Thursday, 10 April 2025

Kyrgyzstan Part 1 : Cross Border By Bus From Almaty To Bishkek (6 Hours Journey)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Lagi dua hari sahaja sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah. Kami sekeluarga telah pun memulakan langkah menuju destinasi kedua di Central Asia ini. Dengan perasaan yang masih berbelah bagi sama ada nak proceed atau tidak menuju ke Bishkek, Kyrgyzstan ini. Sebab tak pernah lagi bawa the kids cross border by land selain di Malaysia.

Arriving at Sayran Bus Station
Our apartment host sedang booking kan Yandex Go ke Sayran Bus Station.
Selepas check out dari apartment kami, owner telah membantu kami untuk orderkan Yandex menuju ke Bus Station yang betul bagi memudahkan kami mendapatkan bas menuju ke Kyrgyzstan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan ketika ini dan rasa sedih nak berpisah dengan owner yang baik dan banyak membantu ini.

Perjalanan mengambil masa kurang 15 minit untuk sampai di Sayran Bus Station. Dan dari bus station ini kita boleh ke pelbagai negara termasuk China dan Afghanistan. Macam menarik la pulak this part hihi. Untuk ke Bishkek aku hanya menyebut perkataan Bishkek di kaunter.

Antara yang menakutkan apabila kereta boleh berada di tengah-tengah simpang 4 besar untuk belok ke kiri ketika kereta dari arah depan sedang bergerak lurus. Lain betul sistem di sini.
Dah sampai jom masuk cari tiket bas ke Bishkek, Kyrgyzstan.
Kebanyakan bas menuju ke beberapa destinasi ke arah dalam negara China.
Dan kemudian staff kaunter berkenaan mengarahkan aku untuk ke arah kaunter paling hujung dalam bahasa Kazakhs yang aku tak faham. Dan kemudian aku difahamkan dengan bantuan dari traveler lain yang boleh berbahasa english. Hanya ada satu kaunter yang menjual tiket ke Bishkek dan hanya satu bas sahaja yang akan berlepas ke Bishkek setiap hari.

Tempat bas parking setelah sampai dari destinasi masing-masing.
Dari China, Tajikistan, Kyrgyzstan, Rusia dan Afghanistan.
Dan bas akan bertolak pada jam 2.00 petang yang mana sekarang ada lagi 45 minit. Masa ini berdoa sangat moga cukup la tiket untuk kami 6 beranak. Dan ketika beli tiket di kaunter bas masih lagi separuh kosong dan kami diberi pilihan untuk memilih seat yang mana kami mahu. 

Arah anak panah tu satu-satunya kaunter untuk beli tiket ke Bishkek.
Kacca / Kaunter - Nak beli tiket terus ke Tashkent, Uzbekistan pun boleh.
Selepas beli tiket bas, kita akan melepasi gate ini untuk ke Departure.
Hanya yang ada valid tiket bas sahaja boleh masuk ke arah departure ini.
Dan kami hanya perlu membayar untuk 2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak. Untuk Affan dan Afnan pegawai di kaunter bagitau tak perlu beli tiket sebab terlalu kecil. Okla setiap dua seat kami akan duduk bertiga 1 dewasa dengan 2 kanak-kanak. Harga tiket bas KZT 3,000 bersamaan RM27.00 seorang adalah cukup murah bagi aku.

Selepas membeli tiket barulah lega dan kami mula merayau-rayau di sekitar Sairan Bas Station ini. Ada beberapa restoran halal kalau nak makan atau layan teh mangkuk. Dan pada ketika ini kami bertemu dengan beberapa private teksi yang juga menawarkan perkhidmatan ke border dengan lebih cepat. Dan pasti dengan harga yang agak mahal.

Terdapat sebuah restoran halal bersebelah gate tadi. Boleh makan sebelum naik bas.
Ok di sini aku dapat beberapa info yang mungkin berguna untuk korang nanti. Satu jika tak dapat tiket bas atau terlepas bas anda still boleh ke border dengan private teksi. Boleh naik seorang diri atau boleh naik yang penuh kereta. Macam kena tunggu sedikit bagi penuh 4 orang penumpang untuk ke border.

