Thursday, 16 April 2026

Kenny Hill Bakers - Minum Petang Di KL East Mall With Wife & Afnan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Ini cerita sebelum puasa ramadhan hari tu.
Dah tulis separuh dan terus terlupa dalam draft.
Nak bersihkan draft - kita kasi siap dan post la pagi ni 😅.

Seperti biasa kalau ada masa lapang di hari bekerja kami akan mengopi husband and wife bersama. Tapi kali ni tak berapa aman sangat sebab si tonet kecik ini ikut sekali sebab akak pengasuh ada urusan. Terpaksa la amik separuh hari 😔.

Penghalang utama ibu dan ayah nak pergi dating di siang hari hahaha 😊.
Destinasi nak makan ni lebih kepada ikut arahan wife atau arah tuju hidup dia nak ke mana. Kita just follow jer dan jarang la boleh bangkang arah tuju dia hahaha.. Sebab kalau tak kena lidah dia mau muncung sampai ke malam 😅.

Maka menujulah kami ke KL East Mall sebab masa ni baru pukul 3.00 petang. If mengopi sejam setengah pun masih awal lagi nak balik dan insyallah tak la jem lagi jalan. Dan destinasi yang dituju kami ialah Kenny Hills Bakers.

Pemandangan ke arah entrance Kenny Hill Bakers.
Dan kita akan melintasi ruangan dessert yang tersusun sopan.
Pemandangan ruangan rempat duduk di bahagian dalam.
Once sampai di pintu masuk kita kena tunggu untuk di serve oleh staff dan akan dibawa ke meja makan. Dari kerusi menunggu lagi dah nampak variety pastry yang ada dalam island tu. Disebabkan now bukan pick hour maka tak sampai 3 minit kami dibawa masuk ke dalam.

Tapi sebab si tonet yang suka buat bising ni ada sekali maka kami pilih duduk dekat dengan entrance sahaja. Kalau dia buat bising tak la nak ganggu sangat orang lain di dalam. Dan kami hanya order croissant dan waffle sahaja.

Croissant Croque Monsieur (Turkey Ham, Melted Gruyere Cheese & Norway Sauce).
Waffle Sweet Strawberry & Cream RM26.00.
Tu dia sampai ternganga waffle ni dia letak cream tu.
By the way lepas makan baru aku tahu yang Kenny Hill Bakers ini tidak mempunyai Sijil Halal dari Jakim walau dah beroperasi dari 2014 untuk kesemua 8 cawangan mereka. Dan hanya declare Pork Free dan bebas alkohol. Namun dalam officially website ada menyatakan mereka sedang dalam proses mendapatkan Sijil Halal 👍.

Dan mereka telah mengeluarkan produk Tiramisu yang mengandungi alkohol dari outlet mereka untuk lebih Muslim Friendly pada bulan Jun 2025. Kira baru jugak la 😏 nasib aku tak ada datang sebelum tu huhu. Ada ke antara u all yang ada datang sebelum tarikh tu? cuba bagi comment sikit 😅.

Hot Lemon Tea, Ice Lemon Tea dan Hot Chocolate.
All kind of food ada di sini dari very light hingga ke heavy duty menu 😅.
Terus lepas balik tu aku bagitahu wife if nak datang makan sini lagi make sure diorang dah ada Sijil Halal Jakim. Sebab ada banyak lagi pilihan tempat makan yang ada di Malaysia ni. Unless kalau kita tengah travel di oversea dan sesebuah restaurant itu declare mereka friendly muslim restaurant. If that case bagi aku tak apa lah kot.

Tapi itu cara aku la.. If korang macam mana? Ada ke yang tak kesah nak masuk dan makan di restoran yang tak ada Sijil Halal? Just declare our food no pork and no lard and we are Muslim friendly restaurant. Korang terjah ke atau tidak? 😄

21 comments:

  1. Tiramisu ada alkohol? Muslim friendly? Rasa was-was pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn.... Bila ada was-was dan tak sedap hati tu better avoid la dari makan di situ.

      Delete
  2. Akak kalau ke sini memang akan amik peach strudel..all time fav dan popular..ye betul sblom ni tiramisu diorang ada alcohol..so x amik la...the best part pekerja muslim inform jangan order Tiramisu sebab ada alcohol...sekarang diorang dah fully remove..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh belanja kitrg lepas KHB ni dpt sijil halal... Sebab tgk menu dia memang variety.. ada steak dan salmon bagai kalau tak silap.. bagus la pekerja tu bgtau tak halal ada alcohol.. harap2 takde la muslim yg termakan tiramisu tu.. 🤲🏻

      Delete
  3. rasa serba salah pula kan...kalau saya pun cukup sekali je datang sampai dah confirm dapat sijil baru repeat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak tau pulak tak halal.. wife pulak kata kawan dia ajak makan situ dan sedap so kitrg pun dtg la.. bila tau tak de sijil halal tu.. hurmmm kecewa jugak la huhuu..

