Thursday, 31 July 2025

Uzbekistan Part 8 : Visit Historical Hazrati Imam Complex By Abdullah Khan 1542M

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selesai makan tengah hari di rumah Tuan Ilham. Kami dihantar pulang oleh driver ambassador dan ditanya ada nak pergi ke mana-mana ke? Sebab alang-alang dia boleh hantarkan. Terus aku buka buku itinerary dan berkata.

"Can you send me to Hazrati Imam Complex?" Sebab dalam banyak-banyak attraction itulah yang paling jauh dalam bandar Tashkent ini. Alhamdulillah driver just bagitau Okay 👍🏻 dengan memberikan senyuman sambil terus memandu kereta. 

Alhamdulillah safely arrived at Hazrati Imam Complex.
Kenapa nak ke sini? Hazrati Imam Complex adalah satu tempat bersejarah yang berusia lebih 500 tahun. Ia dibina seawal kurun ke 15. Dikenali juga sebagai Hastimom atau Hastim dalam bahasa tempatan. Terletak di Olmazur District Old City.

Di sini terletaknya beberapa binaan bersejarah iaitu Moʻyi Muborak madrasa, The Qaffol Shoshi mausoleum, The Baroqxon Madrasa, The Hazrati Imam mosque, The Tillashayx Mosque, and The Imam al-Bukhari Islamic Institute. 

Pemandangan dari hadapan Hazrati Imam Jome Mosque.
Di kompleks ini terdapat dataran yang cukup luas. 
Mungkin di zaman kegemilangannya ada lebih banyak sturktur bangunan di sini.
Ia dibina berhampiran dengan maqam Imam Abu Bakr Muhamad Ibn Ali Ismoil Ash Qaffol Shoshiy (976M). Seorang ulama besar Uzbek yang juga merupakan seorang pakar dalam pembuatan kunci. Oleh sebab itu Qaffol adalah gelaran beliau yang membawa maksud Locksmith. Juga terkenal dengan karya sajak beliau yang begitu masyhur sehingga ke hari ini.

Antara lain beliau boleh bertutur hampir 70 bahasa dan telah menterjemah Old Testement yang lebih dikenali sebagai Torah ke dalam Bahasa Arab. Kompleks ini telah dibina oleh Abdullah Khan II (lahir 1533) yang memerintah dari 1557 sehingga 1598 dari Shaybanid Dynasty yang memerintah Uzbek selama lebih 200 tahun iaitu dari 1501-1785. 

Di hadapan pintu masuk The Baroqxon Madrasa atau Barakhan Madrasa.
Pemandangan di bahagian dalam Barakhan Madrasa ini. 
Dan telah menjadikan Bukhara sebagai ibu negara atau pusat pemerintahan pada tahun 1562. Sebuah kerajaan yang memerintah lebih 3 juta orang pada ketika itu. Dan telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kazakh Khanate di utara, Khiva Khanate di barat (Turkmenistan), Yarkent Khanate di timur (Uyghur).

Dan telah secara rasmi mengakui pemerintahan Jalaludin Muhamad Akhbar (1542-1605) sebagai pemerintah ketiga dalam Mughal Empire yang terletak di bahagian selatan yang berpusat di Kabul, Afghanistan. Ketika menaiki tahkta pada tahun 1556 setelah kemangkatan ayah beliau iaitu Nasir Al-Din Muhamad Humayun (1508-1556).

Territory of Barakhan Madrasa.
Lukisan juga banyak di sini tapi mampu lihat sahaja tak mampu nak beli huhu..
Menjual pakaian traditional Uzbekistan. Memang cantik ala ala design kain batik gitu.
Dibawah pemerintahan beliaulah semua kerajaan kecil iaitu Balk, Bukhara, Samarkand, Tashkent dan beberapa lagi telah dapat disatukan menjadi sebuah kerajaan empire yang besar sehingga mampu bertahan dan berjaya berlawan dengan Safavid Empire yang berpusat di Iran. Oleh kerana itu beliau digelar sebagai The Great Khan atau Khan-ie Buzrug.