Hanya 20 minit sebelum berlepas. Barulah semua penumpang dipanggil untuk masuk ke dalam bas.
Bismillah - tepat jam 2.00 petang bas mula bergerak meninggalkan Sayran Bus Station.
Alhamdulillah dah naik bas barulah lega rasa hati.
Masa ni berdoa sangat moga-moga anak semua tak meragam.
Maka apa kelebihan naik private teksi ini. Walau ia mahal tapi aku rasa berbaloi sebab mereka boleh berhenti di mana sahaja yang kita nak. Dan perjalanan hanya mengambil masa 1 jam lebih sahaja untuk ke border. Dan perlu tahu pemandangan countryside menuju ke border sangat-sangatlah cantik dan memukau mata memandang. 

Pemandangan dalam perjalanan menuju ke Border Kazakhstan - Kyrgyzstan.
Yang mana kalau naik bas kita hanya mampu melihat dari tingkap bas. Kalau korang suka horse riding maka naiklah private teksi sebab boleh berhenti di mana-mana perkampungan untuk melakukan aktiviti horse riding di kawasan pergunungan seluas mata memandang. Because of this insyallah aku akan repeat lagi trip Almaty.

Bas berhenti sekali sahaja di sini dalam perjalanan ke border. Kalau nak ke tandas inilah masanya.
Oh ya.. Inilah rupa bas kami. Simple jer kan. Driver bagus bawa pun tak pernah lebih 100km/j.
Antara makanan yang ada di RNR ini. Terliur tengok huhuu. Tapi tak sure sejauh mana ia halal.
Perjalanan bas mengambil hampir 4 jam untuk sampai di border dan di border bas akan mengambil masa yang agak terlalu lama untuk melepasi border. Aku menunggu bas hampir sejam selepas selesai urusan passport & immigration untuk kami 6 beranak. Sehingga masuk waktu berbuka. Dari cerah sampai gelap menunggu bas dengan sejuk winter lagi.

Selepas hampir 4 jam. Akhirnya kami selamat tiba di border Kazakhstan.
Dari sini kita kena turun dan berjalan kaki dengan membawa semua beg dan luggage.
Masa ni kami dan lepas immigration Kazakhstan dan menuju ke Border Kyrgyzstan.
Maka di sini sekali lagi ramai pemandu teksi menawarkan perkhidmatan untuk di bawa ke Bishkek yang terletak hanya 20 km dari Ak Zhol Border Control. Boleh dikatakan separuh dari penumpang bas give up nak tunggu bas dan mereka kebanyakan menaiki share teksi (Mashrukah) ke Bishkek. Dan kami masih setia menunggu bas sebab tak rushing apa pun.

Boleh tonton sedikit ulasan aku ketika menyeberangi border antara dua negara.
So itulah kekurangan apabila kita menaiki bas ke Bishkek dari Almaty. Perlu menempuh masa yang lama berbanding menggunakan teksi yang hanya memakan masa kurang 2 jam sahaja. Bagi yang tak rushing boleh la naik bas dan enjoy the view of country side. Oh ya kami berbuka puasa selepas selesai urusan immigration Kyrgyzstan dan Kazakhstan.

Berjalan dan terus berjalan nasib la tak jauh mana. Lebih kurang 200 meter sahaja.
Semasa kami berjalan ke arah border Kyrgyzstan. Bas kami masih lagi tak lepas border Kazakhstan. Kelihatan berpuluh-puluh kenderaan que nak melepasi border antara dua negara ini.
Selesai berbuka puasa dengan apa yang ada termasuklah Nasi Lemak. Eh kejap mana dapat Nasi Lemak? sebab dalam bas ini terdapat satu lagi family dari Malaysia. Mereka memberi beberapa pack instant nasi lemak complete dengan ikan bilis, kacang dan sambal yang dibawa dari Malaysia. Keluarga yang sama kami jumpa di Almaty tempoh hari.

