Thursday, 9 April 2015

Jordan Part 7 : Bersama Pelajar Malaysia Di Bandar Suweileh

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sambungan dari Jordan Part 6 : Ashabul Kahfi - Kisah 7 Pemuda Di Dalam Gua

Fisrt at all aku just nak ucapkan terima kasih pada mereka semua yang masih support blog aku yang tak seberapa ni.. dan hanya merangkak pada setiap masa huhuhu.. Insyallah akan terus berkongsi pengalaman pengembaraan di tempat-tempat yang telah aku jejaki.. Apa pun doakan kesihatan aku sentiasa dalam keadaan baik.. :D


Pemandangan satu kawasan perumahan dari satu sudut bukit berdekatan..
Pemandangan dari tingkat rumah apartment ustaz2 yang aku tumpang ni

Bandar Suweileh  Di Wilayah Kota Amman  

Inilah tempat pertama yang aku tuju pada hari pertama berada di Jordan.. Menumpang di rumah pelajar2 Malaysia dan mereka ialah Ust Mursid, Ust Arif Amin, Ust Farid dan Ust Abd Hakim.. Lupa aku nak bagitau dalam entry sebelum ini siapa mereka ini.. Pada mulanya aku sekadar kenal tapi tak tahu siapa mereka.. Sehinggalah satu hari aku mendapat tahu bahawa :-

Ust Arif Amin adalah - Ketua Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)
Ust Mursyid adalah - Naib Ketua Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)
Ust Abd Hakim adalah - Ketua Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)
Ust Farid Suhaimi adalah - Bendahari Persatuan Penuntut Malaysia Amman (PPMJ)



Ustaz2 ni bawa pi bersiar2 di kawasan perumahan di Bandar Sweileh..
Pemandangan kawasan perumahan di Bandar Sweileh..

Mereka berempat inilah yang banyak membantu aku sepanjang 14 hari aku di Jordan.. Keikhlasan mereka dalam membantu.. Akhlak yang tinggi dan adab tingkah laku ketika berkata-kata memang layak dengan siapa mereka pada Persatuan Pelajar Malaysia di Jordan.. Semoga mereka berempat ini sentiasa dirahmati Allah..

Mungkin tanpa jasa mereka.. Pengembaraan aku di bumi Jordan yang penuh dengan sejarah ini tidak akan dipenuhi dengan seribu satu warna.. Apa pun semoga satu hari nanti kita berempat akan bertemu lagi dan dapat makan semeja bersama-sama sekali lagi.. Kenangan tu.. :D


Keunikan Masjid Farid Al-Khalil terletak di lereng bukit yang tinggi..
Berehat seketika sambil melayan angin pagi..
Bersama Ust Arif dan Ust Mursyid di hadapan Masjid Farid Al-Khalil..

Info Persatuan Pelajar Malaysia di Jordan

MPMMJ - Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan merupakan bandan induk yang terutama merangkumi semua pelajar Malaysia yang berlajar di Jordan.. Berhubung baik dengan semua agensi kerajaan Malaysia dan menjaga kepentingan dan hal ehwal pelajar Malaysia di Jordan..

Terdapat 4 buah universiti di 4 kawasan bandar utama yang menjadikan 4 persatuan mengikut bandar masing- masing.. Amman (PPMA) - Mafraq (PRISMA) - Irbid (PERMAI) - Mut'ah (PERMATA).. Aku hanya sempat menjejakan kaki ke 2 universiti di Amman dan Mafraq..

Jika nak tahu lebih lanjut sila layari laman web rasmi MPMMJ (klik sini)..  Nak tahu berkenaan "study in Jordan" pun boleh.. Tapi tanya lah dengan mereka.. jangan tanya dengan aku pulak huhuhuu..


