Thursday 9 July 2015

Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..

Sambungan dari Myanmar Part 1 : Langkah Backpackers ke Yangon Bermula

Pertama yang anda perlu faham ialah Bandar Yangon tidaklah begitu menarik dari segi pembangunan, teknologi mahu pun kemajuan tetapi kaya dengan kebudayaan oleh masyarkat mereka yang penuh dengan warna-warni.. Masyarakat mereka yang cukup ramah dan sangat ringan tulang suka membantu pada setiap kali kami bertanya tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama..


Solat Berjemaah waktu Zohor di Bangale Sunni Jameh Mosque

Dan satu fakta yang saya dapat di sini ialah dalam Bandar Yangon ini sahaja terdapat hampir 140 buah masjid.. Boleh dikatakan hampir setiap jalan besar akan ada sebuah masjid.. Antara masjid yang menjadi tarikan bagi khususnya orang islam ialah Bangale Sunni Jameh Mosque yang terletak di hadapan Sule Pagoda..

Dan sebuah masjid lagi boleh dilihat dengan dekat dari tingkap masjid ini.. Dan fakta kedua adalah makanan halal memang bersepah di sini.. Alhamdulillah memang terbaik dan makanan kat sini memang murah sangat.. tapi yang lagi best ialah makanan sedap :D


Ruang Solat di tingkat dua hanya dibuka pada waktu2 tertentu..
Bangale Sunni Jameh Mosque juga dilengkapi dengan kelas pengajian untuk kanak2..

Tiada ruang solat khas untuk wanita bersolat di sini.. Akan tetapi bagi pelancong islam yang datang bagi menunaikan solat di sini akan di benarkan naik ke tingkat dua untuk bersolat (Lihat gambar No.2) .. Ruang yang tidak digunakan melainkan jika ada majlis2 tertentu..

Okay mengikutkan plan aku, malam ni jugak kami akan bertolak ke Inle Lake so kene la beli tiket bas awal2.. Sebab kalau habis nanti susah pulak kan.. So sebelum kami ke Bangale Mosque untuk menunaikan solat jama zohor dan asar.. kami ke kaunter tiket bas yang berhampiran masjid..


Kaunter pembelian tiket bas di Bandar Yangon.. Tetap Sempoi..!!!!

Kaunter nak beli tiket bas ni sempoi jer.. bawah pokok yang besar.. seorang akak yang berumur awal 30-an dengan "Serbuk Tanaka" di pipi beliau.. Menjual tiket bas hampir ke semua destinasi di Myanmar.. Nampak tak betapa mudah nyer :D


Charlie's Angel.. Memang hebat cari arah tuju dalam map..  Poyoo!!! :P


Bogyoke Aung San Market

Bogyoke Aung San Market ini terkenal dengan seni kraftangan originally dari hasil tangan orang Myanmar.. Okay untuk pengatahuan umum Myanmar memang terkenal dengan Batu2 Jed, Gold and Silver, Kain Sutera, Hasil Ukir Kayu, Nak beli kain ela pun kat sini agak murah jugak la.. Sebab bini aku bantai 3 pasang kain hahahhaa :P 


Welcome to Bogyoke Aung San Market.. :D
Hasil kraftangan dari warga Myanmar memang unik :D
Batu-batu Jed dan pelbagai jenis batu yang diukir dengan kemas :D


Di bahagian kanan daripada main enterance market ini kita akan dapat lihat banyak kedai makan dari yang kecik hinggalah yang besar.. dan di bahagian belakang terletaknya kedai2 yang menjual hasil barangan basah seperti sayur, ikan, ayam dan daging.. Halal ke tak tu aku tak sure.. huhuhuuu...

Aku banyak beli buah.. tak tahu la kenapa sebab murah yer.. dan sebab sedap dan manis.. Biasa la kan negara di area2 sini kan pandai menanam sehingga menghasilkan buah grad A.. Kuih muih tempatan pun nampak sedap unik dan berwarna warni.. tapi tak sampai hati nak cuba huhuhu :D


Ada yang nampak macam Putu Mayam ada, Pulut Panggang, Agar-Agar pun ada :D
Memerhati dan terus memerhati nak shopping tunggu last day nanti hahahaa :P
Kain pasang, selipar, bekas pin tudung perempuan dan alas meja :D

Sebuah lagi masjid - Chulia Muslim Dargah Mosque yang terletak berhadapan dengan Bogyoke Aung San Market.. Dan berhampian dengan Parkson Shopping Mall.. 10-15 minit berjalan kaki dari Maha Bandoola Garden.. Di sini juga terletak sebuah restoran biryani original india yang cukup famous.. Tapi aku tak cuba sebab Biryani ni macam senang nak jumpa dan kat Malaysia pun ada :P


Chulia Muslim Dargah Mosque.. Berhadapan dengan Bogyoke Aung San Market..


