Friday 25 April 2014

Kembara England : Part 5 - Harry Potter at King Cross Station - Malaysia Hall

Sambungan Dari Kembara England : Part 4 - Portobello Market & QPR Stadium

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Di London jika anda bertanya di manakah Harry Potter mesti ramai yang memberi arah ke Platform 9 3/4 di King Cross Train Station.. Di sinilah letaknya station keretapi untuk Harry Potter dan rakan2 nyer ke Hogwarts School.. School of Witchcraft and Wizardry.. Jika dahulu hanya terdapat nama tetapi sekarang telah diletakan sebuah troli separuh seakan2 kedalam dinding.

Dan lebih hebat lagi.. pada tahun 2013 telah dibuka sebuah kedai Souvenir Harry Potter bersebelah nama Platform 9 3/4 itu.. Di mana anda boleh membeli apa sahaja yang anda ingin semasa anda menonton filem Harry Potter.. Kayu Sihir yang di miliki Harry Potter atau rakan2 atau musuh Harry Potter..  Jubah Pelajar dan baju sukan Hogwarts School pun ada.. Novel dan pelbagai lagi benda yang anda boleh temui disini..


The Harry Potter Shop at Platform 9 3/4
Macam biasa bergambar di hadapan Kedai Harry Potter..
Pilih nak kayu sakti siapa Harry Potter, Ron Weasley, Hermione Granger, atau rakan2 Harry yang lain seperti Fred Weasley & George Weasley, Luna Lovegood, adik Ron kekasih Harry iaitu Ginny Weasley.

 Atau pun tenaga pengajar di Hogwarts - Prof Albus Dumbledore's, Prof Minerva McGonagall, Prof Alastor "Mad-Eye" Moody, Prof Rubeus Hagrid, Prof 
Severus Snape.

Atau kayu sakti orang jahat
Lucius Malfoy, atau anaknya 
Draco Malfoy, Makcik Bellatrix Lestrange yang hodoh, atau kayu paling berkuasa yang dimilik oleh Ketua Jahat Voldemort.. Semua ada dijual di sini..

Saje jer letak banyak nama characters..
Nak tunjuk aku ingat semua tu hahahaa..

Pilih sahaja mana yang berkenan.. tak beli pun tak per :P

Dan aku semestinya mencari Fridge Magnet la.. walau ia bertulis Paltform 9 3/4 dan bukan nyer Harry Potter.. Tak kisah la kan.. janji ia lain dari yang lain dan menambahkan koleksi FM aku hehee.. antara perkara lain yang anda boleh buat disini ( masa aku datang menyinggah tempoh hari la )..

Anda diberi pakai jubah harry potter dan cermin mata harry potter serta skaf.. tapi jubah tu untuk budak2 boleh la.. dah pakai boleh la bergambar dengan troli untuk masuk dinding ke Platform 9 3/4.. Masa nak bergambar dengan troli tu pun line agak panjang.. tapi tak apa la.. bukan selalu dan yang penting it's free hehehe :P


Get ready boys... Say hello sebelum tembus dinding nie :D
Poster, Novel and DVD..  Harry Potter and Hogwarts School..  :D

Selain Harry Potter Souvenir Shop yang menjadi tarikan pelancong dan orang ramai.. bangunan sekeliling kawasan King Cross Station ini juga amat unik dengan seni bina lama.. Terdapat sebuah masjid berdekatan dengan station ini.. Alhamdulillah dapat kami menunaikan solat dengan tenang sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain.. 


Ada St Pancras Renaissance Hotel @ London

Di hadapan hotel dan King Cross Train Station..
Ada macam dalam cerita Harry Potter tak ? hahaha..
Suhu masa ni bawah 10 degree.. Tapi bukan winter.. Layan ajer.. 

Agak teruja dengan komuniti orang islam di sini.. Hampir kebanyakan masjid dan surau di Kota London ini di bina dengan hasil derma dan sumbangan orang ramai.. orang pun kata bila islam itu minoirti di sesuatu tempat maka mereka akan bersatu tapi bila ramai suka berpecah belah.. agak2 korang betul ker? :D


Keadaan di dalam King Cross Mosque.. Cukup rapi walau di bangunkan oleh sumbangan orang ramai.. Terletak di tingkat satu pangsapuri di Sandfield Crome Street..

Selepas solat asar kami terus ke Malaysia Hall untuk menjamah sedikit apa yang patut untuk si perut yang sedang bernyanyi2 lagu Mega - Senda Gurauan dan Awie - Tragedi di Oktober.. dari tengah hari tadi..  aku mengarut ker hahahaa..

Perjalanan menaiki bas dari King Cross Station ke Malaaysia Hall akan melepasi Oxford Road.. sebuah laluan atau pun kawasan membeli belah.. tapi bukan barang sebarangan.. boleh tahan kedai hebat2 di Oxford road ni.. termasuk la seperti Zara Collection Shop dan pelbagai lagi brand ternama di dunia.. nak shopping boleh datang sini.. kalau tak.. tak payah la datang orang ramai giler.. 


Itu bangunan King Cross Station yang baru.. bye - bye jumpa lagi :D
Menikmati juadah nasi berlauk di Malaysia Hall.. Harga makanan agak berpatutan  di London bukan di Malaysia heheee.. :D

Ada syarat juga hanya rakyat malaysia sahaja yang boleh makan di sini..
Untuk warga lain kene make sure di temani oleh orang Malaysia..



Terdapat juga surau yang disediakan oleh Pihak Malaysia Hall..
Surau ini juga aktif dengan beberapa program termasuklah ketika di bulan Ramadhan.. berbuka puasa, solat terawih, moreh dan juga tadarus..

Alhamdulillah selepas selesai makan di Malaysia Hall.. dan selepas menunaikan solat magrib.. kami memulakan langkah pulang tapi tetiba abang adi dapat call.. Nak kene jumpa member dia.. so abang adi kata balik la dulu dia ada hal.. aku pun dengan bangga nyer ok no hal :D

Sebelum balik aku merayau sekejap di Queensway Road.. kalau tak silap aku haish macam mana boleh lupa pulak.. Dan lagi satu sebab kat sini banyak kedai2 souvenir just next to Underground Bayswater Station.. Nak segala souvenir ada di sini.. dan aku pun terangkat lagi FM yang lawa sket kat area sini hahahaa.. dalam pukul 10.45 malam baru aku naik train nak balik rumah abang aku..


Brent Cross Station..
Jauh benor tertido sampai station ni :P
Bila dah turun kosong jer tak ada orang.. nak kene tunggu train sampai lagi.. 
Bila aku naik train nak patah balik.. train kosong jer.. Scary tak???

Kalau nak datang ke Malaysia Hall dengan train boleh turun di Bayswater or Queensway Tube Station.. dan hanya walking distance sahaja ke Malaysia Hall.. Maka nak dijadikan cerita dalam train aku tertido sehingga terlepas Golders Green Station.. terpaksa la turun dan tukar train patah balik.. waktu jam dah pukul 11.10 malam..

Bila dan sampai Golders Green.. keluar dan naik bas untuk menuju ke rumah abang adi.. aku sekali lagi tertido sampai terlepas tempat yang aku patut turun.. Aku hanya turun selepas bas pergi lebih 1 km dari tempat yg sepatutnya aku turun..  dan sampai sekarang aku tak bagitau kejadian tu pada abang aku hahahaa :P  Continue Part 6

98 comments:

  1. wow.. harry potter tu.. adeh peminat tegar harry potter ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Harry Potter.. wiwiwiwiiiii... Yeap peminat tegar dari mula sampai habis :D hahahaa..

      Delete
  2. bestnya..jauh perjalanan luas pengetahuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan boleh main tembus-tembus dinding hehee..
      Alhamdulillah perjalanana yang jauh meluaskan pemandangan :D

      Delete
  3. Suka baca blog anda...sgt besttt...Umi Qi suka berjalan juga tau hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Umi Qi.. thanks sudi datang dan membaca disini.. :D
      Oh siapa yang tak suka nak berjalan2 kan.. moga rezeki Umi Qi dipermurahkan lagi amin

      Delete
  4. Kakak baca-baca yg part 2-4 (part satu tak lagi) tapi yg ini kena drop comment juga dah tak boleh tahan hihi... sebabnya kenapa tahu tak? Harry potter punya pasallah. Kami sekeluarga minat tapi jejak sana dlm mimpi pun tak pernah lagi.. Tumpang tengok gambar jadilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. Thanks Kakzakie.. sudi membaca tulisan tak seindah mana nie hehee.. :P
      Insyallah jika ada rezeki itu .. akan sampai juga ketempat idaman hati.. ok tengok gambar dulu..sama2minat Harry Potter kan hahahahaa.. :D

      Delete
  5. cantek giler design hotel tu..lau pi malam2 sure scary kan
    dah masuk HP shop tu..sure perasaan dia mcm lain skit kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. cantik sebab lama dah sesangat.. dan for sure berhantu hahahaa...
      HP shop???? oh Harry Potter.. hehhee.. memang la tiba2 nak jadi Voldemort hehehee :p

      Delete
  6. bestnya! bila la dpt pergi......

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu... insyallah jika tertulis dalam rezeki sampai jua disana :D
      Saya doakan sentiasa :D

      Delete
  7. sedang musim apa bang disana? sejuknye suhu dibawah 10 degree..
    sangat best tongkat harry potter tum andai bisa sihir macam harry :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang nak masuk summer la lebih kurang disana.. memang sejuk jika bawah 10 degree tu.. Tongkat itu sekadar suka2.. kalau la boleh keluar api lawan2 mesti lagi best hahahaa.. :D

      Delete
  8. wahhh... ala harry potter gitu... ni mesti minat ehh.. cer tembus dinding tu..cer tembus... haha

    kalo tanya moon... mmg xtau langsung pasal citer tu..haha.. tau pasal sihir2 je..citer nyer x penah layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ala2 harry potter gitu lah kan hehehee.. kata minat nak buat macam mana :D
      Itu dah ada gambar tembus dinding.. hahhaaa.. tak apa tak ada paksaan pun untuk suka benda g orang lain suka hahaha :D

      Delete
  9. Nice pic tembus dinding yg ala2 melompat tu. Nampak real je..
    Akak pun minat citer harry potter ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah masukan troli tu separuh dan kemudian baru lah main loncat2 hahahaa.. :D
      Minat ker.. bagus la ... baca novel bagi khatam hahahaa :D

      Delete
  10. kena say 'abracadabra'..mungkin boleh tembus dinding tu...hehe...dlm cerita HP..suka scene sukan quidditch yg guna penyapu...Malaysian Hall..mengimbau kenangan lama..first time guna duit pound dekat sini..makan nasi campur jg..home away from home..

    Well, org Islam bila minoriti, boleh bersatu tapi bila ramai, suka berpecah-belah? 'Berpecah-belah' for me is a 'subjective' statement...kalau merujuk org Islam di Malaysia - tak dapat dielakkan..pelbagai fahaman,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah lupa nak sebut masa nak tembus tu.. tu yg troli masuk separuh jer hahahaa.. :D
      Malaysia Hall tu bak kata sesetangh pelajar Malaysia disana sebagai pengubat rindu makanan Malaysia hehehee.. Ntah la.. susah nak tgk orang islam ni sama2 tak ada gaduh2.. kan.. apa pun kita mulakan dgn diri sendiri.. jadi good person :D

      Delete
  11. Gambar terbang sambil pegang troli tu mmg ohsem tapi pandang depan kang tak tembus dinding tu hahaha..kalau sebut Harry Pooter ni akak x minat sgt citernya...boleh giteww..citer budak2 katakan..dgn Afif sesuai lah hahahah...larikkkkkkkkkkkkkk

    akak pun teruja kalau pegi obersea ada masjid...wahh..seronoknyerrrr.ehh siapa sorang lagi tu abg ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheee.. sebab tu lah kita pegang troli tu.. kalau tak lepas troli tu yang tak lepas hahahaa.. eh memang masa first episode saya masih kanak rebina kot hahahaa :D

      Ahh itu abg.. memang kat sana masjid kecik tapi rasa lain jer sebab ia dibangunkan sket demi sedikit.. :D

      Delete
  12. Very common ..orang Malaysia pergi mana2 pon standard la nak kena cari Malaysian food especially kalau kat Europe .. tak hadam den western2 food nie .. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually saya tak ada la nak mencari sangat makanan melayu but dah samapai situ kan.. alang2 feel the environment la kan :D hehehee.. ( makanan pun murah sket dari tempat lain.. ada subsidi kerajaan kot hahaha .. ) Western Food memang saya hadam tak percaya meh belanjer hahaha :D

      Delete
  13. Ade dalam wishlist nak pegi sini gak nnt. Aritu pegi tak sempat. Maybe next trip blh fokus kat harry potter je. Wlpn bukan die hard fan sgt tp aku tgk semua series HP ni. Hiks.

