tiket Masuk : 
Adult : R 85.00 
Child : R 55.00 ( 2 - 12 years ) 
Family : R 280.00  ( 2 Adults & 3 Children 2 - 12 years )
Pensioners : R 65.00
Student : R 55.00 ( must provide valid student card to qualify for discount )


Jom Masuk Tunnel Under Ground

Suis untuk elektrik seluruh tunnel..
Ada jumpa berlian ker Mus'ab? :P

Diorang kata..
Kalau untung jumpa berlian.. sila amik masuk poket :P
Sedikit Info.. rajin boleh baca yer..

Lepas habis tour Kimberley Mine Museum ni.. kami bergegas semula ke perhentian bas... untuk membeli tiket bas ke Johannesburg.. Nasib agak tidak menyebelahi kami sebab semua tiket bas habis di jual untuk hari ni.. maka the only choice yang kami ada ialah bermalam dan amik bas seawal pagi esok..

Tapi nak bermalam kat mana.. kalau nak bayar hotel memang dah tak ada duit.. cukup2 jer nak beli tiket balik ke Johannesburg.. Sampai nak maghrib kami terserempak dengan seorang india muslim memakai kurta dan kupiah.. berjalan seorang diri..





Tak boleh amik gambar diamond kat sini.. but tangan gatal :P
Aku kata pada Anas dan Mus'ab.. ni mesti nak pergi masjid jom tanya dia.. mungkin ada hotel murah yg diorang tahu.. dia pula mengajak kami ke masjid dahulu.. sebab dia kata kat sana ramai orang.. mungkin ada yang tahu apa solution.. alhamdulillah kami di sambut baik oleh ahli masjid..

First ada yang bagi cadangan dan bawa aku ke train station.. nak tahu jika ada lagi train yang akan ke Johannesburg.. tapi tak ada luck.. than balik ke masjid.. diorang kata ada Combi ( Van / Bas Mini ) yang akan bertolak ke Johannesburg jam 9.00 malam nanti.. 


Antara alat pengangkut hasil diamond dari Big hole..

Selesai solat isya' kami di bawa terus ke lokasi combi berkumpul.. Alhamdulillah tak mahal seorang hanya R120.00.. berbanding dengan tiket bas paling murah R 200.00.. but naik combi ni risiko sket la.. membahaya sebab diorang suka bawa laju.. dan tak tahu kat mana dia akan stop di Bandar Johannesburg nanti..

Sebab nya satu dunia tahu Bandar Johannesburg adalah Top - 5 bandar paling merbahaya di dunia.. but alhamdulillah driver combi ni faham dan tolong kami.. aku minta dia tolong carikan kami teksi untuk balik semula ke Uni.. tepat pukul 4.30 pagi kami sampai ke di pintu gate uni.. tamat pengembaraan kami lebih 3500 km.. selama hampir 3 minggu.. Johannesburg - Cape Town - Windhoek - Keetmanshoop - Kimberley - Joahnnesburg.. :D

82 comments:

  1. Cantik tengok hole tu.. tapi MJ gayat...hohooo

    Kalau jumpa berlian kat situ wowww!!! Pakcik kayo.... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gayat ker..?? hohooo.. cuba jer la jalan sampai ke hujung hehee..
      Kalau jumpa la Kak Myra Jay.. boleh duduk senang sampai ke tua :P

      Delete
  2. Wow!! terpegun tgk gmbr tasik tu.. cantiknya ciptaan mu Ya Allah...

    TT sebenarnya student ke atau mmg suka melancong? kagum saya tgk TT mengembara ke negara orang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I was a student in South Africa.. dan ada hobi suka mengembara melihat keindahan alam ciptaan Allah.. dan actually baru jer hilang title student tu hehehehee... :P

      Delete
  3. wah tak sangka ada student malaysia kat south africa. Selalunya orang Afrika yang datang belajar kat malaysia. Apa pun baguslah jauh perjalanan luas pemandangan dan pengalaman. Tenguk lombong yang dah jadi tasik tu terfikir juga dolu2 macamana lah agaknya ghupanya depa mencari berlian. Dalam tu.... huhuhu gayat beb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep student Malaysia ada jer kat South Africa.. tak ramai mana pun.. boleh bilang dengan jari.. betul tu.. jauh pejalanan laus pemandangan.. :D
      Tu la terbayang macam mna diorang boleh korek sedalam itu.. pada abad ke -18.. masa tu mana la ada peralatan canggih.. gayat tak gayat.. dah mai dri jauh kene la tgk dgn lebih dekat :D

