Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
This week busy as usual.. Urusan kerja di pejabat dan juga di rumah. Urusan anak-anak dan keluarga.
Hujan pun agak lebat dua tiga hari ini. Sampai naik banjir kilat di beberapa tempat di Selangor dan KL.
Nampak gaya hari ini pun hujan lebat juga. Moga-moga tiadalah kejadian yang tidak diduga berlaku Amin.
![]() |
| Brek 'O' Day |
![]() |
| Aglio Olio |
Awal bulan February dah ter-terbang ke Hong Kong dan sempat visit Macau sekali. Lepas tu dapat pulak tiket promo untuk raya ke Yunnan di bulan March. Dan actually dah ada satu lagi flight ticket aku dah terbeli untuk hujung tahun ini sebab dapat return bawah RM700.00 untuk penerbangan selama 8 jam.
![]() |
Kesan Perang Iran Dan Amerika Kepada Dunia Travel
Bagi kita yang berada di Malaysia kesan perang ini agak menghalang untuk travel ke eropah dan timur tengah sahaja. Tapi jika nak travel ke Central Asia, China, Jepun, Korea dan Taiwan tiada masalah. Di bahagian Selatan Asia iaitu India, Bangladesh, Nepal, Bhutan, Sri Lanka dan Maldives tidak terkesan.
Dan mungkin ketika ini boleh focus untuk jejakkan kaki ke negara-negara Asia Tenggara dan bagi aku negara Timor Leste berada di dalam radar sebab ianya sebuah negara yang baru join ASEAN tahun lepas. Last year ada promo flight ticket berharga RM1,980.00 untuk return KUL - DILI. Harap tahun ini ada la promo yang lebih murah dari harga tu.
![]() |
![]() |
| Baked Chicken Tenders |
Travel Tak Mudah Seperti 5-10 Tahun Yang Dahulu
Dengan 3 orang anak yang berada di sekolah rendah sekarang ini. Tidaklah begitu mudah nak travel unless kalau aku sanggup buat trip solo lagi. Dan itu pun tak boleh lama sebab dua tahun lepas masa pergi trip Turkiye-Bulgari-Romania selama seminggu lebih pun dah macam-macam hal terjadi di rumah huhu.
Padahal masa si ibu pergi company trip seminggu lebih pun. Ayah okay jer uruskan anak-anak setiap hari 😅.
At this moment mungkin antara Sri Lanka, Timor Leste dan Nepal yang akan aku terjah if dapat tiket promo by this year.
![]() |
![]() |
| Hot Double Chocolate, Ice Matcha Strawberry Latte & Ice Double Chocolate. |







Kalau ayah okay je uruskan anak, nampaknya rezeki ibu la boleh selalu travel tinggalkan anak dengan ayah 🤭😆
ReplyDeleteAkak cuma berdua, sepatutnya mudah travel tapi kerja suami pulak jadi penghalang - susah nak plan travel lebih awal dan tak sesuai ambil cuti lama-lama. Nanti orang asik contact tanya pasal kerja 😅
Begitulah hidup, tiap orang ada masalah tersendiri. Tapi…Afif dah untung sangat, dah merata travel.
Saya okay jer kalau nak travel tinggalkan kita dgn anak-anak di rumah tapi give me a chance juga la nak travel dan dia jaga anak-anak di rumah hahahaa..
DeleteKan ... benda paling tak best bila org contact kita tanya pasal kerja.. padahal kita tgh cuti di oversea hahahaa.. itulah kerja kan.. nak abaikan kerja pun tak boleh.. tpi itulah bila dapat peluang pergi travel memang tak akan dilepaskan la..
Yeap setiap orang ada urusan, masalah dan hal tersendiri.. Saya pun sekadar menyelit nyelit jer untuk travel ni.. sebab kalau tak buat nanti rasa masa rugi berjalan tanpa ada buat something huhu.. sebab dalam setahun kalau dapat pergi 2-3 tempat pun dah happy... apa pun alhamdulillah syukur dapat byk melihat keadaan negara orang :D
DeleteBaca sampai habis dah
ReplyDeletehahahah terima kasih sudi basa sampai habis :D
DeleteBestnya boleh travel ke sana sini.