Dan selepas menunggu dengan lama. Akhirnya bas kami muncul dari pintu gate border Kyrgyzstan. Kelihatan hanya suku penumpang yang setia menunggu. Dan akhirnya kurang dari sejam kami sampai di Western Bus Station. Yang tidak jauh dari Osh Bazaar iaitu hanya 1.8km sahaja.

48 comments:

  1. Replies
    1. Bila negara berjiran by land dgn byk negara. Memang seronok naik bas je dah smpai negara lain huhu.. seronok pulak tgk destinasi masa di bas station tu 😎

      Delete
  2. Masya Allah rezeki bisa makan nasi Lemak.
    Salam kenal dari Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau udah namanya rezeki. Di Kyrgyzstan pun dpt nasi lemak hihii..
      Salam Kenal Juga.. sudi sudilah follow blog saya 😅

      Delete
  3. Bestnya baca trip ni Afif. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi. Berminggu-minggu nak siapkan entry ni tau.. terima kasih sudi membaca 😊

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah syukur diberi keizinan dan rezeki melihat negara di central asia 🤓

      Delete
  5. Menarik pengalaman cross border menaiki bas ni, kami ketika trip Balkan dengan bas perlu lalu macam-macam gaya, itu bas chartered, kalau public transport lagi susah, ada yang boleh masuk macam tu sahaja dan ada yang super strict sampai berjam menunggu. Kalau tak rushing dan fit ok sahaja. Sambung lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cross border memang antara satu pengalaman yg paling seronok ketika mengembara. Macam2 perasaan ada hahaha.. happy, gelisah, cuak, excited semua ada .. betul nakncross border jintak boleh rushing.. kena tenang2 sahaja. Sbb tak tahu apa yg akan terjadi huhuu

      Delete
  6. mencabar sungguh trip diy gini! adventurous betul esp with kids, bln puasa lagi. tabik laaa!! tp u memang frequent traveller so no prob lah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencabar tu yg menyebabkan trip DIY menjadi sangat indah hahaha.. penuh dengan kenangan.. apa pun byk perkara dipermudahkan Allah sepanjang trip. Eh saya traveler biasa2 jer lah hahaha.. 🤣

      Delete
  7. Waktu bulan puasa boleh travel, ye. Dengan anak-anak lagi. Pengalaman yang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hujung hujung tak apa la nk travel.. alhamdulillah puasa penuh tu yg utama.. just nak merasa pengalaman berpuasa di tmpt org 😊

      Delete
  8. Tudia cross border negara lain dgn merentasi sungai je 🤣 pengalaman yg unik ni!
    Nasib baiklah takde rushing apa2, so tak kisah sangat bab nak kena tunggu bas tu kan. Kalau kita dah ada plan, nak taknak memang teksilah citer dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara Kazakhstan dan Kyrgyzstan di border ini dibatasi dgn sebatang sungai tu.
      Itulah tak rushing walau dah dekat nak raya time tu. Layan berbuka puasa bagai di border.. Memang seronok . Okla berjaya tak naik teksi tu smpai akhir 😉

      Delete
  9. wow! Bestnya dpt jalan2 di negara asing yg sebelum ini cuma mampu google je. selamat hari raya aidil fitri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri
      Mohon Maaf Zahir Dan Batin..
      Alhamdulillah ada rezeki melihat keindahan di negara lain 😎

      Delete
  10. Wah jalan-jalan terus nih.. Tapi asik juga naik bus, saya suka naik bus, walau agak lama, apalagi kalau pemandangan di luar indah, wah pasti suka 😀.. Eeh lupa... Mohon maaf lahir batin ya🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bas mmg seronok boleh lihat keindahan di tanah negara lain.. negara nya seluas jauh mata memandang. Ditambah dgn cuaca yg sejuk.. asyik bangat.. Salam Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga ya 😉