Maqam Sahabt Nabi - Abdur Rahman Bin Auwf r.a

Lokasi maqam ini terletak di Bandar Sweileh berdekatan dengan Masjid Farid Al Khalil.. Secara am nyer aku hanya mengikut Ust Mursyid, Ust Arif dan Ust Farid joging/bersiar2 di pagi hari selepas solat subuh di masjid .. Dan tidak tahu menahu akan kewujudanya..


Inilah maqam sahabat kepada Nabi Muhammad s.a.w..

MAQAM - Terdapat beberapa makna di sini.. Makna yang paling diketahui umum ialah kubur atau dengan kata lain ialah di mana satu jasad itu ditanam.. Dan ada makna lain ialah "tempat" yang mana untuk senang difahami tempat yang mana pernah seseorang itu tinggal di situ..

Nak tahu lagi lanjut maka silalah buka kamus atau google jer kan hahahaa.. aku pun bukan tahu banyak mana.. Info - Abdur Rahman Bin Auwf r.a adalah salah seorang insan dari 10 sahabat nabi s.a.w yang telah di janjikan syurga seperti mana yang telah diriwayatkan oleh dua imam besar dalam bidang hadis iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim..


Me at Maqam Abdur Rahman Auwf R.A
Maqam salah seorang sahabat Nabi s.a.w


Membeli Sarapan Roti Segar, Lembut dan Gebu di Bandar Sweileh

Okay antara beberapa perkara penting yang perlu diketahui jika nak ke Jordan ialah Duit Jordan DIinar "JOD".. Mengapa?? sebab bila kita nak membeli ia akan bermula dengan syiling Rubu' (1/4), Sulus (1/3), Nifs (1/2).. Hurmmm.. Kejap!! aku tak berapa ingat la pulak tapi lebih kurang macam tu la huhuu..


Sekeping boleh makan 4 orang yer.. tak perlu berebut :D

Okay back pada cerita roti kita.. Sepanjang aku duduk di sini boleh dikatakan hampir setiap pagi aku akan membeli roti di kedai roti atau Bakery.. Setelah di ajar oleh Ust Farid bagaimana membeli nya.. Nak beli sekeping dua roti macam yang macam kebab tu memang kene gelak atau kene marah dengan orang kedai..

Maka cara membeli ialah dengan nilai.. Paling sket kita boleh beli ialah Rubu' (1/4) atau pun 0.25 JOD.. Tau tak berapa banyak kita boleh dapat dengan 0.25 JOD tu.. Sepenuh plastik beg.. Ada la dalam 20-22 keping roti kebab tu.. Dan satu lagi jenis roti besar dia 5 kali ganda roti canai.. dengan harga yang sama boleh dapat 3-4 keping..


Kesemuanya jika nak beli kene timbang.. Tak abis makan walau beli paling minimum..
Inilah roti kebab dengan harga 0.25 JOD bersama RM 1,50

Dari Bandar Sweileh ke Bandar Mafraq

Secara tak sengaja aku berkesempatan untuk melawat Bandar Mafraq sebuah kawasan yang berdekatan dengan negara Syria.. Ianya bermula apabila aku mendapat tahu seorang junior aku di South Africa telah menyambung pelajaran di Jordan.. Dan beliau berada di Mafraq..


Pelajar yang pakai tshirt putih la yang aku jumpa selepas turun bas  :D
Keadaan Bandar Mafraq.. Perlis lagi Maju kot.. 

Dengan hanya berkomunikasi dalam facebook.. dan segala arahan yang diberi untuk sampai ke Mafraq.. Perjalanan dengan bas (2 kali tukar) mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke Mafraq dari Sweileh atau Amman..

Dan yang best sekali Ust Mursyid bagitau aku.. Naik bas nombor sekian.. dan bila sampai satu tempat semua orang akan turun di sebuah terminal bas kecik.. dan akan dengar orang menjerit nama "Mafraq, Mafraq, Mafraq" dan bas itu  akan berhenti last sekali di Mafraq.. maka sampai la.. hahahaa.. aku pun buat2 angguk faham jer :P


Antara pelajar Malaysia di mafraq yang aku jumpa.. Alhamdulillah baik2 belaka..
Menahan cuaca yang panas.. Tapi kalau winter sinilah paling banyak salji..

