Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Indonesia Bali Part 9 : Short Trekking To Beauty Leke Leke Waterfall At Tabahan
Kami telah menuju ke sebuah tempat yang amat menarik iaitu Hidden Garden Coffee yang terletak kurang 3 km dari Leke Leke Waterfall tadi. Dan masih lagi di jalan yang sama untuk ke Bedugul. Destinasi ini juga sangatlah recommended dan suggested by Pak Supir sendiri untuk kami berhenti seketika apatah lagi jika mahu melayan secawan coffee sambil menikmati pemandangan yang indah.
![]() |
Welcome to Hidden Garden Coffee at Tabahan, Bali - Indonesia :D |
Turun sahaja dari kereta kami telah disapa oleh seorang pekerja wanita yang bernama Risma. Seorang yang amat fasih berkata-kata dalam bahasa English. Segala explanation sepanjang menjadi guide kami tak ada satu pun bahasa Indonesia yang digunakan sehinggalah aku bertanya dengan bahasa melayu.
"Kenapa tak cakap bahasa Melayu atau Indonesia jer dengan kami..?". Dia kata dah terbiasa bila berkerja di sini memang akan speaking dengan semua tourist. Bila ditanya dari mana belajar English dia jawap dari sekolah tapi praktisnya lebih semasa bekerja di sini sehingga menjadi fasih.
![]() |
Yang nak bergambar wanita sahaja yer. Ni gambar last sebelum kami pulang. |
Risma telah membawa kami melawat sebahagian dari kawasan tanaman di Hidden Garden ini. Dapatlah tengok pelbagai jenis Pokok Kopi, Pokok Vanila secara life dan pokok herba serta pokok buah-buahan lain yang kesemuanya diproses dan dijadikan produk yang dijual di Hidden Garden ini. Tempat ini dibuka kepada orang ramai dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang setiap hari.
Product paling famous mereka tentulah Kopi Luwak dan di sini kita di bawa melihat proses pembuatan Kopi Luwak dari Buah Kopi yang diberi makan kepada musang dan kemudian para pekerja akan mengutip sisa tahi dari musang dan dibersihkan, dikeringkan, disangai dan diproses sehingga menjadi serbuk kopi.
![]() |
Jom masuk ke tempat memproses Luwak Coffee. |
Part paling menerujakan adalah apabila kami dibawa ke kandang atau sangkar musang untuk melihat sendiri musang-musang yang diberi makan buah kopi. Namun ketika kami sampai tiada seekor pun Musang yang berada di dalam disebabkan mereka semua dah masuk ke dalam rumah masing-masing untuk berehat dan tidur setelah penat seharian.
![]() |
Masih menggunakan cara traditional membakar biji kopi. |
![]() |
Beberapa jenis biji kopi yang sedang dikeringkan termasuklah biji kopi luwak. |
![]() |
Kulit Manggis ini dikeringkan dan kemudian akan diproses menjadi serbuk teh. |
![]() |
Ada banyak tumbuhan di sini. Part tengok biji kopi tu yang teruja sedikit hihi. |
Selain memproses kopi di sini juga memproses beberapa jenis jus dan teh yang diperbuat dari Manggis, Avacado, Buah Mengkudu, Beras Bakar, Halia Madu, Kunyit dan pelbagai lagi. Dan di sini juga mereka memproses vanila dari pokok Vanila yang ditanam. Ada Risma bagitau jenis pokok yang mereka tanam tapi tak pulak aku ingat namanya.
![]() |
Selepas tour bahagian garden, kami di bawa naik ke cafe yang terletak di bahagian atas. |
Overall memang seronok masuk garden ini banyak pokok kita boleh lihat dan cara membuat kopi. Selepas tour Hidden Garden ini kami di bawa ke arah cafe yang terletak di bahagian atas. Time ni memang sangat teruja speechless sangat view yang ada dari atas cafe ini. View bukit dan kehijauan pokok sejauh memandang.
![]() |
Subahanallah.. Memang teruja sangat waktu duduk di anjung di atas ini. Melihat pemandangan kehijauan sejauh mata memandang dari atas pokok. |
![]() |
Ada beberapa section tempat duduk. Boleh pilih nak duduk di mana. |
Disebabkan waktu ini tak ramai orang mungkin sebab baru habis hujan dan masih sedikit gerimis maka kami memilih duduk di satu anjung yang paling hujung yang hanya menempatkan dua buah meja sahaja dengan terdapat satu sarang burung untuk kita bergambar. Dan anjung ini lebih tinggi dari hampir kesemua pokok yang berada di Hidden Garden.
