Monday 2 September 2024

Australia Perth Part 12 : Fremantle Prison Museum & Historical Market 1897

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Insyallah mari kita sambung kisah pengembaraan aku di bumi Perth Australia ini. Agak stress apabila memikirkan si bongsu di hospital. Namun tanpa sedar diri sendiri juga turut sakit sebab terlalu memikirkan, makan  dan tidur yang tak menentu, berkejar-kejar tukar shift jaga anak di ward antara aku dan isteri. 

Sehingga aku rasa sakit kepala dan sakit dada, kadang-kadang rasa macm nak pitam pun ada. Maka aku decide nak update blog sebab ia sedikit sebanyak boleh menenangkan aku. Boleh tahan struggle bila anak kena warded ni. Nak uruskan sekolah anak-anak yang lain dengan urusan kerja lagi huhuu..

Di hadapan Gatehouse - Pintu masuk utama Fremantle Prison Museum.
Sebelum memandu pulang dari Fremantle ke Bandar Perth, kami sempat singgah ke Fremantle Prison Museum. Sebuah tempat tarikan pelancongan bersejarah di Fremantle dari zaman The Settlement. Penjara ini telah siap dibina pada tahun 1855 dan telah ditutup pada 30 November 1991. Ia telah beroperasi hampir 140 tahun.

Escape Yard adalah kawasan bilik rehat pengawai penjara.
Bilik untuk para pengawal penjara.
Sebuah penjara yang cukup besar dan lengkap dengan cellblocks, gatehouse, perimeter walls, cottages, and tunnels. Pernah terjadi rusuhan di penjara ini pada tahun 1988 di mana pengawal penjara telah dijadikan tebusan. Dan ia menyebabkan kebakaran dan kerosakan yang amat teruk yang dianggarkan mencecah dua juta Australian Dollar.

Galleries Prison Museum. Souvenir coin tu menarik sangat.
Pameran pakaian banduan dan peralatan yang digunakan.
Sudut info mengenai sejarah, bangunan, expansions dan tarikh tarikh penting penjara. 
Dan sebelum itu kami sempat singgah ke Fremantle Market sebuah pasar hujung minggu yang telah mula beroperasikan seawal tahun 1897 lagi. Iaitu apabila Fremantle Market Hall buat pertama kali dibuka dan orang ramai datang dengan menunggang kuda berserta kereta kuda.

Bangunan bersejara ini telah direka oleh dua orang Architects iaitu H.J.Eales dan Charles Oldham. Sir John Forrest the Premier of Western Australia telah meletakkan batu asas sebagai perasmian pembinaan pada Hari Sabtu 06 November 1897 dan telah siap sepenuhnya pembinaan pada tahun 1898 dengan kos perbelanjaan of £8268.

Bangunan Fremantle Market yang dibina lebih 100 tahun dahulu (1897).
Antara barangan kraftangan, souvenir, buah-buahan dan cafe yang ada di sini.
The Yard dan The Hall dua bahagian penting di Fremantle Market.
Dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang di section "The Yard" dan 9.00 pagi sehingga 6.00 petang untuk "The Hall". Namun dibuka pada setiap hari cuti umum dari jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam kecuali 25 Disember iaitu pada Perayaan Christmas.

Jarak dari Esplanade Park ke Fremantle Market hanya 300 meter atau 5 minit berjalan kaki. Dan dari Fremantle Market ke Fremantle Prison Museum adalah sejauh 650 meter berjalan kaki dan 1.4 km dengan menaiki kereta yang mana anda boleh park kereta di hadapan entrance pintu penjara.

Harga untuk semua jenis tour yang ada di Fremantle Prison Museum.
Untuk masuk ke dalam Gatehouse adalah percuma dan itu merangkumi The Convict Cafe, Gift Shop, Prison Gallery, Convict Depot dan  Prison Galleries Museum. Itu pun dah memakan masa hampir 20-30 minit bagi kita nak berjalan-jalan sekali dengan masa nak bergambar di sana sini. Dan kami hanya masuk setakat Gatehouse sahaja sebab kalau amik tour masa yang kami ada tak begitu banyak.

Area Gatehouse ni pun dah besar tapi kalau dapat join tour mesti lagi best.
Rasa rugi jugak sebab tak dapat nak masuk sampai ke area bilik tahanan penjara tapi sebab kami pun datang passing by dah alang-alang sampaikan. Nak kena bekejar untuk pulangkan kereta sewa di airport lagi. Apa pun memang best kalau join tour di sini. Insyallah if ada peluang next time aku memang nak join tour.