      Delete
  4. Baru planning dgn Hata nk dating dkt sini. Dulu suka mkn dkt black canyon & Johhnys. Lps tahu mereka xde sijil halal, terus x pegi dah. Kalau mcm ni rasa mcm was2 plk. Tp bila ckp otw utk dptkn sijil & dh keluarkan product yg ada alkohol rasa mcm lega sikit. Tp itu la.tetibe rasa mcm dlm dua plk . Mcmane tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah dulu selalu juga pergi black canyon tapi lepas tahu tak ada sijil halal terus stop makan kat situ.. Kita kat Malaysia banyak choice.. so boleh la nak focus pada only yg ada Sijil Halal.. Yg ada Halal pun boleh ditarik balik.. ini kan yg tak ada huhuu

      Delete
  5. saya cerewet bab2 mkn kat tmpt yg tak de sijil halal..if boleh elak, memang takkan mkn laa...anyway, rasa2nya saya pernah jugak mkn kat sini sekali jer sbb kwn belanja :P last 2 yrs kalau tak silap--tak check sijil halal sbb assume halal, rupa2nya tak yer adoyaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita kala tau tempat tu tak ada sijil halal mmg terus tak pandang.. sebab halal bukan semata-mata ayam dan daging yang disembelih.. so far kami memang elak.. yse rasa MZ pernah makan sebab pernah nampak posting hhihii..

      Delete
  6. belum berkesempatan lagi makan kat sini. tktau pulak yg dia ada alcohol tiramisu sebelum ni.. nasib baik dah buang dari menu.
    saya secara peribadi rasa okay je utk makan kat restoran yg claim muslim firendly. asalkan diorg bagitahu yg bahan makanan tu diambil dri sumber halal (sebab kat malaysia berlambak supplier daging halal, tak susah cari).

    tpi sekarang saya rasa dh tak boleh nk yakin macam tu bila baru2 ni ada isu sijil halal biskut yg ditarik balik sbb guna berus babi utk cuci kilang. wlaupun dorg claim makanan diambil dri sumber yg halal, tpi perkakasan tu boleh jadi meragukan jugak. Tak semua org bukan islam faham konsep halal islam secara menyeluruh. so sekarang saya akan sentiasa cari kedai yg ada halal JAKIM je. unless kat luar negara, kita okay jelah dgn muslim friendly eateries

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nasib dah buang dari menu.. harap tiadalah mana mana muslim yg dah terbeli dan termakan.. seram pulak bila tahu tiramisu tu ada alcohol.. Sy secara peribadi tak ok nak makan tmpt yg sekadar muslim friendly ni sebab halal certificate di Malaysia tak susah dan ianya bukan la mahal beribu setahun.. Malaysia majoriti muslim so buka kedai makan nak muslim dtg sila apply sijil halal.. kalau bukan majoriti muslim country saya rasa ok but not for Malaysia huhuu

      Delete
    2. Yes isu kes biskut tu pun boleh terlepas sijil halal walau terang pakai berus babi.. namun setakat skrg tiada arahan penarik balik semua produk di pasaran dan itu nak bagitahu betapa lemah lagi undang2 di Malaysia ini. Sekadar penarik balik sijil tapi tiada denda yang keras dan dan masih lagi ada produk mereka di rak pasaraya dengan logo halal.. hurmmm..

      Delete
  7. dulu sy pn x tau jg KHB x de sijil halal. lps tu just tgk and tggu je laa smpi diorg dpt nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa baca menu pun ada nampak steak kot kalau tak silap tapi sbb tu kenyang dan hanya nak mengopi.. tunggu la ada sijil halal baru blh makan steak KHB ni..

      Delete
  8. tu diaaa disumbatnya waffle tu smpi ternganga mcm tu skali😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kami buang dekat separuh jugak sebab tak sampai hati nak makan semua cream tu hahahaa..

      Delete
  9. pernah baca ada orang share pasal Kenny Hill Bakers ni takde sijil halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita dah duduk dah selesai makan baru tahu takde sijil halal 😅

      Delete
  10. tak berkesempatan lagi nak makan kat sini. tggu sijil halal dia dulu kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. sy pun kalau nak repeat makan sini.. tunggulah dapat sijil halal dulu..

      Delete