      Delete
  11. menarik dan mendebarkan juga perjalanan melepasi dua sempadan bersama budak-budak....kalau bukan kaki traveler memang tak sanggup nak buat kan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manis masam & hitam putih dalam mengembara bersama keluarga.. Alhamdulillah semuanya seronok dan menghiburkan walau susah pahit dirasa ketika mebgembara. Tak tahu la juga kalau bukan kaki travel mcm mana rasa nya 😅👌😎

      Delete
  12. Wah, jauh jalannya.
    Travel dengan bus yang nyaman begini bikin betah, bisa menikmati alam di sepanjang perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersesat jauh sedikit gitu hahaha.. 🤣
      Mengembara dgn bas mmg seronok sbb melalui jalan country side yg cantik sejauh mata memandang.. 😊👍

      Delete
  13. Pengalaman yang mencabar tapi menarik gitu. Ahhh ghiasu kalau dah kereta di tengah-tengah persimpangan tu. Seronok kalau naik teksi dapat berhenti di mana-mana yang kita nak untuk bergambar ke apa ke kan. Permandangan countryside tu memang menarik. Suasana tempatnya nampak tenang dan tak ramai orang sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu kereta berhenti di simpang empat besar tu mmg cuak giler dah.. tapi itu mmg cara diorang bawa kereta.. Next time nak try explore country side if ada peluang lagi insyallah.. tak puas tempoh hari.. Negara yg terlalu besar dgn rakyat yg tak ramai.. Mcm tu lah jadi nya.. 😎

      Delete
  14. Walaupun kena menunggu lama dan tempoh perjalanan yang panjang tetapi berbaloi dengan pemandangan cantik sepanjang perjalanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang berbaloi perjalanan dalam bas menuju ke border. Pemandangan cantik.. Next time naik teksi blh berhenti di spot2 cantik di pergunungan tu..

      Delete
  15. W'salam...
    Cantik pemandangan di sana. Cuaca di Kyrgyzstan sejuk sangat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca di Kyrgyzstan boleh sampai minus dan byk tmpt bersalji bila berada di tengah musim winter. 😎

      Delete
  16. mmg tabik spring baca setiap kisah entry demi entry sbb yg travel bujang pun byk cabaran apatah lagi travel bawa anak-anak kan? tapi pengalaman tu yg mahal & tak terbeli di mana-mana hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang yg paling mahal adalah pengalaman apatah lagi bila bawa anak bersama. Pengalaman dari bujang di bawa smpai 4 org anak.. Moga anak2 kenang bila besar nanti ☺️

      Delete
  17. Setelah baca ini, saya pun akan memilih pakai private taxi saja utk ke Border. Sebab biar tak buang masa. Apalagi kalo traveling saya cuma bisa 2-3 Minggu maksimal. Walaupun terlihat banyak, tapi kalo banyak juga negara yg nak divisit, saya lebih suka menghemat waktu.

    Memang cantik pemandangannya yaa. Moga2 lah saya bisa secepatnya eksplore negara2 STAN ini.

    Waktu itu ada traveler Indonesia yg sampai Afghanistan. Dia solo traveling dan sempat ditahan oleh taliban. Di interview lamaaa, dia cerita di IG nya, takuuut sangat sebenernya. Tp ternyata dia bilang sendiri bahwa mereka ini baik sangat. Apalagi ketika tahu teman saya muslim.

    Jadi 3 hari ditahan, dia malah jadi akrab dengan mereka. Banyak foto2nya. Dan sempat diupload di IG. Tapiii beberapa Minggu kemudian ditake down oleh IG, dengan reason, pelanggaran komunitas, foto mengandung kekerasan 🤣. Sebabnya para pasukan tadi berpose sambil pegang senjata 😂. Khusus Afghanistan saya blm tertarik. Negara ini tidak ramah wanita nampaknya. Jadi tidak dulu. Lagipun saya masih mau eksplor eropa dan Amerika selatan. Tak nak kalo visa saya direject hanya Krn ada history kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak mau buang masa dan ada lebihan uang nya maka naik aja private teksi nya.. Lebih cepat dan lebih aman gitu.. Tak smpai 30 mnt blh sampai di Bishkek terus..