Aku bernasib baik sebab lepas turun jer dari bas di Mafraq.. Ternampak macam seorang budak lelaki melayu.. aku pun kejar la.. dapat jer bahu budak tu terus tanya.. "Dari Malaysia kan?" dia yang terpinga2 "Aah..Dari Malaysia".. "Abg nak guna internet nak online facebook.. kat sini mana ada?" sebab nak pergi rumah kawan..

Dia balas.. "Bang kejap erk.. saya nak beli ayam nak masak kat rumah.. Lepas tu abg ikut saya balik boleh guna internet dekat rumah kitorang.." Aku pun ikut la dia ke kedai beli ayam sampai balik ke rumah..

Keadaan kawasan perumahan di Bandar Mafraq..

Mungkin sebab aku berjubah hitam.. diorang pulak panggil aku ustaz hahahaa.. oh okay kenapa aku nak guna internet sebab di sini tak ada public phone.. so even aku ada no phone tapi still tak boleh buat apa.. sebab tu aku nak guna internet..

Setelah aku explain kenapa datang ke Mafraq.. terus alah seorang student tu minta no phone member aku Ust Zaki.. terus call dan setengah jam kemudian Ust Zaki datang mengambil aku ke rumah beliau..

Nasi putih makan dengan rendang ayam berkauh..

Sampai di rumah Ust Zaki terus salah seorang dari rakan rumah beliau bertanya.. "Anta nak makan apa?" aku cakap tak payah la susah2.. ana makan roti jer pun cukup..'' sekali malam tu makan bukan makan ala kadar.. ayam rendang berkuah dengan nasi.. hebat2 pelajar malaysia di Jordan ni masak.. :D


Klik sini untuk kesemua entry Jordan :-

Jordan Part 1 : Musim Panas Menyambut Aku Di Amman
Jordan Part 2 : Jejak Ke Bandar Amman Yang Bersejarah
Jordan Part 3 : The Amman Citadel and The Roman Theater
Jordan Part 4 : River Trekking - Wadi Al-Mujib Natural Reserve
Jordan Part 5 : The Hidden Secret in Lost City of Petra (UNESCO)
Jordan Part 6 : Ashabul Khafi - Kisah 7 Pemuda Di Dalam Gua


60 comments:

  1. Bila sudah berada diperantauan otomatik mereka akan jadi pandai bab masak-masak ni. Kalau tak pandai alamat rindu nak balik kampung ajelah.

    Kakak suka tengok suasana masjid dan hiasan pokok dia. Menarik dipandang mata dan mendamaikan suasananya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju sangat.. Bila rindu nak makan apa jer.. Mesti masak sendiri.. Nak beli pun tak dapat kan hahahaa..

      Landskap sana berbeza.. Geografi bentuk bumi berbeza.. Tapi memaang best dpt mnghayati tempat org lain.. :D

      Delete
  2. alhamdulillah..pengalaman yg tak mungkin luput dari ingatan,kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih segar di ingatan kenangan bersama mereka di Jordan..

      Delete
  3. pengalaman yang x boleh dilupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kak Nurzakiah.. Pengalaman itu kene usaha dpt kan.. Sebab tu susah nak hilang dri ingatan.. :D

      Delete
  4. wah.....lama tak nampak...jangan berhenti blogging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah psl... Keadaan sekarang susah nk blogging.. Doakn la..:D

      Delete
  5. oo..kena beli byk2 rotinya, dah le besar pulak. hehee..lain tempat, lain caranya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sana beli roti ikut timbang.. Kalau roti yang besar tu mmg sedap huhuhu.. :D

      Delete
  6. fulamak 14 hari kt Jordan..serious pengembaraan yg best.cantik pokok tu siap bentuk pusing2 n kalimah Allah lagi..nmpk menarik roti2 kt Sana ye..depa jual pukal ke apa..awat pulak tak bley beli sekeping ja?org sana mmg style makan roti kan..mkn pulak byk.ada pemanggang ajaib boleh juga simpan pastu panaskan utk breakfast 3 hari.haha..

    rendang ayamm..terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berpeluang selama 14 hari di Jordan.. Banyak la jugak tempat dpat di teroka Hehehe..