Info - Shopping di Myanmar bukanlah pilihan terbaik.. Thailand dan Vietnam masih lagi menjadi destinasi untuk datang bershopping.. Tapi yang best nyer di Yangon para peniaga tak begging kita membeli macam di Vietnam atau Thailand.. Dan sepanjang experience aku disini macam tak ada langsung scam nak menipu pelancong..

Soal keselamatan tidak perlu di risaukan.. Alhamdulillah kami tidak mempunyai masalah langsung ketika merayau-rayau even ketika berjalan-jalan di lorong kecil di sini.. oh lupa nak bagitau.. jangan lupa amik masa sket nak merayau-rayau di lorong2 kecil berdekatan dengan Yangon/Rangoon River sebab kat situ kita akan dapat lihat beberapa subjek dan sudut yang menarik.. :D


Belajar naik pengangkutan bas ni sangat berkesan dan murah huhuu :D
Naik bas ni memang fun giler.. Happy je semua orang :D
Bila setiap kali bas berhenti.. Mesti ada orang naik dan jual barang :D

Kat Bandar Yangon ni kalau bas berhenti jer mesti ada orang akan naik dan jual so tak perlu risau la kalau haus atas bas di perjalanan ada jer orang akan berniaga.. Jangan sangka mereka tak jual makanan yang heavy yer.. Ada juga paket makanan lunch nasi dan mee etc juga yang di jual.. :D


Kandawgyi Lake The Royal Lake

Terletak berdekatan dengan Shwedagon Pagoda.. Kebanyakan masyarakat di sini datang ke sini bagi menenangkan fikiran dan menjadi antara salah satu destinasi keluarga di hujung minggu.. Sama macam kita pergi tasik Tititwangsa tapi landskap semula jadi di sini lebih memukau mata yang memandang.. :D

Di bina pada zaman pemerintahan British sebagai reservoir (Source water supply) tapi sekarang tak kot nampak air hijau jer hahaha.. Tarikan pada pelancong ialah jika datang pada waktu sunset untuk melihat sendiri kecantikan dan keunikan.. Bak kata bekas panglima British "when the glittering Shwedagon is reflected in its calm waters"..


Pemandangan di Tasik Kandawgyi.. 
Berehat seketika melayan tiupan angin sempoi dan banyangan teduhan pokok ..
Penat2 jer naik bas sampai sini nak lihat tarikan tasik ni tapi kene bayaran entrance yang mahal..

Tapi yang tak best nyer di Kandawgyi Lake ni ialah wujudnya entrance fee.. Mahal lak tu 2000 kyat seorang bagi foreigner.. Menyebabkan kami memikir hampir 20 kali nak masuk ke tak hahahaa.. Dan akhir nya kami decide sekadar berjalan bawah limit yang tak perlu bayar hahaha :P

Ok di sini juga selalu di adakan concert pada hujung minggu jika ada.. Dan di tengah-tengah tasik terdapat sebuah structure seperti monument.. Itu lah Karaweik (Royal Barge) "a modern construction which houses a function hall among other things"..

Sekadar sebuah nature attraction jer tasik ni.. So kalau yang tak suka nature ni jangan datang and jangan nak harap yang terbaik di sini.. at least minimum catch a sunset here :D


Last thing to do before leave Yangon is Food Hunting..
Terjumpa Restaurant Penang Chinese Food Halal.. 
Memang banyak restoran Halal kat sini.. So lets try local and traditional Halal food :D

Food Hunting At Yangon City

Penat kami berjalan satu hari perut mesti lapar.. So kami pun start balik food hunting.. Makanan kat sini memang awesome sedap.. Halal tidak menjadi halangan.. bersepah restoran halal baik Local Myanmar Traditional Halal Restaurant, Indian, Pakistani, Bangladeshi or even Chinese Halal Restaurant..

