Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 9 : Perjalanan Dari Macau Outer Harbour Ferry Terminal Ke Hong Kong
Once dapat masuk bilik terus mandi dan berehat sambil makan apa yang ditapau dari Cemiterio Islamico e Mesquita Macau ketika solat jumaat siang tadi. Tiada plan nak ke mana ketika ini apatah lagi kalau dah turun pasti nanti nak naik lift semula kena beratur panjang. Maka berehat sahajalah sehingga lepas solat maghrib nanti baru keluar jalan-jalan.
![]() |
| Dari jauh dah boleh nampak gelagat orang Malaysia. |
Dalam pukul 6.30 petang dapat whatsapp dari wife "Malam nanti dalam pukul 8.00 malam.. Saya dengan kawan-kawan nak ke Tsim Sha Tsui sebab nak beli Egg Tart halal di Maarof Puff Bake dan nak cari tempat dinner sekali.. Nak join sekali ke?".
Aku pun kata boleh jer nak join sekali sebab memang plan malam ni nak keluar jalan-jalan tapi tak ada arah tuju nak ke mana. After hari ke-3 barulah dapat jumpa wife huhuu.. Terus aku search kat mana kedai Pakcik Maarof Puff Bake ni.
![]() |
| Maarof Puff Bake antara few pastry halal di Hong Kong. |
![]() |
![]() |
| Hampir semua jenis egg tart di sini adalah signature. Serious sedap ๐คค. |
Okla tak jauh mana dari Canada Inn dari bacaan google map. Selepas waktu maghrib aku turun awal sebab nak survey terlebih dahulu, kang nanti senang la nak jadi tour guide tak berdaftar lagi kepada wife dengan kawan-kawan dia.
Pukul 8.15 malam kami plan berjumpa di trafik light simpang utama berhadapan I-Square Mall. Wife bersama 4 orang kawan yang lain muncul di hadapan aku. Terasa macam Drama Korea Winter Sonata pulak selepas lama tak berjumpa, dah la tengah kesejukan waktu ini huhu.. Nasib tak ada lagu korea jer masa ni.. Tetiba feeling kan hahahaa.. ๐
.
![]() |
| Kelihatan ramai orang Malaysia memenuhi ruang dalam kedai ini ๐ . |
![]() |
| Selain egg tart terdapat few dozen pastry yang wajib dicuba di sini. |
Tak ada lah.. kitorang rileks jer cuma kawan-kawan wife jer excited bila kitorang bertemu. Dan kami pun beramai-ramai berjalan menuju ke Maarof Puff Bakes yang kurang 70 meter dari tempat kami bertemu. Beralamat di G/F, 3 Humphreys Avenue, Tsim Sha Tsui. If korang datang dari Station MRT Tsim Sha Tsui, cari Exit A2 dan akan terus jumpa Maarof ni.
Masuk sini make sure kawal nafsu sebab semua pastry di sini kelihatan sangatlah sedap tapi satu jer masalah. Harga dia memang tak marhain sungguh tapi orang memang ramai, if silap waktu korang datang, sampai kena beratur nak masuk ya.
![]() |
| Meja disediakan tanpa kerusi kalau nak layan coffee dan pastry sekali. |
![]() |
| Terdapat beberapa pastry lain juga yang kami terbeli masa ni ๐ . |
Dari luar lagi dah boleh bau pelbagai jenis pastry yang dibakar dari dalam ketuhar. Time ni aku dengan wife beli beberapa jenis egg tart sebab ada banyak perisa. But somehow yang original flavour wajib korang try. Percayalah sekali cuba mesti korang akan repeat lagi beli kat sini. Itu belum lagi explain roti yang pebagai jenis dan tiramisu serta dessert lain.
![]() |
| Entrance masuk Canada Inn dan Sher-E Punjab |
Disebabkan mereka semua stay di hotel yang terletak di Pulau Hong Kong dan agak jauh untuk ke Tsim Sha Tsui maka banyak juga mereka membeli. Walau masih berbaki 2-3 hari lagi nak habis conference. Katanya kalau tak sempat nanti tak lah terkejar nak beli di Tsim Sha Tsui ni sebab nak bawa balik Malaysia huhuu..
![]() |
| Hanya 50 meter berhadapan dengan I-Square Mall. |
![]() |
| Dari MRT Tsim Sha Tsui ke Maarof Puff Bake dan Sher-E Punjab. |
Selepas semua gembira dengan hasil masing-masing terus wife kata "Sini kat mana nak makan nasi eh..?" Semua dah lapar nasi katanya. Aku memang tak ada idea langsung tapi aku bagitau dekat area entrance hotel aku ada banyak kedai makan Pakistani dan India Muslim. Tapi mungkin nasi yang ada is biryani la "if you all okay with that then jom la.."
