Monday, 13 January 2014

Brunei Part 2 : Perjalanan Miri Sarawak Ke Bandar seri Begawan Brunei

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Brunei Part 1 : Jalan-Jalan Di Kuala Belait Dan Seria

Perjalanan untuk ke Bandar Seri Begawan semalam terhenti seketika apabila Pak Man dan Lynn membawa aku berjalan-jalan di Kuala Belait sepanjang hari. Maka hari ni barulah aku memulakan jejak untuk menaiki bas menuju ke Bandar Seri Begawan.

Menaiki Bas Bintang Jaya Express Sdn Bhd dengan harga RM 40.00 atau BD 18.00. Bas ini hanya bertolak dua kali sehari iaitu pada pukul 8:15 pagi dan 3:45 petang. Disebabkan bas pagi dah terlepas maka aku beli tiket bas pada pukul 3:45 petang.

Dan yang bagus mengenai bas ini ialah walau pun hanya ada 9 orang penumpang mereka tetap bertolak tepat pada waktunya. Keadaan di dalam bas juga sangat bersih dan di jaga rapi serta service yang baik.

Inilah Bas Bintang Jaya Express untuk perjalanan Miri ke Bandar Seri Bagawan.
Kaunter Tiket Bas.
Bas kelihtaa baru dan aircond yang sangat sejuk.
Bangunan BIBD.
Keadaan Bandar Seri Begawan di waktu malam.
Dari Miri Bus Station inilah satu-satunya bas yang akan ke Bandar Seri Begawan. Syarikat Bas Bintang Jaya ini juga memberi perkhidmatan untuk Miri - Bintulu - Sibu - Sarikei - Kuching - Pontianak. Jadual bertolak pada pukul 6.30 pagi, 1.00 petang dan 5.30 petang dan untuk Miri - Limbang - Lawas - Kota Kinabalu bertolak pada 8.30 pagi.

Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih dan tiba pukul 6.00 petang waktu magrib di BSB. Semasa di border, pemandu bas banyak membantu bagi memudahkan penumpang melepasi immigration. Untuk tiket bas, anda boleh beli awal beberapa hari atau boleh juga beli hanya sebelum bertolak sebab bas memang tak penuh pada setiap kali perjalanan.

Masjid Omar Ali Saifuddin

Pemandangan masjid dari hadapan jalan utama..

Pintu masuk utama masjid

Gambaran di dalam Masjid
Tempat berbentuk kapal ini digunakan untuk majlis istiadat di raja..

Bas akan berhenti betul2 di sebelah Tamu Kianggeh di Bandar Seri Begawan.. memang sebuah tempat strategik bagi mereka yang baru nak mencari penginapan.. Dan sebelum memulakan trip Borneo aku ada search Hostel di BSB.. hanya ada 1 Hostel di seluruh BSB dan ia adalah Pusat Belia Youth Hostel.. tapi website rasmi mengatakan hostel ini di tutup untuk seketika hingga Januari 2014 untuk kerja ubah suai..

Tiada pilihan untuk aku.. sekadar mengharap ada hostel atau tempat lain yang mampu aku bayar untuk bermalam.. Di sebabkan waktu magrib masih panjang maka aku mengambil keputusan untuk ke Masjid Omar Ali Saifuddin yang dapat di lihat dari tempat aku berdiri.. Dan untuk pengetahuan anda.. adalah di larang untuk mengambil gambar dalam masjid ini.. di luar ambil la dari pelbagai sudut sekali pun..


Kat sini ada dorm yang dengan harga BD 18.00 semalam..
Hotel ni tak recommended sangat.. sebab kurang bersih kata nya..
Kalau nak cuba dan tiada pilihan ini lah antara yang murah..

Aku telah di tegur oleh seorang india muslim ketika mengambil gambar di dalam ruang solat masjid.. time ni aku tak tahu lagi tak boleh amik gambar di dalam masjid.. Selepas solat jama'.. aku mula melangkah keluar dari masjid berniat mencari tempat penginapan murah.. tetapi telah di sapa oleh insan yang menegur aku tadi..

Beliau Mr Mohammed Shahid Khan telah pelawa diri untuk menghantar aku menaiki kereta ke tempat penginapan ku.. apabila aku kata belum ada lagi tempat.. beliau kata tak apa boleh pergi cari sama2 dengan di temani sahabat beliau yang juga seorang india muslim..


Istana Nurul Iman

Istana Nurul Iman
Pintu masuk ke Istana Nurul Iman

Kami telah ke Pusat Belia Youth Hostel memang tutup.. dan kemudian ke K.H Soon Service And Rest House.. tetapi fully book untuk dorm berharga BD 18.00 semalam.. Aku kata "it's okay i can walk around till subuh and will see how it will be tomorrow.." Mr Shahid kata " it's difficult with small budget to get a accommodation here.." sebab hotel pun paling murah BD 30.00 semalam.. "but unless if u don't mind.. i think my friend have a place maybe u can sleep there.."


Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah

Tak tahu kenapa bila aku upload picture ni dia jadi bersilau sangat.. 
Sempena nama permaisuri Bolkiah

Seperti di Madinah
Setiap kubah di masjid ini di salut emas 40 karat..
Salah satu pintu masuk 
Laluan khas untuk Sultan memasuki masjid


Antara tiang masjid
Escalator khas untuk keluarga di raja
Fountain pun ada :D
Tempat letak kasut di bahagian timur

Rupa2 nya kawan Mr Shahid ni berkerja di sebuah restoran india di BSB.. setelah confirm aku boleh tido di tempat rakan beliau.. Mr Shahid bawa aku pusing2 BSB waktu malam menunggu sehingga Restoran tutup beroperasi.. Kami telah ke Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah dan Istana Nurul Iman.. dan sempat jadi drama kereta Mr Shahid rosak tepi jalan.. layann :D

Kereta rosak ketika bersiar di malam hari.. :D
Selepas habis pusing2.. Mr Shahid hantar aku ke Restoran tempat kawan beliau berkerja.. dan kami bersalam berpisah sini.. elok masuk kedai pintu pun di kunci sebab dah "closing".. Kawan Mr Shahid ni nama Faizal.. dia tanya aku lapar ker? aku pun angguk jer la.. sekali dia hidangkan Nasi Biryani Kambing, Nasi Putih, Kurma Ayam Kampung, Kari Daging Kambing, Capati dan Teh Ais.. memang aku makan tanpa segan dan silu hahahaa.. :D

Kedai dah closing.. sedang di bersihkan oleh pekerja..
Baki makanan masih banyak..
Boleh pilih nak makan apa sekali pun kata Faizal..
Ini lah tempat aku tido bersama mereka yang prihatin :D

Selepas makan aku di bawa ke tingkat atas ikut lorong belakang kedai.. aku tido di sebuah ruang besar tingkat dua atas kedai.. ada 35 orang lelaki semua India dan Bangla muslim yang berkerja di sekitar BSB ni.. nampak scary tapi diorang ni semua baik.. malam sebelum tido sempat layan cerita Mohabatein sama2 kat tv kecik.. seronok sangat uolls hahahaa.. ada berani nak cuba..?? :P

Bersambung Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan Dan Tamu Kianggeh

Wednesday, 8 January 2014

Brunei Part 1 : Jalan-Jalan Di Kuala Belait Dan Kota Seria

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Aku nak minta maaf sebab ada beberapa kekeliruan. Semuanya bermula dengan internet yang tiba-tiba jadi sangat slow. Actually dah publish entry Brunei Part 1 pada pagi Isnin 6 January tapi "page not exist" pulak dan bila check di dashboard half of this entry hilang.

Bila nak upload gambar semula jadi tak lepas. Maka tindakan aku ialah tutup laptop dan abaikan. keeseokan hari barulah aku start balik mengarang dan upload gambar untuk entry ini.