Well bila dah travel ke satu tempat kenelah enjoy the culture and environment kan.. Food selagi ia Halal why not? huhuhuu.. Tapi owner restaurant dah bagitau kami hanya di Yangon senang dapat makanan Halal.. nanti kat Inle Lake takut takde halal food..

Dengar je macam tu.. lagi la kami makan dengan banyak.. Takut nanti kebulur nasi kat Inle Lake hahahaa.. Tapi yang best kat Yangon ni makanan sangat dan sangat murah.. :D


Charlie's Angel dah start nak makan dengan  penuh ketenangan :D
Cantum dua meja.. takde la gaduh terlanggar siku hahaha..
Antara lauk pauk yang dipilih kami berempat.. Makan sampai kenyang :D

Di sebabkan Pakcik Omar ni jadi tourist Guide tak official.. So kitaorang pun belanja dia makan kat restaurant ni.. Nama tak tahu sebab tulisan dalam bahasa Myanmar.. Macam mana kitaorng tahu ia halal sebab ada banyak tulisan halal, ayat quran dan 786 - which stand for Basmallah..


Kekenyangan yang teramat sangat satu sisa pun kami tak tinggalkan hahaha :P

Alhamdulillah so far setakat ini semua urusan kami dipermudahkan Allah.. Dengan tak sengaja jumpa Pakcik Omar yang baik ni.. Apa yang aku boleh bagitau setakat nak jenjalan dalam Yangon ni memang mudah dan selamat..

Orang Malaysia memang kurang datang sini tapi ada jugak terserempak 3-4 group orang Malaysia kat sini.. tapi yang paling tak tahan ada jugak yang buat dek dono tak nak ngaku Malaysia.. Kalau aku jumpa korang kat London, Prague, Munich atau Vienna ke tak apa la jugak nak belagak kan.. hahaha hampeh dapat senegara orang macam nie :P

Will Continue Part 3

Myanmar Part 1 : Langkah Backpackers Ke Yangon Bermula
Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami


87 comments:

  1. Replies
    1. Semestinya best tak jauh dekat jerr ngan Malaysia :D

      Delete
  2. gigih korang angkut beg ke sana-sini hehehe...

    bab makan tu stuju sgt...mmg murah & portion pun besar..jenuh nak mengabihkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nama pun backpackers kan.. angkat jela beg tu.. tapi tak de la berat sebab makanan kami bahagi kan .. laki angkat paling banyak.. hahahaa
      Bila dah travel kalau dpt makan besar nikmat sgt lah tu nama nyer :D

      Delete
  3. hahaha..kat Yangon pun nak kerek ye..tapi menarik jugak, jarang baca orang melancong ke Yangon. nanti sambung lagi kan..hehehe.tasik tu cantik, tapi mahal pulak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal kat yangon pun nak kerek.. tak ape nyer orang da.. insyallah akan usaha sambung lagi kisah ni.. thanks for coming :D

      Delete
  4. Replies
    1. Assalamualaikum Cik Aya Zuki... lama tak dengar kabar.. selamat berpuasa.. thanks for coming today :D

      Delete
  5. cepat skit update ustaz. nk bc nih! hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang berusaha untuk update dengan cepat.. maklum la title suami susah nak update hahaha :P

      Delete
  6. haih lg tmbah excited nakpi mynmar nih...hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Kak DJ.. Tambah kan kuasa jajahan mu di Myanmar.. Betul tak tiou excited sangat hahaha :D

      Delete
  7. suprise jugak bila tahu banyak masjid kt yangon. kenapa haritu kawan aku cerita macam lain.
    hahaha.

    menarik2. harap nanti aku sampai kt sini gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal.. Terkejut jugak sebab dpt tau banyak nyer masjid kat sana..
      Mmg menarik.. Dlam travel ni mind set kene tenang.. Jgn tension.. Enjoy the time of travelling.. :D