Hazrati Imam Complex ini pernah terselamat dari gempa bumi besar yang berlaku pada tahun 1966. Dan pada tahun 2007 President Uzbekistan Islam Karimov telah mengarahkan untuk kompleks ini dibaik pulih dan membina semula beberapa sturctur yang rosak atau hancur. Mengikut idea asal arkitek G'ulom Husayn ketika pembinaan pada tahun 1542.

Hanya Mo'yi Mubarak Madrasa dikenakan entrance fee.
Entrance Fee only 40,000 som bersamaan RM13.50 seorang.
Pemandangan di bahagian ruang utama di dalam Mo'yi Mubarok Madrasa.
Muskhaf Usmani yang original ada di atas rak hitam itu. Masih lagi terdapat kesan darah
Moʻyi Muborak Madrasa - Salah satu bangunan di sini menyimpan sesuatu yang menarik bagi kita untuk dilihat iaitu mushaf Al-quran yang telah berusia 1400 tahun. Dan mushaf ini juga yang pernah dibaca oleh Khalifah Uthman Ibni Affan r.a ketika beliau dibunuh oleh pemberontak. Dan darah beliau ketika syahid ditikam masih lagi ada di mushaf ini. 

Muskhaf Al quran Usmani ini pernah disimpan di sebuah muzium di St Petersburg, Russia sehinggalah ia dipulangkan semula kepada Uzbekistan. Dan ia menjadikan mushaf alquran yang paling tertua di dunia pada hari ini. Entrance fee yang dikenakan adalah 40,000 som bersamaan RM13.50 seorang. Bagi aku sangatlah berbaloi.

Hanya boleh ambil gambar muskhaf replika sahaja. 
A Copy of The Holy Koran By Usman Mushkhaf. Taken by Saint Petersburg in 1905.
Antara beberapa buah muskhaf yang berumur ratusan tahun ada tersimpan di sini.
Today, this madrasa houses the ancient Qurʻon (Usmon Mus'haf), which was written in hijazi script on deer skin during the caliphate of Usmon (644—656) and created in 644–648. This sacred Qurʻon is considered one of the rarest manuscripts and was brought from Syria by Amir Temur in the 14th century.

Barakhan Madrasah atau The Baroqxon Madrasa - Sebuah tempat pengajian agama yang telah melahirkan ramai ulama pada zaman kegemilangannya. Namun sekarang ia tidak lagi berfungsi sebagai tempat pengajian agama hanya sekadar tempat bersejarah dan di dalamnya terdapat kedai-kedai menjual souvenir dan hasil kraftangan sahaja. 

Souvenir from hand made memang banyak di sini.
Topi yang diperbuat dari kulit binatang tu cantik tapi itulah Malaysia panas hahaa. 
Semua barang di sini hand made maka harga pun tidaklah begitu murah.
Tillya Sheikh Mosque atau disebut sebagai The Mosque of the Golden Sheikh - Masjid ini telah dibina semula di antara tahun 1890-1902 dan telah diarahkan tutup oleh Pemerintah Russian Empire pada 1930an. Sehinggalah dibuka semula pada tahun 1943 setelah kebenaran diberikan untuk komuniti islam yang majoriti di Central Asia.

Hazrati Imam Jome Mosque - Adalah sebuah masjid baru yang lebih cantik dan besar. Dibina pada tahun 2007 bersama kerja-kerja baik pulih Hazrati Imam Complex. Terdapat dua menara yang berketinggian 52 meter. Salah satu menara dibina oleh Sheikh Ibrahim dan Erkin dari Khorezm dan satu lagi oleh Sheikh Sharif bersama kumpulan dari Samarkand.

Hazrati Imam Jome Mosque.
Dan masuk azan asar. Jom la kita masuk tengok keindahan masjid ini.
Ada ruangan yang cukup cantik selepas masuk pintu utama masjid.
Imam al-Bukhari Islamic Institute - Sebuah bangunan di sebelah kanan Hazrati Imam Jome Mosque. Dibina pada tahun 1969 dibawah The Administration of Muslims of Uzbekistan. Seramai 20 pelajar pertama telah diterima masuh pada tahun pertama pembukaannya. Nama kepada institute ini diberikan sempena hari kelahiran ke 1200 tahun Imam Bukhari. 