      Delete
  4. nti belikan fridge magnet kat kita..xdpt pergi pun dpt souvenir pun orait gak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. FM..??? huhuhuu.. insyallah kalau ada rezeki tu ada la .. :D

      Delete
  5. Subhannallah cantiknya tasik tu... tp takut lak tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tasik tu terjadi tanpa di rancang.. cantik pulak warna air dia kan :D

      Delete
  6. ALLAH beri rezeki pada kamu, best sangat dapat melancng ke sana sini.

    doakan nak jadi traveller mcm kamu jugak. wiwiw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah rezeki.. harap boleh guna kelebihan yg Allah beri untuk sentiasa di jalan yg benar..
      Insyallah sy doakan :D

      Delete
  7. nampak cam cantik je big hole tu, tapi dalam giler kot..kalau terjatuh leh jadi petroleum..heeee
    besar gak tunnel kt situ..klu yg kat vietnam tu memang kecik giler, muat2 badan je, yang ni cm boleh bersiar2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 10 Most Amazing Hole In The World.. Big Hole Kimberley ni tersenarai top 5.. memang dalam sgt kot.. lebih 1000 meter.. jatuh jadi petroluem hahahaa... :P
      ini tunnel galian diamond besar la.. memang beolh bersiar2 kot :D

      Delete
  8. banyak benda yang akak tak tau.. untung orang muda dah merantau sebegini macam2 tempat yang diperginyer... pengalaman yang sangat berharga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 bila kita nak explore sesuatu tempat tu baru kita tahu apa interesting kat tempat tu.. insyallah akan selalu kongsi pengalaman berharga kat sini.. :D

      Delete
  9. shine bright like a diamond... eh sekarang ni rasa2 ada lagi tak diamond tu ? tapi cantik la bila jadi tasik mcm tu kan. ada tak org masuk ke dalam dan menyelam . org barat kan suka buat kerja gila kan.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang memang still ada lagi.. ada beberapa company still menjalan kan cari gali kat sekitar kawasan ni.. ntah la.. tak tahu la pulak ada orang pernah dive kat situ ke tak.. sebab bukan ada hidupan pun kat dalam tu.. bekas lombong kan..

      Delete
  10. Dalamnya lobang tu! Skeri pulak kalo terjatuh lalu mati lemas.
    Eh air kolam tu kaler hijo ke? Lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dalam la kot kalau dah lebih 1000 meter diorang korek.. kalau jatuh mmg lemas la.. tebing cane nak naik :P aah air dia warna kehijauan gitu.. mmg lawa..

      Delete
  11. ramai ke org Islam di Kimberley, ada masjid..gambo masjid takde ke? Alhamdulillah, berjumpa dengan orang2 yg baik hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ramai maybe less than 10%.. but ada lebih dari 14 masjid di seluruh bandar.. dan mereka ada sebuah madrasah untuk kanak2.. alhamdulillah..:D

      Delete
    2. Alhamdulillah, banyak jg masjidnya atas inisiatif masyarakat Islam di sana..

      Delete
    3. kebiasaan nya orang india, pakistan dan bangladesh ni memang kuat dalam menghidupkan suasana islam.. mereka yg membina masjid.. walau kecik boleh muat 30 orang tapi mereka tetap bina.. supaya ada masjid..

      Delete
  12. masa jalan kat situ tak de ke jumpa percikan diomand yg terjatuh TT hehe.... manalah tau bolehlah bawak malaysia buat cincin hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa... usha usha jugak .. mana tau terjumpa sebiji dua.. tapi habuk pun xde kak hainom :D bukan buat cincin.. buat hantaran terus hahahaa.. :P

      Delete
    2. Habis kalau awak tu asyik pusing dunia je macamana nak kawen.... Nangis le bini tuuuu!

      Delete
    3. kalau dah ada jodoh xde la nak jalan sana sini.. tengok muka isteri jer setiap hari :D

      Delete
  13. bestnya... jauh perjalanan luas pengalaman.... lps ni ke mana pulak ?? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni conquer my own country.. Malaysia Boleh.. ( tetiba lak hahhahaa.. :P )

      Delete
  14. Dalam banyak2 gambo, rasa seram jer dok terbayang klo jatuhla dalam tasik yang cantek tu mcm mn agaknye..huhuhu

    Seronoknya dapat pengalaman mcm tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jatuh mcm mane? basah la baju hahahahaa.. :P
      ntah la.. even nampak kukuh tapi still boleh rasa goyang sket2.. kalau gayat tak payah la..
      alhamdulillah memang seronok ..