Sebab dah hampir pukul 9.00 malam maka semua pun setuju sebab nanti nak balik ke Pulau Hong Kong lagi. Dan aku inform awal-awal "Don't expect environment yang baik ya". Aku pun guide diorang menuju ke entrance hotel aku dan tiba-tiba ramai giler geng-geng diorang ni approach dengan cuba memberi menu dari kedai makan masing-masing.
![]() |
| Bahagian depan Restoran Sher-E Punjab tapi kita pilih duduk di dalam |
![]() |
| Sher-E Punjab ada tempat duduk indoor aircond. |
Wife dengan member dia semua macam ketakutan la sebab masa ni keadaan sebiji macam kena kerumun di India tu ๐
.
Terus aku kata "Its okay i will look for my self where to go and where to eat". Tapi macam biasa lah puak-puak ni mana nak dengar kata kan. Sampai lah aku sound diorang dalam bahasa Urdu. "Chup Karr Yaarr.. Yeih kiya sab bakuas hei..". Semua terdiam seketika. Makna lebih kurang "Diam lah.. Apa Benda la mengarut korang semua ni.."
Aku tak rasa diorang terdiam sebab kena marah tapi terdiam sebab mungkin terkejut aku boleh cakap Urdu ๐.
![]() |
| Bahan mentah seperti ayam dan daging dibeli dari certificate halal supplier. |
Terus aku tarik tangan wife dan yang lain semua ikut masuk ke dalam. Kami menuju ke tingkat atas dan terlihat ada lebih kurang 5-6 kedai menjual makanan yang sama seperti Biryani, Tandoori, Butter Chicken, Naan dan seangkatannya.
Tiba-tiba ada seorang ni approach dengan menu di tangan, terus aku kata "Take us to your restaurant, quickly". Sebab once bila kita dah masuk dalam restoran, tak ada la yang akan ganggu apatah lagi selepas keluar selesai makan nanti.
![]() |
| Hong Kong Chicken Fried Rice. |
![]() |
| Chicken Biryani. |
Dah masuk dan duduk dalam di tempat aircond barulah semua rasa lega dan masing-masing tergelak mengenang keadaan tadi. Bila waiter datang aku order semua makanan dalam bahasa urdu selepas tanya masing-masing nak makan apa.
![]() |
| Garlic Butter Naan and Chicken Kebab. |
![]() |
| Bawa wife dengan kawan-kawan dia makan malam. |
Sempat aku tanya ada Halal Certificate? Terus waiter tu panggil manager dia ๐
. Dan manager tu bawa resit pembelian daging dan ayam yang ada certificate halal with other support document lain lagi (perbualan kami dalam bahasa Urdu).
![]() |
| Kowloon Mosque & Islamic Centre terletak bersebelahan MRT. |
![]() |
| Bertegur beberapa orang jemaah tempatan. |
Selesai tu kawan-kawan wife tanya mana aku tahu bahasa urdu bagai hahaa.. Dan bila makanan sampai kami diberikan Chai Masala percuma seorang satu. Alasan sebab mereka happy aku boleh berbahasa Urdu - Bos belanja katanya ๐.
Dipotong cerita, kami pun selesai makan dan selepas menghantar mereka ke entrance MRT, aku terus berjalan menuju ke Masjid Kowloon yang terletak kurang 100 meter dari I-Square Mall. Alhamdulillah dapat bersolat jama Maghrib dan Isya' di masjid dan tak perlulah solat di bilik yang kecik tu.
![]() |
| The Peninsula 5 Star Hotel. |
![]() |
| Pemandangan waktu malam dari Avenue of Start Hong Kong. |
![]() |
Perasan ada masjid di sini ketika berjalan ke Maarof Puff Bake. Okla walking distance sahaja dengan penginapan aku.
Selesai solat aku terus berjalan 850 meter menuju ke arah Victoria Harbour Waterfront. Kerana di sini terletaknya Museum of Art, Space Museum, Legoland Discovery Centre, Avenue of Star Hong Kong dan banyak lagi. Pemandangan waktu malam ke arah Hong Kong Island juga sangat menakjubkan.























egg tart nampak sedap..
ReplyDeletewahh boleh berbahasa urdu.. seronok tgk org yg tau banyak bahasa ni
Yes memang sedap.. bau dia pun menguji perut haha.. tpi nk dpt yg halal mmg tak byk.. Urdu bahasa yg mudah digunakan dan blh pakai di mana2.. ๐
DeleteRisau kena kerumun gitu, mujur ada hero Hindustan dekat situ ahak ๐ Gurau² ye hehe...
ReplyDeleteItulah kelebihan boleh berbahasa asing, mudah urusan ๐๐ป
Itulah ...boleh pulak nak kerumun bagai.. nak ajak makan kedai ckp jer la elok2 kan.. hero tak berapa nk hero sgt lah hahaha.. Kalah masih muda nk juga beljar bahasa lain lagi..
DeleteBila satu geng dah mengidam nasi, biryani pun terus jadi penyelamat malam tu. ๐
ReplyDeleteItulah pasal... Buat pasal nak makan nasi pulak hahahaa.. okla ada biryani pun jadi lah kan..
DeleteKat signboard Sher-E Punjab tu wajah tauke dia ke? Mirip Shah Rukh Khan....
ReplyDeleteAah muka tauke.. boleh letak kan.. Oh jauh sekali dgn SRK hahaha.. Gaya tu ada la.. ๐
DeleteDulu ke HK tak ke Macau.. nak cari makanan halal susahnya laaa kann.. nikmat laa dapat makan nasi arab gitu.. mau tapau buat makan esoknya hahahaha
ReplyDeleteItulah dengar ramai juga yg buat trip Hong Kong - Shenzen sebab bersebelahan.. HK masih lagi agak mudah nak dpt makanan halal compare Macau.. Yes dpt makan nasi mmg suka lah mereka semua..
DeleteTerima kasih atas perkongsian ringkasan ni, Bro! Memang susah nak cari egg tart yang betul-betul halal kalau ke Hong Kong atau Macau sebab kebanyakannya guna lard. Info tentang Maarof Puff Bake ni memang sangat berguna untuk rujukan traveler Muslim nanti. Terliur pula tengok gambar egg tart.
ReplyDeleteBetul sebab dalam pembuatan asli egg tart adalah menggunakan lard.. sbb tu jgn main beli sahaja any pastry selagi tak tahu ingredient.. But skrg dah banyak yg ada logo halal.. Gmbr di Maarof ni pun buat sy terliur juga.. huhuu..
DeleteSeronoknya dapat merasa macam-macam jenis egg tart.
ReplyDeleteAkak ni jenis mudah stres kalau orang desak dan kerumun, boleh hilang mood. Lega betul dapat tempat makan yang selesa. Nampak elok je tu.
Cantik pemandangan malam dengan lampu warna warni.
Betul .... Bau pun dah tak tahan.. dapat rasa setiap jenis pun dah terliur sampai skrg bila teringat.. Okla janji dapat juga makan nasi walau ada hassel sikit masa nak masuk tu huhuu..
DeleteHong Kong waterfront di Avenue Star of HK tu mmg cantik..☺️
Dulu punya la ssh nak cr egg tart halal, skrg dah ada kedai yg megah kat area tu.. bagus arr x perlu nak bersusah² cari yg halal ๐ฅฐ๐ฅฐ
ReplyDeleteTerasa susah di Macau mengidam nak makan rapi tak jumpa sebab takde yg halal huhu.. Kat Hong Kong agak mudah nak dpt yg halal.. ๐
DeleteKalau ada halal, kita pun makan tanpa rasa was was kan....
ReplyDeleteYesza.. mmg yg tak tahu pun akan beli juga sbb bau dia sedap mengancam sangat huhuu..
DeleteMenarik semua menu2 mknn tu =)
ReplyDeleteAlhamdulillah meraikan mereka yg mencari nasi nak makan malam.. ☺️๐๐ป
DeleteSedapnya egg tart, bestnya dah banyak tempat halal. Hong Kong pun dah banyak berubah dari masa kami ke sana dulu tahun 2008
ReplyDeleteSaya baru first time di HK.... Mmg agak mudah nak jumpa kedai makan ada logo halal nowdays.. 2008 tak dpt nk byg mcm mana keadaan ketika itu huhu. Baru merdeka dari British..