      Roti kat sana jual pakai timbang.. Bukan boleh brli sekeping dua hahaha.. Dah kata arab makan banyak dari kita.. Mmg simpan makan tiap2 pagi.. :D

      Delete
  7. hebat betul diorg masak rendang tu
    buat terliur je
    weekend ni nak masak rendang pedas ngan pulut yeahhhhhhhh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau tak hebat kalau dah dduk di perantauan.. Hah weekend ni nak masak? Tak jemput ker.. Penang jer kan hehehe.. :D

      Delete
  8. lama ye kat Jordan, habis utara selatan timur barat tu jelajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish tak ada la sampai utara selatan tu.. Sket jer la.. Huhuhu.. 14 hari mana cukup :D

      Delete
  9. memang part makanan.. pi la negara mana pun CT rasa nak try kalau boleh makan..
    da sampai harus cari yang halal juga.. kalo xda sangat baru redha hehe..

    extra sronok sbb duduk dgn org2 yg dah tahu selok belok disana kan.. lagi best..
    trick semua diorang ajar skali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju sangat.. setiap negara ada kelebihan dalam makanan mereka tersendiri.. mesti kene try la as long ia halal kan.. itu lah seronok bila jumpa org yg mmg dah duduk sana.. :D

      Delete
  10. Salam .Hee pengembara yang menikmati keindahan alam semulajd ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. yeap begitulah bila kita mengembara.. :D

      Delete
  11. Roti Kebab Jordan tu dah macam roti nan kat malaysia ni. Kalau nak banding dengan Malaysia, roti kebab sana lagi murah, baru RM1.50 kalau convert ke duit Malaysia. Sini roti nan mau RM4.00 sekeping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. beli lepas dia baru bakar.. lepas tu makan.. Ya Allah sedap yang amat huhuu :D
      Sana makanan sebagai satu sumber penting yang di kawal oleh kerajaan sebab tu murah..

      Delete
  12. geram tengok roti kat kedai bakeri tu. beli pakai timbang ! kalau pegi travel ramai-ramai, untung skit sebab leh kongsi-kongsi roti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan.. Kalau travel reramai untung sangat sebab beli pakai timbang.. Huhuhu.. Well Jordan tak boleh travel seorang sebab mahal.. :D

      Delete
  13. Oh my, ada saloon gambar vidal sassoon ke kat itu? Afif, bila akak baca nama Abdul Rahman bin Auf tu terus hati rasa sebak dan berdebar2. Sbb beliau shabat nabi, dan rapat dgn nabi.

    Roti kat sana murah betul ye. Mcm ala2 beli nasi kosong kot kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. Rajin akak baca perkataan arab saloon tu :D yeap benar tu.. Itulah antara sahabat nabi tg plaing akrab..

      Itulah sebab tu kalau boleh makan roti diorng yg sedap lembut tu sepuas2 hati..rugi kalau tak makan.. :D

      Delete
  14. Mata teman tertumpu pada kababbbbbb.. Nyum nyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebab??? Hahaha pun boleh.. Kebab sana murah jer.. Yg penting besar dan puas :D

      Delete
  15. Jordan.. tempat pertama yg sy teringin nak pergi .. nak belajar bahasa arab sampai fasih.. semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan utk menjejakan kaki ke sana.. Amin.. :D

      Delete
  16. Replies
    1. Hahahaa.. Makanan diperantauan mmg awesome.. Alhamdulillah syukur.. :D