      Delete
  8. memang sempoi sungguh jual tiket cenggitu saja.. tapi mampu provide transport ke semua tempat.. napa eh dia sapu bedak tu kat pipi dia ? dah macam orang berpantang hehehe.. and makanan2 street food tu semua halal ke ? kalo CT travel suka cari makanan satu2 tempat tu jugak.. cuma yes nak pastikan halal atau tidak tu yang susah sikit kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaunter tak perlu cantik megah..tapi yg diorng utamakan ialah service.. Bas diorng mmg terbaik.. Bedak tu kan adat traditional diorng.. Semua org pakai.. Huhuu.. Yes yg kitorang makan semua halal.. Byk jer yg tak halal.. Betul makanan susah nk dpt yg halal.. Tapi kat yangon mmg mudah.. :D

      Delete
  9. and yes.. banyak masjid.. lawa dan kemas pulak tu..
    memang menarik.. suka tngk binaan masjid tempat orang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah siapa sangka islam itu boleh mekar di tempat yg kita sendiri tak jangka.. :D

      Delete
  10. Yangon selamat je kan. Nak jalan2 kat lorong belakang2 pon safe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well ko pun pergi dan balik selamat jer.. Huhuhuu.. Tabik la sama ko Jea.. :D

      Delete
  11. wow, you are a great traveler! :)

    http://spelljourney.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks... Just finish read your blog.. what a nice travel blog to.. thanks for coming here..

      Delete
    2. Heehee, thanks for coming over to! I have just add a follower button, thanks for letting me know, as i have totally forgotten about it :P

      Delete
    3. Oh okay Nick.. Thanks for that.. Will follow your blog.. Really enjoy especially all the pictures you show on your blog.. :D

      Delete
  12. Serius sangat awesome entry ni , Never been in Myanmar before , I hope I get a chance learning or experienced their culture . Maybe they have similar culture like Malaysia kan ? Is it ? Or not ? haha Curious tetibe . Haha

    I like when you describe where;s we should find a Halal food . That's really helpful . Thumbs up . Looking forward for your next post !! Oh btw I like traveling too and Selamat Menyambut bulan syawal .. Sorry rojak sangat pulak komen . Haha BTW NICE NICE NICE!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just sharing my own experience.. Well nak try travel sana senang jer.. Tak la complicated sgt.. Easy and smooth la.. Similar diorng pun pakai kain pelekat la hahahah...

      Delete
    2. As a Muslim we should find a halaal food tak kisah la di mana kita berada.. Kalau halal tak halal kita tak amik kisah so buat apa nak travel.. Insyallah akan publish next post as soon as possible hehehee.. well selamat hari raya aidilfitiri to :D

      Delete
  13. Besar-besar jugak masjidnya....pengangkutan awam adalah satu cara mengenal dan merasai sendiri kehidupan sesebuah tempat.....info yg terrrbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg besar ada yg kecil.. tapi banyak mudah bagi org utk bersolat.. yes agree tu.. pengangkutan awam adalah cara terbaik utk kenal budaya mereka.. thanks for coming tuan.. :D

      Delete
  14. Jom Singgah Blog Saya blog koleksiresepiemak

    Koleksi Resepi emak
    http://koleksiresepiemak.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuu.. ok thanks will come to visit soon.. and thanks share your address here.. :D

      Delete
  15. hai encik travel...lama tak singgah jenguk en.travel..dah kawin ke sekarang? :'D
    haha gurau2 sikit.kihkih. dah sampai ke yangon pulak en.travel .huntung laa travel tak ajakk :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cik Aya Zuki.. lama benor tak dengar kabar.. harap sihat jugak la.. aah alhamdulillah dah kawen.. insyallah boleh jer ajak lepas ni.. :D

      Delete
  16. lama tak datang sini.. suka baca journey kat sini... cantik gambar2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun dah lama tak buat blog walking... sibuk bila dah berumah tangga nie hahaha.. by the way thanks meluangkan masa dtg sini.. :D

      Delete
  17. TT....pekabo??? lama xnmpk bayang kt alam maya nih...papepon sy komen dulu....nk sambung baca entry nih...leh gitu??? hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sihat walafiat jer nie.. itulah sibuk sket susah nk tunjuk bayang hahahaha... ok sila kan membaca.. ikut suka hati la :D