      Iya pemandangan country side mereka mmg cantik memukau bangat.. kalau biasa tinggal di kawasan kampung di kejauhan pergunungan pasti enak 😎

      Delete
    2. Oh Afghanistan mmg teringin bangat mau ke sana.. moga aja satu hari nanti diberi izin utk ke sana melihat sendiri keadaan yg sentiasa dikatakan baik dan aman.. Ditahan malah menjadi akrab gitu.. banyak sebenarnya about taliban yg salah digambarkan oleh media barat dgn apa yg traveller pernah lalui.. mana aja yg ada duluan rezeki sy travel aja.. hihihii..

      Delete
    3. Segala musuh Amerika pastilah ditulis jelek oleh media pro mereka kan 😄. Skr ini saya tak nak langsung percaya dengan apapun yg media tulis. Krn banyak media dah tak netral. Mostly pasti mendukung Amerika juga

      Delete
    4. Musuh bangat amerika sama taliban .. lebih lagi taliban sudah berjaya mengambil alih pemerintahan di Afghanistan selepas 10 tahun amerika memerintah di sana.. kdg2 bila kita travel dan lihat sendiri ia nya lebih jelas dari apa yg media katakan.. 😅😎

      Delete
  18. Anak-anak tak cranky ya masa tunggu lama selepas imigresen untuk ke border.
    Mungkin cuaca yang sejuk agak selesa bagi mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang sebab sejuk dan tak makan any proper food time tu.. air panas dalam tarmos pun cukup2 untuk buat last susu untuk afnan.. tapi okje sebab the kids playing around mcm bukan winter.. masuk bas terus terlelap 😅

      Delete
  19. Mencabar juga perjalanannya menggunakan bas tapi itulah pengalaman kan.. Mujur santai-santai sahaja jadi tak kisah lah menunggu ketibaan bas.. Kalau nak cepat memang kena naik teksi lah ye.. Semangat tengok perjalanan encik sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak mencabar sebab travel backpack dgn anak2.. kena jaga mental anak anak especially fua yg kecik tu supaya tak meragam.. alhamdulillah we manage.. semoga anak2 pun blh backpack sendiri besar nanti ☺️👍😎

      Delete
  20. Mencabar sungguh ke negara yang tak ada langsung tulisan BI ni, sama macam ke negara China. Jadi buta huruf 😅
    Tapi Afif dah biasa travel merata, tak terlalu susah agaknya.

    Perjalanan naik bas selama 4 jam tu seronok jugak dapat tengok pemandangan. Cuma yang agak bosan masa menunggu bas di border.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak susah bila tiada tulisan BI dan yg blh bercakap BI pun tak ramai. Tapi ia adalah perkara yg menyeronokan sebab kena usaha lebih utk mendptkan sesuatu info dan juga ketika membeli brg.

      Delete
    2. Tunggu di border tu sampai sejam tu dalam keadaan sejuk sambil berbuka puasa satu pengalaman yg sgt indah.. Alhamdulillah org2 teksi sgt membantu.. memberi air dan makanan ringan pada kami.. 😎🫰🏻

      Delete
  21. best nyaaaa
    dengan naik bas je dah boleh pergi china, tajikistan, kyrgyzstan, rusia & afghanistan...
    syok juga ni dpt travel byk negara dlm 1 masa
    cuma tu laaa
    cuti tak banyakkkk
    hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila semua negara bersambung dan mempunyai border yg dekat. Memang sgt menarik kalau nak ke mana2 destinasi yg ada.. Nk try apply keje sana .. boleh naik bas setiap kami weekend hihii.. 😅

      Delete
  22. tenang je border dia
    tak de laa org sibuk menjual sana sini...
    tak hiruk pikuk mcm kat sempadan thai tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul border dia tenang je.. bukan macam sempadai thai yg sibuk dgn org jual itu ini.. ada org teksi dan org jual simkad jer kat border tu. Pastu adalah satu dua kedai runcit..😊

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...