Qaffol Shoshiy Mausoleum - Dibina pada tahun 1542 Masihi oleh The Royal Architect Ghulam Husayn ketika itu. Bagi memperingati Ulama Besar Imam Abu Bakr Muhamad Ibn Ali Ismoil Ash Qaffol Shoshiy yang hidup pada kurun ke 10 Masihi. Kubah yang ada sekarang ini telah dibina baru selepas kubah asal tidah berjaya bertahan selepas ratusan tahun berdiri. 

Kami mengambil masa lebih dua jam untuk explore hampir keseluruhan Hazrati Imam Complex ini. Dan tiada bayaran yang dikenakan untuk ke sini kecuali untuk masuk ke Moʻyi Muborak Madrasa kerana ia telah menjadi muzium yang menyimpan ratusan artifak islam especially puluhan Muskhaf Al-Quran dari satu zaman ke zaman yang lain.

Wednesday, 30 July 2025

Breakfast Bertiga Di Coffee Bean & Tea Leaf 🌿

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Hari ni macam blur sedikit. Baru nak rileks tiba-tiba si bongsu afnan demam pulak. Maka ayahnya la yang kena take action sebab minggu lepas si ibu dah jaga kami semua yang sakit dalam rumah. 

Lepas bawa jumpa doktor dapat ubat bagai maka kami pun pergi la breakfast. Elok sampai di tempat breakfast elok pulak la si afnan ni aktif. Tadi dari subuh sampai la selepas jumpa doktor bukan main melepet.

Brek O Day RM26.41
Spaghetti Bolognese RM20.75
Spicy Chicken Puf RM15.00
English Breakfast Hot Tea RM9.24
Pagi ini kita reward wife sebab dah penat jaga kami semua sakit minggu lepas. Sekali dia minta breakfast di Coffee Bean & Tea Leaf hahaha 😅. Tak apa la dah offer kita proceed la. Lagi pun dah lama tak masuk sini. 

Hari ini apply work from home dan wife am off. Sebab nak settle kan beberapa perkara yang masih tak selesai sebab minggu lepas seminggu tak kerja huhu. 

Muka budak yang tadi sakit melepet. Tiba-tiba tak pergi rumah pengasuh terus ceria.
Tiba-tiba pagi ni wife nak layan Caramel Macchiato Coffee.
Update disebabkan si tonet afnan ni dah tak melepet dan aktif semacam makan pukul 9.45 pagi kami hantar juga ke pengasuh. Sebab tanya pengasuh boleh jaga ke kalau afnan demam sebab baru balik dari klinik. Pengasuh kata hantar jer la. Nanti jumpa kawan-kawan aktif la tu. 😅

So selepas Afnan scam ibu ayah dia lepas jumpa doktor. Kita scam afnan pulak. Sebab nampak sihat maka menangis la depan pintu rumah pengasuh tak nak masuk dalam. Berdrama la bagai tapi kita dah biasa letak tinggalkan ajer. Jangan sesekali dikesiankan budak yang comel hahaha. 

Friday, 25 July 2025

Uzbekistan Part 7 : Memorial Square - Lunch With Malaysia Ambassador Tuan Ilham

Assalamualaikum Dan Salam Sajehatera 1Malaysia

Sambungan Dari Uzbekistan Part 6 : Alisher Navoiy Theater - State Museum - Mustakillik Fountain 

Lama tak update kisah travel di Central Asia ni. Ada sahaja yang menghalang dan hanya dapat update soal life biasa sahaja. Alhamdulillah denggi pun dah kurang banyak. Demam pun dua hari lebih sahaja. Syukur isteri laju bawa ke klinik. 

Ikutkan hati nak makan panadol dan rehat di rumah sahaja. Never underestimate the power of wife hahahaa. 😅

Memorial Square at Tashkent City.
Moh ler kita sambung kisah pengembaraan. Untuk Memorial Square ini aku tak pasti sama ada ia berada di dalam Ankhor Park atau ia adalah dua tempat berlainan yang bersebelahan. Atau juga keduanya berada dalam satu tempat yang sama.

Memorial Square ini adalah antara tempat yang wajib untuk dikunjungi di Tashkent. Antara yang menarik di sini ialah di tengah-tengah square dibina Statue The Tomb of Motherland bersama-sama Eternal Flame 🔥- Api yang menyala 24 jam sehari di sepanjang tahun dan ia telah menyala bertahun-tahun lamanya. 