![]() |
Tempat duduk sarang burung yang dipenuh pokok dan Buah Markisar. |
Pokok Avacado yang tinggi tu pun buahnya boleh dicapai dengan tangan dek tingginya anjung ni. Di sini kami diberi peluang mencuba kesemua 16 jenis minuman yang ada di sini. Setiap jenis minuman dihidang di dalam gelas kecil dan jika kita rasa sedap ddan berminat maka boleh la order minuman tersebut. Menarik kan?
![]() |
Taster dari 15 jenis minuman yang disediakan. Boleh cuba semua lepas tu baru order. |
![]() |
Dessert Pulut Hitam dimakan bersama kelapa parut dan air gula melaka. |
![]() |
Disebabkan view yang cantik dari tempat meja kami ini maka kami decide untuk order secawan dua minuman, sepotong cheese kek dan satu dessert yang namanya aku dah lupa tapi hidangannya adalah pulut hitam bersama isi kelapa parut berserta gula merah. Sedap manis dan rasa kesegaran pulut hitam tu :D
Pak Supir ni memang bagus sebab kita minta berwisata ke Bedugul tapi dia bawa kita berjalan-jalan di Leke Leke Waterfall dan Hidden Garden Coffee ini. Memang dua tempat ini recommended sangat kalau u all nak buat short visit. Sangatlah berbaloi. Dan kedua-dua destinasi ini terletak di bahu jalan sahaja.
![]() |
Ada seekor anak musang yang baru terjaga dapatlah kami bermain :D |
![]() |
Kesemua produk yang dihasilkan oleh Hidden Garden ada di jual sini. |
![]() |
Coffee Chocolate dengan Cappuccino Chocolate ni sedap :D |
Sebelum pulang kami sempat bermain dengan seekor anak musang yang telah dibawa oleh petugas kerana baru sahaja bangun dari tidur. Comel jer letak jari pun takut nak gigit hihi. Dan kemudian kami ke arah kedai di tingat bawah yang menjual segala jenis produk keluaran mereka.
Ustaz Anas dan Cikgu Hani macam ada shopping sebab kat sini pun ada chocolate product. Aku dengan wife beli Serbuk Teh Manggis. Dari awal sehingga kami pulang, Risma telah menjadi guide kami tanpa bayaran. Dan untuk masuk ke Hidden Garden ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran. Apa pun bagilah sedikit tips pada guide jika anda ke sini :D
15, tester. Jawapnya kenyang yg tu je. Best nya trip ni. Thanks for sharing Afif. Kalau pergi memang borong chocolate dan coffee la nanti.
ReplyDeleteMemang pun rasa mcm penuh dah tak mau order air lagi hahaha.. tapi tak semua sedap ada yg pahit hahaha.. teh beras bakar tu sedap.. should try la..
DeleteUncle pernah dapat hadiah kopi luwak dari blogger Fanny! (by hand tau)
ReplyDeleteUncle dah try ke..? Apakah rasa nya? Okla by hand to jealous hahaha.. sesama famous boleh la :D
DeleteWah coffee coklat
ReplyDeleteKaaannnn.... Sedap tuuu... :D
Deletekita boleh try ke kopi luwak tu? tak silap saya kopi luwak ni antara kopi yg paling termahal di dunia, banyak health benefits. teringin jugak nak rasa xD
ReplyDeleteteh manggis tu nampak menarikla. rasa pahit ke? sbb dia guna kulit manggis eh.. igtkan dia ambil isi manggis tu buat teh. kopi coklat tu pun nampak mcm sedap, tu rasa mocha la kan?
Tak pasti nak menjawap boleh atau tidak.. tapi kalau diberi kita minum kalau beli mungkin tidak huhu.. mahal itu benar sbb mungkin proses nya yg rumit.. health benefits tu tak pasti..
DeleteTeh manggis rasa tak jauh dari air ribena hahaha.. rasa manis.. aah Ust Anas amik mocha sbb diorng mmg hantu coklat.. :D
Minum tester pun dah kenyang hikhik...
