Dah habis squeeze cerita di Romania ini namun tetap sampai Part 9 aku tulis hahaa.. Ingatkan boleh buat dalam 6-7 entry sahaja. Harap-harap yang membaca tak boring la melayan travel journey aku yang ntah menarik atau tidak 😅.
Sepatutnya nak ending kan cerita Romania di part yang lepas tapi sebab ada banyak lagi gambar maka aku buatlah last part ini. Demi kenangan untuk diri sendiri, anak cucu dan juga bacaan untuk u all yang sukakan cerita travel ini 😉.
![]() |
| Jom la jalan-jalan waktu petang di Sungai Dambovita ini sementara nak tunggu maghrib. |
Ketika aku sedang makan di restoran tiba-tiba Anto whatsapp tanya aku di mana, terus aku reply ada restoran ini dan berdekatan dengan sebuah masjid yang hanya beberapa station dari hotel. Terus Anto kata tunggu dia datang sana.
Aku kata kita jumpa di masjid sahajalah sebab tak kan lah nak duduk lama-lama kat sini dah la makan free 😅.
![]() |
![]() |
Dari dalam whatsapp lagi Anto dah gelakkan aku pasal dapat makan free tu 😅. Sambil aku berjalan ke masjid, Anto pun sampai beberapa detik kemudian. Sementara menunggu Anto bersolat aku sempat bancuh teh yang diberikan secara percuma di hall masjid ini. Seronok layan teh panas dengan keadaan yang kian sejuk menjelang lewat petang.
Lepas selesai solat, Anto pun join aku bancuh teh dan kami sama-sama duduk berborak di hall masjid ini. Lagi pun kami dah tak ada plan nak buat dan Anto masih lagi ada sehari stay di Bucharest. Aku pulak malam ni nak pulang ke Istanbul.
![]() |
| Agak banyak itik yang berlainan jenis di sungai ini termasuk beberapa ekor swan. |
Masih ada sejam lebih lagi nak masuk maghrib, tak kan nak duduk sini lama-lama. Masa ni pun dah 2-3 cup teh aku bancuh 😅. Aku pun ajak Anto berjalan-jalan di area sekitar Dâmbovița River. Dia agree kami pun bergerak keluar dari masjid.
![]() |
| Just another view. Memang berbaloi berjalan di sini dengan suasana yang nyaman & bersih. |
Tak lama berjalan tiba-tiba Anto kata dia lapar dan katanya nak ke restoran yang aku makan tadi. Aku pun kata okay la nanti jumpa Maghrib di masjid sahaja. Sebab aku nak jalan-jalan di tepi sungai ini dan ofcoz aku malu nak masuk restoran tu lagi hahahaa.. Dan aku pun meneruskan berjalan kaki di sepanjang sungai ini seorang diri.
![]() |
| Bangunan lama ini masih lagi digunakan sebagai Odeon Palace - Brasserie and Events. |
Bukan ada yang menarik sangat tapi sekadar nak layan pemandangan sahaja sebab malam ni akan naik bas balik ke Istanbul semula. Bagi aku Bucharest sebuah bandar yang tenang dan setiap orang hanya memikirkan diri mereka sendiri tiada yang mengganggu especially kita as tourist yang merayau-rayau even pada kawasan yang sunyi.
Masa tengah berjalan layan perasan tiba-tiba terlihat ramai orang-orang muda dengan masing-masing membawa beg. Rupanya aku dah termasuk kawasan universiti yang bersebelahan dengan Dambovita River ini.
![]() |
| Teringat kenangan ketika belajar di Johannesburg suatu ketika dahulu. |
Terdapat sebuah universiti di sini iaitu Universitatea Titu Maiorescu (UTM) - Sebuah universiti swasta terkemuka di Bucharest. Ditubuhkan pada September 1990 dan dinamakan sempena Titu Maiorescu iaitu seorang pengkritik, sastera dan ahli politik terkenal di Romania. Mempunyai 9 fakulti termasuk Perubatan, Undang-Undang, Psikologi, dan Sains Komputer.