ReplyDeleteAlhamdulillah diberi rezeki.. minat yang tak dapat nak dijauhkan.. :D
DeleteSemoga cuaca cepat membaik. Hujan terus menerus pun seram juga. Kuatir banjir. Sama macam di sini bang. Tp jakarta selatan yg tiap hari hujan. Saya nih di jakarta timur . Hujan justru langka 😂.
ReplyDeleteTuhlaaah, saya kalau pikir efek perang, buat tiket JD mahal. Memang harus pandai cari promo.
Inj msh belum dpt lagi tiket Mongolia. Tp memang saya plan nak cari saat July Agustus. Mau lihat kondisi di China juga. Apalagi nak transit di sana.
Timor-Leste saya mungkin tahun depan. Tak tahu juga. Soalnya teringin nak kilas balik ke Mumbay juga 😄. Ada tempat yg pernah ada tragedi berdarah waktu itu kan. Saya nak datangi semua tempat yg diserang teroris waktu itu.
Kalau ada anak ini, memang pengeluaran jadi bengkak 😅. Untungnya suami msh mengizinkan saya traveling dengan teman, so, tak lah budget exceed.
Aiiiih gambar pizza di atas nampak menggugah pula 😄😍😍
Betul tu.. Bila panas kita mahukan hujan tapi kalau hujan berterusan juga merisaukan dan merumitkan.. Jakarta timur sama selatan berapa jauh? Kesan perang skrg ini mmg menjadikan tiket flight jadi mahal tapi jika airlines tidak transit di timur tengah atau destinasi tidak ke arah sana.. tiket masih lagi murah..
DeleteBaru ini ada lihat tiket ke Mongolia.. Harga return RM2000++ direct flight.. Tapi kalau ambil yg transit ke China juga best boleh jalan-jalan di dua tempat.. Harga tiket ke Timor Leste ke Mongolia hampir sama.. lebih baik ke Mongolia hahaha 😅.. Masih lgi fikir mahu bawa anak atau tidak tpi kalau seperti TLeste rasanya tak sesuai bawa anak..
Deletehaaha...nasib baik la tuan punya blog dah tulis bawah tu..
ReplyDeletetengah nak hadam apa kaitan gambar makanan dengan travel.. hahaha...
wahhh, nie rare bila ayah tiada, rumah jadi kucar kacir.. hahaha
Hahahaha kannn... Tetiba cerita benda lain gambar tak ada kena mengena.. Ayah ni tenang dan santai jer kalau jaga anak2 di rumah berbanding si ibu yg byj benda kena ikut mata dia..😅
Deletelama tk ke coffee bean..aritu tgk org share psl butter & toast tu viral
ReplyDeleteSekali sekala nak tenang tenang mmg coffee bean tempat yg selesa.. tpi itulah harganya kurang marhain huhuhu..
Deletei baca sampai abih la entry u ni..once a traveller, always a traveller gitu!! memang time cuti raya is the perfect timing to travek jugak sbb cuti lama one stretch gitu. cuma buat masa ni, my priority is my mom sbb kena sentiasa cari masa balik kg visit her, selagi ada masa dan kesempatan...anyway, u nak travel europe next year yer...haaa i ni counting days for my worktrip ni..of course sambil keje kena jln2 jugakkk moga lancar segalanya..aamiin...nervous jugak sbb ala2 DIY--keje kan..bkn nya folo tour agent
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca coleteh tuan blog ni hahahaha.. betul juga tu once traveler always traveler huhu.. Sekali sekala pejam mata travel oversea masa raya mencari pengalaman sama macam waktu student dulu.. okla kot huhuuu..
DeleteAah tengah mengumpul untuk trip Europe area balkan insyallah if diizinkan next year.. ada worktrip ke oversea seronok la huhu.. alhamdulillah rezeki sgt tu..ala pernah student oversea insyallah boleh jer nak DIY tu .. chaiyyokkk..!!
Komen pasal gambar - dah beberapa kali tengok Afif up gambar makan kat CBTL. Memang tempat makan faveret ye? Hihi.