Deletemasa pergi dulu mmg tak ada pastry halal ni
ReplyDeletesy dok kat chungking mansion tu
Ooohh kira baru jugak lah maarof puff bake ni.. okla terletak di entrance Tsim Sha Tsui MTR Station pulak tu.. senang nak jumpa.. ๐๐ป☺️
Deletelain mcm chicken beriyani dia tu
ReplyDeletesekali tengok dah mcm nasi campur pun ada
ye laa kita dah terbiasa tgk beriyani warna lain hehehe
Waktu ni tak kesah la macam mana rupa biryani tu.. janji depa dapat makan nasi hahahaa.. Ini biryani india + hong kong.. so lain la sikit rupanya.. ๐
Deletecerita tak abis.. macam mana tahu berbahasa urdu, rare ni...
ReplyDeletekedai maarof tu nampakmenarik, mmg bole lupa daratan kalau dah masuk sana...
Cerita tak habis??... ๐
DeleteKena godek entry lama lama utk tahu bagaimana dan macam mana.. ๐ .. Kedai Maarof tu wajib singgah kalau ke Hong Kong.. Mata jgn melilau kalau tak habis semua nak diborong hahaha..
egg tart dan semua pastry nampak sungguh menggiurkan hahah errr camner u tau bahasa urdu? impressed sgt!! tahu byk bahasa memang sgt2 advantage
ReplyDeleteMemang dan memang sangat mengiurkan mata dan hati yg memandang hahaha.. sy warning siap2 ya hahaha.. ๐คฃ
DeleteMasa belajar di U dulu wajib kena belajar bahasa Urdu dan Arabic.. Yes seronok kalau pandai byk bahasa.. ☺️๐๐ป
Ada komen terbeli tu.... hehehe... boleh berbahasa Urdu memang sangat plus point, datang sini memang senang la
ReplyDeleteAah sebab dekat sgt dgn hotel... Asal teringat jer pergi terjah tgk apa yg nak dirasa hahahaha.. Alhamdulillah boleh la nak berbahasa dgn org lain tu sikit sikit . ๐
DeleteIsssh kenapalah saya tak tahu keberadaan bakery ini yaaaa ๐คฉ๐คฉ๐คฉ. Atau bisa jadi saat saya kesana belum ada. Ya Allah, kalaupun nanti balik ke HK, hanya mau makan egg tart halal ni je ๐คฃ๐คฉ๐คฉ.
ReplyDeleteKalau di HK terutama tsim tsa tsui ini memang mudah menemukan makanan halal kan. Dulu pun saya makan daerah situ, tapi Turkish restaurant. Abang tak coba dimsum halal legend yang dekat dengan Islamic centre HK? Itupun sedap.
Tapi bab dikerubungi banyaaak staff dari masing2 resto memang mengganggu. Pahaaaam mereka ada target juga kan, tapi tuhlaah, jadi tak nyaman
Saya pun tak pasti ia telah dibuka lama atau baru dua tiga tahun yg lepas.. tapi kalau tgk dlm mana2 review baik yg bukan islam pun mmg diorang akan suggest utk dtg ke sini mkn egg tart.. Saya pun sanggup dtg semula hanya kerana makan mahu mkn egg tart sahaja hahaha..
DeleteYa betul kalau di Tsim Sha Tsui mmg agak mudah mencari makanan halal.. sebab ramai arab, pakistan, india dan bangladesh.. dan di sini ada masjid besar kowloon.. mmg byk mknn halal..
DeleteHaa.. terkedu dieorg kena sergah dalam bahasa Urdu ๐ seram pulak kena kerumun ramai2 mcm tu
ReplyDeleteMemang terkedu la kena sound dalam bahasa diorng hahaa.. terus tak berani nak ckp bukan bukan hahaha.. kita ok tapi yg perempuan mmg seram dibuatnya..
Deletetengok gambar egg tart tu pun dah mengancam. mesti masa masuk bakery tu bau wangi je. saya tkleh tengok pastry lawa2 ni, rasa macam nak beli semua je!
ReplyDeletewahh hebatnya boleh berbahasa urdu!
Kaaaannnn... Mmg mengancam nengok nya.. bila bau lagi la hahaha.. skrg dah jadi tmpt wajib singgah kalau ke Hong Kong.. semua yg review pasal HK mesti masukan kedai maarof ni..
DeleteTerus terkujat eh diorang bila ditegur dalam bahasa Urdu.
ReplyDeleteNampak.sedap egg tart tu...
Hamboii siap terbeli pastry lagi.
Sebab dah terbeli satu sedap.. kena tekak lidah gigi bagai sedap nya.. mmg ulang lagi la few time hahaha.. sedap tak leh wat apa.. boleh la ckp sikit2.. ๐
Delete