ReplyDeletePokok vanilla tu teringin nak tengok. Pernah tengok Majalah 3 kot pasal penghasilan vanilla extract dari pokoknya
Hahaha itulah pasal.. tapi semua tu gelas kecil bangat.. kalau minum semua mmg kembung perut.. maka nya minum ala kadar aja lah.. itu lah teruja juga tgk pokok vanila tu.. katanya ada byk jenis..
DeleteMasyaa Allah...Indonesia memang cantik dengan pelbagai budaya & bentuk mukabumi kan..
ReplyDeleteKopi Luwak dah memang terkenal tapi teh kulit manggis tu menariknya..
Pulut hitam tu pun pastinya pulut hitam organic dan segar
Indonesia mmg cantik setiap tempat pasti ada keunikan tersendiri.. so far tak pernah menghampakan lagi setiap destinasi di Indonesia yg telah dijejakki.. Kalau ke bali kena try Teh Buah Manggis.
DeletePulut Hitam tu mmg sedap :D
Alaaa.. akak jd rindu bali. lagi rindu dgn ketan hitam tu. walah walahhh.. enak banget ni.
ReplyDeleteBali sekarang banyak tgh promo.. boleh la tgk2 kalau berkenan di hati boleh la beli :D
DeleteBiji kopi luwak ternyata ada juga di Bali, aku kira adanya di Lampung atau Sumatra saja.
ReplyDeleteIa ada di Bali dan di beberapa tempat lain juga di Indonesia. Apa pun Luwak ada product dari Indonesia yg pergi jauh di serata dunia.. :D
Deletegileeeeeeee ini seru bener. aku udah 30 tahun hidup di bumi, sekalipun tidak pernah ke bali hadehhhhh
ReplyDeleteHanya plan dan study dulu walau belum pergi. Nanti nya kalau udah ada promo terus aja ke sana.. Moga dipermudahkan rezeki utk ke Bali :D
DeleteBarusan saja tadi aku nonton seorang youtuber dari Turki main ke sini bang...ternyata cara pengolahannya masih tradisional ya...mantab tu kopi luwak...tapi cukup mahal
ReplyDeleteCara memproses kopi luwak itu bukan senang.. jalan nya panjang dari memberi makan smpai mengutip buangan nya.. mmg harus dibuat secara traditional. Kerna itu mahal bangat..
DeleteAduh Mas itu asyik sekali duduk di cafe di atas itu. Pasti betapa indahnya memandang ke bawah.
ReplyDeleteItu tester minuman banyak sekali ragamnya... Kalau setiap tester dicoba, pasti sudah kenyang dan tak perlu pesan lagi ya... :)
Saya bingung, apa yang dimaksud pulut hitam? Setelah di google translate ternyata itu adalah "ketan hitam". Memang nikmat sekali makan ketan hitam dengan ditaburi parutan kelapa...
Lucu juga ya anak musang nya...
Salam,
Betul panorama menghijau sejauh mata memandang mmg mengasyikkan sekali.. Itulah Kami berempat makanya taster itu cukup2 aja utk dirasai seorang sedikit..
DeleteOh baru saya faham Ketan Hitam dalam bahasa Indonesia.. di Malaysia sebutnya Pulut Hitam.. :D
Teringin juga nak rasa air kopi tahi musang hehehe
ReplyDeleteHahaha.. Jangan la jelas sangat sebutannya ... Kalau ada peluang kenapa tidak kan..? Mahal lak tu harganya :D
DeleteSA pernah minum kopi Luwak ni...ok la boleh minum...cuma bukan favourite ka...lama x makan bubur pulut hitam...pulut hitam macam tu x pernah makan lagi...kena try nanti ni
ReplyDeleteSaya tak sure pernah minum atau tidak.. bukan favourite sbb kita tak biasa minum luwak di Malaysia. Dia bukan bubur tapi pulut hitam yg dimasak mcm kita masak pulut biasa.. kemudian mkn dgn kelapa dan gula merah.. sedapp :D
DeleteComelnya anak musang tu. Bila peraga je kopi dan teh ni mula nak rasa satu persatu mana yang best sebab nanti time nak beli nanti confuse mana nak beli untuk adik beradik ya....
ReplyDeletePermandangan sangat cantik kat sini. Sambil2 minum kopi luwak ke teh ke seronok....
Itu lah sebab dia jual product di kedai di bawah cafe.. so bagus juga bagi kita try semua and then boleh la pilih di kedai bawah nak beli kopi atau serbuk teh yg mana.. btw view di sini mmg cantik sgt :D
DeleteTak pernah pergi lg indonesia
ReplyDeleteInsyallah nanti sampai la tu di Indonesia :D
DeleteKejar tiket promo airasia jer RM 200-300 boleh dpt pegi balik..
pegi sini memang rasa kurang kalau tak singgh tgok kopi luwak
ReplyDeleteRasa dan tengok sendiri proses membuat kopi luwak memang seronok :D
Deleteterasa macam menusuk2 pula bau kopi sampai ke sini
ReplyDeletehahaha
Hebat betul tu.. Another level membaca sampai blh bau kopi tu hahaha..
Deletepulut dgn kopi
ReplyDeletemmg judu yg ngam
sedap tu dgn kelapa sekali
Di Indonesia pulut hutam ini dipanggil Kentan Hitam.. Buat entry ni baru tahu perkataan baru dari sahabat Indonesia yg mengomen di sini :D
Deleteyang dalam botol spray tu apa?
ReplyDeletehand sanitizer ke?
Pati Minyak dari Daun.. Pati minyak dari Bunga dan Pati Minyak dari Buah.. Memang asli lekat gitu :D
DeleteSaya masukkan dalam list . Itulah enaknya kalo pergi dengan driver kan. Dia tahu tempat2 yg bagus untuk turis. Saya pula merasa Bali dekat dan sering didatangi, JD tiap kesana tak pernah pakai guide.
ReplyDeleteBisa lebih bebas betul, tp saya juga tak banyak tahu tempat2 yg khas buat turis.
Bali ini memang penutur bahasa inggris banyaak sangat. Beda dengan kota lainnya. Mungkin karena mereka bertumpu pada pariwisata yaa, jadi memang Orang2 lokalnya sangat siap dari segi bahasa.
Ololoooo comeeel sangaat anak musang baru bangun tuh 😍😍😍😍🤣. Rasa ingin nak bawa pulang 😄.
Kopi luwak ini saya sukaa sangat. Pertama kali coba di jakarta tapi. Secangkir kecil Rp100rb lebih, tapi memang rasanya saya suka. Smooth sangat, dan tak terlalu pahit 😄. Ada aroma coklat juga.
Coklat Bali itu saya belum rasa malah. Nantilah kalo ke Bali nak beli juga 😁.
Kalau travel ke tempat yg ada teman warga tempatan pasti akan dibawa ke tempat tempat yg menarik bahkan lebih menarik.. sebab itu kalau dpt supir yg bagus mmg semua tmpt akan dibawa..
DeleteBnyk kali ke Bali pasti lebih byk tmpt yg telah dikunjungi.. anak mudang ketika kecil comey tapi kalau udah besar nakal lor.. Habis digigit nanti.. :D
DeleteSaya pun tak pasti pernah atau tidak mencuba minum kopi luwak.. kalau diberi peluang mungkin dicuba hihi.. cuma ketika minum jgn diingat proses pembuatan nya sahaja..:D
rindu bali hehe, chocolate bali tu sedapp! tea n pulut tu pun sedapp jugak heee 😋
ReplyDeleteAda ke yg tak sedap di bali? Hahahaaa.. Alhamdulillah coklat dgn tea di bali mmg sedap.. :D
DeleteIni kiranya kembung perut sebab minum tester je ye. Indonesia ni banyak tempat molek-molek kan. Kalau kat Malaysia tempat-tempat macam ni di mana kan? Kundasang dan Cameron kah?
ReplyDeleteOkla sbb kitorg berempat.. lagi pun taster tu kecik je cawan nya.. boleh la layan.. ada yg kami tak sentuh langsung hihii.. tmpt macam ni kalau di Malaysia Kundasang Cameroon tu boleh la..
Deletemcm2 jenis teh & kopi...teh manggis mcm rare sikit...bila mengenangkan asal-usul kopi luwak tu, rasanya tak tertelan...huhu..
ReplyDeleteMinum taster pun mcm dah nak kembung hahahaa... Teh Manggis tu rasa mcm air manggis tapi dlm keadaan panas hihihi.. Kopi luwak mmg saya tak minum hahahaa :D
Delete