    Tak silap kat area oxford pulak ade lokasi dalam dining hall yg cantik dan besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jangan tak pergi Mr John.. dulu aku datang sebagai seorang pengembara susah nak jalan banyak tempat tapi Mr John ada kelebihan.. jangan siap2 kan.. :D excited nak baca kisah jelajah europe Mr John heheheee.. Oxford tu tak pergi sangat masa tak ada :P

      Delete
  14. amboi hebat depa sampai ingat semua watak harry potter... memang betoi2 peminat setia ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la kata peminat.. itu pun yang lain ingat2 lupa hehehee.. :D
      tak minat ker?

      Delete
  15. Salam TT..
    seronoknya...^^
    kalau saya ada kat situ, haruslah semua tempat nk selfie.. ihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. hehehee.. orang lelaki nak selfie sorang2 tu susah sket kot :D

      Delete
  16. Assalamualaikum afif, bahayanya asyik tertidur dan terlepas station je. hehe penat sangat round-round ye. hehehe bestnya jalan-jalan.... teringin ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila Salim.. bukan selalu tertido.. ini kes sebab penat berjalan sakan dari pagi ke petang hahahaa :D seronok sangat sampai tido dah sampai station pun tak perasan hehehee :D

      Delete
  17. Haritu duk hostel sepelaung je ngan King Cross. Pastu sedih cuma mampu amik gmbr platform & troli sbb masa tu xde orang...saya pula jalan solo. Hahaha.

    Patutlah pelik bila awk mention kedai tu sebelah platform. Rupanya buka 2013. Saya gi 2012.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ker.. saya ntah memang seronok bernasib baik sebab kedai tu baru buka.. so boleh pulak nak pakai scaft bagai .. siap ada orang tolong amikan gambar lagi hahahaa.. aah kedai tu buka awal 2013.. :D

      Delete
  18. Wah..sampai dua kayu sakti di pegang..kalah kan Harry Potter..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nun.. dah ada banyak pegang jer la sampai dua kan hehehee.. kalau lawan dengan Harry Potter dia pun kalah hahahaaa :P

      Delete
  19. envy ...since im kipas susah mati (die hard fan) harry porter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Die Hard fan kene la datang menziarah bila sambung belajar nanti :D

      Delete
  20. Tetido?? Last train kul bape? Scary juga laaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la dah pukul 11 malam macam tu.. bila turun di station yg tak ramai orang memang scary terus teringat cerita Resident Evil hahahaa.. ada zombi bagai :P

      Delete
  21. Seronok juga dapat kembara tempat harry potter. Menggamit memori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikkksss mengamit memori kata nyer.. :D
      pernah sekelas dengan HP dulu tahun berapa ? hehehhee :D

      Delete
  22. tak pernah tgok satu episod pun harry porter ni n satu2nya character yg tahu adalah harry porter tu sendiri.haha.tabik la TT igt semua..mesti peminat setia..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhhh tak pernah tengok..??? bagus la .. bukan wajib pun tengok hahahaa :D
      Nasib baik la nama tajuk cerit pun Harry Potter kan.. kalau tidak ntah tak kenal langsung huhuhuu.. itu jer pun yang ingat nama penuh.. memang setia sungguh hahaha..

      Delete
  23. hamboi siap hafal semua watak dalam Harry Potter...hehehe punya penat berjalan, smoai berkali2 terlepas station..isk mecuakkan sungguh..dah le sorg2....hehehe nasib baik selamat sampai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la hafal kan ..peminat tegar tu hehehee... biasa la bagi saya travel sorang2 tertido bagai.. itulah nikmat travel sorang diri hahahaa.. tapi tu lah alhamdulillah selamat :D

      Delete
  24. haih, smpai 2x tertido tu.hahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah tertido ajer.. dah penat kata nyer nak buat macam mana :D