      Delete
  18. masjid dia bersih jer ....tp yg xbest kalau jupa org mesia wat dunno jer kan....eeiii....at least tegur2 la kan...sama2 kt negara org kot....ehh...terlebih emosi lak....hahahahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat.. manusia itu kan mcm2 perangai.. tapi rasa2 mngkin bila dia dah susah payah kuar dri malaysia.. dia tak nak la ada malaysia lagi time melancong hahaha.. :P

      Delete
  19. selalunya klu ke luar negara , part mkn yg susah , x hala n mahal ... klu jual tiket bas gaya tu kat sini , cinfirm laladah kena rompak ... org pompuan myanmar mmg semua calit bedak tanaka kat muka ye . sempoi je , klu kat sini mesti tak sanggup nak kuar rumah muka cam tu ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. part paling susah ialah nak makan.. makanan yang halal dan yang murah huhuu..

      Delete
    2. Kalau kat malaysia yang bawah pokok ni semua ulat jer.. mmg kene tipu la jawap nyer..aah org myanmar mmg calik kat pipi.. itu mcam traditional diorng kat sana.. takde nak malu ehh.. hahaha.. :P

      Delete
  20. lama xsinggah blog afif ni.. sihat ke?
    kalau skrg nk melancong ke myanmar kena tgk RM dulu la. duit jatuh ni. hehe
    tak sangka banyak masjid dan makanan halal. rsanya shopping di thai best kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula lama tak nampak.. (padahal kita pun dah jarang update hahaha)
      Jangan kata ke Myanmar.. nak ke indon pun kene fikir dua tiga kali.. huhuu.. teruk jatuh duit ringgit ni.. alhamdulillah la bnyk mknn halal kat sini.. :D

      Delete
    2. hahaha.. kalau afif xupdate mmg xjenguk sini la. busy juga kurang BW :)
      kena tunggu RM stabil dulu la.. nampak gaya kna hold dlu plan nk ke lombok thn depan

      Delete
    3. Insyallah akan update dan kembali aktif.. mmg itu dah menjadi suatu perkara yg tak blh dipisahkan huhuu..
      Yeap setuju sgt kene tunggu RM stabil bru boleh start angkat backpack hihi :D

      Delete
    4. aminnn semoga terus menulis.. heheh
      boleh simpan kisah2 travel afif dgn wife utk anak cucu nanti :D

      RM masih tak stabil.. bila beli backpack baru memang rasa nak travel je. hehee. teruk perangai

      Delete
    5. Yeap semangat tu mmg selalu ada cuma masa tu nak kene cari betul2 huhuu.. setuju tu anak cucu akan baca nanti..:D

      RM makin tak setabil.. cukai pulak sekarang makin melampau2 di buat nya .. haishh teruk2..

      Delete
  21. Apa khabar TT....lama tak singgah sini. Amacam tambi sudah ada ka? Hihi...
    Kali ni gi ngan bini ke? Tak camlah mana satu cinta hati awak...

    Rata rata minah yg jadi penjual kat sini pakai bedak sejuk kunyit ek hihi.....trend kot ...
    Lauk lauk dia lebih kurang mcm lauk kita jugak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah khabar baik.. memang lama benor tak menyinggah sini.. thanks la datang hehehe.. yang mana bini.. yg mana teka itulah dia hahaha :P
      Bedak kat pipi mmg tradisi diorng mmg ok jer pakai.. lauk pun mcm kat malaysia tapi cara masak lain la :D

      Delete
    2. Tau dah.....yg baju biru kasut pink tu kan....sebab nampak manja dan melepek kat bahu awak jer tu hihi....
      Moga berbahagia hingga ke jannah...

      Delete
    3. Hahahah nasib baik betul.. kene akak kata tiga semua sekali takut gak hahaha :P
      Dah nama pun isteri kan.. tak salah pun nak manja2 kan hihihi... amin thanks doakan :D

      Delete
  22. Ramai jugak backpacker ke Myanmar this year... SS je masih belum sampai seru... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nampak jugak ramai yg ke sana.. skrng nak travel dah mudah tak mcm dulu2.. ok takpe moga SS diberi peluang juga utk ke Myanmar

      Delete
  23. salam..
    wahh pergi mynmar?
    beshnyer klo p kt tmpt yg mudahkita nk solt n cri mknan halal kan..
    xde la penin pale pikir mana nak makan n solt.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..aah dah up entry th makna nyer dah smpai la tu hahahaa..
      betul setuju tu.. kdng2 tak aspect pape pun tau2 kat satu tmpt tu penuh dgn makanan halal.. huhuu.. #syukurselalu

      Delete
  24. lama kak aiza tak singgah sini.. bestnya jalan-jalan dan makan-makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kahirnya Kak Mizz Aiza jenguk juga ke sini huhuu.. :D

      Delete
    2. Memang sempoi tempat jual tiket bas..