Bila sampai di apartment, kami drop Kak Ngah, wife aku dan Atiyya naik ke apartment. Aku dan Abang wan terus ke memandu Airport untuk pulangkan kereta. Kami sempat berhenti di sebuah station minyak untuk isi full tank semula. Dan selepas memulangkan kereta kami menaiki bas dari airport untuk pulang semula ke Bandar Perth dengan harga AUD4.50.

Menaiki bas bersama Abang Wan dari airport ke Perth.
Untuk sekarang tiada lagi direct bas. Kalau nak ke area Elizabeth Quay dari Airport korang kena naik train atau bas dari airport terminal ke Redcliffe Train Station. Dan ambil Bas Route 940 via Great Eastern Highway yang beroperasi 7 hari seminggu. Bas Route 292 akan bergerak ke Terminal 3 dan 4 dari Redcliffe Train Station setiap 12 minit.

Dari Terminal 1 dan 2 anda boleh terus menaiki train melalui skybridge dan ia akan memakan masa hanya 18 minit untuk ke Perth Station yang terletak di CBD. Dan dari Airport Central anda boleh ambil Bas Route 37 yang akan beroperasi dari airport ke Oats Street Station via Belmont Forum.

Jom la kita masak yang simple di apartment sebab dah penat berjalan seharian.
Kari Ayam, Sayur Kobis Goreng, Telur Dada dan nasi Putih.
Selepas maghrib kami sampai di apartment. Aku macam biasa terus masak-masak sebab semua dah lapar. So menu yang tak dirancang tapi berjaya dimasak adalah Kari Ayam, Sayur Kobis Goreng dan Telur Dada. Kita makan dengan nasi panas-panas. Malam tu ada plan nak jalan-jalan di Hay Street Mall tapi semua tidur awal tak larat hahaha.

Bersambung Australia Perth Part 13 : The Blue Boat House - Kings Park Botanical Garden (Under Construction)

40 comments:

  1. Part masak nasi tu, u memang bwk rice cooker ker? Tak sbr nak baca entry psl blue boat house

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rice cooker tu mmg disediakan sbb owner Chinese.. Mmg kitrg cari accommodation yg ada rice cooker.. boleh baca di part 1 hihii.. ok sabar insyallah dlm minggu ni jugak

      Delete
  2. Seronok tengok orang dapat travel. Tapi saya seronok dapat baca kisah kisah travelling. seolah olah berada di sana... keep updates...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan terus berkongsi kisah pengembaraan di blog ini.. terima kasih juga sudi dtg membaca :D

      Delete
  3. pintu gerbang masuk tu mengingatkan kak ana pada pintu gerbang Penjara Pudu, rasanya laa nih masih tinggal pintu nya sahaja kan, berdekatan Lalaport tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tinggal pintu masuk utama sahaja yg ada skrg ni.. Penjara Pudu hanya tinggal kenangan huhuu..

      Delete
  4. Wow! Penjaranya dah macam castle!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjara zaman dahulu mmg dibuat begitu.. Penjara pun dia.. kubu pertahanan pun dia.. :D

      Delete
  5. lama btul usia Bangunan Fremantle Market tu dh lebih 100 tahun ...menu simple tu buat nasi bertambah bila dh penat berjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi historical building pun.. Kalau dijaga mmg ia akan jadi unik di zaman sekarang ini.. Mmg bertambah makan..penat dah la sejuk bila malam :D

      Delete
  6. telur dadar itu mancongkam., hehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya lauk. Seronok masak2 masa travel kan. Kami angkut rice cooker comel yg 2-3 cawan, ngam2 untuk family kami. Freemantle market memang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak simple simple jer ... Tapi msa travel mmg lapar dia lain mcm hahaha.. lagi2 seisi keluarga..mmg boleh la masak2.. :D

      Delete
  8. Faham sangat penat lepas seharian berjalan makan angin tu haha. Kiteorang pun selalu mcm tu jugak kadang2 buat itinerari gempak tapi sampai malam, terus kecundang 🤭 so biasanya malam saya letak itinerary yg tak berapa penting / santai2 je supaya tak rasa rugi sangat kalau tiba2 semua kepenatan tak larat dah nak keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Penat berjalan seharian.. balik2 terus tumbang campur kelaparan hahaha.. Saja la nak berjalan ke Hay Street tu sbb walking distance jer dgn apartment kami.. :D

      Delete
  9. Prison tu saya tak gi tapi Fremantle Market tu ada beli souvenir dan buah apple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh mcm tu pula.. Fremantle Market tu seronok juga jalan2 walau tak shopping pun kan..