Statue The Tomb of Motherland and Eternal Flame.🔥
Keadaan yang basah sebab hujan pagi tadi. Menambahkan kesejukan.
Dan di sini juga tertulisnya semua nama-nama warga Uzbekistan yang telah menjadi tentera di bawah naungan Soviet Union yang terkorban semasa Battle of Moscow atau juga dikenali sebagai Moscow War. Iaitu peperangan yang menghalang kemaraan Tentera Nazi dalam Operation Typhoon dari menakluk Moscow di dalam Perang Dunia Kedua.

Peperangan yang berlaku di antara Oktober 1941 sehingga Januari 1942 di sepanjang 600km perbatasan bagi mempertahankan Moscow dari jatuh ke tangan Nazi telah meragut lebih 500,000 Tentera Soviet Union dan mencederakan hampir 150,000 tentera yang lain. Dan mengorbankan lebih 200,000 Tentera Nazi.

Ada beribu-ribu nama perwira negara yang terbuku di sini. 
Antara nama-nama wira yang gugur di medan perang ketika perang dunia kedua.
Battle of Moscow di akhiri dengan kekalahan Nazi kerana tidak dapat menakhluk Moscow iaitu ibu negara Soviet Union. Dengan harapan penakhlukan itu Soviet Union akan runtuh dan pihak Nazi hanya perlu focus pada arah barat sahaja.

Ia menjadi salah satu peperangan yang hebat dalam dunia ketenteraan dengan hampir 1.9 juta tentera Nazi yang menyerang dan di antara tentera nazi adalah 4 kumpulan Panzer Army yang terdiri dari Wehrmacht dengan kekuatan lebih dari 2,500 kereta kebal dan hampir 1.3 juta tentera Soviet yang bertahan.

Tengah sejuk winter pun masih boleh tumbuh dengan mekar.
Sebab kawasan memorial kan. Maka banyaklah bunga-bunga yang menghiasi suasana di sini.
Kawasan ini memang cantik dengan landskap taman yang dipenuhi pelbagai jenis pokok-pokok bunga. Terdapat juga beberapa orang tentera yang menjaga keadaan dan suasana di sini. Dan walau di musim winter tapi kehijauan di sini dapat di jaga dengan baik dan bunga-bunga tumbuh dengan segar. 

Kalau tahu nama bunga-bunga yang macam ada muka orang ni boleh comment di bawah yer.☺️

Siapa yang tahu nama bunga ni boleh comment di bawah yer.
Selesai menerokai kawasan sekitar kami bergerak pulang ke hostel dengan menaiki Yandex di hadapan Turkistan Concert Hall. Dalam sedar atau tidak kami dah berjalan sejauh 2.8 km dalam masa lebih 3 jam. Banyak berhenti rehat sebab the kids dan mengambil gambar di setiap tempat yang menarik.

Turkistan Concert Hall terletak di penghujung Memorial Square.
Dalam perjalanan ke hostel dapat whatsapp dari Tuan Ilham. Beliau jemput datang lunch di rumah hari ini. Senyum tak terkata sambil bagitau semua nanti tengah hari dapat makan makanan Malaysia. Nak tahu macam mana lunch dengan Ambassador boleh refer part sebelum-sebelum ini yer. 

Bersama Tuan Ilham Ilyas - Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan. 😎
Kami sampai hostel sahaja driver bersama kereta tuan ambassador telah menunggu kami. Padahal tadi baru jer bagi address hostel pada Tuan Ilham. Aku tanya minta tunggu 10 minit sebab nak fresh up tukar baju bagai sebab dah serabai berjalan-jalan dari pagi tadi. Driver kata "Okay okay.. don't so late Mr Ilham is hungry" sambil dia gelak.

Alhamdulillah safely arrived at Malaysia Ambassador Residence.
Perjalanan hanya memakan masa 10 minit sahaja untuk sampai di rumah Tuan Ilham yang juga tak jauh dari Kedutaan Malaysia di Tashkent. Masa sampai Tuan Ilham dah siap menunggu kami dan tak lama duduk terus dijemput makan tengah hari. Lama juga tak jumpa dengan Tuan Ilham memang nak berborak jer kami berdua.