ReplyDeleteKomen pasal travel - teringin nak buat macam Afif, asal ada promo je terus beli tiket tapi suami tak izinkan saya travel solo 😅 dan kiteorang tak dapat nak travel berdua je sbb: 1. anak2 nak ikut sekali, klu tak bawak sekali dieorang merajuk 😜; 2. suami selalu sibuk dgn kerja ofis dan sgt2 la susah nak ambik cuti.
Harapnya bila dia dah pencen nanti kiteorang boleh la travel berdua ke mana-mana (semoga masa tu masih kuat lagi lutut nak travel sana-sini 🤭)
Hahahah tak la juga feveret tapi sebab tempat convenience kot.. especially parking.. dan indoor pepagi panas maka ken cari tmpt indoor kadang-kadang la bukan selalu huhuu.. Well air di Coffee Bean & Tea Leaf memang sedap :D
DeleteSay pun tengok la keadaan if promom murah bawa la anak-anak sekali but if promom tapi still mahal mungkin sebab journey flight tu jauh maka tak bawa la juga anak-anak.. or bawa sorang dua sahaja.. itulah kekadang kena study dari awal tahun which date yg ada public holiday and so on.. so bila ada promo ticket terus aim that date.. insyallah moga sihat sampai bila bila untuk travel melihat keindahan ciptaan tuhan amin..
DeleteTerbalik pulak ye. Akk okay uruskan anak⁴ sendiri sbb suami byk outstation. Memang Ummi je diorg cari hihi...
ReplyDeleteBab travel ni teringin juga nak grab harga murah tapi bila nak travel sampai 6 org, tak murah jugalah jadinya 🤭😂
Ntah la.. Masa saya di Bulgaria.. wife bagitau eksiden org langgar kereta bagai.. Kita jadi risau tak tenang dibuatnya huhuu.. bila kita jaga anak2 masa si ibu travel company trip okay jer huhuu..
DeleteItulah nak gravel dengan anak2 mmg makan cost sebab tu anak2 kena berkorban untuk mak ayah hahahaha.. :D
Kami tak dapat beli ticket masa promo sebab kerja hubby di plant yang tak tentu keadaan terkini nya. So kami ikut pesan arwah papa, save first spend later. Situasi kita semua memang lain2.
ReplyDeleteBetul juga tu.. tengok keadaan bagi setiap orag berlainan.. macam saya memang dah safe awal awal tarikh tarikh keramat untuk travel dalam satu tahun tu.. senang nak grab promo dan apply cuti.. itulah at this moment kena banyk menyimpan juga.. hrp2 ekonomi tak la jatuh ..
DeleteSedih dengan keadaan perang ni..kenapa harga nyawa itu sangat di pandang rendah ..kan membedil bom ramai yang terkorban, mereka tak ada salah pun..tapi terkorban akibat perang ni ..
ReplyDeleteItulah memikirkan rakyat yg menjadi mangsa.. iran pulah kita pernah pergi jejak.. memang terasa sangat bila mereka dibom bagai tu.. semoag cepatlah terhapusnya amerika dan israhell ini..
DeleteSemoga cepat berlalu keadaan membimbangkan Dunia sejagat ya ustaz..
ReplyDeleteKesan perang jauh dari Malaysia tapi kesan nya Malaysia turut terpalit.. semoga cepatlah selesai..
DeleteTempat sarapan yang awesome.. 😋 bagus juga baca cerita macam ni, jadi boleh baca dari perspektif seorang traveller.
ReplyDeletePada saya dan suami yang suka roadtrip ni pun, memang idok la nak rancang ke mana² sebab harga minyak. Guna yang subsidi ic saya dan suami pun boleh habis dalam sebulan, sebab ambil dan hantar anak ke asrama.
Tempat awesome tapi tak leh selalu sebab mahal hahahahaa..
Deletekita saja nak berceloteh bila tak ada idea nak update kisah travel..
Itulah minyak pun dari 300L turun 200L sahaja.. kalau dulu nak berjalan tak la berfikir sangat tapi sekarang nak kena fikir dua tiga kali huhuu.. qouta minyak kalau habis mahal jadinya huhuuu