      Makanan yang mereka jual kat atas bas tu dijamin halal tak?

      Delete
    3. hahahaa.. makanan tu tak halal la confirm nyer.. but kalau setakat kacang cenggitu insyallah boleh la kottt.. :D

      Delete
  25. alhamdulillah..sgt seronok kan trael mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok huhuu... syukur selalu :D

      Delete
  26. masjid tu cantik ... unik dan menarik :)

    ReplyDelete
  27. seronok travel ke myanmar yer ... siap ada charlie angels jadi peneman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah jadi tour guide kene la bawa ... ada peneman bagus la kalau tak travel soli jer..

      Delete
  28. menarik teringin pula ras nak ke sana...

    macam mana kenal pakcik omar?
    ke kena baca part 1 dulu ok baiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuu.. mmg menarik tertarik sgt cemor hahahaha.. macam mana kenal.. yer betul kene baca part 1 hahahaha.. :D

      Delete
  29. bilalah la nak dapat merasa pergi kesana ni? :) ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah rezeki yg tertulis pasti kita akan merasai nya :D

      Delete
  30. bas yg sgt old school ;-)

    tak tanya ke ada nasi kandaq ke x? hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas old school tapi mmg service terbaik.. ada pada setiap masa.. murah dan org sentiasa bantu membantu dlm bas..

      Nasi kandaq?? Hahaha ada nampak mcm penang ka nala? Hihii.. :P

      Delete
  31. Senangnya bisa belajar bahasa Myanmar

    ReplyDelete
  32. Salam/

    Macam mana saya nak contact dengan Pak Cik Omar? Saya akan ke Myanmar bulan Disember ni. Memandangkan situasi sekarang berkaitan dengan isu Rohingya, saya boleh minta bimbingan dari Pak Cik Omar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. maaf la kami pun tak ada no contact pakcik omar nie.. ada amik tapi hilang.. kami jumpa dia pun suddenly jer.. kalau nak tahu keadaan di sana boleh reffer dgn kedutaan malaysi di sana.. :D

      Delete
  33. Nak tnya,bajet klau ke myanmar seeloknya brp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basically tak mahal mana.. Bajet untuk Yangon dan Inle Lake tak sampai RM550.00 seorang (5hari) kalau pergi berdua because you will share accommodation.. not much to buy.. but you will spend more to siteseeing..

      Delete
  34. Salam sume,sy kawin dgn org myanmar buddha asalnye,tp skrg hubby da msuk islam,sy da pnh g blk kmpg hubby 2x bwk ank2 tp blm prnah smpat jnjalan di yangon,mgkn next time.dok kmpg hubby yg btl2 pure village sbb xde letrik,air kne angkut sndri,kri knan pnuh sawah,g time season sejuk mmg rse nk beku gak bdn ni.stiap ari mkn plbgai sayuran yg fresh (petik dpan uma jer) mntua msak dgn cm2 rspi yg kte mlysian xpnh rse,mmg marbelos!!
    mmg org2 kt sne pramah sgt,xtgk wrne kulit ke bangsa,n btl pe yg saudari tu ckp,kt sne kte mmg safe sgt,sush sgt nk jmpe pncuri or pnipu,but apapn kte kne hati2 gak ye.srnok tgk saudari g jln sna.bab psl rohingya tu sy xtau la nk ckp cmne,sbb bila g sne xde plk dorg pulaukn kte even tgk kta brtudg,mrka boleh snyum n rmah lg.siap tnye hubby,sy dr mne bila sy bckp guna bhsa mlysia..mmg srnok g kmpg jd jakun abis sbb kte xde kmpg hahaha..rumah hubby just guna kayu buluh jer,bila angin dia dtg sjuk mggil..okok la smpi cni jer,kg mmnjg plk story i ni.tq to saudari sbb gtaj mne2 tmpt yg u da g..next time i plk..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...