Okay sambung cerita. Selama 5 hari berada di Miri, Sarawak. Aku berpeluang berkunjung ke beberapa tempat yang menarik dan merasai makanan yang baru dan amat sedap, yang hanya boleh didapati di Sarawak. Maka hari ini aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan, Brunei dengan menaiki bas.

Bendara rasmi negara Burnei Darussalam.
Selepas aku menyatakan hasrat, Pak Man pun kata "Terus ke Bandar Seri Begawan ker..? Kenapa tak singgah di Kuala Belait dulu..?" Hurmm.. Ada apa di Kuala Belait aku kata.. Pak Man kata kalau nak jom kita pergi hari ni dah alang-alang hari ni free.. "Boleh kau tahu apa yang ada kat sana dan dari Miri ke Kuala Belait tak sampai 50 km pun.."

Perjalanan hanya memakan masa satu jam sahaja dari Miri ke Kuala Belait.
Jika anda ingin menggunakan pengangkutan awam. Intra-City Public Bus menyediakan perkhidmatan sebanyak 5 kali sehari untuk ke Kuala Belait. Anda hanya perlu ke Miri Bus Station di Jalan Padang dan menaiki bas hingga ke Sungai Tujuh Border Check Point untuk penukaran bas dan melepasi immigration untuk pengesahan passport.

Dan aku tak pasti kalau syarikat bas besar seperti Biaramas, Suria Bas Express dan Borneo Highway Express ada memberi perkhidmatan bas untuk ke Kuala Belait atau Seria dari Bandar Miri. Yang pasti untuk ke Bandar Seri Begawan memang banyak.

Oh ya bagi pemegang lesen memandu Malaysia anda tidak perlu untuk menukar kepada lesen antarabangsa untuk memandu di Brunei 😉.

Keadaan jalan menuju ke Kuala Belait - Brunei Darussalam.
Jambatan Asean yang mempunyai panjang 1.04km, merentasi Sungai Baram.
Dimiliki oleh Kerajaan Sarawak dan dikendalikan (konsesi) oleh Shin Yang Group.
Pemandangan Tol di Sungai Tujuh Immigration Check Point (Brunei).
Resit (B$3.00) yang dikenakan untuk melepasi Tol Jambatan Rasau.
" Teapot - The Monument " antara monument utama di Kuala Belait.
Kami memulakan perjalanan seawal pagi dan menukar duit di Boulevard Mall dengan kadar tukaran RM2.50 - BD1.00. Aku tukar RM140.00 dapat dalam BD55.00. Sekadar cukup untuk digunakan di Bandar Seri Begawan nanti. Perjalanan melepasi Jambatan Asean dan melepasi tol dikedua buah negara berjalan dengan baik dan lancar.

(Update) Pemansuhan tol bagi kenderaan berdaftar di Malaysia di Jambatan ASEAN mula dikuatkuasakan secara rasmi pada 1 Jun 2015. Pengumuman bersejarah ini dibuat oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem) pada 16 Mei 2015 sempena sambutan ulang tahun ke-10 Bandaraya Miri.

Antara masjid di Kuala Belait walau kecil tapi terluhat megah 😎.
Alhamdulillah urusan passport yang amat mudah dengan pihak immigration Malaysia dan Brunei. Tiada banyak soalan dan yang seronoknya pegawai immigration Brunei sempat membuat jenaka kerana aku lupa untuk memulangkan pen beliau selepas mengisi form. Sangatlah ramah dan baik orangnya.

Ada juga dengar sebelum ini beberapa orang mengatakan pegawai keselataman dan juga orang Brunei ini agak sombong dek kerana duit mereka yang tinggi nilainya dari Ringgit Malaysia namun tidak bagi aku.

 Jom Jalan-Jalan Di Oil & Gas Discovery Centre

Oil & Gas Discovery Centre at Kuala Belait / Seria.
Pusat sains interaktif ini dibina oleh Brunei Shell Petroleum (BSP). Tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi kerana ia mempunyai banyak pameran hands-on tentang tenaga, geologi, dan industri minyak Brunei.