      Delete
  15. gambar kedai lama tu memang ol skool sgt..like its out of a movie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep macam wild wild west gitu hahahaaa.. :D

      Delete
  16. Wow that Anjung Hijau tu memang goyah & gayat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tau tak pe.. gayat jgn smpai jatuh sudeyyyhhh... :p

      Delete
  17. Waaah! Best ni! So Kimberley ni about 7 hours drive from Johannesburg? Boleh tahan jugak jauhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kimberley to Johannesburg lebih kurang 480 km.. so take more 5 hours.. campur berhenti bagai.. dan actually driver kata pukul 9.00 bertolak tapi actually tunggu combi penuh.. dekat pukul 10.00 malam baru bertolak..

      Delete
  18. tengok jambatan tinjau tu dah gayat dah belum naik lagi..
    bestnya dapat melawat tempat orang.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambatan tinjau nie mesti dah di luluskan selamat untuk pengguna.. so letak jer gayat tu one side hahahaha... kebetulan belajar kat s.africa.. tu dapat jalan sana.. :D

      Delete
  19. cantiknya tasik bekas lombong tu..rumah2 tu kan, kalau lah dapat sebijik, lepas tu tanam pokok2 buah2an dikeliling... huish... bersinarnya daimond.. gatai tgn naaa.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangan gatal nak amik gambar jer.. bukan nak amik diamond hahahaha.. :P
      aah rumah tu comel jer mcm cottage koboi.. tanam pokok? oh kene tanam pokok jenis english la :D

      Delete
  20. wah.. 3 minggu mengembara.. jauh perjalanan luas pemandnagan.. kalau betul ada lagi berlian kat dalam tunnel tu mesti pak cik kayo.. hehe.. cantik je bekas lombong tu, jadi macam tasik pula.. kalau akak mesti rasa gayat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 minggu.. journey start dari Johannesburg - Cape Town - Windhoek - Keetmanshoop - Kimberley - Johannesburg.. total lebih 3500 km.. :D
      Ala mesti diorang dah sapu lincin diamond kat situ.. jgn harap la boleh jumpa.. :P
      tu yang bagus tempat2 mcm ni di pelihara oleh jabatan negara mcm museum.. maka cantik la ia sentiasa..

      Delete
  21. wahhh uniknya big hole tu....hahaha gayat wehhh...kalo saya mesti tak berani dah tuh!hehehe eh 3 minggu dah?mcm baru je...hehehe leh smbung cerita europe, middle east bagai tu plak pasni...hehehe eh ke5 bahaya di dunia?isk ni takut nih...hehuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik Kak DJ.. tu yang kene tolak gayat ke tepi hahahaa.. 3 minggu sebab dari johannesburg ke cape town dulu.. than Namibia.. pastu Kimberly.. lama tu..tapi pasal cape town belum cerita lagi.. tu la cerita europe dan middle east belum sentuh lagi hehehe.. insyallah akan start satu persatu.. :D

      Delete
    2. lepas tu smnugn citer borneo pulak!hahahaha

      Delete
    3. Borneo insyallah.. kene cepat update ni hahahaa... :D

      Delete
  22. Seronoknya melawat tempat org.. :-) harap ada rezeki juga nnt nk pusing satu dunia.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah .. rezeki orang dah kawen selalu murah..moga tercapai amin.. :D

      Delete
  23. salam...

    salam kenal juga...
    beshnye travel..pergi africa? wahh.. ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. thanks for coming here.. :D
      Mengembara satu minat terpendam dari kecik.. aah africa..

      Delete
  24. Alahmdulillah... 3 minggu bukan jangkamasa singkat. Banyak tempat dijelajah. Tang big hole yg dah 100 tahun ditutup agak-agak kalau gali ada balik tak diamond ye hihi... tapi bila dah jadi macam tu cantik pulak dlm gambar kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib aik cuti 3 minggu jer.. kalau lebih mesti dah cuba masuk negara Angola.. :P
      yep memang still ada diamond lagi kat kawasan tu.. kat situ di tutup mungkin sebab dah terlalu dalam kot .. ye la 1000 meter kot..

      Delete
  25. Cantik gambar tasik itu. Kalau awak tidak mention yang sebenar dia adalah lombong galian, saya akan ingat tasik natural. Teringat sangat nak pergi Africa tapi rasanya the only way to go is by with travel agent. Tak boleh pergi sorang-sorang lepas baca fakta yang awak tulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep memang cantik tasik tu.. tak tahu kalau dah wujud kehidupan dalam tasik tu atau tidak.. mcm ikan dan lain2.. boleh pergi south africa as backpackers.. sebab ada jer ramai yang buat.. but study dulu mana nak pergi dan mcm mne nak pergi,, the best i u know someone there to help u..