Ditubuhkan sejurus selepas kejatuhan rejim komunis di Romania dan menawarkan pendidikan tinggi yang moden. Diiktiraf secara rasmi oleh undang-undang Romania sebagai institusi pendidikan tinggi dalam sistem kebangsaan pada 2002. Menjadi universiti swasta pertama di Romania yang tersenarai dalam National Metaranking of Universities pada 2021.
![]() |
| Mostly yang memancing di semuanya orang-orang tua sahaja. Nampak la mereka enjoy the life dan tidak mensia-siakan hari tua hihii. |
![]() |
| Pakcik ni paling meriah, asyik angkat ikan sahaja setiap 3-4 minit. Sepanjang aku berdiri kat sini ada la kot 5 ekor dia dapat. |
![]() |
| Ikan yang mereka dapat di sini mcam ikan Kap dan ikan Lampam. Kalau kat Malaysia tempat macam ni banyak ikan Bandaraya, Keli dengan Talapia jer. |
Dalam tak sedar aku dah berjalan sejauh 1.1 km sampailah di jambatan yang penuh dengan kenderaan dan di sini terdapat ramai orang yang sedang memancing. Sempat aku lepak seketika melihat ragam orang di sini memancing. Nak tahu juga ikan apa yang ada di sini (biasalah sama-sama kaki pancing kan 😁).
Lepas puas tengok mereka memancing dan mengangkat beberapa ekor ikan. Aku pun berjalan semula ke arah Timpuri Noi Metro Station yang juga menuju ke arah Masjid At Taqwa. Masa nak berjalan pulang tak terasa jauh bak kata orang tua, bila nak balik tu keadaan sekeliling especially pokok-pokok dah kenal kita, tu yang tak rasa jauh huhuu..
Rasa tak jauh mana berjalan, tau-tau dah sampai di Timpuri Noi Metro Station. Terus aku berjalan ke arah masjid. Dapat la berjalan santai-santai lebih 2.5km petang ni. Dan Anto juga whatsapp katanya dia dah sampai di masjid dan memberitahu aku waktu maghrib tinggal berapa minit sahaja lagi. Okay la ngam sempat sampai sebelum masuk waktu.
![]() |
| Suka dengan pemandangan sekitar sini. Susah nak nampak sampah walau satu. |
![]() |
| Safely arrived at Timpuri Noi Metro Station untuk ke Masjid At Taqwa. |
Bila sampai di masjid agak terkejut sebab agak ramai jemaah yang hadir untuk bersolat maghrib, mungkin juga siang tadi waktu kerja. Pekerja Bangladesh di Efes Turkish Cuisine tadi pun ada sekali, sempat aku salam dan ucapkan terima kasih sekali lagi. Aku kata insyallah aku tak akan lupakan jasa baik kamu dan akan ku sebarkan keseluruh dunia.. Aiceee 😅.
![]() |
| Suasana lebih meriah dengan jemaah yang ramai ketika solat maghrib. |
![]() |
| Aku dengan Anto bersama naik metro pulang ke hotel dari masjid tadi. Kanan tu staf hotel yang banyak membantu kami walau tak boleh speaking. |
Anto kata nak guna bilik dia ke kalau lepak dulu sebelum ke bas station. Aku kata tak perlu la sebab nak sampai awal di bas station. And somehow aku nak naik metro ke bas station so better gerak awal, kang ada pape hal tak ada la kalut hihi.
![]() |
| Walau masih awal belum pukul 9.00 malam tapi keadaan jalan dah lengang. Dalam 5 minit berjalan ada la terserempak seorang dua sahaja yang berjalan. |
![]() |
| Melintasi sekali lagi Dâmbovița River pada waktu malam di kawasan lain. |
Duduk borak sekejap dengan Anto di lobi hotel dalam 10 minit dan aku kata dengan Anto. Tak sure lepas ni kita boleh jumpa lagi atau tidak. Sebab Anto pun duduk di area jauh dari Borneo sana tu. Kalau Jakarta tu boleh la kot nak terjumpa kalau ke sana. Apa pun berterima kasih pada Anto sebab banyak menolong aku especially dari bab memberi info.