Harga Tiket Masuk: Tiket standard ialah B$9.00 untuk dewasa (18 tahun ke atas), B$7.00 untuk kanak-kanak/remaja (5 hingga 17 tahun) dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun. Pas Keluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak) juga disediakan pada harga B$25.00 (Update 2026).

Replika Masjid Bersejarah di Kuala Belait.
Replika Balai Bomba di Kuala Belait.
Shell - Sebagai Syarikat Minyak Pertama di Brunei.

Naik Go-kart ni pun ok.
Ada beca boleh round kawasan sekitar.

Menara Jam Kuala Belait

Replika Ibu Pejabat Polis Kuala Belait.

Selepas melepasi Border Brunei, terpandang signboard "Berbanggalah Dengan Bahasa Melayu" dan "Selamat Datang Ke Brunei Darussalam" dalam ejaan Jawi dan Rumi. Terasa bangga dengan cara mereka untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Selepas melepasi Tol Jambatan Rasau dengan bayaran BD3.00. Perjalanan ke Bandar Kuala Belait hanya memakan masa 5 minit sahaja dan perjalanan dari Miri hanya memakan masa tak sampai 50 minit (waktu ini hari bekerja).

Kuala Belait mempunyai sejarah tersendiri dan ia adalah bandar kedua terbesar di Brunei. Terdapat sebuah bangunan dua tingkat yang amat popular di sini iaitu KB Sentral Shopping Centre dan ia satu-satunya mall yang ada di Bandar ini.

One Billionth Barrel Monument

"Tugu Peringatan KeBillion Tong" Tulisan jawi tetap berada di mana-mana.
Pemandangan ke arah main structure One Billionth Barrel Monument.
Pemandangan ke arah hadapan monument.
Tugu ini dibina pada tahun 1991 untuk meraikan pengeluaran tong minyak mentah yang ke-satu bilion dari tapak minyak darat (onshore) Seria. Pencapaian luar biasa ini direkodkan secara rasmi pada 18 Julai 199. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah merasmikan monumen ini dalam satu upacara gilang-gemilang pada tarikh yang sama.

Berdekatan Telaga Minyak Pertama: Tugu ini terletak di tepi pantai Laut China Selatan dan sangat hampir dengan tapak S-1. S-1 ialah telaga minyak pertama yang ditemui di Brunei pada tahun 1929. Masuk adalah percuma.

Free Style..!!
Bersebelahan dengan Laut Cina Selatan.
Ada model pulak :P
Antara Telaga Minyak sekitar Kuala Belait

Di sini terdapat banyak mesin automatik untuk menyedut minyak dari bawah tanah. Samada di belakang rumah orang, di tepi jalan, sebelah masjid atau di kawasan lapang. Ia ada di mana-mana sahaja. Sesuatu pemandangan yang tidak pernah di lihat sebelum ini. Mungkin dengan kata lain seluruh bawah tanah di kawasan Kuala Belait dan Seria ini penuh dengan lautan minyak.

Kuala Belait selalu memang menjadi salah satu tempat untuk dilawati para pengunjung yang datang ke Miri. Selepas solat asar kami bertolak semula ke Miri dan tanpa kami sedari jalan meghala ke tol untuk cross border dipenuhi dengan kenderaan oleh kerana orang ramai mula pulang dari kerja. Namun tidaklah seperti border Johor-Singapore.

Untuk Sambungan Entry Di Brunei Sila Klik Link Di Bawah : 

Brunei Part 1 : Jalan-Jalan Di Kuala Belait Dan Seria
Brunei Part 2 : Perjalanan Miri Ke Bandar Seri Begawan
Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan Dan Tamu Kianggeh
Brunei Part 4 : Bandar Seri Begawan - Gambar Berbicara
Brunei Part 5 : Speed Boat Dari Brunei Ke Pulau Labuan

Friday, 3 January 2014

Pergulungan Noktah Terakhir Untuk Kalender 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kita masih lagi di beri peluang bernafas untuk menghirup udara segar di permulaan tahun 2014.. Sambil kita bernafas menghirup udara anugerah tuhan.. mari kita lihat seketika ke arah belakang.. ruang keselesaan yang telah di beri pada kita pada 2013.. adakah telah kita dapat lakukan dengan sempurna.. Moga apa yang kurang dan yang belum kita perbaiki.. Insyallah kita sama2 usahakan untuk di perbaiki pada 2014..