Bagi kami inilah makanan tengah hari kami paling bermakna sepanjang hampir 2 minggu ini hahahaa. 😂 Aku tak malu la nak ngaku makan sampai 3 kali tambah hahahaa.. Apa korang nak cakap pun tak kesah dah. Sayur Campur, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kurma dan satu lagi lauk dah tak ingat hihii.

Okay.. its a time for lunch. Masa ni Tuan Ilham kata pada Athira senyum sikit sebab ibu nak ambil gambar tu. Nanti boleh bagitau kawan, Ambassador tolong ambilkan lauk untuk Athira hihii..
Kiranya inilah makanan raya kami paling mahal dan bermakna. Dari first day raya hari tu makan daging blackpepper masak sendiri di Bishkek, Kyrgyzstan. Feeling ada la macam nak nangis terharu hahaha. Tuan Ilham pun kata makan banyak-banyak sebab nanti susah nak jumpa makanan melayu lagi hihii.

Tuan Ilham ajak selfie. Haishh segan dibuatnya hahaha.. 
Alhamdulillah semua anak-anak dapat duit raya dari Tuan Ilham. 
Lepas makan aku sambung berborak dengan Tuan Ilham sambil wife jaga the kids yang dah mula tak duduk diam. Nasib baik la maid kat rumah Tuan Ilham ni garang sampai marah si Aidel dengan Aydan yang tak nak duduk diam. Lega aku sebab kalau maknya yang marah lagi teruk hahaha. 

Hampir 3 jam kami berada di rumah Tuan Ilham dan sebelum pulang Tuan Ilham bagi duit raya pada the kids. Alhamdulillah semua sopan ambil duit raya kecuali di kecik Afnan lepas amik terus lari. Haishh sabar jer la.

Insyallah ada rezeki di lain waktu pasti akan mencari peluang bertemu dengan Tuan Ilham. Duta Malaysia paling awesome dan baik hati dari zaman aku belajar lagi. Semoga diberikan kesihatan yang elok sepanjang bertugas di sana. Amin.

Bersambung Uzbekistan Part 8 : (Under Construction) 

Wednesday, 23 July 2025

Bila Satu Family Tak Sihat

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Satu family tak sihat kecuali si ibu jer yang masih "sihat" setakat ini. Si Affan start sakit dari jumaat petang minggu lepas. Malam tu lepas isya' tiba-tiba dia muntah dan sakit perut. At first suspect makanan dari sekolah tadika dia.

Tapi esok petang tu si kakak sulung Atiyya pula sakit perut dan muntah-muntah. Dah dua orang anak melepet. Dan kemudian pagi ahad si baby Afnan pulak muntah dan cirit birit.

Bawa pergi klinik pun melepet
Tinggal la si Athira sahaja yang masih sihat. Tiba-tiba pukul 3 pagi Isnin malam Selasa. Dia masuk bilik bagitau sakit perut dan terus muntah sebelah katil. Terus bangun dan mandikan si Athira dan cuci muntah yang banyak di atas lantai.

Dan pagi semalam aku bangun dengan sakit kepala yang teramat sangat. Sakit segala sendi dari pinggang sampai ke kaki. Dan badan rasa nak demam. Wife terus tak boleh pergi kerja sebab semua dah rebah. Terus bawa aku ke klinik pukul 9.00 pagi. Dan doktor amik darah bagai dan aku disahkan denggi. 

Menyerah diri di Klinik Walid.
Doktor kata pelik sebab anak-anak sakit semua bukan satu sebab yang sama. Affan confirm sakit sebab makan durian yang dah tak elok. Si kakak makan seaweed dekat rumah sepupu dia. Afnan dengan Athira sebab minum air yang tak bersih.

Dan doktor kata memang seminggu dua ini ramai anak-anak yang datang klinik sebab sakit perut dan cirit birit. Biasa datang sebab batuk selsema. Tapi pelik wave seminggu dua ni. So doktor nasihat cuba tahan minum air tapis yang di rumah tu. Dan try minum air mineral botol. Especially air spritzer tu. 

Maka dari semalam kami satu family takut nak bagi anak-anak minum air tapis kat rumah. Berkotak-kotak la air mineral di rumah ni. Dah la minggu ni sukan kat sekolah si Athira dgn Atiyya dua-dua ada jadi wakil sukan dalam acara masing-masing.