      Delete
  10. Walaupun sekarang terlihat bagus tapi tetap prison...suram membayangkan dan melihat alat-alatnya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya di malam hari ada cerita cerita seram yg mengganggu petugas museum. nama pun prison mmg suram melihat alatnya..

      Delete
  11. Utk tiket family pass itu terdiri dari 2 dewasa dan 2 anak kah bang? Kalo kesana saya pun akan ambil full package yg include tunnels dan prison 😍😍😍. Memang museum yg seperti ini yg saya suka. Yg ada cerita seramnya, Krn prison identik dengan seram kan. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk tiket nya ada bnyak jenis.. dan ada banyak section tour penjara ini.. kerana ianya terlalu besar.. kalau berani silakan ke tunnelnya..katanya separuh sudah ditenggelami air.. harus memakai jekat angin dan topi keselamatan semasa berjalan menyusuri tunnel.. saya juga teringin tapi tunggu next time.. :D

      Delete
  12. agak2 di Fremantle Prison ni ada tak kisah2 seram macam kat Penjara Pudu. Nanti share juga macam mana boleh kumpul duit gi tour the world ni boleh tak? ammi ni nak berjalan dalam negara pun semput nak fikir bab duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jer.. saya tgk kat youtube banyak jer video seram pasal fremantle prison ni huhuu.. insyallah nanti kita share psl kumpul duit tu.. Menarik juga idea tu..

      Delete
  13. cantik nya penjara tu mcm selesa pulak hiks. masak tu tak simple. kalah org pmpn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada penjara yg selesa hahaha.. tapi ntah la tak pernah masuk kan hihii..

      Delete
  14. pegi prison museum? ok tak jenjalan sana? xde yg luar biasa @k@ seram masa jln sana? hehe sibuk nak tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah okay jer sbb kami masuk smpai area Gatehouse sahaja.. tak masuk smpai dlm bangunan penjara tu.. so far ok happy tak seram hahaha

      Delete
  15. Menariknya tour penjara tu. Kalau ada kesempatan, nak ambil pakej tunnels & prison tour. Puas hati dapat explore semua.

    Memang Afifi jadi tukang masak ya bila travel? Rajin sungguh 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau cukup masa mmg dah join tour masuk ke dalam bahagian bangunan tahanan banduan tu . Mmg puas kalau dpt tour tu..
      Yeap mmg saya jadi tukang masak waktu travel. Sbb dah setting nak masak apa dari awal hihihii..

      Delete
    2. Wah...bagusnya! Untung siapa jadi geng travel 😁👍

      Delete
    3. Masak sendiri boleh cut cost ketika travel hihii... Meh meh jom kita travel sekali...

      Delete
  16. Pernah sampai keduanya pada tahun 2016, lama dah dan mungkin dah berbeza sedikit. Di Frementle Market tu jenuh nak cari makanan halal, sayang betul masa tu tak rajin nak tulis blog. Frementle Prison tu rasanya masuk yang basic sahaja. Dan ada satu lagi tempat dekat juga tak silap Frementle Museum pun ada masuk. Lebih kepada art museum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. bab nak jumpa makanan halal susah melainkan layan coffee dgn pastry sahaja.. itu pun kena check pastry yg tak guna alcohol.. sama juga E Shed Market di Fremantle Harbor.. Langsung tak ada makanan halal..

      Delete
  17. yg pasti kat penjara tu tak ada bekas warden yg pegang rotan besar dan sakat kanak2 kan?🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak ada la pulak.. sebab org putih ni behaviour dia elok sikit hahahaa...

      Delete
  18. laa knape dah xde direct bus lg? sbb diorg nak org ramai guna kereta api ke mcm mn tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak ada mungkin sebab skrg dah ada perkhidmatan train dari airport. Tapi still mudah boleh tukar2 train dgn bas utk smpai ke area Elizabeth Quay..

      Delete
  19. freantle market tu kalau x silap dah sama usia dgn pasar seni kl. ehh... bkn kot... rs pasar seni lg tua😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm betul jugak .. Kedua pasar tu dibina pada kurun ke-18..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...