      Delete
  17. Alahai akak baru balik dari Jordan..
    tak puas rasanya sebab sekejap sangat..
    syioknyer utara selatan Jordan dijelajahi..
    macam2 yang dipelajarikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan .. Mmg tak puas.. Tapi itu lah adat travel.. Ada permulaan ada penghujung nya.. Best kan dpt amik pengajaran di sana :D

      Delete
  18. Roti di Jordan bersar-besar sekali ya Bang Afif. Saya kayaknya ngak bisa habis 1 roti oleh sendiri.
    Musim salju bulan apa di Amman bang Afif ? Tngak sangka ya di tempat bergurun ada musim salju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg besar gitu ada yg sederhana.. Taoi yg kecil itu kurang hahaha..
      Siapa pun susah mau abiskan nya..
      Musim salju di amman mngkin penghujung tahun.. :D

      Delete
  19. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik.. Thanks for coming here.. :D

      Delete
  20. Replies
    1. Alhamdulillah memang satu pengalaman yang menarik :D

      Delete
  21. hidup merantau, belajar jauh dari M'sia..nak tak nak, kena belajar masak..kemahiran hidup..hehe..perghh..masak rendang ayam..hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak kene menjadi amalan baru lah boleh jadi tukang masak yg hebat.. Kalau dah duduk jauh tak reti masak maka kempunan la hahaha :D

      Delete
  22. Senang membaca travelling abang di Jordania. Salam dari Semarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dari Kuala Lumpur juga.. Terima kasih sudi datang membaca di sini.. :D

      Delete
  23. Mujur diajar cara membeli roti tu kan..
    tapi lega la dapat sepeket roti gitu..
    Puas makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Kalau tak mau terkebil2 dibuatnya.. Makan buat kebab pun sampai muak hahahaa.. Tak tau la depa yg duduk sana macam mana.. :P

      Delete
  24. dlm byk2 gambar tu..rendang tu menggiur kan...hehehe...apa2 bes dapat pegi tempat org...mcm panas je kawasan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kata student masak la yang paling sedap dan terbaik.. Kihkihkihh.. Perantauan kak.. Kene la rajin masak sendiri.. Yeap masa ni mmg tengah summer..

      Delete
  25. Senang baca2 artikel abang, Baarakallaahu Fiik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah senang membaca selalu lah datang ke sini yer :D

      Delete
  26. salam alif,

    lama xsinggah sini.. da smpai ke jordan die.. hik hik
    dalam gambar pun rasa tenang je tengok ni..
    smoga berjaya dlm prjalanan seterusnya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Itulah mmg lama tak singgah sini.. Terima kasih sudi dtg menjenguk lagi.. Hehehee.. :D
      Alhamdulillah.. Thanks for doakan :D

      Delete
  27. kedai roti disana.. suka tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape masuk mmg suka la tgk.. Beli la ikut hati.. :D

      Delete
  28. Kecur pulak air liur tengok rendang dia, mesti sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah di negara arab.. Dpt rendang ala apa pun mestu sedap hahaha :D

      Delete
  29. tenang hati tengok tempat tu. inshaAllah ada rezeki suatu hari nanti nak ke sana juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin moga dipermudahkan urusan dan niat nak ke sana.. :D

      Delete
  30. Assalamualaikum..

    Memang teruja membaca blog Afif dan lebih teruja untuk ke Jordan. Tahnk you for sharing. Boleh akak nak dapatkan contact person di sana untuk tour? InsyaAllah plan nak ke Jordan tahun ini :-)

    Terima kasih

    ReplyDelete
  31. Waalaikumsalam..
    Terima kasih sudi membaca dan boleh teruja pulak hahaha..

    hurmm contact person.. saya dah tak ada la sebab kenalan yg ada di sana semua dah habis belajar.. maaf yer.. moga dipermudahkan utk ke sana.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...