      Delete
  25. Salam kenal....
    Platform harry potter tu memang terbaiklah.
    Untunglah ada sedara mara kat london. Boleh la save tempat tido. Tapi part tertido sampai terlepas station tu paling best. Faktor cuaca mungkin. Heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. dan salam kenal juga :D
      Aah memang terbaik pandai dia buat tempat untuk jadikan tumpuan pelancong..
      Abang saya tengah sambung belajar.. so secara tak sengaja melawat dia disana..
      Itu lah satu kelemahan nak LRT tu pun selalu tertido.. nak bas pi KL pun mesti tido hehhee... :D

      Delete
  26. ceh...sesat rupenye. ingat terror balik umah kt golders green tmpt yahud tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la sesat just terido dalam train and dalam bas jer.. but still boleh find way to get back hahahaaa :D btw thanks for every thing :D

      Delete
  27. Kalau peminat tegar Harry Porter, for sure suka sgt lah tempat tu :D

    Ngantuk benar tu sampai tertido tido hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka la kot saya membesar sekali dengan HP nie hahaha.. memang zaman2 saya time tu.. Pasal mengantuk ni memang tak boleh buat apa.. makin mnjadi2 sampai travel pun terbawa2 :P

      Delete
  28. Ala teruja nyer tgk tongkat sakti tu..Rasa nak satu jer!!

    Indahnya dalam masjid tu.. tersusun rapi semuanya... Bagus jugak kan ada special sket utk rakyat malaysia kan.. saper nk makan kene ajak rakyat malaysia teman.. Sangat bagus...

    Mcm mn la leh terlepas train tu hehehhee... sabor jerla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. tongkat sakti tu kan.. dapat main sekejap pun jadi la hahahaa.. :D
      Kan masjid tu kecil tapi tersusun rapi serta lengkap.. Nama pun Malaysia Hall mesti la kene ada kelebihan disitu.. mungkun ada subsidi kerajaan kot hahahaa..
      Terlepas train perkara biasa kak mysha oiii .. :P

      Delete
  29. Kayu sakti menjadi idaman hati
    Kot2 boleh gne time traffic jammed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. kalau boleh guna jangan kata bila trafic jam jer.. baik terus sampai office :D

      Delete
  30. Nak mintak autograf dengan heri poter boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada2.. tapi dia dah sign awal sebelum diminta lagi.. just bayar jer hahahaa :D

      Delete
  31. abang dah tau lepas baca blognikan..
    menarik jer dah boleh jadi harry poter yerk...
    banggunannyer cantik2 yerk... isyh syioknyer kalau akak dapat pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. abang dah leave comment kat sini pun hehehee.. itu lah beli semua kat sini pastu pakai la hahaha.. tapi takde la magic2 tu huhuuu.. insyallah sy doakan akak akan sampai sana jalan2 :D

      Delete
  32. Seronok juga melancong negara orang ni.. dapat pandangan yang berbeza di setiap sudut.. terima kasih kerana berkongsi artikel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila kita lihat budaya dan keindahan di negara orang yang tiada di Malaysia..
      Akan terus berkongsi pengalaman dengan mereka yang sudi membaca di blog ini .. :D

      Delete
  33. Bila tengok gambar train tetiba mata jadi berpinar..

    Mungkin sebab kosong kot :)

    Yg harry poter tu seb baik cheq tak berapa minat..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berpinar tengok gambar train.. itu lah kosong jer memang sorang2 time tu..
      Harry Potter budak2 jer minat dan yang membesar sekali hahaha :P

      Delete
  34. Ya Allah , bestnya !! Nak nak kayu sakti tu... Ngeeee , I wish to be like to to travel the world with peaceful. =D Tapi baru berjinak - jinak sebab masih bekerja dengan makan gaji dan tak senang tuk bercuti.

    www.yanty.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak..??? Aaaa.. kene beli la kot hehehee... nak travel mulakan dengan perlahan2.. insyallah cari pengalaman dari yang dekat dan yang mudah dan senang untuk yang lebih mencabar lagi .. saya doakan Yan Ty akan berjaya :D

      Delete
    2. Nak la! Belikan! Ngee

      In sha Allah , memang bru berjinak dan mulakan yg mana dekat2 dan murah2 je dulu. kalau ke europe takkan cukup 3 - 4 days. right? KihKihKih