Sebab aku pun main redah sahaja untuk kali ini. Oh ya untuk tiket bas aku ke Istanbul, Anto tolong belikan dari App Flixbus dan aku bayar cash terus dengan Anto guna Lira Turkey dan USD. Sebab Anto pun akan ke Istanbul, senang kata dia tak perlu tukar duit lagi.


















Part solat di masjid, terasa naik ikut ja..subahanallah. Jelas kegembiraan tuan ustaz..diberi kesempatan peluang kembara sejauh ini..dan tidak lupa hadap Allah..amazing..sesuatu yangjarang orang miliki..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Setakat ini kalau ke mana sahaja, masjid pasti akan menjadi salah satu destinasi utk dituju.. Rasa tak lengkap kalau tak singgah masjid tempatan yg ada.. insyallah akan terus berkongsi pengalaman di blog ini.. ☺️👌🏻
DeleteBestnya, terima kasih bawak kami rakan2 blogger 'jalan2' sama dalam post ni
ReplyDeleteTerima kasih juga sudi bertandang ke sini membaca dan memberi comment ☺️👌🏻
DeleteOk je dapat tengok gambar dan tau cerita negara lain 😄
ReplyDeleteTerima kasih juga sudi memberi comment.. ☺️👌🏻
DeleteAlhamdulillah seronok tengok ramai juga solat berjemaah di masjid. Maknanya ramai juga Muslim di sana ye...
ReplyDeleteAlhamdulillah walau yang hadir ramai foreigner namun syukur masjid penuh berkali ganda pada waktu maghrib. Moga kian ramai muslim di sana :D
DeleteHehe..boleh pulak terjumpa lagi dengan pekerja kedai makan tu di masjid. Memang orang baik. Moga Allah kurniakan kebaikan buat dia.
ReplyDeleteItulah terjumpa pulak pekerja tu.. mmg malu segan dibuatnya.. Asal niat nak elak makan sebab ada campur non halal.. sekali dapat makan free terus hahahahaa :D
DeleteTak pernah jemu baca perkongsian tentang travelog di sana sini oleh Afif sebab boleh tumpang terapi mata tengok semua gambar yang dikongsikan. Banyak info pun iya
ReplyDeleteEntry ini patut tak ditulis tapi last2 ditulis juga.. sebab masih banyak gambar dan kenangan yg boleh ditulis hihii.. info kena ada supaya org boleh dpt something bila membaca :D
DeleteWah, seru sekali ikut jalan-jalan lewat tulisan ini. Suasana sore di tempat seperti ini memang punya daya tarik tersendiri, apalagi kalau bisa dinikmati santai sambil melihat sekitar.
ReplyDeleteTerima kasih juga sudi dtg membaca di sini ya.. Kaget juga lihat pemandangan diluar negara walau ditepi sungai biasa tapi kebersihan tetap dijaga dgn baik..
Deletejangan risau tuan, kalau orang memang suka baca cerita travel, mereka takkan bosan membacanya...
ReplyDeleteInsyallah kalau ada yang baca dan comment tu mmg seronok kita yang menulis :D
Deletethe best part is cuaca nyaman, bandarnya bersih, tenang ajer..gmbr2 pun lawa jugak esp yg ada itik tu ;) i suka jer baca ur entries! kira travel virtually gitu
ReplyDeleteYes cuaca nyaman sejuk dan tempat yg bersih.. nak berjalan jalan waktu petang mmg nice sgt... Kat Malaysia jgn harap ada itik mesti kena tangkap.. Ayam hutan pun habis ditembak setiap hari huhuu..
DeleteJangan risau Afif, kami yang membaca ni tak pernah bosan pun melayan travelog Romania ni. Walaupun dah sampai Part 9, setiap entri mesti ada info dan cerita menarik, macam kisah Universiti Titu Maiorescu tu. Selamat maju jaya untuk perjalanan 12 jam ke Istanbul pulak lepas ni. Tak sabar nak tunggu sambungan entri Istanbul!
ReplyDeleteTerima kasih la sudi membaca tanpa bosan travel story saya di Romania ni hihii.. Tempat yg banyak sejarah mesti la kita nak berkongsi bersama baru lah boleh kenali sesuatu tempat dgn lebih dekat .. tak gitu? hihii.. Ok nest entry Istanbul :D
DeleteBetul lah mungkin ramai ke masjid sebab lepas waktu kerja. Moga kami sampai ke sini nanti
ReplyDeleteMmg nampak ramai yg hadir berpakaian kerja... Seronok tgk tmpt minoriti muslim tpi masjid penuh.. insyallah saya doakan moga sampai ke sana.. ☺️👍🏻
DeleteNicenyaa pemandangan tepi sungai tu, bersih kawasan. Jauh juga Afif berjalan.
ReplyDeleteAfif dah boleh buat buku tentang jelajah2 yang Afif buat. Kalau buat, bagitahu, Faa nak beli 🤭 Semoga diberikan kekuatan dan rezeki lebih utk meneruskan penjelajahan.
Itulah agak jauh tapi sebab cuaca sejuk dan environment yg berlainan dari negara kita.. suka dan layan jer suasana waktu ptg tu.. Buku tu insyallah mmg berazam sungguh nak siapkan.. Moga ada rezeki la suatu hari nanti.. ☺️👌🏻
Deletehahaha part malu nak masuk restoran tu memang kelakar ye :p
ReplyDeleteMmg la malu dah la makan free tanpa diminta hahaha.. 🤣
DeleteAkhirnya berjaya juga habiskan baca kisah Romania ni... baca pelan-pelan huhu.. Terima kasih berkongsi cerita dan info menarik.
ReplyDeleteok.. NEXT 😊
Terima kasih sangatlah dah habis khatam cerita di Romania ni huhuhu.. insyallah next entry ada dalam draft tapi susah nak siapkan hiihii..
Deletebaru nak komen tak ada org memancing ke kat sungai tu...
ReplyDeletesekaliiii
hahaha...
mana2 tempat pun sama rupanya perangai kaki pancing ni
Kaki mancing mesti nak cari geng dia walau di mana jua berada hahahaa...
DeleteKalau ada air pasti ada yg memancing.. Mmg kalau ada peluang mesti dicuba..
persekitaran besih dan tenang
ReplyDeletekalau dapat berbasikal seronok juga ni keliling bandar sambil layan gelagat masyarakat setempat
Kalau ada orang sewakan basikal, mesti lagi jauh dapat jalan jalan petang tu..
DeleteSeronok dapat tengok life mereka di waktu petang sebegini..
Oh Anto ini tinggal di wilayah Kalimantan yaaa. Jauuuh lah memang . Saya pun belum pernah menginjakkan kaki di Kalimantan 😅😅.
ReplyDeleteMenyusuri sungai tuh saja pun, dah sukaaa... Tenang dan rileks nampaknya
Banyak juga ikan di dalam yaa, sampai si pakcik bisa tangkap lumayan juga ikannya
Seruuu cerita di Bucharest ini bang. Memang bersyukur sangat kalau bisa ketemu teman baru juga seperti Anto. Semoga lah kalian ada kesempatan bisa traveling bersama lagi
Iya betul anto tinggal jauh di kalimantan nun di hujung sana.. Kalau kamu pun belum maka saya apatah lagi..Kalimantan cuma di bahagian Indonesia sahaja belum dijejaki lagi.. Menyusuri sepanjang sungai pun dah rasa seronok.. melihat mereka memancing ikan mmg asyik.. leka seketika hihii..
DeleteSyukur bangat dapat kenalan sebaik Anto.. orang nya tenang dan peramah.. suka berborak bila diajak.. Moga moga dapat ketemu lagi di masa hadapan.. insyallah moga dapat ziarah tempat anto tinggal :D
Delete