Minggu ni semua budget kena potong sebab dah keluar masuk klinik banyak kali. Seorang anak bawa pergi klinik seratus lebih tak lari. Si ayah kena amik darah untuk test denggi bagai dan inject antibiotic terbang RM200 lebih. Tersenyum sikit minggu ni tengok wallet hihii.. 😅

Saturday, 19 July 2025

Brunch Bersama Family Di Kedai Kopi Atok - Bandar Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selepas menyiapkan the kids semua di bilik hotel. Kami menuju keluar bagi mencari sesuatu untuk perut yang sedang bermainkan lagu meminta sesuatu untuk diisi. Disebabkan kami dari De Spring Hotel maka tempat yang paling dekat ada menuju ke Kedai Kopi Atok.

Kedai Kopi Atok  - Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan.
Beralamat di No 77, Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan, 25200 Kuantan, Pahang. Sebuah kedai kopi berkonsep santai, hipster, old school dan sesuai untuk didatangi oleh semua peringkat umur masyarakat untuk semua bangsa. Dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 7.00 malam. Dan tutup pada setiap Hari Isnin.

Ini adalah tempat baru yang mana sebelum ini kedai kopi ini dikenali sebagai Kedai Kopi Atok Wall Street yang terletak di Jalan Haji Abdul Rahman, 25000 Kuantan, Pahang. Betul-betul bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Kali ni kami dapat tempat duduk di luar tapi ok juga berangin dan tak la berlaga siku.
Berkonsepkan "Kedai Kopi Traditional Zaman Dahulu".
Pekerja agak ramai insyallah tak akan ambil masa lama untuk dapat makanan.
Setiap kali ke sini pasti penuh dengan pelanggan yang sedang menjamah makanan. Ada kala kelihatan pelancong asing juga duduk santai di sini. Dan yang lebih menyeronokan adalah walau tempat ini agak viral sentiasa dipenuhi pelanggan tapi harga makanan di sini masih lagi berpatutan. 

Lokasi kedai yang corner lot juga amat mudah untuk dijumpai, berhadapan dengan jalan utama iaitu Jalan Bukit Ubi. Latest masa aku datang minggu lepas walau pun keadaan hujan lebat pelanggan tetap hadir tanpa henti. 

Cakoi dan Pau Goreng dibuat fresh setiap masa.
Cuma satu kekurangan yang aku nampak adalah ruang tempat duduk makan agak sempit. Kalau terlaga siku, tersondol kaki sesama pelanggan itu adalah perkara biasa. Nak buat macam mana kan dah tempatnya tak besar tapi pelanggan yang hadir sentiasa ramai. Tak kan nak pindah tempat lain pula huhu.

Baby Rose Tea, Teh Tarik Kurang Manis & Teh O Limau Suam.
Antara recommended makanan yang aku boleh suggestkan adalah Pau Gulung Atok iaitu pau kukus kosong yang dimakan bersama sambal. Pau Kacang Merah Goreng dan Cakoi di sini sedap sebab dibuat fresh setiap masa di hadapan kita. Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng di sini bagi aku wajib dicuba. Terdapat juga pau kukus pelbagai jenis di sini.

Nasil Lemak Ayam & Telur RM10.90. Telur Separuh Masak RM3.90.
Mee Kari RM8.90. Bihun Sup Daging RM7.90.
Nangka RM10 - Ada seorang pakcik berbaju oren menjual dari meja ke meja.
Tempat makan classic dan vintage. Harga insyallah sangatlah reasonable.
Terdapat makanan berat dan ringan yang disediakan sepanjang masa mereka beroperasi dalam sehari. So untuk aku yang hadir bersama anak-anak kecil ini senang nak bagi mereka pilihan makanan. Disebabkan aku dah makan breakfast di hotel maka the kids jer yang menjamah makanan. Mihun Sup Daging, Mee Kari dan Nasi Lemak Ayam Crispy.

Boleh consider untuk makan di sini kalau nak mencari tempat makan yang sedap, viral dan murah di Bandar Kuantan. Lagi-lagi macam aku yang bawa sampai 4 orang anak. Harga reasonable and affordable untuk datang bersama family ☺️.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...