      Delete
    3. Lambat la dah tak pergi area situ lagi dah hahahaa.. tunggu la next time jika ada rezeki insyallah huhuuu.. :D yep betul tu yang dekat dan yang murah2 dulu.. 3-4 hari tu kalau pergi meeting balik cukup la :P

      Delete
  35. sebenarnya aku tak ikut sangat pasal harry porter nie tapi tak dinafikan yang fenomena dia boleh tahan gak laa...hehehe...itu last tren ke yang naik sampai kosong macam tu sekali??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap fenomena dia agak besar kot hahahaa.. ramai peminat aku diantara nyer hahaa :D
      Mungkin la tu last train... tu yang kosong xde orang langsung.. tapi best layan jer hehehe.. :D

      Delete
  36. Semua watak tahu, nama sekolah pun letak full. Memang hebak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ofcoz i know all the character name u hahahaa :P

      Delete
  37. Rindu saya sama London. Masa saya belajar dulu di UK, tidak sempat pergi nie station pula. So after this, this will be in my next itinerary.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah mesti rindu tempat belajar kan.. Mungkin masa belajar dulu sibuk tak ada masa sangat nak berjalan2.. duit pun cukup2 makan jer.. ok hope to see u there in your next itinerary.. :D

      Delete
  38. seronoknya.. bilalah saya pulak nak sampai london :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah di doakan moga dimurahkan rezeki untuk melawat negara lain amin :D

      Delete
  39. boleh ke teman merasa datang ke sini. jauhnya rasa.. tipisnya pocket.. huu.huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah jika rezeki untuk berjalan2 kesana .. pasti akan sampai jua.. huhuuu.. poket tipis tu tak boleh nak komen la.. :P

      Delete
  40. Singgah memalam kat sini TT...apa kabo...sihat ke?
    Setuju...kalau minoriti mmg bersatulah org islam...tp sedih bila kat sinin kita berpecah belahkan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgah malam sangat tu .. dah ready nak tido dah pun hahahaaa.. alhamdulillah sihat jer
      Harap moga semua umat islam itu akan bersatu.. baru lah kuat dan maju kehadapan.. :D

      Delete
  41. hai time traveller...thanks sebab dtg kat blog merangkak gua..hehe..bestnya kmu dah pergi banyak tempat..jauh perjalanan luas pemandangan..slamat berkenalan..

    http://thetriptotravel.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merangkak apa nyer hebat la tu.. rezeki dapat jalan banyak tempat.. betul tu luas pemandangan...Salam kenal juga .. thanks for coming :D

      Delete
  42. pegi jauh mane pun akhirnye nasi campur jugak di cari nye kan? hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la.. dah kata dekat dengan Malaysia Hall.. singgah la.. senang sebab ada surau sekali makanan pun murah dari tempat lain huhuuuu :D

      Delete
  43. cam besh je kedai harry potter tu... =D

    ReplyDelete
  44. Salam afif .... waaah dlm byk2 part , yg ni plg jealous! besssstttnya dpt pergi platform tu. Plis bring back harry's wand! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm saza... hahaha itu tak boleh tolong la huhuuu... platform tu sket lagi nak pergi sekolah wizard hahhaa.. harry wandi.. kedai dah tutup la :P

      Delete
  45. Q pjg nak bergambar dgn separuh troli tu..?
    wehh..malunya nk posing2 ada org tgkkkk.. hahahahaha..

    nanti satu hari, show la koleksi FM tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Q panjang masa tu la.. tapi kalau datang awal pagi tak ramai kot.. jangan datang sabtu ahad udah la.. kalau malu duk tepi diam2 hahahaa.. tebal kan muka jer kihkihkihhh..

      Ok insyallah akan tunjuk semua koleksi fm tu :D

      Delete
  46. banyak tempat lawa kat England..wooowaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah banyak la jugak.. negara yang dah lama membangunkan .. banyak la benda yang menarik nak di lihat nyer :D

      Delete
  47. Best giler... entah bilalah rezeki saya sampai ke sana.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah ada rezeki itu nanti.. saya doakan moga dipermudahkan..:D

      Delete
  48. Wah baru tahu ada mesjid yang bagus di King Cross keren ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid di King Cross itu terletak di bawa kawasan apartment gitu.. nyaman, luas dan selesa :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...