Sekadar renungan bersama  :D

Pergulungan kalender 2013 adalah pencapaian yang terbaik bagi aku dalam dunia pengembaran.. Aku berjaya menjejaki ke ke 13 buah negara iaitu 3 negara di Europe - England, Ireland dan Northen Ireland.. 2 negara di Africa - Swaziland dan Lesotho.. 5 negara di Middle East - United Arab Emirate, Jordan, Egypt, Qatar dan Oman.. 3 negara di Asia Thailand, Brunei dan Indonesia..

Dan berkesempatan selepas pulang ke Malaysia pada Ogos 2013.. sempat membuat trip ke Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Sabah.. dan hampir 75% dari keseluruhan trip dalam tahun ini aku mengembara seorang diri.. Alhamdulillah secara tak langsung aku berjaya menjejak kaki ke 28 negara dan 146 bandar di dunia.. dan melengkapkan kesemua 14 negeri di Malaysia..

1. January - Republic of South Africa


2. February - Kingdom of Swaziland


3. March - Kingdom of Lesotho


4. April - United Arab Emirate


5. April May - England

6. May - Ireland


7. May - Northern Ireland

8. June - Kingdom of Jordan


9. June - Egypt

10. June July - Kingdom of Qatar


11. July - Kingdom of Oman


12. July - Thailand


13.  September - Pulau Pinang


14. October - Sarawak


Azam untuk tahun 2014 ini.. akan kurangkan pengembaraan.. kalau boleh target tahun ni nak kawen.. walau calon tak ada tapi tetap azam hahahaa.. boleh tak macam tu ??.. Kalau nak travel lagi pun untuk tahun 2014 ni.. aku target naik ke atas.. Vietnam, Philippine, China, Macau, Hong Kong, Jepun dan South Korea.. bukan semua yer tapi salah satu dari negara2 ni..

Walau apa pun 2014 ini aku akan declare sebagai tahun untuk aku berehat.. dan azam paling besar insyallah Umrah kumpul duit sepanjang tahun ni.. dan tahun depan tunaikan Umrah.. lain2 azam macam biasa la.. antaranya nak kuruskan badan.. tahun ni berjaya hilangkan 12.5 kilo.. dari 88 kg sekarang 75.5 kg..


15. October - Brunei Darus Salam


16. Novermber - Wilayah Persekutuan Labuan


Amal ibadah tu for sure kene tingkatkan selalu apa guna travel selalu tapi diri jauh dari Allah.. Macam Kak Coco kata " Mengembara membuatkan kita lebih dekat dengan Nya.." Kuatkan azam travel macam mana pun solat jangan tinggal.. Janganlah bila ada masalah masa travel baru nak doa pada Allah.. sepatut orang yang bermusafir lah kene banyak berdoa supaya selamat dari musibah..


17. November - Sabah 


18. December - Republic of Indonesia



Dan sempena tahun Visit Malaysia ni.. apa kata kita banyakan buat trip dalam Malaysia.. Ada banyak gunung boleh hiking.. Hutan untuk trekking.. Pulau untuk di jejaki.. Tempat Bersejarah untuk di ziarahi.. theme park, water park, muzium, zoo untuk di lawati.. Aktiviti camping, fishing, mandi air terjun dan banyak lagi.. 

Kena hayati dan hargai apa yang ada di negara kita sebelum terlambat.. macam Penjara Pudu tup tup dah hilang.. ramai yang tak sempat nak ziarah dan tulis dalam blog.. aku antara yang menyesal sebab tak hargai ketika masih ada.. Apa pun make sure tahun 2014 ni lebih baik dari 2013.. :D