Tuesday, 13 October 2026

Short Trip Bersama The Kids Ke Bandar Kuala Lipis

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah safely arrived at home last night..

Perjalanan bersama keluarga kecil ini selama 3 hari dua malam. Hari Sabtu ke Kuala Lipis dari Kuala Lumpur dan kali ini kami berpeluang menginap di Hotel Bestari Prima yang bertaraf 2 bintang - Harga 1 malam RM136.00 untuk family room. Bilik tak besar mana tapi cukup buat kami sekeluarga. Last minute booking itu jer yang available pun 😅.

Hotel Bestari Prima bersebelahan Restoran Mamak Alief Maju.
Family room ada satu katil queen dan satu katil single. Dan macam biasa kasi cantum katil maka boleh la tidur kami anak beranak bersama. Si kakak dua orang tu tunggu besar sikit baru lah boleh bagi mereka bilik sendiri.

Terdapat dua Hotel Bestari di Bandar Baru Kuala Lipis. Aku lebih prefer untuk stay di Hotel Bestari Prima walau keduanya dari satu pengurusan sebab ada lift dan ia lebih baru dari Hotel Bestari. Dan ada lebih banyak access ke beberapa buah kedai convenience seperti ECO, Ai-Cha, Marrybrown, Restoran Mamak, 7Eleven, Bank Rakyat dan Caltex.

Kedai Roti Canai D'Pasar dalam kawasan Pasar Bunga Cengkih.
Pagi Ahad kami bersarapan di Kedai Roti Canai D'Pasar yang terletak dalam Pasar Bunga Cengkih. Staff di Kuala Lipis inform if nak rasa roti canai kampung situlah tempatnya. Okay sedap juga la dan boleh la kalau nak consider datang for second time, cuma  nak tunggu dapat roti canai tu macam lambat sikit 😅.

Roti Telur
Roti Sardin
Roti Boom
Teh O Ais, Sirap Ais, Teh Tarik Kurang Manis dan Milo Ais.
Sempat masuk ke dalam pasar saja nak melihat jika ada yang rare buat orang bandar macam kami 😅.
Sebab last time datang sini dapat tengok Ikan Kenerek, Ikan Kelah dan Ikan Patin Buah di atas meja peniaga.

Ikan Keli sangkar sungai pahang RM15.00 sekilo.
Lupa dah Ikan Kerai ke atau Tenggalan - Harga seekor mencecah RM100.00 .
Ikan Parang Sungai Pahang kata si peniaga.
Baru tahu di sungai pun ada ikan parang, ada yang pernah makan?
Jom borong Jagung Manis 7 batang RM10.00
Lepas makan sempat kami ke Taman Awam Kuala Lipis. Nampak banyak penambahbaikan dari kedatangan kami beberapa bulan yang lepas. Ada sebuah warug makan yang dibuka dalam taman awam ini dan lebih banyak tempat permainan untuk kanak-kanak bermain telah dibina.

Taman Awam Kuala Lipis.
Semakin banyak fasiliti yang telah dibina di sini.
Selesai kerja di Kuala Lipis dalam pukul satu petang, terus kami bergerak pulang tapi sebab masing-masing kelaparan kami decide untuk berhenti makan terlebih dahulu. Dan tak sengaja terlihat satu cafe yang mempunyai dua kedai di dalam nya. 

Bahagian depan jual coffee dan pastry dan di bahagian belakang menjual fried chicken, spaghetti, bubur dan banyak lagi.

Hazelnut Latte, Matcha Strawberry dan Strawberry Milk Shake.
Baru sahaja keluar dari Kuala Lipis dapat info dari whatsapp group kelas anak-anak. Cikgu memaklumkan Isnin 12/10/2026 sekolah kebangsaan dan sekolah agama masih ditutup sebab jerebu yang masih mengganas. Maka kami pun decide singgah ke rumah saudara wife di Ulu Cheka, Jerantut terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment