Syukur alhamdulillah selamat pulang ke tanah air pada 30/03/2026 - Isnin pukul 2.30 pagi di KLIA dan sampai di pintu rumah jam 4.00 pagi (Flight delay 1jam 15minit di Xiamen Airport). Plan on that day the kids akan mulakan persekolahan seperti biasa sempena pembukaan sesi persekolahan selepas cuti raya Aidilfitri.
Namun menerima khabar duka dari Kak Izan seawal pagi. Memberitahu abang beliau iaitu Abang Apis (sepupu) yang tinggal di Kulai, Johor telah meninggal dunia di Hospital Kulai selepas dibawa oleh keluarga ke kecemasan kerana demam.
![]() |
| Keadaan perjalanan yang baik dan ditemani hujan di beberapa kawasan. |
Dan aku terus bersiap-siap untuk ke Kulai bersama seisi keluarga. Memang masih lagi kepenatan namun untuk menghadiri pengebumian abang apis haruslah diutamakan. Rasa baru sahaja berjumpa Abang Apis hujung bulan Disember tahun lepas.
Abang Apis menghidap penyakit tiriod tahap 4 dan gout yang sangat teruk selama beberapa tahun kebelakangan ini. Namun beliau tetap seorang yang ceria dan rajin memberi comment pada status whatsapp antara kami sepupu yang lain.
![]() |
| Disolatkan di Masjid Ar Rahman dan di kebumikan di Felda Bukit Besar. |
Arwah Abang Apis yang berumur 58 tahun menjadikan beliau antara senior dalam group sepupu Johor kami. Ketiadaan pakcik dan makcik menjadikan kami berpaut pada sepupu-sepupu sahaja. Dan mak aku adalah makcik terakhir yang ada untuk semua sepupu datang ziarah.
![]() |
| Jam 10.00 malam kami beransur pulang dari Rumah Abang Apis di Felda Bukit Besar. |
Pernah aku tanya "Abang Apis tak rasa sakit ke bonjolan bonjolan gout di kaki dan tangan ini?' Dia jawap ringkas jer "Sakit tapi sampai lama-lama sakit tu dah tak rasa sakit dah.. sebab dah selalu sangat menahan sakit". Doktor tulis dalam surat kematian abang apis - Main cause of death are Sepsis with underlying advance chronic kidney disease.
Tiga tahun kebelakangan ini, setiap tahun aku kehilangan seorang saudara di Johor. Kalau dulu ke Johor pasti akan singgah di Kulai Rumah Abang Apis, Pekan Nanas Rumah Abang Hud dan Pontian Rumah Pak Ie. Now semua dah tiada untuk di ziarahi. Al Fatihah buat Mohd Hafiz Bin Abu Amar dan yang lain.