      Delete
  26. bila dah ada air cantik lak . mesti dalam tasik tu ... diamond tu shining sungguh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dalam la kot 1000 meter ke bawah.. mungkin la kalau dive kat situ boleh nampak diamond shining hahahaha.. :D

      Delete
  27. pic cantek2..... seronoknyer p tempat org.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih ..
      Alhamdulillah rezeki dapat tgk tmpat orang :D

      Delete
  28. awesome experience bro! kudos to you! kfc tu korang makan ape? takkan order roti kosong je kot. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep rasa jugak awesome.. :D
      kitorang order coffee.. harsh brown.. bun with egg.. cukup la.. kalau ada air panas boleh buat maggi hahahaaa :P

      Delete
    2. hahaha nasib baik ade menu yg tu. kalo tidak.. tenung jela signboard kfc tu lama2. hiks.

      Delete
    3. Tau tak per.. lagi pun itu memang menu for breakfast.. :D
      Big Mac Burger pun tak ada lagi nak order pun hahahahaa.. :P

      Delete
  29. salam..
    dtg singgh sini lagi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam.. hehehe.. thank you..
      sila2 jemput ... :D

      Delete
  30. stylo giler tempat nih...kimberley big hole... :)

    mytravellicious.com

    ReplyDelete
  31. the blue diamond , sapphire is it? big hole itu buat saya gayat. kalau johannesburg tangga ke 5 yg tangga ke 6 ini pun apa kurangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep tepat sekali.. gayat kene tolak tepi la.. :D
      ntah la.. yang no 6 nie tak tahu mcm boleh jadi hahahhaa..

      Delete
  32. cabaran pasti ada untuk kesini kan...terpegun, seronoknya semua ada...

    singgah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep betul tu.. kalau dari Keetmanshoop terus ke Johannesburg senang jer.. but sebab nk tgk Big Hole ni.. tu yang complicated sket.. :D
      Terima Kasih singgah sini.. and thanks follow my blog :D

      Delete
  33. Pesal akak asyik terlambat baca entry ni..ingatkan dah ada entry Borneo...Anyway..terima kasih coz hantar Poskad tu...suka sgt....

    cantik batu airtasik tu warna hijau zamrud..kalau lah buat baju pengantin warna tu pun cantik kan..ehh..TIBa-TIBA pulak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak JM kan ke Johor baru nie.. memang la sibuk berkelana hehehe... so Johor mcm mane best tak?... entry Borneo tunggu jap la.. yang lain pun tak tulis lagi.. oh poskad sama2.. :D

      Huh air warna buat baju pengantin.. oh mcm bgi hint jer Kak JM.. bila kah tu hahaha.. :D

      Delete
  34. pi africa plak,terbaik bergambar bersama men in black,tak pepasal kawan tu dpt abg angkat.haha

    cantik gambar big hole tu,siapa sangka lombong galian,kalau tengok macam tasik betul je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pi pulak.. was there hehehe.. a real men a in black kan.. :D
      mungkin sebab dulu gali guna manual.. so bila tinggal tak ada la effect sgt pada muka bumi.. malah cantik jadi tasik :D

      Delete
  35. Seronok sungguh la si afif nie travel.. Good. Experience is a good teacher.

    I wonder la. Entry timur tengah cam kureng je. Lom abis travel ke camne?

    One more thing, I would like to share this with u. If free u can join malaysia's largest blogger gathering on 14 december 2013 at MIECC,mines,serdang.Mb can improve ure blog and meet others blogger. more further info, LIKE page MYNIC Berhad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes experience is a good teacher.. timur tengah belum start tulis lagi.. banyak sebenar nyer entry tertunggak nie.. middle east and europe tak sentuh lagi kat blog nie.. insyallah akan tulis sket2..

      about that gathering.. memang interested but on that date i will be travelling in Indonesia.. sorry..

      Delete
  36. Replies
    1. Sama lah kita.. first time nampak depan mata huhuuu.. :P

      Delete
  37. Teringin sangat nk pegi Kimberley ni, senang citer teringin la nk pegi belah2 Africa.. mudah2 nanti sampai la kitorg ke sini..tiket flight mahai bebenor huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh.. sebab tengok sekarang pun dah ramai orang malaysia ke sana melancong.. amin mudah2han dapat la korang kesana.. tempat jauh 11,000 km dari malaysia memang la mahal sket :D tunggu mata fair murah jugak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...